Sunday, April 26, 2009
Saturday, April 18, 2009
DEAR STUDENTS
Ketika kamu sedang membaca post kali ini, saya bukan lagi guru kamu. Saya sekadar seorang lelaki biasa yang bernama AJ. Pada Jumaat lepas maka tamatlah episod saya sebagai guru Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Lodge. Hanya mengajar untuk 14 hari (tidak termasuk 7 hari cuti dan 5 hari peperiksaan). Even 14 hari tu pun tak termasuk masa library, 1 minggu ni yang langsung tak mengajar dan hari-hari tertentu yang saya … ar sendiri saja ar yang tahu. Damn…
Cukup pasti saya akan merindu anda semua.
Saya akan merindui ahli kelas 2B such as GLADYS (yang selalu share cerita dan gossip-gosip), SIANG HUI (yang selalu cakap ‘don’t go..!!’ banyak kali), AGATHA, CAI YIN, SOPHIA & REGINE (group of ladies yang selalu pengumpat tentang saya dan tak akan faham setiap soalan saya), JORDAN (yang sentiasa ada jawapan setiap kali saya tanya soalan), JOAN (yang selalu senyum semacam setiap kali tengok saya), LANCE, DARYL & ERIC (group yang sentiasa blur setiap kali saya tanya dia soalan and then akan tanya jawapan pada JOAN), ALEX (haiya…!!), EDWIN (yang sangat pendek dan asyik kecilkan mata setiap kali tengok jauh), SHIRLEY (yang punya tulisan tangan yang cukup kemas tapi susah nak baca), ISAIAH & CHUN HOW (yang sangat banyak cakap kalau duduk sama-sama), EVERARD (yang sentiasa kata itu bukan nama dia), AARON (yang sentiasa suruh kelas diam), OLIVER (membiawak? Ha ha ha), LIZ-NATASKA (yang akan sentiasa cuba untuk menjawab setiap soalan yang saya bagi. Thanks), KHANG LENG, MAVIS, HUI CHOO, BENJAMIN, MALCOM (group yang saya tak tahu mereka sedang bergosip tentang apa atau siapa), ERICA (yang sentiasa senyum dan ketawa setiap masa), NATHAN (mangsa buli SHAWN), WELTON (yang sangat hyper dan sangat bising), ANDREA (yang akan marah setiap kali kelas bising dan tak terkawal), dan yang paling jauh sekali iaitu SHAWN (yang sentiasa melambai-lambai and selalu hantar sms).
Dan 2C plak such as WILLIAM (yang selalu mocking apa yang saya buat tapi sangat rajin baca buku), MELLISA (yang suka baca novel Bahasa Melayu), Matthew (yang sangat susah untuk cakap Bahasa Melayu), KATHY (yang sangat blur setiap kali saya tanya soalan), RAY(yang saya tak tahu apa yang kamu buat di belakang), DARREN (yang sangat suka buat lawak), JUSTIN (yang sangat suka share cerita dia), RYAN (selamat belajar Bahasa Indonesia semasa di Australia kelak ok), JOHNY (haiya…!!), JASMINE YEO (yang sentiasa ada idea nak cakap), ARIEL (asyik tersenyum saja dalam kelas), CHLOE (girl yang punya muka sangat serius), TIMOTHY & YI JING (sangat banyak cakap sampai tak dengar setiap soalan yang saya tanya), TERRANCE (yang kecil tapi sangat banyak cakap), SEBASTIAN & BRYAN (jenis yang muka blur setiap kali saya tanya soalan), SANDY (mesti akan teringat watak dalam SPONGEBOB), BOON XIAN (sangat senyap dalam kelas tapi sangat aktif semasa main ping pong), JASMIN CHAN (sangat senyap dan akan kata tak tahu pada setiap soalan yang saya tanya), SHARLYNN (ketua kelas yang sentiasa sibuk), SEAN (sangat-sangat tak faham apa yang saya kata), VANESSA (sangat jauh di belakang sehingga saya tak tahu sama ada awak faham apa yang saya buat di hadapan kelas), CASSANDRA (sangat blur dan tak nak berusaha jawab soalan yang saya tanya), MAX ( blur 24 jam), JASON (sentiasa ada jawapan yang betul setiap kali saya tanya), CHERILYN (thanks untuk RM10 yang berbentuk LOVE dulu) dan lastly TIK SHEN (yang sangat bekerjasama dengan hantar setiap kerja yang saya beri).
1B plak cam MELLISA & EVELYN (yang sentiasa buat kerja lain setiap kali dalam kelas), BRYAN (yang sangat rajin buat latihan yang diberikan), RUDY (yang sangat suka menyanyi dan berkipas dalam kelas), ENSON (sangat-sangat blur), ALVIN (yang sangat suka tali pinggang aku), ALINA (yang sangat suka mempersoalkan setiap arahan aku), TIFFANY (yang banyak sangat tanya soalan tentang aku), JANE (yang sangat sopan santun dan berbudi bahasa), WEN XIN (sangat jauh di belakang tapi sentiasa tersenyum), JANICE, CLARENCE, DARREN & MATTHEW (group yang selalu pukul memukul antara satu sama lain), SHARON (yang sangat rajin baca buku lain dalam kelas aku), ARNOLD, JEROME & JACKSON(sangat banyak cakap), AARON (sangat kecil tapi sangat bising), SIAW JIA & JOANNA (sangat rajin buat latihan yang diberi), KATHERINE (muka sangat susah nak senyum), BRENDA (sangat pendiam dalam kelas), JANET (sentiasa ada perkara yang nak dilakukan), HANNAH (pun sangat pendiam dalam kelas), BRANDON (sentiasa tak pernah focus sepanjang dalam kelas), NADIA (punya suara yang sangat kasar), KENNETH (mangsa buli ROY), ROY (punya suara yang sangat kuat dalam kelas) dan paling belakang ialah VICTORIA & TRINA (yang selalu melukis muka saya).
Nasihat untuk semua, pastikan anda belajar bersungguh-sungguh dalam subjek Bahasa Melayu di bawah penyeliaan guru baru kelak..
Selamat tinggal pelajar-pelajar sekalian…
Saya sayang kamu semua..
Saturday, April 11, 2009
Tale & Time
Last Thursday layan TALENTIME by YASMIN AHMAD. Sejujornya aku rasa agak kecewa. Apa yg dia cuba bawak kali ni agak gagal r. Mesej cerita mmg ada r tapi x dapat sampai ngan jayanya r. Bak kata pensyarah aku masa bwat tessis dulu “Better bwat topic yg rangkuman dia lebih kecik then leh r hurai keseluruhan dr bwat topic besar tp hasil dia x diselesaikan semua” n bak kata pepatah Melayu lama “Jngn sampai yg d kejar x dapat then yg d kendong bercucoran”. Plus x lupa d sebabkan pelakon yg penghayatan sebijik cam hampagas.
Back 2 reality.
Kadang2 kita terlalu mengharapkan hidop ni akan berjalan sama cam cerita yg mostly nya fantasi. Kita berharap agar setiap konflik akan berakhir dengan keindahan. Akan ada KEAJAIBAN yg muncol untok menyelesaikan setiap permasalahan kita. Walupon aku yakin semua tahu semua tu x mungkin akan berlaku tp aku juga amat yakin bhw jaoh dalam hati setiap orang masih ada lagi yg akan terus berharap akan keajaiban untok berlaku.
Second last blog aku tulis ttg isu aku me’resign’kan diri dari jawatan guru di Lodge Group of School menghasilkan banyak giler komen aku terima yg mostlynya dari student2 aku, outsiders n ada yg certain yg x leh dipercayai. Even masa masok kelas 2B banyak gak r yg kuarkan issue ni. Ada yg mintak aku tukar fikiran untok mengajar semula. Kecuali sebahagian budak 2B n mostly kesemua bbudak kelas 1B saja yg sangat happi bila dapat tahu aku akan resign.
Ada yg kata tindakan aku berhenti as a pengecut. Aku x ambik port pon kalu org nak kata aku as a pengecut or wat ever r. Pasal telingga aku ni dah imun pada kata2 org r x kira kutokan or motivasi. Cuma aku dah lama x behenti d tengah2. Aku bwat sesuatu musti sampai penghujong. Tapi bila ada masa aku perlu berhenti then aku akan berhenti.
Entah kenapa aku dapat rasa ada something dlm diri aku hilang. Something yg sentiasa bersama aku stiap masa. KEGILAAN AKU. Mungkin ia dah hilang sbb makin banyak event yg bwat aku hilang diri aku. Hingga last 2 week incident yg bwat aku parah sangat2.
Aku perlu lari sekali lagi. Bukan lari dari masalah cuma lari apabila aku mmg perlu berlari. Sbb masa kita makin pendek. Sebelom kita hanya mampu terdudok..
Thursday, April 2, 2009
Shit-ing (Babak 2)
Aku nak sangat marah pada dia. Pada tindakan dia yg bodoh. Paling tidak aku harus kecewa. Kecewa pada dia sebab dah musnahkan kebahagiaan yg selama ni cukup stabil. Tapi aku hanya resah.
Kalu aku tau benda ni akan berlaku then aku x akan sentuh HP dia. Aku lebih rela rasa gembira pada kebahagiaan yg palsu yang selama ni aku pertahankan dari simpan rahsia yang membuatkan aku cukop resah. Menjadikan aku lihat dia berbeza. Aku x boleh benci dia tapi aku dah x boleh lihat dia dengan cara yg sama lagi. Even aku dah x boleh lihat dia lagi. Aku akan sentiasa berpaling. Aku akan pergi menyendiri. Semuanya buat aku resah.
Aku x tahu kenapa dia boleh bertindak cam 2. Tapi hati aku sangat yakin itu dia. X mungkin orang lain. Even ini mungkin bukan kali pertama dia bwat macam tu. Cuma ini kali pertama aku 'tertangkap' dia. Pasal selama ni aku cuma nampak dia dengan mata tertutup. Dan bila aku 'terbukak' mata aku pada dia then membuatkan aku jadi resah.
Mungkin sebab aku x pernah kenal dia selama ni. X ada sesiapa yg pernah benar2 kenal dia. Dia ada sudut lain yang hanya dia saja yg tahu. Dan sebab itu dia bertindak pada orang2 yg x pernah kenal dia. Dia memusnahkan kepercayaan. Dia musnahkan tanggungjawab. Tapi untuk apa dia musnahkan semua yg dia pernah ada selama ni? Untuk cari org yg akan lebih kenal dia siapa? Untuk mencari kepercayaan lain? Untuk cari tanggungjawab lain?
Tindakan dia bwat aku betol2 resah. Aku dapat rasakan irama yg ada dalam diri aku selama ni hilang. X ada satu nada pon yg bermain dalam hati aku. Hanya ada bunyi sunyi. Otak aku x fikirkan apa2. Aku hanya melihat jauh. Melihat pada 1 benda yg x wujud. Dan ketika aku memikirkan dia. Air mata aku ttiba mengalir. Rahsia ni mmbuatkan aku resah.
Aku x kisah kalu dia nak mengakhiri perbuatan dia dengan baik. Tapi jangan bwat mcm apa yg dia tengah bwat sekarang.
Aku berdoa pada tuhan agar benda ni sebenarnya x berlaku. Aku harap ia hanya perasaan aku yang akan hilang selepas aku bangun dari tidur. Aku x tahu apa yg perlu aku bwat. Rahsia ini membuatkan aku resah sangat2. Aku perlu bagitau seseorang. Tapi bila ia diberitahu kemudian kisah yg baru akan bermula. Kisah yg akan memusnahkan kebahagian yg sedia ada. Memusnahkan kepercayaan yg selama ni kami pegang.
Tapi aku x boleh tanggung benda ni sorang2.