Thursday, July 31, 2008

JOURNEY TO KOTA KINABALU

LAST EPISODE: KOTA KINABALU
Sewaktu masok sempadan Sabah, cuaca cukop2 kurang baek. Even bila masok Kota Kinabalu (KK), keadaan lebih terok. Hujan sangat lebat, malam sgt gelap (psl ada part kat KK x ada lampoo jln), dan enjin kereta mula nak meragam. Bila sampai rumah Uda d KK aku teros tido. Sangat2 letih.

1 st day in KK aku jalan2 ke main city. What can I say about KK? Canteek. KK adalah bandaraya yang dikelilingi oleh laut. Sepanjang perjalanan nk ke main city cuma nampak laut. Di hadapannya ada pulau2 n certain ada rumah terapong (Uda kata ia kampong lanun: pasal majority pendatang). Waterfront dia leh tengok ikan berenang2 lagi. Air yg biru kehijauan. Shopng complex yg besar, dan sangat banyak plus kedai cenderahati sabah bwat aku rambang mata. Cukop sayang pasal duit x ada plak. Plus kat KK ada banyak Mc D. kat mana2 shopng complex pasti ada Mc D. Wakaka ketawa besar untok die hard fans Mc D cam aku. Even ada Burger King lagi. Cuma bab yg x best nya bla aku nak refill air kat kaunter ttiba manager tu cakap “kat satu Sabah x ada pkhidmatan refill drink laa…!!” Aaaar bwat aku x leh lepak lama2 as be4. Tapi sempat plak layan HellBoy2 kat salah satu local cinema kat KK. GrowBall cinema kalu x silap. Kata Uda ini cinema local yg paling murah psal cinema dia burok sikit r. aku masok takat janji leh layan movie dah.

KK main city bwat aku teringat pada JB. Cukop sayang pasal waterfront KK x d bangunkan cam Danga Bay. Tp JB cukop sayang psl air dia cukop kotor xspecially kat tebrau. Plus kat KK cukop senang nak jumpa wajah2 cam pendatang Filipine ngan banyak. Plus leh plak ada mamat2 n minah2 (yg aku rasa cam PATI) dudok tepi jalan offer something fishy. Then Uda suroh aku guess. Aku cakap r either hooker ker jual disc blue ker.. rrupanya jual rokok jenama ERA.. wakaka.. lawak r

(bas mini yg rupa2nya ialah van..)
Then hari2 yg seterosnya aku banyak melepak dan memboringkan diri d rumah Uda. Pasal dia kerja dan aku x ada transport. Nak naek public transport mmg r boleh tapi aku x ada duet r. dlm wallet ada skitar RM100 jer. Then dudok rumah jer r layan tv (yg cumer ada TV1, TV2 & TV3 jer) then tido sampai r Uda datang.

Then bila Uda balik skitar jam 7 pm baru keluar. Antara tempat yg slalu pergi ialah 1 Borneo: the largest shopng complex in Borneo (tp realitnya belom lagi thp largest pasal Cuma 1/3 fasa jer yg dah siyap). Dalamnya kira wokey gak r tp belom semua kedai masih bukak tp ada satu malam tu layan crita Batman baru kat sini. Best giler wei.

Lupa nak bagitau satu magnificent about Sabah ni ialah cukop banyak GIANT minimarket. Mana2 pergi pasti akan jumpa. Plus kat Sabah plak ada ramai mapley entah dr mana. Uda aku kata depa semua mmg teros dr india dtg Sabah.. fuyoo… Tp kenapa Sabah?

Makanan? May b as same as makanan Kelantan yg makanannya hper manis buwat aku deman2, makanan Sabah pon x sesuai untok aku gak. Makanan dier sejok r. plus ada masa makan makanan laoot, aku cuma leh layan ketam n ikan bakar (Uda aku makan sotong r pasal aku x leh makan yg bkalori tinggi) rasa sangat sejok.. makan kat kedai2 pon sejok. Buwat aku pusing2 kepala dan panadol sentiasa ada d sisi. huuu

(Gunung Kinabalu yg sangat canteek dklilingi gunung ganang yg canteek wei)

(tengok ada bendera Britain, NZ or australia kat kundasang)

(pasar kundasang yg jual sayor n buah2an segar x perlu guna peti sejook utk kekal kesegaran semulajadi)
Pada hari Ahad bila Uda cuti kami gi waterfall kat bawah kaki Gunong KInabalu. Start berangkat dr rumah jam 5.30 am. Melalui kawasan sekitar yg brgunong ganang ngan kabus pagi yg pekat dan kesejokan tanah tinggi. Rasa cam makan tulang temulang xspecially bila rehat makan kat kundasang. Sejook sangat. Dan aku x suka sejok. Tapi local sini leh pakai t- yg pendek dan short plak. Kami masook guna poring hot spring untok pergi ke waterfall dia. Mmg pngalaman yg best. Aku yg jenis kureng aktif ni naek sempot r at the beginning .Even bila balik ke KK kaboos makin pekat ngan hujan.

(hujan+kabus+jalan gunong+licin+letih=bahaya)

(Jambatan Tampuruli yg famous sampai ada lagu khas lagi wei)
Selepas 1 minggu perjalanan d sabah aku kembali ke tanah air tempat aku selalu menumpahkan darah: KUCHING. Tp dont worri kalu aku dah kerja plus ada duet aku akan balik semula ke KK. Canteek wooo…!!

Tuesday, July 29, 2008

Thursday, July 24, 2008

Journey To Kota Kinabalu 02

DAY 02: SESAT DI BRUNEI


As early as 6.00 am kami tinggalkan hotel Marriot pasal nak pusing2 sekitar Brunei dan teruskan perjalanan ke KK. So masok pintu sempadan, handle urusan passport dan kenderaan masok Brunei. Lupa nak cerita kami masok Brunei tepat pada masa rakyat Brunei sambut hari keputeraan Sultan Hasanal Bolkiah. So almost semua tempat di Brunei akan heboh dengan sambutan. Even bukak radio Brunei setiap sejam aka nada berita setengah jam bodek dan bodek raja dengan nama raja dan isteri dan isteri nomor 2 ngan bangsawan dan ramai lagi nama2 yg cukop panjang dan menyusahkan pembaca berita.

Xpectation aku tentang Brunei adalah amat besar. Cm kira Dhubai versi mini. Mana taknya yg kadar harga minyak adalah amat rendah. Kira2 $B 0.53 jer(tapi outsider x leh isi miyak kat Brunei r). Ngan kadar inflasi yang rendah dan terkawal. Tapi still kenaikan harga diesel pasaran mempngaruhi khidupan masyarakat. so rakyat Malaysia jngan kata isu minyak cuma mainan politik Malaysia jer. Masok brunei limpas kawasan kampong ngan rumah still kayu cam a little bit uzur tapi guna kereta import 2-3 bijik. Gosh nak carik kereta Malaysia mmg susah. Even kamilah satu2nya kereta kecik iaitu produa kelisa. Even motorsikal sepanjang di Brunei Cuma jumpa 5 bijik: 2 milik pizza hut, 2 milik polis peronda dan 1 jer milik tempatan. Gosh..
Cuma ada banyak bab yg bwat aku cukop2 kecewa ngan Brunei antaranya ialah main town dia: Bandar Seri Begawan (BSB) yg aku jangka as little Dubhai sangat2 meleset. Brunei sangat2 daif. System pengangkutan x sistematik. Shoping complek lama2 dan kecik. Penduduk kurang mesra. Kedai jual cd cetak rompak bukak secara tebuka.







Brunei known as Negara darul zikir so mana2 akan ada zikir puji tuhan. Even tulisan semua tukar jadi jawi. Korang tengok sendiri r cam KFC, Body Shop dan banyak lagi ar..



Antara benda biasa yg korang akan jumpa sepanjang jalan di Brunei

Sebagai ahli bahasa aku cukup kecewa ngan Brunei. Even tho wujud dialek Melayu Brunei tapi kewujudan dia amat rendah di Brunei. Pihak kerajaan dan pentadbiran Brunei menggunakan BM yang dgunakan di Malaysia sebagai bahasa perantaraan. Gosh. Betapa benda ni amat mempengaruhi cam ner otak rakyat Brunei ni


Kadar Tukaran matawang Brunei agak tinggi. Kira2 RM1 kita sama ngan $B2.30 something. Nilai kadar yang sama ngan Singapore. Plus aku kecewa ngan Brunei apabila kami lalu tol yg charge dia $B3.00 dan kami bagi $B5.00 dan dia bagi baki Dolar Singapore $S2.00. even tho kadar duit Singapore dan Brunei sama tapi bila dia bagi kami dalam Singapore Dollar that mean yg kedaulatan Brunei sangat terumbang ambing.



Disebabkan kadar tukaran wang yg tinggi so kami sangat2 x dapat shopng puas2. Makan nasi katok yg harga $B1.00 dan minum air harga $B0.50 serta news paper Brunei (as kenangan) $B0.80. so darabkan ngan 2.3 something= mahal wei. even lihatlh harga KFc then darab 2.3 something.. fuyoo leh jadi KFC termahal pernah makan kang


Even check perkhimatan maxis: RM2.00 persms dan RM2.50 perminit percall




Lepas sejam jalan2 then kami orang sedar yg kami dah sesat. X ada signboard tunjok jalan keluar ke Limbang. Then pusing2 masok 2 jam then Tanya punya Tanya orang still sesat. Last2 gi pondok polis. Sangat happi pasal polis Brunei sangat baek dan murah hati. Dia sempat sediakan 2 peronda polis hantar kami ke sempadan.. Best wooo..

that all pengembaraan sesat d brunei.. Then masok Sarawak balik pass 2 masok the other Brunei (yg kurang maju) then masok Sarawak balik b4 masok Sabah bah...

Wednesday, July 23, 2008

Journey to Kota Kinabalu

DESTINASI PERTAMA: MIRI


15 Julai lepas seperti yg dirancang so aku dan abang aku: UDA memulakan perjalanan ke KOTA KINABALU. Walupun ksihatan aku sangat2 kurang baek tapi aku sembunyikan. Maunya aku nak cakap kat dia yg aku ni x sihat then kanselkan plan dia yg dah peruntokan beratos2 ringgit untok aku dalam plan ke KK? Kesian ar dia. So aku blakon jer r baik2 cam biasa. So jam 4.30 pagi masa Malaysia kami pon berangkatlah dari rumah. Emak aku sempat ciom pipi aku lagi (masok ni baru kali ke 3 mak aku ciom aku 1 st masa parents aku gi umrah and 2 nd masa aku nak gi UKM). So aku dan Uda pon merempoh kgelapan dan kedinginan pagi memulakan JOURNEY TO KOTA KINABALU.

Pejalanan untok beberapa jam memang gelap dan sunyi sampai r nak masok pukol 7 baru r terang suasana sekitar. Lokasi pertama hentian ialah Sarikei. Uda dah plan awal nak pusing2 n behenti kat Sarikei. Pasal itulah antara tempat kami membesar selama kira2 4 tahon. Bila sampai memang terkezoot pasal banyak dah berubah. Pindah dari Sarikei masa tahon 1995. 13 tahoon woo maunya tak berubah.


Kawasan berzink sebelah ni ialah bekas kawawasan rumah pertama kami masa pindah Sarikei dulu. Rumah kampong. Dudok pon untok beberapa bulan jer. Masih ingat sebelah dia jiran kami aka cucu pemilik rumah sewa kami tu sorang budak pekak, bisu plus otak bermasalah lagi. Kami panggil dia bebek (bisu dalam bm Sarawak). Dia sangat baek tapi nasib sangat malang. Kawasan rumah tu dah diratakan untok pembinaan bangunan kedai.. huu nostalgia wei..


Flat atas ni plak perumahan kedua keluarga kami. Rumah kami atas sebelah kiri. Flat ni namanya SUNGAI KEMENA (salah satu sungai di Sibu) . Banyak giler woo kenangan kat sini. Kat sini r kawasan tempat maen sesama anak2 polis yg terasing dr dunia luar. Tapi bila dah masok dalam huu terok ar semuanya dah x seteratur masa kami dulu.


Ini tempat kerja bapak aku. Polis Marin Bahagian Sarikei. Pernah beberapa kali masok ngan bapak dan Uda memancing kat salah satu boat polis. Susah woo nak ada quality time ngan bapak yg kerja as a policeman



Ini pulak sekolah rendah aku yg ke2. Sekolah Rendah Bantuan St Anne. Sekolah ni dibawah title bantuan sbb ia dapat naungan dan bantuan daripada gereja St Anthony (gambar bawah 2 r). so pendek kata bacaan doa puji Jesus dlakukan stiap hari dan sister2 selalu ar jalan2 masok sekolah. Majoriti pelajar Cina dan Bumiputera. So as that reason bm Sarawak aku sangat terok pasal kawan Melayu sangat kureang. X jaoh pon dari flat polis pasal jalan kaki pon x letih. Best wei sekolah ni..


Ni gambar masjid Sarikei. X jaoh dari flat polis kami. Masih ingat selalu petang2 ngan emak dan Uda jalan2 amik bunga kenanga sepanjang jalan menujui ke masjid ni..


Nanas besar yg x leh nak makan


Tebingan sungai sarikei yg x pernah berubah. Even lebih kotor dan makin padat.


Bandar sarikei yg eerrr… makin x canteek


Jumpa kawan: EZIELINA satu form 6 yg kerja kat Sarikei plus dia belanja makan MEE JAWA jap


Dalam perjalanan keluar dari Sarikei then terjumpa satu kereta ngan plat nomor yg pelik. Then Uda bagi tau ak yg 2 ialah plat nombor lama Sarawak. 6DA untok division ke 6 manakala Q belakang untok negeri Sarawak.





Bandar Sibu. Dah kira sampai 1/3 Sarawak daa.. Dulu masa dudok Sarikei kalu bapak x kerja or cuti so akan ke Sibulah. Sibu ni bahagian yg antara maju di Sarawak. So banyak giler pembangunan blaku. Plus x lupa majority Cina yg banyak sangat sampai signs n monument sumer unsor2 Cina.. Tengok ar sendiri.



Then Sampai di Bintulu. Maknanya dah 1/2 Sarawak dah dijelajah. Sampai Bintulu nak cari tempat tukar duit asing Ringit Malaysia ke Dolar Brunei plak pasal esok pagi2 plan akan teros masok Brunei. Masok shoping complex yg banyak2 tp last2 x jumpa gak. So kena teroskan pejalanan ke Miri sebelom hari tukar gelap.





Sampai d Miri dah masok malam. Pergi makan malam ngan kawan Uda then tidor kat Hotel dia secara percuma. 5 star facilities hotel buat tidor malam cukop lena. 15 jam memandu. 15 jam dalam kereta… Duh letih yg sangat2 tapi leh plak mata layan filem kat astro sampai jam 3 pagi… bersambong episode ke2