Sunday, March 4, 2012

Fakta: Aku & Buku

Aku biasanya bawak beg tak kira beg sandang, beg silang or box bag ke mana-mana aku pergi sebab mostly aku malas nak memenuhkan poket seluar or nak menyusahkan tangan untuk bawak banyak barang. Dan di dalam beg tu plak barang wajib yang akan akan ada ialah kamera-kamera aku (include condom) dan jugak sebijik novel. Hmmm. 


1.
Setiap kali aku beli buku aku biasanya akan tak akan beli 1 buku sahaja. Sekurang-kurangnya aku akan beli 2  bijik buku dalam 1 masa. I dont know why. Dan selepas tamat baca buku pertama aku biasanya ada cooling period untuk menghadamkan kepuasan baca buku tu. Sebab kalau aku terus sambong buku kedua then kebiasaanya aku x akan habis baca buku tu. Hmmm..

2.
Aku x suka tulis nama or tarikh or what ever thing dalam novel yang aku beli. Bagi aku tindakan tu sangat cam menconteng keindahan buku tu. So mostly semua novel yang ada dalam bijik aku seem cam baru tanpa sebarang contengan or kerosakan kulit luar.

3.
Aku guna kaedah penanda buku untuk mark bahagian terakhir aku berhenti. Aku x suka certain orang yang suka melipat hujung kertas sebab ia merosakan buku tu jer. Dan dalam berpuluh-puluh buku dalam bilik aku tu accidentally korang akan terjumpa beberapa buku yang masih ada penanda buku pada muka surat tertentu that either mean buku tu membosankan or sangat membosankan. Yap, ada certain buku tu aku just berhenti di 10 muka surat terawal jer.

4.
Aku x suka pinjam novel orang. Kalau aku suka satu-satu novel tu then aku akan beli sendiri. Sebab bagi aku kepuasan novel ni bukan just pada membacanya jer tapi own it. Sebab kalau buku tu kita pinjam then kita terpaksa pulangkan bila dah habis baca. So kita x leh nak baca semula lagi next timenya tapi aku x ada habit baca buku 2nd time laa... Aku just baca buku tu sekali tu jer..

5.
Bagi aku menjadikan novel as a hadiah ialah satu tindakan yang sangat berani. Berani dalam ertikata: orang  tu sangat gembira sebab novel tu ialah dari author yang dia minat or buku tu buku yang dia minat dan x ada di pasaran tempatan atau hadiah tu x dapat nak dihayati sebab dia dah ada koleksi buku tu or dia x suka genre buku tu or etc. Sebab aku pernah dapat buku as a hadiah. 1 buku tu novel Bahasa Melayu yang jalan ceritanya rapuh dan bahasanya lemah and 2nd buku motivasi. But still aku hargai buku tu.

6. 
Aku x beli dan aku x baca buku motivasi. Sedangkan kem motivasi aku x percaya inikan plak motivasi datang dari buku. So bila aku dapat buku motivasi sebagai hadiah so it takes months aku peramkan buku tu before aku terdetik nak buka sehingga aku perasan rerupanya kat bahagian belakang tu ada ucapan yang ditulis leh si kawan ni untuk aku.

7.
Still novel terbaek bagi aku ialah The Ignored by Bentley little.

8.
Aku dah lama x beli novel Bahasa Melayu. Bertahun-tahun rasanya. Tapi kalau buku Indonesia yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu tu lain ar. 

9.
Aku x suka idea voucher RM200 diberikan kepada pelajar kolej/universiti. Walaupun matlamat asal adalah sangat mulia tapi aku x pernah lagi terserempak ngan mana-mana student kat kedai buku guna voucher tu untok beli bahan bacaan ilmiah. Sebaliknya mereka just beli novel, komik, majalah etc. Kan lebih baik kalau peruntukan digunakan untok memperbanyakan cetakan buku or mengurangkan harga buku sedia ada or mengalakan penghasilan buku-buku tempatan. But still kalau aku student dan diberikan voucher tu aku akan beli benda yang sama gak. Hmmm..

10.
Aku rasa minat baca buku ni aku ambik dari bapak aku kot. Sebab bapak aku punya koleksi bukunya sendiri cam Bulan dan Juga Angin, Tengelamnya Kapal Van Der Wijck etc. Dan emak aku kurang gemar aku habiskan duit membeli buku.












Hmmm..

Friday, March 2, 2012

Reason Sembahyang Jumaat

Aku ada 1 soalan yang berbunyi: Apakah sebab sebenar seseorang pergi ke masjid pada hari Jumaat?


a) Untuk merehatkan mata aka tidur
b) Untuk melihat seni reka dan struktur bangunan masjid
c) Untuk bertemu rakan sebaya di samping berkongsi maklumat terkini
d) Untuk mengenalpasti warna dan rekaan baju Melayu yang sesuai untuk raya nanti
e) Untuk mengisi masa lapang sebab masa rehat pada hari Jumaat sangat panjang












or aku rasa sebab utama orang pergi ke masjid pada hari Jumaat ialah sebab datok dia dulu pernah dan selalu pergi  masjid pada Hari Jumaat dan bapak dia pulak selalu suroh pergi masjid hari Jumaat masa kecik-kecik so dia pun perlu pergi masjid gak pada Hari Jumaat supaya dia boleh suroh anak cucu dia jugak untuk pergi ke masjid pada hari Jumaat sebagai satu rutin tipikal generasi lelaki Melayu dalam keluarga tu. Hmmm..


Sebab bagi aku most of orang yang pergi ke masjid hari Jumaat sebenarnya tak tahu kenapa dia perlu berbuat begitu.It seem ia dah ada dalam otak diaorang bahawa setiap kali Jumaat perlu pergi masjid sama cam dalam otak bebudak kecik dah set bahawa setiap hari Sabtu mesti tengok NTV7 start dari jam 7 malam sebab ada Shin Chan dan kemudian Doraemon.

Dibuktikan bila setiap minggu ada je jenis manusia yang datang then terus gi kat dinding or tiang-tiang dan tidur dan bila start sembahyang-mereka sembahyang dan balik or ada yang datang imam baca khutbah mereka tertoleh kiri kanan atas bawah tengok masjid, tengok orang lalu lalang jer or ada gak yang datang untuk berbual-bual luar masjid cam nothing happens inside masjid tu dan hanya masok bila dah nak sembahyang. Dan tak terkecuali mereka-mereka yang datang pada masa dah nak start sembahyang dan masa imam bagi salam then mereka terus blah. Pendek kata mereka ni jenis paling akhir datang dan paling awal balik. 

Jadi apa matlamat sembahyang Jumaat ni sebenarnya? Sekadar nak buang masa dan habiskan minyak kereta jer ker? Sama cam orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan tapi tak tahu sebab sebenar mereka perlu berpuasa. So as 1 bulan berakhir apa yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga (dan kalau bernasib baik then berat badan bertambah) sahaja.. Rugi kan?













So apa jawapan korang? Please kata korang pilih D as jawapan.

Thursday, March 1, 2012

Mirage Dunia Mimpi

Mimpi adalah satu perkara yang pelik cam it seem like kita melihat diri kita berlakon dalam sebuah drama or filem yang dilakonkan sendiri oleh kita tapi kita tak mampu buat apa-apa pada lakonan kita tu. Hmmm...


Malam tadi (or specificallynya dah masuk waktu pagi ar aku baru tidor) aku mimpi aku berhutang ngan ALONG RM2000 (bukan abang sulong aku) dan aku terlupa nak bayar untuk tempoh 2 tahun dan suddenly dia datang dan mintak balik siap ngan interest berkali-kali ganda lebih besar dari jumlah asal. So berlakulah adegan lari dan kejar mengejar dalam mimpi tu sehingga aku perasan: Duh, apsal set mimpi kali ni cam familiar. Yap, sebab aku pernah gak set yang sama dalam mimpi-mimpi yang bergenre lain previous ni. Fail..

Tapi aku tak pedulik sebab adrenalin aku semakin kuat bergoncang dan dialog dalam mimpi kali ni memang power dan aksi stund dia lain sangat sehingga aku rasa cam dah nak menanggis sangat sehingga alaram handphone aku berbunyik menandakan Suboh dah masok sekaligus sekali lagi aku tak tahu cam mana ending mimpi malam tadi sama seperti mimpi-mimpi yang lain gak. Hmmmm..


...


Kalau korang pernah layan INCEPTION then korang pasti akan bersetuju dengan beberapa fakta tentang mimpi yang dinyatakan oleh Christopher Nolan cam tentang mimpi ni kita tak tahu cam mana ia bermula dan bagaimana ia berakhir sebab kita kita hanya sedar ia dah berjalan dan suddenly kita berada dalam satu bab and miracally kita tahu apa dialog dan kehendak babak tu tanpa diarah sesiapa. 

Dan mimpi ni cam sangat singkat. Cam setengah jam jer rasanya sedangkan kita dah tidur lebih 6 jam. 





Aku tak tahu orang lain tapi bagi aku mimpi mostly kita just bertindak sebagai penonton. jer Kita tak mampu nak bertindak apa-apa dalam mimpi. Ia tak macam Impian Ilyana Sunsilk yang mana kita leh sms dan sms terbanyak akan decide apa yang Ilyana akan buat on next series (gosh, Ilyana dalam series ni memang ada masalah nak buat decision tahap nak mampos ker?). 

Aku pernah bermimpi 1 malam ni dan aku yakin yang aku cuba mengawal or cuba berfikir sendiri dalam mimpi tu bila part dalam mimpi aku dudok kat satu seat bawak iPad (yap, aku mampu memiliki iPad dalam mimpi jer) dan try nak google sesuatu. Situasi yang berlaku ialah bila aku accidentally terjumpa sorang pelakon ni tapi aku tak ingat nama dia. Sedangkan otak aku ingat nama filem yang dia pernah berlakon so aku try nak type Pontianak Tebing Biru tapi hasilnya aku tulis something like this:


ewrewttteeeeeawqadscc



Dalam mimpi tu sendiri aku hairan apsal aku x pandai nak eja or tulis. Then aku backspace dan try sekali lagi dan sekali lagi ia gagal. It seem otak tak mampu nak mengeja dalam mimpi. Hmmmm..






















 
Aku tak tahu cikgu korang tapi aku punya cikgu yang narrow minded yang berfikiran cam tolol sikit ngan kuarkan soalan-soalan or statement pelik bila membebel ngan pelajar cam: Saya tak faham apsal budak kecik kat negeri mat salleh kecik-kecik lagi dah pandai speaking omputeh or kalau awak nak pandai Inggeris awak kena mimpi dalam bahasa Inggeris. 


Aaar.., cikgu ni fikir mimpi cam tv ASTRO eh? Leh tukar bahasa..







Btw teringat 2 tahun lepas masa tidur ngan  3 orang rumate. Sorang ni sensitif sikit bab tidor dan aku plak kaki berdengkor dan bercakap dalam mimpi. So setiap pagi dia akan membebel kata "Aj, ko mimpi buat public speaking lagi ke malam tadi? Lancar je berucap dalam bahasa omputeh?"


Selamat bahasa omputeh dan bukan bahasa korea. Hmmm