Monday, February 3, 2014

Cikgu Dulu vs Cikgu Sekarang

Korang pernah tak tengok parents yang marah-marah bila tengok kat berita kes ibu bapa yang saman cikgu sebab hukum anak mereka dan bila anak diaorang sendiri kena hukum cikgu diaorang kat sekolah then merekalah orang pertama yang datang serang sekolah dan nak saman semua cikgu kat sekolah tu. Ooor korang ialah salah seorang daripada parents yang aku maksudkan tu..?LOL aka tolol..!!

Kalau korang tanya pendapat aku siapa yang bersalah then aku salahkan ketiga-tiga mereka: Parents, anak dan cikgu. Hmmm..


Aku ingat cerita emak aku sekolah dulu ada parents memang bagi khas dengan cikgu sebatang rotan dan siap suruh cikgu pukul anak mereka lagi. Zaman aku of coz laa tak ada dengar cerita macam tu tapi aku tak pernah nak report kat parents pun apa yang cikgu dah buat pada aku (macam pelik je bunyi 'apa cikgu dah buat pada aku'). Memanglah aku bukan budak nakal kat sekolah tapi kalau setakat kena rotan kat tangan dan punggong tu biasa ar dah namanya pelajar ada je sebab yang memang patut kena sebat pun. Even kalau aku ringan mulut nak bagitahu pun pasti aku akan kena bising kat rumah. Bukannya nak menyebelahi kita malah leh buat siaran ulangan untuk keberapa kali entah kes zaman diaorang sekolah dulu yang jauh lebih advance. Lagipun dah salah aku pun kot kan?

Tapi seriusly sepanjang berbelas tahun belajar di bangku sekolah hanya ada beberapa orang cikgu je yang aku respect sebagai cikgu. Selebihnya hanya seorang lelaki yang tak diterima untuk berkerja kat tempat lain dan terpaksa jadi cikgu, seorang perempuan yang setiap tahun mengandung dan banyak masa diambil dengan cuti bersalin, seorang perempuan yang ada masalah rumahtangga dan melepaskan rasa tak puas hatinya pada pelajar, sepasang suami isteri yang aku tak tahu apa yang mereka 'buat' kat rumah sehingga setiap hari diaorang nampak letih je memanjang dan bla bla bla. 

Akibatnya korang pasti pernah jumpa cikgu yang setiap kali masuk kelas sekadar duduk kat kerusi dia, suruh kita bukak buku dan pilih sorang demi sorang student baca perengan demi perengan plus sangat enjoy hukum pelajar or cikgu yang masuk untuk kurang 5 minit dalam kelas itupun semata-mata nak bagitahu yang dia ada urusan lain dan suruh korang ulangkaji sendiri dan jangan buat bising or cikgu yang setiap hari dia datang kelas semata-mata untuk membebel benda yang sama berulang-ulang kali tentang tak puas hatinya pada semua perkara or cikgu yang sangat bersemangat untuk mengajar tapi teknik pengajaran dia sangat-sangat membosankan. Hmmm..



But still dalam berpuluh-puluh cikgu yang kureng tu still masih ada cikgu yang layak untuk diberi tabik spring yang aku boleh kira dengan sebelah tangan. Paling aku bagi respect ialah pada cikgu Hazani Mahadi. Dia ialah jenis cikgu yang setiap kali dia masuk kelas then kita akan berpura-pura jadi orang lain semata-mata tak nak dia kesan kesalahan yang kita dah buat. Dan dia ialah cikgu yang kita akan cukup-cukup benci sebab dia tak nak jadi macam cikgu-cikgu biasa. Cikgu-cikgu biasa ialah cikgu yang mudah lentur dengan trick tipikal pelajar. Kita semua pernah jadi pelajar dan kita sendiri pasti pernah buat trick tu yang akhirnya membuatkan cikgu tu terpaksa akur dan terima je. Tapi dia lain ar. 

Aku tak tahu entah apsal masa form 6 sikap memberontak aku tu membuak-buak sangat. May be sebab aku masuk form 6 bukan sebab nak belajar dan dalam masa yang sama aku malas untuk kerja. Dia menjadikan tempoh singkat dua tahun tu sebagai masa yang cukup 'menarik' buat aku. Sebabnya? Dia tak fall dengan trick tipikal pelajar tu dan dia..., seorang cikgu yang hebat. Ada satu kem motivasi wajib untuk budak upper six dan aku tak nak pergi. Aku bagi surat dari parent konon bagi support ar tapi dia tak makan saman then dia panggil bapak aku ke sekolah. Bapak aku termakan pujuk rayu tu but still depan-depan kelas aku kata yang aku tak akan pergi. Kedian dia buat private session ngan aku dan ia tegang dan penuh emosi but still aku kata yang aku tak akan pergi. Even ada sorang cikgu Pengajian Am tu siap ugut kata sesapa yang tak pergi kem tu tak akan boleh masuk kelas dia lagi (merujuk pada aku ar tu sebenarnya) sehingga beberapa hari before kem cikgu Hazani ni datang pada aku masa tugas pagi dan tanya baik-baik but still aku reject dan akibatnya aku satu-satunya yang tak pergi kem tu. Wakaka..

Sama macam bila dia paksa seluruh kelas pergi ceramah motivasi Dr Syukri Abdullah dan sekali lagi aku sorang je yang tak nak. Aku sangat yakin yang aku hanya akan membazirkan masa aku di situ sebab aku percaya yang aku tak akan dapat motivasi hanya dengan pergi ke ceramah motivasi. Kemudian dia guna alasan sekolah dah kuar banyak duit untuk jemput penceramah ni jadi aku kata yang aku akan bayar yuran tu tapi aku tak akan datang. Aku tak pasti apa ugutan dia sehingga menjadikan aku terpaksa datang gak ke ceramah tu. Dan bila dia tengok aku pagi tu dia tersenyum puas tapi lepas minum pagi tu aku terus berambus. Esoknya datang sekolah beberapa orang budak kelas kata yang aku akan kena teruk sebab semalam dia asyik cari aku je. Tapi bila dia masuk kelas dia buat tak layan aku je. Kira main psiko ar. Tapi lepas tu dia masih lagi terus menyusahkan hidup aku.





Seriusly cikgu macam tu ar yang kita semua perlukan. Bukan setakat cikgu yang masuk pagi pulang petang dan ambik gaji setiap hujung bulan or cikgu hasil lambakkan siswazah yang terpaksa jadi cikgu hanya sebab dia tak berpotensi untuk diterima di tempat lain. Sejujurnya sebab cikgu Hazani yang muncul pada 2 tahun terakhir persekolahan aku lah menjadikan aku respect pada institusi perguruan, menjadikan aku ambik subjek linguistik di universiti dan aku sendiri pernah jadi cikgu dan terpaksa meletakkan jawatan sebab aku rasa aku tak layak untuk pegang jawatan mulia tu. Kalau andai kata aku tak jumpa cikgu Hazani dalam hidup aku maka aku ialah salah seorang dari mereka yang support tindakan saman ibu bapa tu.

Even aku cukup yakin yang parents yang nak saman cikgu tu ialah pada waktu sekolah dulu mereka ialah pelajar-pelajar yang tak berkesempatan untuk jumpa seorang cikgu yang benar-benar berperanan sebagai seorang cikgu. Sebaliknya mereka hanya berjumpa dengan cikgu-cikgu biasa yang hanya tahu mengandung dan menghukum pelajar je dan mereka percaya yang hukuman tu telah menjadikan mereka berada dalam keadaan yang menyedihkan seperti sekarang ni. Hmmmm..

Monday, January 27, 2014

Petua Menjadi Lelaki Gemuk

Menjadi seorang manusia berfizikal ideal ialah cogankata utama produk-produk yang ada di pasaran hari ni. 
Seseorang tu harus kulit putih, rambut lurus, muka licin, perempuan ngan badan ramping dan lelaki pulak mesti six pack. Menjadikan mereka-mereka yang tak ada ciri-ciri tu jadi tak tentu arah dan akan buat apa sahaja asalkan dapat bentuk manusia ideal tu. Ada yang telan ubat itu ini, sapu krim itu ini, pergi gym, habis duit beratus ribu operate itu ini, cucuk itu ni bla bla bla. Jangan sampai jadi macam Korea Selatan ar apabila cantik tu dah ada patern tersendiri: mata besar, hidung mancung, rahang tirus etc sehingga menjadikan semua orang cantik tapi tampak sama. Sebabnya? Kita tak ajar benda yang sepatutnya: Sayang diri sendiri seadanya. Hmmmm..


2 tahun lepas berat aku sekitar 60 kg. Sekarang berat aku sekitar 90 kg. 2 tahun lepas aku dengan selesa pakai baju saiz S dan sekarang aku agak sendat dan ketat pakai baju saiz L. Jobless untuk tempoh tu menjadikan aku hanya makan dan makan jer sepanjang masa (sebab setiap kali aku kerja: selain kerja government then berat aku akan kurun 20 kg dalam sekitar 3 bulan. Sebab purata aku tahan satu-satu kerja ialah 3 bulan jer). Orang sekitar yang jarang tengok aku pasti akan terkejut dan kata aku gemuk habis. Aku pulak rasakan yang aku belum cukup gemuk lagi. Aku kena tambah 10 kg sehingga berat aku jadi 100 kg then baru aku kelaskan diri aku gemuk. Then kalau korang nak cadangkan aku guna produk itu ini then percayalah yang aku akan tolak penuh berbudi bahasa. Sebab there nothing wrong by being gemuk.



...


Aku agak berbeza berbanding dengan adik beradik yang lain. Abang-abang dan kakak aku macam muka emak aku manakala emak dan bapak aku pulak muka memang macam-macam sama jer. Aku pulak lain. Itupun bukan aku yang kata tapi orang-orang disekitar yang confirmkan. Aku pernah berkerja dengan kakak aku dan abang aku pernah mengajar sekejap kat sekolah aku dan kalau tak ada sesiapa yang bagitahu then tak akan ada sesiapa yang tahu kami adik beradik. Even kami family pernah keluar dinner dengan sorang saudara yang jarang jumpa dan sepanjang sesi makan tu dia fikir yang aku ialah kawan kepada abang aku je sehingga emak aku bagitahu hal sebenarnya. Selain tu kulit aku lebih gelap dan saiz badan aku tak besar berbanding keseluruhan keluarga. Menjadikan keadaan lebih berbeza ialah bila aku satu-satunya dalam keluarga yan ada Psoriasis.

Menjadi satu-satunya entiti yang berbeza dalam satu kelompok menjadikan kita rasa cukup terasing. Disebabkan aku (dan kita semua) tak diajar untuk menerima dan meraikan kepelbezaan jadi aku pernah sedaya upaya untuk jadi macam mereka. Especially pada usia remaja, ketika semua orang nak berada dalam kumpulan yang sama macam mereka dan aku pulak satu-satunya yang berbeza then it suck laa. Ingat aku lagi pada sorang classmate ni anak angkat. Dia ni aku rasa asalnya bangsa India ar (sah-sah kot) dan diangkat family Melayu dan aku pernah tengok dia satu Fair & Lovely banyak-banyak kat muka, tangan sebab nak nampak sama macam family dia. Walaupun kulit aku tak sehitam dia tapi aku pun gunakan teknik yang serupa atas alasan nak nampak sama. Hmmm..









Aku tak tahu kenapa tak ada sesiapa yang nak ajar kita semua agar menerima dan meraikan kepelbezaan. Michael Jackson sampai bedah kulit sebab malu jadi orang kulit hitam. Tengok iklan shampoo bila rambut gugur lalu hilang keyakinan diri. Kemudian dekat magazine keluar statement suami kutuk sebab saya gemuk. Semua orang tergila-gilakan saya sebab saya dah kurud. Oooh shut up. Mengarut dan tak memberi nilai yang positif langsung. Kemudian iklan, filem, drama, majalah semuannya putih, kurus dan lelaki lak asyik-asyik nak bukak baju tayangkan six pack je. 







Petua menjadi seorang yang gemuk, terlebih kurus, muka berjerawat, kepala botak, payudara besar sebelah (hmmm) atau apa-apa yang orang lain kata sebagai berbeza atau abnormal atau weirdo or apa-apa ayat yang tak best untuk didengar then tipsnya ialah satu je: sayangi diri sendiri. Then korang akan kata klisenya. Untuk mereka-mereka yang keluarkan statement tu then korang setakat cakap benda tu kat mulut je. Korang tak masukkannya ke dalam hati lagi. Bila ia dah menyerap dalam diri kau then setiap apa yang kau tengok akan jadi sangat berbeza. Seolah-olah kau berada disebuah tempat baru yang indah-indah jer. Malah kau akan confident dengan ciri-ciri kepelbezaan kau tu. Plus kata-kata yang menyakitkan sebelum ni hanya akan muncul macam angin yang menyapa telinga kau je. Ia tak akan berjaya masuk sikit jer. Even kau akan bersimpati pada mereka-mereka yang telah jadi mangsa produk sebab nak jadi kurus dan cantik tu pulak.






Kalau kau gemuk percayalah yang menjadi gemuk tu tak salah sikitpun. Kesalahannya ialah bila kau tak sayang diri kau hanya sebab kau gemuk. Lebih suck bila ada pasangan yang tak dapat nak terima pasangan mereka seadanya. Ada isteri yang nak suami six pack ar, ada suami yang nak isteri nampak cantik memanjang ar. Hey, kalau kau nak dia berubah then kenapa nak kawen dia awal-awal. Nanti kalau dia dah six pack dan terlebih cantik then dia cari yang lain baru padan muka. Wakaka










Dan untuk mereka yang kurus yang kata ia cukup menyedihkan bila tengok orang gemuk yang melahap makanan macam babi setahun tak kasi makan dan kediam menanggis depan cermin salahkan diri sendiri then percayalah yang ia lebih menyedihkan bila tengok orang kurus yang sanggup buat apa sahaja: tak makan or kalau makan then muntah balik, bersenam sepanjang masa, operate nak buang lemak etc semata-mata sebab takut jadi gemuk. Hmmm..

Sunday, January 26, 2014

Aku Hilang 10 000

Minggu lepas aku baru hantar manuskrip penuh projek kedua aku. Semalam publisher dah pulangkan balik part yang dah diedit dan beberapa part yang perlu aku buang sendiri. Tengok punya tengok hampir 10 000 patah perkataan dah hilang oleh editor. Duh., aku tulis around 70 000 dan sekarang tinggal hampir 60 000 je lagi. Hmmmm..


Memang ar aku akui yang ada part memang patut dibuang sebab tatabahasa aku memang teruk, perbendaharaan kata aku lemah tapi ada part tu memang aku masukkan in out sepenuhnya. Gosh.., 10 000 banyak tu wey. Around 5 chapter (kalau satu chapter ada 2000 patah perkataan ar). Even ada chapter tu sampai 1000 patah perkataan dah dibuang. Apa lagi yang tinggal..? Kalau satu project ni umpama sorang perempuan yang nak jadi cantik tapi apa yang dibuat ialah juru make up tu ialah korek biji mata sebelah, potong sebelah telinga atau patah sebelah kaki. Hmmmm



...


Dalam masa yang sama aku pun dah start buat project ke tiga. Proposal yang aku hantar dulu dapat beberapa komen yang aku setuju so aku buat baru. Dah around 10 000 patah perkataan gak. Tapi.., ada tapi lagi. Labtop yang aku guna sekarang ni agak uzur sedikit. Ada masanya ia akan tertutup itself sehingga menjadikan kerja aku terhenti. Tapi thanks goodness ia boleh recover itself. Dan entah macam mana aku rasa semuanya okey sehingga lepas aku terima email yang menyedihkan tentang kehilangan 10 000 patah perkataan tu then aku bukak ar project ke tiga ni dah aku penuh in shock ia hanya sehelai blank page. Aku ingat aku pernah select all dan save tapi aku tak ingat yang aku tertekan backspace or space or apa-apa entah between it. Menjadikan aku dah kehilangan 10 000 lagi patah perkataan. Hmmm..









Sejujurnya aku sangat sedih dan gave up. Hmmm..