Waktu budak-budak dulu, kalau ada yang sebut 2020 je then terus akan imagine zaman tu Malaysia dah pakai kereta terbang. Yap, terima kasih kepada filem Back To The Future 2 sebab bagi pengaruh besar kepada otak budak-budak zaman kami. Tak macam budak zaman sekarang yang tak tahu menahu sikit pun tentang Wawasan 2020. Apa yang mereka tahu hanya BR1M, KR1M, BB1M, kedai makan 1Malaysia, klinik 1Malaysia, kedai buku 1Malaysia, kedai kain 1Malaysia, 1Malaysia itu, 1Malaysia ini, GST 6% dan hutang 1MDB. Hmmm..
By the way, for your information post ni tak ada kaitan dengan kes TEAM MAHATHIR vs TEAM NAJIB sebab tak ada Bella Swan dalam cerita ni yang keliru nak pilih mamat mana jadi suami eh. Plus as para-para pejuang BN selalu guna frasa 'Melayu sama Melayu gaduh nanti Cina tepuk tangan' so dalam situasi ni 'BN sama BN gaduh then PKR tepuk tangan' dan aku pun kongsi tepuk tangan sekali. Sebaliknya bila nama Mahathir muncul balik then otak aku terus ingat dasar besar dia iaitu Wawasan 2020. Yap, 5 tahun lagi kita akan masuk 2020 dan tak ada sebarang petanda yang kereta terbang akan wujud. Even tak ada sebarang penciptaan benda-benda kecil walau sebesar kereta mainan hot wheels yang mampu terapung lagi. Malah tak salah kalau aku katakan yang ciptaan paling canggih yang boleh dibanggakan yang membezakan sekarang dan 20 tahun lepas ialah smartphone je kot. LOL..
Sekali lagi by the way, selain trilogy Back To The Future, ada satu lagi sumber yang mempengaruhi otak aku zaman budak-budak dulu yang membuatkan aku sangat tak sabar untuk hidup pada zaman 2020 kelak. Pada tahun 1997 ada sebuah komik yang bertajuk 2020 dari majalah RILEKS! ni. Lukisan ia sangat cantik, jalan cerita sangat best tapi sayang waktu tu aku just darjah 6 dan harga majalah tu pulak RM5.++ (harga Sabah Sarawak). Sangat sayang apabila majalah berkualiti tu hanya bertahan beberapa terbitan je. Ia keluar pada zaman yang tak betul kot. Kalau ia keluar sekarang then pasti top-top meletop.
Jadi hari ni aku nak share beberapa idea pelukis tentang zaman 2020 (yang so sure tak akan menjadi realiti).
1. Kapal Terbang MAS Airline
Waktu tu Malaysia masih lagi zaman monopoli MAS. Air Asia masih belum wujud lagi. Plus MAS lah kebanggan rakyat Malaysia selain Proton kan? Jadi komik tu hanya menunjukkan kapal terbang MAS je ar.
Tengok design luar punya ar mantap. Dah tak ada sayap lagi ar. Sebaliknya macam bentuk ikan pulak. Kemudian pramugari masih lagi pakai baju batik yang sama macam sekarang. Bezanya diaorang dah tak berdiri kat laluan tengah sebaliknya muncul skrin hologram.
Gambaran dalam pulak memang melampau-lampau ar. Tingkap cinonet dah tak ada sebaliknya memang kaca sepenuhnya ar. Punya ar besar sehinggakan ada 36 line kerusi dan sapa-sapa boleh jalan dalam kapal terbang tu. Hmmm
Teknik pendaratan pulak punya ar cool habis. Dah tak perlu landasan pendaratan yang panjang-panjang hanya sebab nak landing. Kemudian lorong pejalan kaki masuk tapi kita tak perlu jalan sebab seat kita tu yang akan bergerak bawak kita pergi ke next destination. Jadi tak perlu lagi berebut-rebut, tolak-tolak macam orang jakun ar nak keluar dari kapal terbanng.
2. Kuala Lumpur International Airport.
Sekali lagi, Air Asia belum wujud so KLIA 2 mahupun LCCT memang tak ada ar.
Aku tak suka sangat design KLIA ni. Ia terlalu modern sangat. KLIA sekarang dengan tema lapangan terbang dalam taman ar much better. Tapi yang cantiknya design airport atas ia ikut logo MAS iaitu wau bulan. Hmmm
Design dalamnya biasa-biasa je ar.
3. Kuala Lumpur
Kalau cakap tentang 2020 then mesti ar bandar pertama muncul dalam otak ialah Kuala Lumpur. Tak kan ar Jerantut, Kuala Kubu Bharu or Yong Peng pulak kot.
Aku suka idea ni apabila bandar mengalami pemodenan tapi bukit bukau tak ditoreh jadi tanah rata. Dalam gambaran pelukis siap ada air terjun lagi tepi highway. Melampau ar tapi yang pasti tengok kereta-kereta tu semua walaupun tak terbang but still terapung. Wakaka
Ini lagi best. Dari hutan batu dah kembali jadi hutan semulajadi balik. Lebih banyak pokok hijau dari bangunan-bangunan. Pelik kan? Tapi part tak pelik pula ialah tak kira betapa besar jalan raya or betapa canggih kereta leh terapung but still KL masih jam teruk pada 2020. Hmmm.
Gambaran dalam KL Sentral. Sekali lagi the best partnya bangunan dalam bukit.
Kuala Lumpur dari pandangan udara. Yap, benda kecik tu ialah KLCC tower. Pada masa tu ada banyak lagi bangunan yang jauh leih tinggi tapi paling best, tinggi-tinggi then atasnya ada pokok-pokok, taman, even siap ada stadium sukan lagi,
Last but not least KL sekali lagi dan kali ni ada kereta terbang bagi melengkapi syarat zaman 2020.
Itu baru episode pertama. Even dalam episode pertama tu pun banyak gambar yang malas aku nak scan dan upload. Ada future LRT, future Proton etc. Sayangnya aku cuma ada 3 copy je majalah tu. Itupun melangkau. Episode seterusnya ia ada tunjuk Sunway Lagoon versi 2020 yang sangat extra super dooper cool. So kalau nak tahu apa berlaku kepada komik tu dan imaginasi 2020 lain oleh pelukis then sila cari sapa-sapa yang ada koleksi semua majalah tu dan tak lupa share kat aku gak kelak..
8 comments:
Cool giler majalah ni... kagum plak kapal terbang besar giler.. besar sgt space tu... mcm rugi la plak x letak kerusi kt tgah tu.. hahahahah
anyway kereta terbang tu aku still ternanti2.. tp mcm susah je
yap, kereta terbang adalah satu-satunya bukti yang menunjukkan kemajuan sesebuah negara pada masa akan datang. wakaka
kereta terbang memang win... tapi smpai skang duit je yg banyak terbang... kwkwkwkw
komen kau pun win gak part duit terbang. hahaha
Aku rindu nak tengok dia ada lukis proton iswara nak terbang masa budak 3 orang tu nak naik. Kalau kau ada lagi ke ternampak ke emel aku terus. Gambar pun jadi. edyhalim22@yahoo.com (17.9.2017)
Hii Edy Halim,
part yang mana tu ek? Kalau first episode yang 3 penjahat naik selepas sambutan ketibaan deligasi luar negara tu ada ar. Lagipun aku tak ada setiap majalah jadi semuanya agak langkau-langkau dan tetiba je dah tau yang majalah tu tak wujud lagi waktu tu.
pelukis malaysia boleh tahan animasi dia dah macam jepun punya animasi..tahun 97 tu..siapa pelukis dia ni
Tahun ni dah 2020. Kereta terbang takde, bangunan dalam bukit takde. Yang ada menteri bodoh.
Post a Comment