Aku jenis manusia yang mudah jatuh suka kat orang tapi dalam banyak-banyak orang yang aku suka tu, sikit je dapat bagi effect anggau dan that girl ialah salah seorangnya. Anggau dalam erti kata hampir setiap masa, setiap tempat aku akan teringat dia. Malah kalau tengah berjalan then tengok sorang ni then ternampak macam dia tapi bila tengok dekat-dekat.. eh, orang lain. As typical cerita Melayu kata: Makan tak lena, tidur tak basah, mandi tak kenyanng. Hahaha.
Masuk kerja, kekawan satu office tahu ar anggau aku dan siapa minah ni. Then aku nak cari dia kat social media. Maklumat yang aku tahu ialah nama penuh, nama tempat dia ditempatkan dan nama sorang kawan dia (yang juga hot). Cari punya cari then aku jumpa gak Facebook page dia. Instead of being a stalker, aku beranikan diri request friend dan dia approve. Kebarangkalian yang ada ialah dia mungkin jenis yang orang request-dia approve, orang request-dia approve tanpa check mereka siapa dan sekadar nak tambah bilangan kenalan dalam friend list supaya nampak popular.
So aku beranikan diri lagi untuk FB personal message dia tapi of coz laa dalam bentuk yang tak nampak macam aku lelaki desperate sangat. Dan reaksi dia: dia layan dan dia tahu kewujudan aku. Atau dalam erti kata lain yang aku berpotensi untuk tak bertepuk sebelah tangan. Cumanya mungkin aku terlalu nak nampak cool sangat then aku tak terus balas message dia selepas satu saat tapi ambik masa yang lama baru reply dan tunggu ada issue lain baru message dia sehingga beberapa tahun lepas tu aku dapat tahu yang dia dah berkahwin.
Cuba teka dengan siapa dia kahwin?
Dia kahwin dengan salah seorang dari peserta kursus tu juga. Cumanya ia bukan dengan lelaki yang 10/10 tu sebaliknya girl tu kahwin dengan sidekick dia. Lelaki yang 10/10 tu waktu first time aku tengok, aku fikir dia ialah seorang motivator dan bukannya peserta. Semua tentang dia dari penampilan, pemakaian, bentuk badan, aura, percakapan, kehidupan sosial, muka semuanya 10/10. Dan sidekick dia pulak ialah versi bertentangan bagi dia yang kalau dibuat penilaian then dia adalah jauh lebih rendah dari aku (gosh, ayat yang sangat menghina, kan?) So girl yang 10/10 yang ramai lelaki try nak usha tu boleh end up with lelaki macam tu?
Aku terfikir kalaulah aku berusaha betul-betul waktu tu then sekarang pastinya aku dah jadi bapak budak dan suami kepada seorang girl yang 10/10. Tapi jodoh tu kerja tuhan, kan?
Minggu lepas aku jumpa suami dia dua kali. Minggu ni suami dia sembahyang Jumaat betul-betul sebelah aku. Pada usia 33 tahun, aku sedaya upaya untuk tak nak jatuh hukum kepada mana-mana manusia. Dah ar aku tak dapat fokus masa khutbah (thanks to pak khatib yang syok sendiri baca khutbah je dah lebih 30 minit so aku masuk kerja lambat dan kena potong RM5) sebab dia duduk sebelah aku then otak aku asyik nak serang dia je. Rambut panjang berminyak tak teratur, baju selekeh, imam baca doa dia tak tadah tangan tapi mata tengok kiri kanan slumber jer bla-bla-bla. Betapa malangnya girl tu kahwin dengan dia*
*Jangan adili aku berdasarkan post ni. Ia sekadar apa yang otak aku fikir masa tu. Percayalah, selepas tu aku beristigafar banyak-banyak dan aku doakan semua yang terbaik untuk mereka bertiga (sebab diaorang ada anak sorang. Yap, Iam a stalker). Jodoh, ajal, maut, rezeki tu semua tuhan dah tentukan awal-awal. Kita kena sedia dan redha dengan setiap apa yang Dia beri.