Tuesday, November 29, 2011

Re-Publish Journey To Kota Kinabalu 02

Satu post aku title Journey To Kota Kinabalu 02 yang aku publishkan 3 tahun lepas masih sehingga hari ini dibaca dan dikomen secara 'cukup serius' oleh certain-certain pembaca yang most of the time aku tak faham reason reaksi mereka. Mungkin realiti dasar orang Melayu ni tak kira tempat or masa memang tak boleh ditegur or dengar ayat yang tak best terhadap mereka. Sebab mereka hanya nak dengar orang puji-puji mereka je. So dengan ini aku re-publish post yang sama dengan ayat-ayat yang jauh lebih 'memuji' dengan bahasa yang jauh indah-indah. 


Aku masih ingat waktu tu seawal jam 6 pagi aku dan Uda: my bro tinggalkan Marriot Hotel sebab mode beriya-iya nak menjejakkan kaki buat pertama kali sekaligus nak gak ronda-ronda di negara jiran yang cukup terkenal dengan kekayaan hasil bumi semula jadinya iaitu Brunei Darul Salam sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi utama: Sabah negeri di bawah bayu.

Dan tak lupa kebetulan hari kami berdua menjejakkan kaki ke Brunei adalah kebetulan jatuh pada Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei iaitu Sultan Hasanal Bolkiah. So almost di setiap pelusuk ruang jalan akan ada banner, bunting dan fishtail yang memperlihatkan kasih sayang sepenuhnya masyarakat Brunei terhadap pemerintah utama mereka. Even sepanjang masa kami bukak radio channel Brunei pun rakyat turut menyampaikan kasih sayang tak berbelah bahagi mereka kepada pemerintah utama, permaisuri-permaisuri (waktu tu Azrinaz Mazhar Hakim masih lagi Pengiran Isteri Sultan) dan pemerintah-pemerintah besar lain.

Aku dan Uda just tersenyum. Hmmm..

(Passport kedua aku: Passport terhad ke Brunei. Passport pertama: antarabangsa yang warna merah)
Jujor aku katakan yang aku punya expectation yang cukup besar terhadap Brunei disebabkan oleh publisiti-publisiti dan cetakkan-cetakkan media terhadap negeri Brunei. Kira macam Dubai versi Asia Tenggara ar. Mana taknya persamaan kedua-dua negara tu ialah hasil utama pendapatan negara ialah melalui Petroleum. Dan yang tak mengejutkannya ialah harga minyak di Brunei ialah serendah $B0.53 perliter jer (tu nilai 3 tahun lepas ar. Sekarang tak tahu lagi).But still at that time harga minyak agak tinggi dan ia turut sedikit sebanyak memberi kesan terhadap hidup masyarakat kat sana.Tapi whose cara kalau pemerintah sana sangat prihatin terhadap permasalahan dan penderitaan rakyat ar kan?

Kehidupan masyarakat Brunei pulak sangat mewah dan makmur. Imagine walaupun rumah tu just rumah kayu tapi siap ada 2-3 bijik kereta mewah lagi. Dan sepanjang beberapa jam kami berada di Brunei, kami hanya berkesempatan tengok 5 bijik je motosikal: 2 milik Pizza Hut delivery, 2 milik polis dan sebijik rakyat biasa. Itupun motosikal dia dah bukan main mewah lagi. So pendek katanya kereta Produa Kelisa yang kami berdua pandu tu lah kereta paling naif dan daif kat sana. 



Brunei ialah negara yang cukup terkenal dengan mengamalkan cara hidup Islam sepenuhnya. Permaisuri dan isteri-isteri pemerintah pakai tudung. Even kat jalan-jalan penuh dengan tulisan jawi dan pujian-pujian...





















Okey STOP.





















Aku tak boleh teruskan lagi buat benda ni. Ia sangat menyeksakan diri aku. Baru je previous post aku publish yang aku anti kaki bodek so aku tak akan puji-puji or bodek-bodek orang. Plus aku lebih refer orang yang depan-depan kata kelemahan aku daripada puji aku itu ini depan-depan tapi belakang entah apa yang berlaku.

Yap, memang ada rakyat Brunei yang terkenal dengan sopan santun, budi bahasa, kekayaan budayanya tu memaki itu ini pada ruangan komen aku. So what? Itu hak mereka ar kan. Sama cam bila ada beberapa immature blogger dari Indonesia yang keluarkan cerita pelik-pelik burukkan Malaysia dengan cerita itu ini tapi mostly rakyat Malaysia yang tahu kebenaran just buat tak layan jer. Sebab mereka tahu kalau mereka layan balik dengan caki maki so ia akan menjelaskan sikap buruk yang ada pada diri mereka gak kan?

Dan aku 3 tahun lepas just seorang yang mengembara ke tempat baru. Sama cam aku masuk tempat kerja baru or kenal kawan baru. Kalau aku rasa ada yang tak betul tentang tempat tu or orang tu then aku bagitau ar. 












Plus jangan biarkan diri selalu dipuji dengan pujian-pujian tanpa boleh ditegur sikit pun. Sebab puji-pujian tu hanya milik Dia jer. Dan kita manusia memang tak sempurna. Perlu ditegur. (yap aku akui yang teguran aku agak teruk tapi kalau berbunga sangat nanti ramai pulak yang tak faham kan?) Buat rakyat Brunei yang terasa aku mintak maaf tapi buat yang faham apa yang aku nak share then aku ucap terima kasih sebab faham.


















Btw kisah perceraian Azrinaz Mazhar Hakim (or previous wife, Mariam Abdul Aziz) buat aku teringat pada satu cerita pendek dari buku Malaysian Tales: Retold and Remixed. Pengolahan semula cerita Bawag Puteh dan Bawang Merah. You guy should read it.

Tuesday, November 22, 2011

Dunia Kaki Bodek

Ada satu perkara yang aku tak pandai nak buat, tak tahu nak buat dan sedaya upaya untuk tak nak buat ialah membodek. Membodek seems bagi aku cam korang menunjukkan kemaluan korang then korang kata kemaluan orang yang korang nak bodek tu as jauh lebih besar, diameter yang sempurna, bagus untuk aktiviti senggama etc berbanding yang korang punya semata-mata bermatlamat nak orang tu ngan yakin percaya yang he do have the great 'kote' ever..


Aku bekerja dalam persekitaran manusia yang penuh ngan kaki bodek. Si kaki-kaki bodek ni depan boss bukan main lagi tunjok pandai, tunjuk hebat, tunjok itu ini, tokok tambah cerita kecil jadi besar etc tapi bila boss tak ada then buat dono, main game, mengata orang, sebar cerita buruk itu ini, reka cerita itu ini. Yang aku pelik tu boss plak leh kena tipu senang-senang jer. Mungkin sebab basic membodek ni mesti ampu boss then boss yang dah terampu tahap terbang di awangan ngan mitos tipu helah tu terus percaya ar pada mereka.

Nak dipendekkan cerita semalam ni boss suddenly suroh sorang kaki bodek ni bagi brief pada aku tentang fungsi office. Dan dah nama kaki bodek ni kosong so ngan sedaya upayanya dia berlagak pandai cakap apa sahaja yang dia tahu dan dia merendah-rendahkan aku as orang baru yang tak nak belajar dari senior-senior , lebih rapat kepada pekerja, baca buku SOP lama-lama tapi tak ingat bla-bla-bla. 

Tapi masalahnya dia sendiri pun 2 kali 5 gak. Dia buat kerja pun banyak salah walaupun dah hampir setengah tahun kerja. Kalau aku yang baru 2 bulan kerja ni lain kes ar kan. Dan semalam gak bila keluar part data-data yang dia tak tahu tapi dia sepatutnya tahu then anak mata dia dah lari. Boss plak ada kat dalam office. Sebelum tu suara bukan main tinggi, dada naik so dah tetiba gelabah. Then buat ayat nak mengelak. Semak buku SOP tak jumpa fakta yang dia kata ada. Itu belom lagi dia bagi fakta yang salah. Wakaka.






Aku dalam hati ketawa besar. Tengok sejauh mana dia boleh berlakon.















Jujor kata mungkin ada gak orang yang cuba membodek aku selama ni ngan buat-buat baik dan aku plak jenis yang lurus bendol akan percaya yang mereka benar-benar baik buat baik tanpa mintak balasan but manusia tak semuanya sama ar kan. Tapi reaksi aku mostly layan jer tapi bila aku nampak yang dia cam something so aku terus neutral jer ngan dia. Dan dia dah tak nak membodek aku lagi. Gave up.















Aku tak nak mengata orang lama-lama. Dosa aku sedekah kat dia jer nanti. Cukup aku katakan: tak ada faedah nak jadi kaki bodek ni. Memang ar realitinya dunia ni kaki bodek akan dapat tempat yang tinggi tapi aku tak akan berada kat tempat tinggi tu melainkan aku nak ia adalah atas usaha aku sendiri. Hmmm..

Wednesday, November 16, 2011

An Alien From Sarawak

Apakah nama negara or nama tempat yang korang tak pernah dengar langsung seumur hidup korang? Yap, jawapan paling kurang ajar akan kata "Macam mana aku nak bagitahu nama negara tu kalau aku memang tak pernah dengar nama negara yang aku tak pernah dengar lagi tu?". Hmmm..


Technically aku dah kerja kat tempat ni lebih 2 bulan. Antara fakta menarik dan agak lucu serta menyedihkan yang aku jumpa kat tempat ni ialah: most of pekerja sini tak pernah lagi secara live jumpa mana-mana manusia yang berasal dari Sarawak sekaligus menjadikan aku ialah satu-satunya manusia dari Sarawak yang mereka pernah jumpa. Hmmm.. Quite ridiculous ar kan?

It seems selama ni kita pernah dengar tentang burung dodo (Raphus cucullatus) yang known widely as burung yang dah lama pupus then suddenly ada sekor burung tu muncol dan jadi tarikan utama orang ramai. Semua orang nak tahu tentang rupa sebenar, saiz, cara hidup etc. Sebabnya: tak ada sesiapa yang hidup era ni yang pernah tengok burung dodo secara live selama ni. Ia just sekadar melalui bualan mulut, gambar dan mitos jer. Hmmm..

So waktu aku mula-mula datang sini dulu antara persepsi or tekaan awal mereka (selain kata aku ni Cina) ialah yang aku ni asal dari Indonesia, Thailand, Sabah, Perak, Kedah etc. It seems Sarawak ialah satu pilihan di luar kotak tekaan minda mereka. Then mereka mulai try nak cakap like a Sarawakian tapi aku perbetulkan: itu orang Indonesia cakap or paling koman itu orang Sabah cakap ar. Hmmm..







Or macam tadi masa tengah lepak then ada mat salleh ngan 2 orang local (sorang Sabahan ar) yang cakap-cakap then si Sabahan and the other Malaysian ni ngan mudah je kuarkan fakta pelik-pelik yang tak masok dek akal tentang Sarawak. Teringin je nak masok campor tapi biar je ar mereka ngan kejahilan mereka.


















It seems like aku satu-satunya manusia yang cukup alien yang berasal dari satu tempat yang cukup alien. Hmmm..




















Lawak? Sometime. Menyedihkan? All the time. Hmmm