Amaran: Post ini mengandungi spoiler untuk mereka-mereka yang belum menonton filem yang dimaksudkan.
Bila dapat tahu yang Apocalypse akan jadi main villain untuk
trilogy kedua X-Men then aku sangat teruja. Untuk seorang kipas susah mati tapi
kipas tangan (poser amature) X-Men, Apocalypse ialah salah seorang mutant yang
banyak melakukan kemusnahan besar-besaran sekaligus menyusahkan hidup X-Men
a.k.a dia ialah antara mutant dengan kuasa yang cukup kuat. Hari ni tadi aku tengok filem tu namun unfortunately
ia agak mengecewakan. Hmmmm..
Aku tak against Oscar Isaac sebab dia memang seorang pelakon
yang hebat tapi untuk membawa watak Apocalypse, physicallynya plus team costume
plus make-up plus graphic editing tak membantu kot. Aku expect Apocalypse macam
The Mountain dalam Game of Thrones yang mana bila tengok badannya besar bagak
tu dah boleh buat kita kecut perut. Sebaliknya Apocalypse dalam filem ni ialah
seorang atok tua yang keras kepala, saiz badan biasa-biasa dengan kulit warna
unggu. Kalau dalam filem, Apocalypse ialah villain yang merancang semuanya
dengan detail sehingga bila dia buat appearance, semuanya dah totally tak
terlawan. Namun dalam filem ni, Apocalypse jenis jumpa sorang minah mutant ni
then terus angkut jadi orang kanan tanpa fikir panjang. Kemudian dalam beberapa
hari lepas terbangun dari kubur terus nak serang satu dunia. Duh…
Jalan cerita kali ni pulak totally dah dijangka ar. Semuanya
macam been there done that. Ooh orang suka tengok scene Quicksilver dalam
previous film then kita kena ulang balik. Kita kena culik Charles Xavier then
baru ar team X-Men akan datang selamatkan diaorang. Sekali lagi Charles Xavier
a.k.a one of the most powerful mutant ever jadi lemah dan perlukan bantuan. Magneto
akan jadi jahat dan kemudian insaf balik. Unexpected? Naa. Tak ada mana-mana
scene yang akan melekat dalam otak kau once kaki kau melangkah keluar dari hall
wayang tu. Jalan ceritanya totally macam nurse suap nenak tua yang tak ada gigi
di mana nenek tu tak terfikir sedetikpun untuk mempersoalkan apa yang sedang
masuk dalam mulut dia, sebaliknya dia terus telan dan telan. Jalan cerita ni terlalu
linear sehingga kita tak perlukan otak kita untuk berfikir langsung. Dah tiba
masa untuk menyingkirkan Bryan Singer untuk mana-mana projek X-Men yang akan
datang.
Masalah dengan movie banyak superhero ialah it hard untuk
bagi equel time screen pada setiap watak. Kena bagi ini sikit, itu sikit, yang
dah memang academy award kena lebih skrip dan masa tayangan, penonton suka
watak tu dalam filem sebelum ni then kena bagi lebih, sana sikit, sini sikit
then last-last ia jadi celaru, tergantung dan rumit. Sehinggakan motivasi watak tu tak sampai. Even
jujur cakap ada part or ada watak tu totally tak perlu kot. Contoh: part
Wolverine macam dah terlebih masa pulak. Yap, ada yang kata scene tu perlu
untuk trilogy terakhir filem solo Wolverine tapi still bagi aku ia dah melebih
sangat. Sebaliknya aku nak tengok kuasa Jubilee (walaupun kuasa dia tak sehebat
mana pun) sebab antara gambar leak keluar awal tentang filem tu ialah part
mereka berempat keluar shopping. Dalam filem pulak part tu nampak sangat dah dipotong
sehingga ada tak ada scene tu tak bagi apa-apa effect pada filem tu. Tak sabar tunggu
director’s cut. Macam dalam filem sebelum ni ada Rogue’s cut yang bila kita
tengok then baru kita faham kenapa-apa berlaku. Hmmm
Havoc mati. Angel (archangel) mati. Aku dah expect Havoc
akan mati sebab dalam trailer dia tak berlawan sekali dengan the 4 horsemen. Kematian
Alex Summers kiranya bagi motivasi untuk Scott untuk balas dendam ar.
Unexpected? Still naa. Tapi Angel antara watak utama dalam komik terawal X-Men
kot. Tapi dalam X-Men tak ada watak yang benar-benar mati yang akan kekal mati
selamanya. Sentiasa ada cara nak menghidupkan watak tu balik. Mungkin bapak
diaorang guna teknologi angkasa dia untuk transport anak dia tu dan Angel pula
tak mati sebaliknya sekadar cedera so bapak dia yang kaya rawat dia balik or
guna kaedah paling desperate: guna teknik undur masa balik macam dalam Day of
The Future Past. Hmmm..
Once Sophie Turner buat penampilan then terus mulut aku
terkeluar nama ‘Sansa’. Kalau Sansa ada power Jean Grey dalam Game of Thrones
kan bagus. Tak ar dia jadi mangsa buli oleh para-para lelaki tak gentlemen kat
Westeros. Disebabkan semua orang sayang Sophie Turner (termasuk aku) so aku
suka watak dia. Tapi sekali lagi, disebabkan oleh banyak watak lain then watak
dia tak berkembang mana pun. Yap, the end dia jadi Dark Pheonix. Not a surprise
of coz. Even ada ura-ura kata next filem ialah tentang watak Dark Pheonix
sekali lagi. Harap tak seteruk filem ketiga X-Men The Last Stand dulu as Jean Grey
kata dalam filem ni third one’s always the worst.
Filem ni sepatutnya berlangsung dalam 80’s. Part 80’s nya?
Hmmmm
Final battlenya? Aku harap berlaku aksi yang lebih dengan
scene yang unexpected ar. Sekurang-kurangnya tak ada part ‘Martha’ macam dalam
Batman vs Superman which is aku fikir ia akan berlaku masa Quicksilver nak kata
kat Magneto yang dia ialah anak dia. At least that did not happen. The four
horsemen tu pulak tak sekuat mana. Paling hampagas ialah bila endingnya Magneto
& Mystique jadi baik. OMFG betul. Juju raku expect yang Magneto mati dan
Quicksilver buat group Brotherhood of Mutants ke. Paling tak, Moira dapat balik
ingatan dan bagitahu Xavier yang budak dalam gambar tu ialah anak diaorang
bersama (which is anak diaorang akan jadi another one of most powerful mutant)
Part aku suka: Masa Magneto tahu yang dia ada kuasa earth
bending (terus teringat masa Toph: The Last Air Bender dapat tahu yang dia
boleh bend selain tanah), Quicksilver belasah Apocalypse dalam versi slow
motion, anak Magneto tunjuk power mutant dia, Cyclops tunjuk power membelah
pokok, Mystique menyamar jadi Olivia Munn, Jean Grey tunjuk power baru
bla-bla-bla.
Aku harap next movie tak akan mengecewakan seperti ni ar. Ia tak ar teruk sangat
especially kalau ini ialah filem X-Men pertama yang kau baru tengok dan kau
langsung tak pernah baca mana-mana komik X-Men. Filem ni mengecewakan sebab ia
ia sama level macam filem terakhir. Still bagi aku the best X-Men movie ialah
First Class. Harap next movie akan ada Emma Frost balik dengan circle of psychic
groupnya or Mr Sinister or group mutant underground yang aku tak ingat nama
diaorang or mutant angkasa yang still aku tak ingat nama diaorang or kembar
Charles Xavier yang jahat ke. Tapi kalau dari end credit scene, ia macam Mr.
Sinister ar cumanya ia tak menjanjikan apa-apa ar. Yang penting kena carik pengarah lain.
So sure in the nearest future Wolverine alone movie akan
keluar (Watak terakhir Hugh Jackman as Wolverine), Gambit Origin (yang aku
masih lagi tak jumpa kerelevenan filem ni untuk keluar sedangkan banyak lagi
watak-watak lain perlu stand alone terlebih dahulu), The New X-Men (ura-ura), Deadpool
kedua (harap akan ada banyak lagi watak X-Men akan buat crossover) dan bla-bla-bla.