Friday, April 15, 2011

Mode Pilihanraya 2

Kalau hari ni tak kiamat then Insya-Allah rakyat Sarawak akan keluar mengundi esok. Dan kalau tak ada aral melintang lain then aku pun akan buat julung-julung kalinya akan mengundi untuk Dewan Undangan Negeri Sarawak pada usia 26 tahun ni. Huuu. So post kali ni aku nak share ngan korang beberapa perkara or statement yang sangat aku tak puas hati each time datang part pilihanraya ni. Aku ni memang jenis kaki tak puas hati ngan semua perkara pun realitinya.. Wakaka


A. Perang Poster
Aku sangat maniac-ly tak berminat each time datang jer pilihanraya then akan tergantung beribu-ribu poster, kain rentang, plastik rentang or what ever gelaran sekalipun  yang pelbagai saiz yang tergantung kat tiang lampu, pokok tepi jalan, bus station, jambatan, tengah padang, atas atap, belakang lembu etc. Poster yang tergantung tu pulak dari basic just X dan lambang parti kepada muka yang bertanding  kepada cogan kata, propaganda, kartun, serangan peribadi, or just terlalu abstrak sehingga susah nak paham.

Golongan marhaen pulak akan kuar statement: 'Mana meriah kalau pilihanraya tak ada perang poster' or 'Makin banyak poster parti then maknanya makin kuat pengaruh parti or kuat kawasan tu'. WTF sungguh statement tu. Belum lagi ada yang maniac parti politik tertentu yang kata 'Tengok r parti ____ punya poster besar galak. Tak macam parti _____ then macam mana nak membentuk kerajaan. Buat poster pun kecik..' 

Tak pedulik r poster-poster tu guna duit peribadi or kelab ker janji jangan guna duit rakyat buat poster beribu-ribu bagai ngan nilai beribu-ribu ringgit yang hanya untuk dipaparkan seminggu dua saja tapi after pilihanraya then semuanya akan masuk dalam tong sampah. Bukannya dapat direcycle pun. Jangan harap r nak guna untuk next pilihanraya. So semuanya akan jadi sampah-sampah-sampah. Nak buat earth hour 24 jam pun tak leh nak bantu kalu cam ni.. Hmmmm...




Kenapalah perlu gantung banyak-banyak poster ni? Rakyat tak dapat memilih ker kalu tak ada beribu-ribu poster ni. Rakyatkan dah bijak. Mereka dah tahu siapa yang akan mewakli mereka. Cukup r sekadar buat kempen jer. Jimatkan duit dari buat poster tu kepada pembangunan selepas pilihanraya tu kelak kan bagus.. Hmmmm...



B. Politik Pembangunan
Ciri yang jelas menunjukan pilihanraya Sarawak ni semakin dekat dulu ialah apabila banyak pembangunan ttiba siap dengan mengejut. Jalan raya yang tertangguh beberapa tahun leh siap dalam beberapa bulan. Bangunan itu ini ttiba bangun dengan cepat. Bila tengok TV banyak cerita tentang Sarawak keluar. Menteri-menteri besar Malaysia mulai turun padang lancar itu ini. Isu tanah NCR yang bertahun-tahun bermasalaah ttiba dapat diselesaikan beberapa hari jer. Program itu ini ttiba jer dilancarkan. 

Bila ada kempen pulak ada cabutan bertuah motosikal, kereta etc untuk menarik orang datang. Ada yang dibayar untuk datang majlis-majlis tertentu. Siap jemput penyanyi, artis, dan penari-penari separa erotik lagi untuk pukau penunjung. Kat kawasan pedalaman pulak ada yang diberikan radio percuma kepada setiap seorang penduduk. Besar ke nilai radio ni unuk tarik pengundi berbanding nilai maruah diri?

Itu belum lagi masuk janji pembangunan itu ini selepas pilihanraya nanti. Tengok saja kat kampung aku. 10 tahun lepas janji nak buat masjid baru so seminggu before pilihanraya penduduk yang mendiami kawasan tu dipindahkan, tanah merah ditimbus etc tapi after pilihanraya: SUNYI. 5 tahun lepas kuar lagi issue nak buat masjid baru tu ngan nilai RM 1 juta  tapi after pilihanraya lepas: SUNYI lagi. Last week Perdana Menteri datang kampung aku janji nak buat masjid baru ngan nilai RM 3 juta. Kalau after pilihanraya kali ni still SUNYI aku rasa next 5 years, President US pulak yang datang agaknya.. Huhuhu




Gosh, aku tak nak merujuk kepada mana-mana parti politik tapi tolong r berhenti buat politik pembangunan edidi khas nak pilhanraya ni as jalan pikat hati rakyat r. Turun padang nak jumpa rakyat pun 5 tahun sekali jer. Kalau tak haram nak tahu cerita sebenar rakyat. Jalankan pemerintahan yang bijak r... Hmmmm...




C. Pekerja Kerajaan
Aku paling tak puas hati setiap kali ada pilihanraya then berjumpa ngan kaki tangan pekerja sektor kerajaan, then mereka pasti akan kuar statement "Aku ni kerja kerajaan. Anak bini aku kerja kerajaan then macam mana aku nak pilih pembangkang?". Aku sangat-sangat tak paham kerelevenan statement ni. Apa motif utama statement ni? Adakah kalau pembangkang menang then pembangkang akan memberhentikan perkhidmatan mereka dalam kerajaan secara serta merta or mereka tak akan dibayar gaji langsung oleh pembangkang aka kerajaan baru tu nanti?


So maknanya pekerja sektor awam di Selangor, Kedah etc tu bekerja tak bergaji ker? 


Masyarakat sangat di-brain wash dari dulu lagi dengan dinyatakan bahawa pembangkang ialah orang jahat yang nak salah gunakan wang rakyat untuk kepentingan diri mereka dan kroni-kroni mereka sahaja. Pembangkang or kerajaan adalah 2 parti politik yang ada fahaman masing-masing jer. Kalau pembangkang menang then ia akan jadi kerajaan dan sebaliknya kerajaan. Ia tak ada berkaitan sedikitpun dengan dark force, kuasa kejahatan, evil, devil etc.







Dan andai kata kalu each time seorang pekerja sektor kerajaan mengundi pembangkang setiap tahun then ttiba beliau-beliau ini dipindahkan ke kawasan pedalaman then nampak sangat berlaku 'ketulusan' sesebuah pilihanraya r kan?

















So selamat mengundi semua... HOHOHO

Wednesday, April 13, 2011

Mode: Pilihanraya

Last few day mantan anak murid aku tanya di FACEBOOK tentang which politic side yang aku pilih for the next pilihanraya ni. Aku bagitahu dia yang aku tak sokong both pun. Dia pun sama gak. Sebab both of us agreed yang politic ni SUCKs realitinya. We will never know pihak mana yang benar dan yang mana sebaliknya. Sama cam malam ni yang akan ada satu lagi episode ceramah (yang aku tak nak bagitahu dari pihak mana) dari 2 orang ahli yang dah keluar dari satu parti politik ni dan akan share bad story of their previous parti tu. Hmmm..


Aku pernah gi satu interview di mana interviewers tu suroh aku bagitahu keburukan tempat kerja lama aku. Thanks goodness aku tak terbagitahu apa-apa sebab mereka sengaja nak menguji jer. Dia kata kalau sorang tu boleh bagitahu keburukan tempat kerja lama yang pernah bagi dia rezeki yang boleh dia buat beli makan, tempat tinggal etc tu then tak hairan nanti dia akan bagitahu keburukan tempat kerja baru ni kepada orang lain pulak. 

Mesti korang pernah tengok orang muallaf or murtad kan? Just imagine lah sorang ni murtad dari agama asal dia (please jangan kecilkan perspektif murtad hanya keluar Islam jer. Keluar dari agama lain pun murtad jugak apa. Kan?) then kemudian dia jadi orang yang alim ulama dan dia jaja seluruh dunia setiap keburukan agama asal dia tu kepada semua manusia. Persoalannya sekarang: korang fikir agama baru dia ajar umat dia untuk share keburukan agama lain ker? So terbaek ke agama baru dia tu?

Or korang ada kawan baik yang korang share every secret together. Dan satu hari korang gaduh besar. So  korang heboh dan dedahkan rahsia kawan korang pada semua orang. Korang dedahkan A-Z setiap sikap buruk dan kelemahan kawan korang tu. Persoalannya sekarang: betul ke tindakan yang korang buat pada orang yang korang used to anggap as kawan baik yang every good and bad thing korang did together then bila gaduh korang bom dia sampai mati...













Or basic rule dia: ada tak orang datang pada korang bagitahu keburukan orang lain then bila dia pergi temapt lain, pasti dia akan share keburukan korang gak pada orang lain kan?





















Bila tengok berita ada ahli politik keluar parti then buat conference berita share keburukan parti lama dia.. dude, that SUCK.. Sama cam 2 orang kawan yang bergaduh dan sorang share keburukan kawan dia. Disloyalty.. One thing yang  aku tak suka dan tak akan maafkan... (walaupun ada masa aku still do it walaupun aku try not to do it.. Hmmmm)

Sunday, April 10, 2011

Mode Bersendiri

Last week ada satu gig ni dijalankan kat satu club di bandar Kuching ni. Sorang kawan aku ni ngan member dia ada band yang buat performance at that night at that gig. Aku sangat minat ngan muzik mereka and most of the band yang perform that night cuma masalahnya aku dah tak biasa gi mana-mana sesorang sebab mostly most events yang aku pergi recently mesti berkawan. Then korang tanya "Then what the problem?" Kalu aku bahagikan kkawan aku kepada beberapa bahagian: satu bahagian aku gaduh, satu bahagian lagi aku tak tegur lagi, satu bahagian tak minat genre muzik tu dan bakinya tak sesuai bawak gi club cam tu memalam hari. Akibatnya aku tak gi that gig. Hmmmm


A day before that event aku postkan dalam FACEBOOK tentang mencari sesapa kkawan yang rela hati temankan aku for the event. Realitinya Im quite desperate mencari teman that night for the event. Then ada seorang kawan yang balas kata: kenapa tak gi sesorang jer? Aku pun tak tahu kenapa aku tak leh gi sorang. Sedangkan ia sekadar di bandar Kuching jer. Even kalu kat event tu pasti akan jumpa kkawan lain yang kaki gig or kaki clubbing sekali. Not such a real big deal r kan tapi the end aku tak gi that gig sebab apa? SEBAB AKU DAH TERBIASA GI MANA-MANA NGAN KKAWAN. Hmmm.. Suck isnt it?


Sedangkan before aku sangat anti ngan mana-mana makhluk tuhan yang perangai sebijik cam tu. Teringat zaman universiti dulu banyak gila kkawan yang cam tu. Bila nak bungkus makanan kat kafe nak berteman. Bila gi foyer check surat nak berteman. Bila nak kunci motosikal nak berteman. Bila nak tengok TV nak berteman. Aku realitinya not such a real big deal pun sekali sekala nak temankan cuma bila setiap kali rasa rimas gak r. Then bila tanya kenapa tak leh gi sesorang? Bahaya sangat ke tempat tu? Ada musuh ke yang akan mencederkan ko kat sana? Jawapannya: sebab tak nak orang kata diri tu as LONER. LOSER, tak ada kawan etc.

Aku gelak besar ngan orang-orang cam ni. Cam mana nak buat apa-apa perkara kalu nak buat mesti ada teman baru nak start. Tak gi jauh r cam tu kan? Plus kalau korang lapar and harapkan berteman baru makan, then mati kebulur r engkau tau tak.


Sedangkan aku pulak dulu kalau kawan tak dapat then aku gi je r sesorang. Lepak makan sesorang, shopping sesorang, tengok wayang sesorang, buat everything sesorang. Then bila ada kenalan yang tengok start keluarkan statement simpati: Aj, ko tak ada kawan ker? Next time kalau ko nak gi memana ajak aku tau. Or ada yang kuar statement: kalau aku gi mana-mana sesorang then pasti orang akan tengok aku semacam. Rimas r..




WTF








But since setahun-dua-tiga kebelakangan ni fenomena bertentangan berlaku. Lepak Mc D ngan kekawan, tengok wayang ngan kekawan, shopping ngan kekawan, smoking ngan kekawan, lepak sana sini ngan kekawan, melancong ngan kekawan etc semuanya ngan kekawan. Sehingga ada part bila start nak gi mana-mana pun rasa pelik dan janggal r sesangat sesorang.

Just imagine r sekarang, bila kkawan tak minat benda yang sama cam aku such movie then selama-lamanya r aku tak akan tengok cerita tu sehingga DVD ia kuar or dah keluar kat TV masa raya nanti. Plus imagine r yang Mc D pun aku hanya keluar sebulan sekali jer. Bukan sebab aku tak ada duit tapi sebab aku rasa pelik orang tengok aku masuk sana and makan sesorang. 












Realitinya ada masa memang baik berkawan dan ada masanya lebih baik juga masa bersendiri itu ada. Kan?




















Better ikut nasihat Lukman Al Hakim pada anaknya bab naik unta tu. Buat yang tak tahu or lupa biar aku ringkaskan. Lukman dan anaknya membawa seekor unta mengembara ke satu kawasan dan berpaksa melimpas 3 perkampungan. Kat kawasan pertama Lukman menarik unta sementara anaknya diatas unta then penduduk kampung pertama marah pada si anak sebab menjadikan bapaknya yang tua as hamba. So si anak turun menrik unta manakala Lukman pula naik belakang unta. At the second kampung, penduduk situ pulak marah pada Lukman sebab membiarkan anak yang kecil menarik unta sedangkan dia bersenang lenang atas unta. So anak beranak ni turun r dan memasing tarik unta. Dan di lokasi ketiga, orang kampung tu pulak kata yang anak beranak ni bodoh sebab ada unta tapi tak nak naik.


So nasihat Lukman pada anak dia: kalau apa yang kita buat tu betul, jangan peduli apa orang disekeliling kita kata. Sebab manusia ni tak akan berhenti berkata-kata sampai bila-bila. Dan kalau kita terpengaruh oleh kata-kata orang, then kita tak akan ke mana-mana pun. Kan?