Tuesday, November 30, 2021

Dear Anxiety

Korang pernah tak melalui situasi di mana korang nak makan kat satu cafe ni then it takes 4 hingga 5 kali pusingan kereta. Bukan sebab nak carik parking tapi setiap kali nak park then otak kau akan keluarkan pendapat tanpa diundang seperti "Kau baru je pergi kedai ni minggu lepas, garenti boss/pekerja dia perasan kau. Then mereka akan ketawa dan cakap-cakap belakang kau. Betapa kau looser makan sorang diri kat kedai tu" Akibatnya kau just balik rumah masak meggi dan hanya kembali makan ke kedai tu setahun kemudian.


That sound ridiculously funny? Trust me, that what used to happen to me.


Then kau kata: "Kau fikir mengarut je ar. Fikir positive ar. Benda tak wujud pun. Entah-entah boss/pekerja tu tak perasan pun kewujudan kau. Kau bukannya satu-satunya pelangan mereka. Antara tempoh seminggu tu, beribu muka yang keluar masuk kedai mereka. Lemah..!!"


Jangan sesekali suruh mental illness patient untuk

 fikir positive..!! Silap haribulan, kau punca dia bunuh diri. And it not a funny things, dude..!!


Aku pernah gaduh dengan bestfriend aku sebab aku nampak gambar dia bercuti dengan kawan dia kat tempat kami pernah backpack dulu. Kalau waktu aku normal, it not a big deal at all. Tapi disebabkan ia berlaku sewaktu aku sedang melalui episode depression, serangan dalam otak waktu tu memang dasyat ar. Otak aku kata Dia dah ada penganti aku. Aku dah tak penting lagi dalam hidup dia. bla-bla-bla. So aku hilang ramai kawan yang berharga, jadi kurang ajar dengan mak bapak etc.


Kemudian selepas dapat khidmat psychiatry, makan pill sehingga kepada moment berhenti jumpa psychiatry dan stop makan pill pada tahun lepas. Yap, it takes time dan aku dah pandai kawal. Ada teknik yang aku guna setiap kali anxiety though tu datang ar and it works perfectly. Tapi mostly sebab kes aku tak serius, keadaan persekitaran aku pun tak teruk sangat. Dan ia tak dapat digunakan kepada semua orang.


Yap, aku pernah jadi positive toxic kepada 2 mental illness patients ni dan sejak tu aku tak nak bagi pa-apa nasihat kepada mana-mana pesakit lagi. Kita fikir apa yang kita bagi tu bagus rupa-rupanya it is a toxic.



Tapi tahun lepas jugak berlaku the biggest relapsed kepada aku ar. Hanya disebabkan oleh whatapps seorang hamba Allah ni suddenly tak ada profile picture lagi membuatkan aku anxiety attacks yang membawa kepada suicide thought dan ia berlaku sewaktu aku sedang memandu. Otak aku sedang aku bertubi-tubi. Kata aku dah buat kesalahan besar pada dia sehingga dia remove aku, aku tak layak hidup, aku tak layak dihormati etc. Akibatnya badan aku mengeletar, aku menanggis teresak-esak macam budak kecik sambil drive dan berharap aku terlanggar sesuatu or sesuatu langgar aku dan aku mati. Yap, it that worse.




Last two week, there an event laa yang membawa kepada episode relapsed aku. Ia tak teruk mana. Anxiety thoughtnya tak kuat sebab otak aku boleh bidas balik kenyataan yang dikeluarkan. Tapi ia berlangsung agak lama ar. Dengan kerja yang melambak, perangai staff nak kena handle so ia tak membantu ar but still aku manage to handle it greatly.





Semalam aku sepatutnya keluar date dengan seseorang yang aku kenal agak lama di social media ni (Yap, aku masih lagi tak serik). Aku dapat rasa dia 'the one' laa. Someone that berbaloi untuk kau simpan. Rancang punya rancang, kami sepatutnya keluar lunch sama sebab rumah dia tak jauh dari tempat kerja aku tapi sebab kerja aku recently sibuk nak mampus so kami tukar ke petang tu,



Aku sampai ke kedai yang dirancang tu. Aku beli air. Aku minum sorang diri. Dia kata dia on the way. Dia tanya aku duduk meja mana. Then setengah jam berlalu. Air aku dah habis. Aku tengok orang yang sama duduk kiri kanan aku yang makan tadi dah balik tapi dia masih tak muncul lagi.


Then Anxiety dalam otak pun menjalankan tugas dia seraya berkata: Jarak korang bukannya jauh mana pun. Korang dah rancang dari malam tadi dah kot. Mungkin dari tadi lagi dia dah datang. Dia tengok kau then dia balik. Muka kau bukan macam mana yang dia fikirkan. Kau hodoh. Tak ada sesiapa yang akan suka kau. Lagipun ini bukan kali pertama ia berlaku pada kau kan? Kau boleh tunggu sampai sejam dan jadi orang bodoh atau kau boleh balik.


Dan aku berdiri, pergi ke kereta, hidupkan enjin dan aku blah. 




Tak sampai 5 minit, dia mesej kata dia dah sampai. Dia tanya aku kat mana. Dia kata jalan jam so dia lambat sampai.






Tapi aku terus blah. Sebab apa? Sebab aku dah percaya apa yang anxiety aku tu kata "Aku tak layak untuk disayangi"