Monday, July 6, 2015

Melayu vs Puasa vs Valentine Day

Tahun ni tahun pertama Amber Chia berpuasa dan tahun ke empat untuk Soo Winci berpuasa. Rata-rata kata mula-mula memang susah sikit tapi lama kelamaan dah biasa dan tak bagi apa-apa masalah pun. Aku kenal sorang kawan non Muslim yang setiap kali Ramadhan tiba je then dia pasti akan join puasa sekali. And the great part tentang mereka ni ialah diaorang bukan je sekadar lapar tak makan dan tak minum je malah turut sekali jaga kata-kata mereka. On the other part of the universe pulak, orang kita (mostly muda-muda) makin tak malu menunjukkan diri mereka tak berpuasa. Merokok kat public, minun secara terbuka, makan tanpa segan silu dan bila ditanya sebab tak puasa then jawapan mereka "Tak tahan sebab lapar.." OMG..!!


Puasa memang ar kena lapar. Dah namanya pun proses menahan diri dari lapar dan dahaga so puasa memang ar lapar. Tapi masih lagi ada persediaan dengan sahur dan berbuka. Bukannya puasa ni tak makan langsung 24 jam sehari selama sebulan. Itu penyeksaan namanya. Then keluar pulak iklan produk-produk Melayu yang claim kalau makan barang mereka tu waktu sahur then tak akan terasa lapar langsung a.k.a kenyang je sepanjang hari. Itu lagi pelik. Puasa dengan matlamat tak rasa lapar langsung. Sedangkan salah satu kesedaran yang cuba dibawa oleh amalan puasa ialah agar kita boleh rasa sedikit sebanyak (sedikit je pun) berkongsi penderitaan manusia-manusia in other part of world yang terpaksa berlapar sepanjang hari tanpa sempat nak sahur or berbuka dengan membeli makanan kat Bazaar lagi. Hmmm.


Tak salah kalau aku katakan yang puasa ni dah jadi macam aktiviti tradisi orang Melayu je berbanding sepatutnya sebagai amalan umat yang mengaku dirinya Islam. Lebih kurang macam sambutan Valentine Day gak ar. Kenapa kita sambut Valentine Day? Sebabnya orang lain sambut, kat TV ada banyak filem sambut dan ia nampak so romantis, dan kebetulan aku ada awek so aku kena beli bunga, kad, keluar makan dengan dia tanda bukti aku sayangkan dia dan kalau tak dia akan marah etc. Sebab sebenar kenapa perlu sambut Valentine Day? Entah. Sama gak  macam kenapa kita berpuasa? Sebabnya emak bapak aku suruh aku puasa sejak kecik (kalau tak puasa maka tak boleh raya) so puasa ialah benda yang aku dah biasa buat, kat TV ada banyak cerita tentang orang puasa jadi makin ramai yang puasa so puasa ialah aktiviti yang so trending so aku kena joun plus masa puasa kena pergi bazaar, pergi buffet, sembahyang tarawih etc dan kalau tak buat rasa macam rutin tak lengkap pulak. Sebab sebenar perlu puasa? Entah.


Buktinya lagi, siapa yang tak pernah pergi bazaar dan tak pernah berlaku kes: karipap inti angin, rupa cantik tapi rasa macam tayar basikal, lauk dihiasi ulat, terberak-berak sepanjang malam sebab lauk dah basi, beli banyak tapi tak habis makan then buang, makan banyak sampai terlebih kenyang dan terlepas ibadah etc. Or kat FACEBOOK sentiasa je ada komen-komen lucah, caki maki bila tengok Rosmah tak pandai sarung kasut sendiri, Najib curi duit rakyat sekali lagi untuk sekian kalinya, tengok muka Ahmad Maslan tersenyum. Or terkini aktiviti keganasan bersama ayat caki maki menyerang Lim Kit Siang kat kedai kopitiam. Kata Islam agama keamanan, kata Melayu bangsa berbudi bahasa, Ramadhan pulak sepatutnya adalah bulan untuk fokus beramal ibadah. Jadi siapa yang buat semua benda tu? Atau paling koman ar siapa yang puasa penuh sebulan tapi sembayang langsung tak buat? Hmmm..















Kemudian pada 10 hari terakhir ni pulak ramai yang berharap Ramadhan cepat pergi. Sebab mereka dah tak sabar nak sambut raya. Pelik kan? Sepatutnya kita nak Ramadhan berterusan biar sampai setahun dan Syawal tak pernah muncul tiba sebab ketika Ramadhan je ar Tuhan jadi lebih pemurah untuk melipatgandakan setiap amalan. Tapi sebaliknya. Kan?

Monday, June 15, 2015

Tarawih vs Hunger Game

Iklan Yusuf Taiyob dah keluar (parodinya pun dah start keluar), jualan kain dengan sale yang merapu-rapu pun dah keluar, artis perempuan dah start pakai tudung untuk drama bersiri islamik, rancangan masakan oleh Sheila Rusly untuk season yang keberapa pun dah nak start, mak cik jahit baju dah tutup order manakala akak jual kuih dah start buka order dan paling penting para peniaga dah mulai bergaduh untuk berebut tempat strategik berjual kat bazaar. Do not ask me where is the corner but so sure Ramadhan is just around the corner (LOL).  


Aku paling suka Ramadhan. Walaupun aku rasa tahun ni aku kurang bersedia sikit tapi aku harap ia tak merosakkan sebulan Ramadhan yang bakal tiba ni. Ramadhan buat mereka yang 'percaya' yakin yang pada bulan ni, sangat mudah nak kumpul pahala. Setiap benda sunat dibuat akan dapat pahala wajib manakala benda wajib digandakan pahalanya. So buat aku yang timbangan dosa-pahala yang stabil macam lambang dacing BN tu maka bulan ni ialah peluang untuk aku buat sehabis baik. I do believe in that. Makanya aku cuba untuk pastikan yang kali ni ia bukan sekadar sakit perut menahan lapar dan dahaga jer. Hmmm..

Part aku paling tak suka tentang Ramadhan pula ialah pada perangai-perangai manusia tertentu yang tak sabar-sabar menunggu ia tamat ketika ia baru je bermula. Sebabnya mereka hanya nak sambut raya je. Dan raya pula dah jadi pesta golongan mangsa kapitalis je. Sedangkan realitinya Syawal ialah kemenangan untuk mereka yang berjaya mengharungi sebulan Ramadhan. Apa yang mereka-mereka ni nampak pula ialah Syawal ialah hari kemerdekaan selepas terseksa selama sebulan. Hmmm..



Stop bab emo-emo. Back to main topic: Tarawih. Kita tak buat tarawih pada hari-hari biasa. Ia hanya berlaku pada malam Ramadhan je. Disebabkan aku seorang pendendam dan punya semangat anti sosial yang cukup tinggi so aku jarang buat tarawih. Kali terakhir aku solat tarawih ialah pada tahun 2008 (or 2007) masa belajar dulu je. Apa yang pasti tarawih kat Malaysia ni, mana-mana masjid pun keadaannya lebih kurang sama je: sama macam cerita Hunger Game.


Mereka yang tahu masjid UKM ni ia agak besar dan ada dua tingkat. Ia bukan je untuk bebudak UKM je malah untuk orang luar yang duduk sekitar. Tarawih malam pertama seperti feel solat Jumaat pada malam hari. Ia rapat, padat dan penuh sesak sehinggakan masa solat, tak ada setan yang dapat lalu celah-celah antara dua jemaah. Wait, lupa pulak yang setan dah kena kurung masa Ramadhan. Walaupun hari malam tapi terasa panas seperti air cond dan kipas tak berfungsi. Kereta parking sana sini. Selipar penuh kat tangga. Memang banyak ar punya manusia. Semangat hari pertama tarawih katanya.

Seminggu berlalu, bilangan manusia dah berkurangan tapi still masih banyak lagi. Separuh Ramadhan berlalu, separuh jemaah pun dah hilang sekali. Minggu terakhir, satu tingkat je digunakan. Hari-hari terakhir, satu baris je yangtinggal. Itupun bukannya satu baris penuh. Jemaah yang ada pun dah boleh dikira. Masjid dah jadi sangat gelap, sunyi dan menakutkan. 

Nak buat macam mana sebab bebudak universiti dah cuti dan balik kampung. Bandar Baru Bangi pun tempat orang datang so semuanya balik kampung memasing. Masalahnya ia bukan berlaku kat masjid tu je malah hampir setiap masjid di negara ni. Malah kampung-kampung tempat orang bandar balik pun pada minggu terakhir then garenti dah sunyi dengan jemaah. Sebabnya semua dah sibuk dengan sambutan raya sehingga lupa kelebihan solat tarawih hari-hari akhir yang cukup besar. 












Dalam Hunger Game, permainan bermula dengan 24 pemain dan as time goes by satu persatu meninggalkan permainan dan akhirnya yang tertinggal adalah the sole survivor (realitinya dalam Hunger Game, it better mati daripada jadi juara).











Tahun ni aku niat nak kembali bertarawih. May the odds be ever in my favor this time. Hmmm..

Penceramah Kaki Putar Belit Alam

Semalam aku pergi satu event ni. Ia sepatutnya satu talk about art and etc tapi entah kenapa ia dimulakan dengan seorang lelaki jenis yang kita selalu jumpa kat program MLM pulak (aku tak pernah join apa-apa MLM tapi aku dah biasa sangat dengar ayat klise diaorang). Sebabnya korang pasti dah biasa sangat dengar statement macam "Saya dulu tak pandai masa sekolah, waktu universiti dulu pun berhenti tengah jalan, keluarga pula miskin, dengan bermodalkan duit yang sikit saya buat semua kerja dari bawah, malah pernah ada malam-malam hari saya geledah tong sampah untuk cari barang yang boleh saya guna, saya korbankan masa lepak-lepak malam hari dengan kawan kat kedai mamak dan akhirnya saya dah berjaya hari ni bla bla bla" Klise kan?


Yap, kita kena akui yang Mark Zuckerberg memang bagi banyak pengaruh besar kepada dunia tapi disebabkan dah ramai sangat tahu siapa mamat tu plus dah tengok filem The Social Network then statement 'tak tamat universiti tapi boleh kaya dan berjaya' tu totally dah basi kot especially bila ceramah tu melibatkan manusia-manusia yang hidup mereka tak pernah berenggang dengan teknologi. Lain ar kalau ayat yang sama digunakan untuk mak cik-mak cik kampung yang fanatik dengar ceramah Ustaz Kazim Elias then barulah ia akan berjaya kot. 

Plus satu perkara tentang manusia yang banyak cakap ni ialah mereka biasanya akan terkehel lidah. It either statement mereka kedengaran boleh dipertikaikan or dua statement sama yang bercanggah. Aku referring ayat bro tu semalam. Dia kata dia tak pandai masa sekolah, selalu gagal ujian dan kemudian berhenti tengah jalan masa universiti. Ia membuatkan aku terfikir: Kenapa seorang yang selalu gagal ujian masa sekolah boleh terfikir untuk masuk universiti dan berfikir yang dia tak akan gagal lagi masa unversiti kelak? Ooh wait manusia macam tu memang wujud kat dunia ni sebab aku sendiri pernah jumpa. Mereka dengan yakin kata 'Aku Melayu dan UiTM sentiasa terbuka untuk orang-orang macam aku' Ayat kejam tapi aku no komen. Hmmm..

Kemudian ada part dia kata keluarganya sangat miskin tapi dia sangat bersyukur yang keluarga mereka bertutur dalam bahasa Inggeris di rumah dan ia sangat membantu proses komunikasi dalam perniagaannya. Waktu tu teringin je aku nak angkat tangan dan tanya "Define miskin please.." Mungkin ia wujud dalam dunia zaman sekarang ni tapi miskin yang aku pernah nampak ialah bila si bapak keluar ketika dunia masih gelap dan terpaksa balik sebelum air surut dengan rumah mereka dari papan nipis dengan satu bilik yang dikhaskan untuk anak yang dah kahwin yang kalau ada anak lain lagi yang akan kawen then the previous one akan tidur bersama ahli keluarga lain sama-sama di ruang tamu dan lokasi dan permainan anak-anak kecil mereka bermain ialah sampah sarap yang ada disekitar rumah. That is miskin..!! Tapi siapalah aku nak mempersoalkan apa kemiskinan dah memberi effect kepada keluarga dia kan? Mungkin parentnya sangat positif dan punya visi dan misi yang jauh dan melihat betapa bahasa Inggeris (dan universiti) mampu mengubah kemiskinan yang sedia ada kan? 

Kemudian dia kata "Saya masih ingat lagi sewaktu saya berumur 6 tahun, ayah saya pernah berkata kepada saya bla-bla-bla.." Ooh seriusly? Korang masih ingat apa serious talk yang bapak kau pernah kata kat kau masa umur kau 6 tahun dulu? Aku dah lupa apa yang bapak aku pernah bagitahu minggu lepas. Yap, aku different case tapi korang pernah tak cuba buat serious talk dengan anak or anak buah korang yang umur 6 tahun dengan harapan dia akan duduk diam, buat muka serius dan kemudian hadam satu persatu ayat yang keluar dari mulut kau. Naa sebab pada usia 6 tahun setiap benda yang ada disekitar kau akan ganggu fokus dia. Hmmm




Tapi part tak boleh blah (selain dia tunjuk beberapa slide gambar dia shirtless angkat barang kononnya dia juga boleh buat kerja orang bawahan walaupun dah kaya) ialah bila dua statement yang sama bercanggah. Salah satunya ialah bila dia kata dia bukak business muzik tanpa dia tahu apa-apa tentang muzik malah langsung tak tahu bermain apa-apa instrument muzik. Dia terpaksa belajar dari Youtube cara main gitar untuk tarik orang masuk studio dan beli gitar dari dia. Kemudian dia bla-bla-bla cakap puji-puji diri dan  dia keluar statement kata dia mulai main gitar pada usia 18 tahun (disebabkan dia sama umur aku then macam mana dia boleh belajar dari Youtube kalau Youtube belum lagi wujud pada zaman tu?) dan dia tubuhkan band dan disitu dia mulai ada minat nak buat business muzik. Tapi bukan ke sebelum tu dia kata dia mulai business muzik tanpa tahu apa-apapun tentang muzik? Hmmm.







Realitinya mungkin dia seorang manusia jujur yang bernasib baik sebab walaupun miskin tapi still boleh masuk universiti walaupun result sekolah tak bagus (still English dia boleh bunyi cam mat salleh habis) kemudian buat business tanpa pernah mengalami muflis sekalipun dan dia punya ingatan yang cukup bagus. It could happen. Dan aku pula sekadar salah seorang dari jutaan tipikal Malaysian yang ada masanya memang gemar berfikiran negatif. Mungkin sebab aku dah biasa sangat jumpa manusia-manusia jenis yang banyak mulut, sikit-sikit nak up diri sendiri puji kata itu ini, tapi last-last tin kosong. Or individu yang gelar diri jutawan muda yang nak kongsi petua jadi kaya kepada orang ramai tapi realitinya korang yang bayar beratus-ratus ringgit untuk hadir event tu lah yang menjadikan dia sebenarnya kaya. No komen ar kan?