Mungkin tak ramai yang tahu kes ni, beberapa tahun
lepas (agak lama) Nazim Othman keluar statement kat social media ni kata
tentang bangunan UKM yang usang & haunted look alike. So bebudak &
alumni UKM naik berang lalu serang online kat social media pelakon tu sehingga
keluar ayat-ayat tak best. Orang luar yang tahu kes ni pulak naik hairan kenapa
mereka-mereka yang sepatutnya ilmuan boleh bertindak macam tu sekali.
Or beberapa tahun lepas (juga agak lama), kita di
Malaysia ni hairan apabila kat Indonesia bukan main hebat lagi rally menentang
Malaysia dengan membakar bendera, baling telur busuk kat student Malaysia
belajar sana dan malah mengancam akan mencederakan rakyat Malaysia dengan buluh
runcing lagi. Dan semuanya dikhabarkan hanya disebabkan oleh dakwaan kata kita
cuba mencuri tarian pendet milik mereka. Sedangkan realitinya banyak isu-isu
lain sebelum ni yang turut membawa kepada insiden tu seperti kes orang gaji Indonesia
yang didera malah ada sampai mati, kes kerabat diraja yang kahwin dengan model
Indonesia kemudian kena sexual abuse, pertuduhan Malaysia curi lagu dan budaya
dari sana etc.
Ataupun apabila seorang pelukis Perancis buat komik
tentang Nabi Muhammad s.a.w sehingga menimbulkan kebangkitan tunjuk perasaan
aman/separa/ganas hampir di setiap tempat yang ada umat Islam yang tahu tentang
kes tu. Ia membuatkan masyarakat luar naik hairan. Sedangkan ia sekadar comic
satire je sekaligus membenarkan andaian bahawa umat Islam memang suka
keganasan. Hmmm…
Semua kes tu berlaku disebabkan oleh ‘sense of
belonging’ yang kuat.
Kalau kau peminat selebriti tu then rasanya korang
memang dah tahu, kalau ialah seorang
Sarawakian then korang mungkin tahu or mungkin tak atau mungkin kau ambik
peduli or mungkin gak kau tak tapi kalau kau bukan dari dua circle tu then
korang mungkin akan kata ‘What the F yang sedang aku baca sekarang ni..’ Hmmm..
Semalam ada satu cebisan video tentang sorang
penyanyi nama Khai Bahar (jujur aku tak tahu sapa) ni ditemubual kat rancangan Malaysia
Hari Ini dan keluar satu statement yang membuatkan ‘percikkan api’ tu berlaku. Sedangkan
semua orang tahu yang dia bukanlah penyanyi yang dilatih professional untuk
jadi penyanyi dengan persediaan menghadapi gossip, wartawan, soalan-soalan
panas etc. Ditambah pula ia rancangan siaran langsung so apa yang keluar dari
mulut ialah benda yang tak dirancang yang keluar secara spontan je. Tapi
disebabkan ia melibatkan Sarawak then it became a big deal. Hmmmm..
Macam contoh kes Indonesia tadi, banyak kes-kes
lain sebelum issue ‘Khai Bahar’ tu yang membawa kepada kemarahan penduduk Sarawak.
Mungkin kalau kau dari Semenanjung then kau tak akan faham situasi tu tapi
kalau kau dari Sabah or Sarawak then kau pasti pernah melaluinya. Soalan-soalan
macam: Kau duduk rumah panjang ke? Kau duduk atas pokok ke? Kau hari-hari pakai
cawat ke? Kau setiap kali berak kena gali lubang ke? Kenapa orang Sarawak suka
makan biawak? or statement paling biasa ‘Pertama kali datang Malaysia ke?’ or “Sabah
Sarawak masuk Malaysia”. Yap, it does sound ridiculously hilarious tapi aku dan
kawan-kawan Sarawak lain pernah kena tanya soalan tu. Lebih teruk apabila soalan-soalan
tu bukannya dikeluarkan dari mereka-mereka yang terkandas SPM tapi oleh mereka
yang berpendidikan tinggi.
Kalau korang jenis tak tidur masa subjek sejarah
sekolah dulu then ada term ‘Bebanan Orang Putih’ which antara sebab kenapa
orang putih nak menjajah negara-negara Asia adalah untuk mengajar ketamadunan kepada
kita a.k.a in another wordnya: kita tak bertamadun. So dalam kes ni, ia sangat
membencikan apabila terjumpa orang-orang dari Semenanjung (bukan semua) yang ke
Sarawak atas tiket kerja or melancong datang sekali dengan ‘lagak lebih baik’ mereka
tu. Kalau setakat jumpa budak askar (senang sangat nak bezakan askar dari Semenanjung)
naik motosikal in group, dengan lagak rempit, parking sesuka hati, cakap besar,
ketawa kat orang tempatan dah biasa sangat. Or pelancong dengan muka jelik
tengok semua tempat, cakap sikit-sikit nak bandingkan Semenanjung lebih bagus, buang
sampah sesuka hati, sikit-sikit tak kena terus kutuk itu ini pun dah biasa.
Masalahnya tak semua orang Semenanjung macam tu. Realitinya
sikit je yang berperangai macam tu kot. Cumanya sebab sekor lembu bawak lumpur
so semua lembu-lembu lain kat belakang pun terpalit sekali. Ada je orang
Semenanjung yang datang bekerja kat Sarawak, kahwin dengan orang Sarawak dan
terus menetap kat Sarawak. Even kalau kita dengar cara dia bercakap pun kita
tak akan tahu yang dia asal dari Semenanjung. Mereka kata Sarawak lebih tenang, harmony dan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak. Bak kata pepatah lagi ‘Kalau
masuk kandang kambing then silalah belajar mengembek sekali’ sebab ‘Takkan
hilang bisa ular kalau menyusur akar’ kan? (ceh, banyak pulak peribahasa aku
pakai dalam post ni). Setiap tempat tak sama, budaya berbeza so sensitivity mereka
juga tak sama.
Plus Sarawakian memang punya sense of belonging
yang kuat pada Sarawak seperti budak UKM pada universiti mereka or seperti
Indonesian pada negara mereka atau seperti umat Islam pada nabi mereka.
Disebabkan rasa sayang so mereka mempertahankan negeri mereka.
Cumanya past paling sedih ialah bila baca
komen-komen kat FACEBOOK. Orang kita sangat cepat melatah, sumpah seranah sana
sini, guna ayat yang kita baca pun seram apatah lagi kalau dengar depan-depan
which end up jadi cyber bully yang menyedihkan. Ada yang suka ambik kesempatan
siram minyak kat bara api, ada yang komen sebab dahagakan like banyak-banyak,
ada yang tanpa usul periksa terus serang dan serang dan ada yang rasa diri tu
sempurna tahap tak pernah buat silap langsung dalam hidup. Dear my Sarawakians,
apa yang korang buat sangat menyedihkan. Ia totally tak matang dan agak memalukan kot.
Kesimpulan di sini:
Stop making stupid people
famous a.k.a stop being stupid by making stupid people famous. Hmmm..