Showing posts with label Siti Tanjong Perak. Show all posts
Showing posts with label Siti Tanjong Perak. Show all posts

Tuesday, September 21, 2010

Little Brother

I dont know either perasaan ini adalah normal dan berlaku kepada semua orang atau ia hanya berlaku kepada aku sahaja. Aku as an anak bongsu mahukan seorang adik same as anak-anak sulong yang mahukan kakak dan abang.


Tapi sejujurnya perasaan itu dah x wujud lagi sekarang. Mungkin sebab sekarang aku lebih banyak involve ngan usia lebih kurang sebaya then perasaan yang wujud ialah persahabatan and 'feel' paling jauh aku bawak with them ialah brotherhood. Or sememangnya 'that feel' dah benar-benar terkubur.

Tapi aku masih ingat dengan jelas kali terakher aku ada 'that feel'. It was on my semester pertama tahun kedua aku di universiti. Ianya pada 1st Rejab tahun 2006. Goosh.. Semuanya masih jelas. Hari tu hari pertama aku berpuasa sunat bulan Rejab dan kebetulan hari pertama aku lancar perang ngan roomate aku nombor 3 (ya ya ya). So after latihan teater malam tu aku terus je lepak kat blok belakang: bilik LU TING HUI sampai jam berapa pagi entah (semata-mata aku x nak jumpa roomate aku tu masa dia masih bangun).

Tapi disebabkan TING HUI sangat mengantuk then terpaksa gak balik ke blok aku sendiri. Tapi still aku sangat keras kepala so aku lepak kat beranda aras 3 pagi hari yang sangat sejuk and sunyi tu sesorang. And suddenly muncul seorang lelaki. A junior technically. So aku tegur dan dia dengan rajin diri menemani aku pagi tu. Dan kami bercakap dan ketawa dan bercakap lagi.

Masih ingat yang pagi tu dia nyanyi lagu SITI NURHALIZA (hmmm), dia kata dia minat AVRIL dan kipas susah mati ZIZIE EZZETE (not yet isteri BUNG MOKHTAR masa tu). Bila aku kata SARAWAKIAN panggil lampu as 'api' (and I tho dia akan ketawa cam yang lain tapi tak) then dia kata Opah dia di Perak pun guna gelaran yang sama untuk lampu gak. Then dia kata yang dia sangat suka makan rambutan, durian and buah2an kat kebun Opah dia (then few day later mak dia datang bawak buah2an).

The next day aku baru tahu bahawa that junior ialah rebutan senior-senior kolej untuk jadikan as 'adik angkat' mereka. Dan aku x nak terlibat sedikitpun dalam perebutan mereka. Sebab to me that junior ialah individu yang bebas, bukannya objek untuk direbut. Hmmm..










I not sure since when 'that feel' mulai muncul. Mungkin pada satu pagi (Yap.. aku still ngan aktiviti x masok bilik sehingga jam 4 pagi sepanjang semester tu sehingga beri effect pada exam aku semester tu. Damn roomate), ketika tu aku di beranda aras 3 dan dia tengah melepak with other senior kat meja batu kat ground depan blok. Dan apabila dia tahu aku ada di atas, dia dengan segera berlari naik tangga ke tingkat 3 dan dengan tercunggap-cunggap dia bagitahu "Tadi ex aku called..!!"

Ada sesuatu pada senyumannya pada pagi itu yang meluahkan rasa gembira yang berbeza dari hari-harinya yang seterusnya sekaligus membuatkan aku yang melihat juga berkongsi rasa gembira yang sama.







May be disebabkan aku belum lagi terkena that curse (baca previous post titled sumpahan) then I never try to get invovle in his or siapa-siapa punya kehidupan pun. So I let everything just mengalir seperti air.














 

Post ini aku tujukan khas kepada seorang kawan. Hanya kepada dia.
Ko patut simpan 'that feel' selagi ko boleh simpan. Ia akan menjadi kekuatan kepada kau di saat-saat ko rasa sangat lemah. Ia akan jadi kenangan yang walau ke mana engkau pergi, walau banyak orang kau akan jumpa pada masa hadapan, still dia akan punya tempat khas dalam ingatan ko.




Dia x akan bersama selamanya dengan kau tapi perasaan tu akan kekal sampai bila-bila..

Friday, October 9, 2009

Tanjong Manis


Pada Rabu: 7 hb yg lepas aku awal2 pagi as early as 6 am dah berada di airport. Kak Lidya emergencyly x jadi pergi, Bang Pian plak gi lewat so aku r satu2nya wakil bahagian penerbitan yg gi Tanjong Manis untok event pecah tanah kawasan Halal Hub di Parcel 1. Even aku rasa aku r satu2nya wakil office yg gi on that flight tapi last2 ada gak ramai lagi yang gi (x ramai pon sebenarnya. Just 7 orang jer)

01 . Ni r MASWING yang bwat julong2 kalinya aku naek. Gila kecik. Takot gak woo masa first naek. Ngan ketinggian aku yang tinggi bwat terbongkok gak r nak sampai tempat dudok.

02. Prasarana dalam pon gila daif r. Seat dia, safety belt dia even ada kipas angin kecik ada dua kat dalam. Nak dibuatkan cerita si co-pilot dia asyik2 tercarik2 data dalam buku manual. Hmmm.. Simpang malaikat 44 je r aku nak naek benda ni lagi laen kali..

03 . Kira2 sejam kami mendarat ngan selamatnya. Airport Tanjong Manis memang kecik and sunyi r. sesuai gak r ngan kawasan ni. Tapi ada 1 masalah besar punya. All of our luggage termasok buku2 and dokumen2 penting rrupanya x dibawak sekali.. duh.. mati aku.. dah r aku sehelai sepinggang then amanat yg khas untok aku bawak: buku souvenir pon tertinggal sekali.. kalu baju no big deal r untok aku pakai semula baju yg sama tp kalu buku souvenir tu x dpt nak di tolong r. hampeh wooo

04. kalu ikut maps ni jaoh woo antara airport (x warna hitam) ngan jetty terminal (x putih) ngan kawasan kediaman dan tempat perasmian pecah tanah nanti.

05 . Then van bawak ke kawasan perumahan. Aku dudok satu bilik ngan kkawan lelaki laen kat arrow tu. Kedian pasal aku punya luggage x datang so aku x ada kerja. Plan nak gi STIDC punya office division Tanjong Manis and llepak ngan kkawan protocol tp sunyi plak office masa tu.

06. Then lepak je r ngan Caney (baju biru) dan Radzi (selain baju biru) yang kebetolan bertugas kat jetty yg x jaoh dari office. Dan kebetolan aku bawak kamera dan diaorang apa lagi: bergambar ngan aksi yang terlampau.. hmmmm

07. Lihat tarikh: 11 Mac 1990. Aku still tadika lagi rrupanya kawasan ni first di bukak.

08 & 09. Then after lunch kamiorang (aku dan ajk protokal r. ssaja nak menyampok) gi kawasan parcel 1 untok majlis pecah tanah keesokan hari. Sejujornya banyak gila benda yg perlu dibwat saat2 akhir. Even aku sendiri pon terpaksa buat kerja last2 minit pasal semua barang still x ada..

10. Ni orang yang cukop penting. Start dari office lagi kerja dia dah banyak gila sampai satu bab dia dah x nak masok bilik pasal x henti2 terima called orang asyik nak Tanya n gave inform.. respect r kat Kak Zu.

11 . Ni gambar 4 orang gadis model syarikat kambing. First ingatkan kambing ni untok tujuan pameran.. rrupanya ada ritual yang susah nak diterangkan. Mostly komunity sini Iban and Melanau (ada yg Islam) so amalan animism dan certain ritual masih diamalkan lg r

12. so effect paling utama ialah pada miss environmental aka budak kechik iaitu Anita..

13. Caney lalu bertindak cam macho r as abang besar protect laa si Anita (reality dia ketawa je lebih2) dan Radzi bwat2 muka ketakotan.. hampagas mamat sekor ni

14. Dan aku menggunakan otak pada lutot aku untok pujok Anita ngan cara bwat dia nampak lebih tinggi dari orang2 yang tinggi. Tp walupon dia berdiri atas kerusi still aku tinggi lg. maka Glo (gadis bercermin mata hitam takjub melihat keajaiban itu) hmmm..

15. Dan Radzi mulai faham perasaan menjadi orang yg pendek… Anita pon ketawa besar..

16. Walupon Irwansyah berkata ‘berdua lebih baek’ tp pasti still akan muncol yang ketiga. Then aku teringat pelajaran agama zaman sekolah2 dulu: Zulkarnain itu maknanya yang bertanduk dua. P/s: nama Caney sebenar ialah Zulkarnain.

17. So semua berkumpol ambik gambar ramai2. Reality ramai lagi yg x ada pasal ada kerja laen. Then yg berlaku seterosnya x ada dlm gambar ialah aku gi tempat kediaman bos aku ambik barang. kat kawasan tu bwat first time aku jumpa kapal yg sangat2 besar tengah sedot wood chips yg sangat2 banyak. Then bos ajak makan sekali. Makan udang besar yg sangat segar. Manis sangat rasa dia. Dan aku buat pertama kali dalam umor 24 tahun makan DABAI (pasal kena paksa) dan aku yakin aku x akan sentoh benda tu untok 24 tahun yg akan datang. Hmmm.. sekitar jam 7pm beg pakaian baru sampai..

18. 8hb ialah the big day. First snap aku ambik ialah gambar ni. Pasal apa? Last night dia check kamera aku nak tengok gambar dia yg aku ambik. Duh.. dalam hati aku kata “Aku x ada ambik gambar dia satu upon” (yg ada pon just kebetolan jer). dia bwat statement bunyik sedih “satu hari aku ambik gambar org laen jer(pasal ada sorang bos tugaskan dia as amatur photographer untok ambik gambar diaorang)then x ada org nak ambik gambar aku”.. Duh cian plak. P/s: kesan baju ialah tumpahan air. Kalu tengok belakang lagi basah pasal dia lepas mandi teros jer pakai baju.. pulok..

19. Lepas tu aku berebot gi office photostate Dato Amar punya speech untok press. Dah r tempat dari rumah ke office ke site bukannya dekat. Transport plak bukannya teros nak bergerak. Event kerja agih buku souvenir pon terpaksa bahagian protocol yg bwat. Lepas terkejar sana sini, aku teros lepak ngan Beppy. Beppy nampak jer senyom dlm shot ni tp reality serius wei muka minah sorang ni. Gila r hari panas. Orang yg datang lebih dari 6000 ngan perangai cam apa r..

20. Then masa nak tunggu VVIP pynya r lambat then jalan2 sikit2 ambik gambar ngan kkawan yg tengah bwat tugas sambot tetamu.

21. Ni Phia tengah x sabar nak tengok tarian singa sambil berlindung dibelakang bbudak form 2 SMK BELAWAI.. tp last2 dia x sempat pon tengok pasal VVIP lambat dan dia perlu berada pada tempat bertugas dia.. hmmm

22. Ni r lokasi penyambot tetamu paling depan. Center tu ialah model jemputan aka gadis Melanau real punya

23. tarian singa

24. Tengok sapa yg beruban putih ni? Hmmm

25. Aku bergambar ngan model jemputan. Gila Caney & Radzi leh berkenan plak ngan dia. Naya apa. Budak ni still sekolah r.

26. Orang kuat dari SEAPARTY: syarikat Taiwan yg punya kawasan ni dan menaja semua kos dan x terkecuali jadi kegilaan Beppy and Nana.. Mata duitan r (sambil mengeleng2 kepala)

27. Bila Chief Minister dan orang2 besar laen dah masok then kerja bbudak protocol dah habis (aku awal2 lagi dah habis).. kkawan yg handle transport pon datang gak. Aida ngan Atol berjemor je tunggu and record and handle bas2 yg datang manakala Radzi n Caney jadi bus conductor dalam bas.. P/s: tengok tangan Aida ada burger..!!

28. Bila event tamat then ambik gambar ngan latar main stage ngan Glo (yg bertugas kat airport)

29 & 30. Then balik rumah. Ramai2 penghuni yg macam sardine last nite dah balik. Dan yang tinggal bwat apa lagi: tido r. then ada yg tanya apsal gambar kaki? Pasal kalu aku ambik shot bahagian atas then ia leh dikategorikan as untok tontonan 21 tahon ke atas sahaja. Aku x nak tido, kang malam aku x dpt tido plak. So aku meneroskan pembacaan karya ANDREA HIRAKA: LASYKAR PELANGi. Best r.. nanti aku habis baca aku kuarkan post khas..

Not in pics: then malam tu aku bertukar jadi BABOON. Gila meroyan aku bila aku baru sedar mistake yg aku bwat. Rrupanya selama ni aku fikirkan yg flight aku sama ngan Kak Zu and the rest of the team (yg aku pegang tiket diaorang before) rrupanya kami bertolak dari 2 arah yg berbeza. Dan aku dah sangat terlambat. So plan aku terpaksa batal tiket flight and balik guna jalan laen. Plan last2 lepak ngan kawan kat Sarikei. Then bwat lawatan kat rumah n sekolah lama..

31. Tp ppagi tu after Suboh Kak Zu called bagitau ada gak team office laen yg beli tiket last minit sama penerbangan aku. So back to first plan.

32. So plan baru ngan 3 akak office ngan Anita dan Intan ialah gi Sarikei first. Anita balik Sarikei pasal nak jumpa and stayed 3 hari ngan sis dia. Kes Intan plak pasal mak dia x nak dia balik guna xpress laut. Sebab naluri seorang Ibu, so Intan terpaksa gak balik guna jalan darat. Thanks to bang Hamdan (pemandu office) yg still ada kat Sarikei then boleh r sekali ngan dia balik Kuching. Kalu x naya gak r Intan

33. Gambar ‘mesra’ aku dan Intan di Sarikei wharf

34. Dalam boat xpress yg sangat2 daif dan menakotkan. Last time naek benda ni kira2 4-5 tahon lepas r. memang creepy r.. x da ciri2 keselamatan langsung. Selamat perjalanan Cuma sejam jer

35. Nanas Sarikei. Kami bertolak dari sarikei jam 9.15 am. Teksi tu agak slow sikit. Memang naya r kalu lambat. Kami sampai di airport Sibu betol2 10.30 am.. flight bertolak jam 11.25 am

36. Ni ‘BELON’ yg aku naek.

37. Bandar Sibu dari udara.

38. Sampai di Airport Kuching, first destination aku ialah… bukan Mc D tapi STARBUCKS. Lega ngan aroma dan rasa latte… Then Santubong here I come..

39. Petang teringat kata2 mak Intan. Then mmsj kkawan dalam boat. X da balasan. So gi je r kat wharf Kuching. Bimbang gak r. Last2 baru ada balasan dari beberapa. Aku bimbang bukan sebab hnya ‘dia’ je ada tapi sebab kkawan yg laen pon ada. Syukur nothing bad happens..



Bila sedar2 balik. Dalam beratus2 gambar yg aku ambik, Cuma sorang kawan je yg pergi sekali tp aku x ada gambar dia.. Koland… hmmm

Friday, June 26, 2009

Luka

Setiap luka pasti akan semboh. Cuma ditentukan oleh masa. Tapi parutnya akan teros kekal sampai bila2.

Hari ni tadi aku semayang Jumaat d Jamek. After tamat semayang tengah dudok baca doa ttiba bahu dicuit seseorang. Aku toleh. Dia hulur tangan dan tersenyum. Aku tergamam. Aku balas salam dan dia pergi.

Selepas dia pergi agak jaoh baru aku tersedar dari reality dan tersenyum. Aku hampir terlupa siapa dia tapi x mungkin aku boleh lupa siapa dia (slain disebabkan oleh skandal dia ngan cousin aku). Dia antara kenalan yang cuba menghulurkan persahabatan pada aku semasa form 6 dulu dan aku reject. At least aku x reject dia ngan cara yg memalukan such aku bwat pada other kenalan tu. Realitynya both of the kenalan ialah orang yg baek2. Cuma aku saja yg moody sepanjang form 6 dulu (ya fazlee, ko betol. Aku mmg selalu moody n emo).

Bila imbas kembali graf kehidopan aku, zaman form 6 kira zaman kejatohan aku r. Accident yg berlaku at the end of form 5 bwat aku mmg dinggin r. Saat aku dijatoh n ditikam dari belakang oleh orang2 yang aku anggap as kawan, org yang aku bagi everything (x termasok body) lastly sanggop bwat najis kat belakang aku. Tambah lagi ngan isu family, ngan masyarakat yg suka judge x tentu pasal, kekasih pon bwat najis gak, plus cousin yang makin ketagih seks bwat aku makin dinggin in any relationship. Even tho event tu dah berlaku kira2 6 tahon yang lepas tapi still kesannya aku masih terasa sampai sekarang.

Mostlynya aku belajar dari pengalaman. Aku mmg r dah x sedinggin dulu tapi still aku x nak jalin any serious relationship. In certain part aku still mengelak. Kalu korang perasan ada part aku cuba mengelak mendengar cerita korang, mengelak dari berkongsi setiap perasaan gembira or sedih bersama korang, mengelak dari dekat dengan korang bila korang down bukan sebab aku membenci or x suka korang. Setiap kegembiraan korang ialah kegembiraan aku dan setiap kesedihan korang ialah kesedihan aku. Cuma jaoh dalam hati aku masih ada kanak-kanak yang pernah diluka dan rasa takotnya masih ada. Cuma aku x nak mengharap…



Harapan ialah penderitaan. Sama seperti aku mendefinisikan cinta ialah penderitaan. Mungkin aku x akan jatoh cinta tapi aku akan pastikan harapan ialah sesuatu yang akan teros hidop dalam diri aku..




Something yang hebat ttg masa ialah kita x mampu untok menghenti or membuatkannya berulang kembali. Lalu kita harus belajar dari pengalaman dan menjadikan setiap detik bernilai dan x akan dilupai.