Friday, March 8, 2013

Oz The Great & Powerful Movie Review

Kalau korang tahu kisah pengembaraan Dorothy bersama fellowhipnya iaitu Scarecrow, Tin Man & Lion yang coward di dunia Oz then korang pasti dah tahu tentang filem Oz The Great & Powerful ni. Ia kiranya cam prequel kepada filem The Wizard of Oz laa before kedatangan Dorothy. Hmmm..


Sebelum aku memulakan review aku so firstly aku nak jelaskan pada korang yang cerita ni diterbitkan under Disney so the great part tentang cerita ni ialah ia cukup ceria then the not great part tentang cerita ni gak ialah ia cukup ceria. Sedangkan cerita pirate berlawan dalam Pirates of Carribean pun tak leh ada setitik darah then apatah lagi kisah John Carter of Mars yang sepatutnya dark dan erotic bertukar jadi comel dan kelakar lak. Nak buat cam mana kalau Disney punya target market ialah untuk tontonan keluarga. 

Plus aku bagi hint satu lagi yang cerita ni tak ada elemen suprise melainkan kalau korang tak pernah tahu tentang Dorothy dan The Wizard of Oz then korang akan terngangga tengok cerita ni. Tapi kalau korang pernah baca novel or tengok filem or tengok cartoon or tengok remake demi remake then cerita ni sangat tak ada suprise. 

Sebab pertama: Korang tahu kan yang dalam pengembaraan Dorothy dalam Wizard of Oz tu berakhir bila mereka berempat berada dalam emerald castle tu dan nak cari wizard tu tapi rerupanya wizard tu tak ada kuasa nak bagi wish pada mereka berempat sebab Oz tu sekadar lelaki biasa. So kalau korang sangat naive dan yakin si Oz lakonan James Franco tu last-last ada magical power then jangan harap ar. Ia tak akan berlaku.

Sebab kedua: Korang awal-awal dah tahu yang 2 adik beradik witch lakonan Mila Kunis & Rahcel Weisz tu ialah East & West witch jahat yang akan ganggu perjalanan Dorothy dalam The Wizard of Oz. Cuma dalam cerita ni ialah perjalanan muka mereka jadi hodoh cam Star Wars saat-saat kita nak tahu cam mana Anarkin Skywalker akan pakai topeng Darth Vader tu jer. Hmmm..








Selebihnya cerita ni cam tengok Dora The Explorer versi manusia. Ngan laluan pejalan kaki yang skema dan ceria dan Oz lak ada kawan monyet yang pandai cakap dan sesekali ada persimpangan jalan yang mereka tak tahu nak pilih jalan mana. Cam Dora je bunyiknya kan?







Part kureng bagi aku tentang cerita ni ialah bila si Oz (bukan Os dalam OSBON) ni nak bunuh Glinda yang dikatakan sebagai witch jahat tapi bila Glinda cakap dia witch baik then terus je si Oz percaya tanpa ada pergolakkan perasaan langsung. Dan pengarah cam memang tak nak buat penonton tertipu sikitpun. Cuba ar suroh penonton mempersoalkan sapa yang betul-betul baik dan sapa yang betul-betul jahat.

Then masa Oz dan kekawan part akhir nak melawan evil witch tu totally rasa cam tengok part Merong Mahawangsa lawan lanun guna cermin pecah tu. Duh, lame ar sangat. Dan witch yang hebat dan bijak then diperbodohkan sedemikian rupa. Hmmm..








The great impact pada aku lak pada part Emma Stone nampak sangat naive membuatkan dia nampak sangat hot. Jauh lebih hot berbanding part dia dalam Friends With Benefit. Kedian masa dia kena tipu kakak dia dan dia marah pada Oz tu best ar. Sedikit tamparan di pipi aku. Hmmm

Kemudian cameo sikit-sikit watak dalam Wizard of Oz cam Lion yang aku yakin itu ialah the Coward Lion dan Scarecrow tu cam best ar. Cuma kalau dia buat statement sikit-sikit tentang Dorothy masa last-last best lagi ar. Plus magical creature dalam filem ni sikit sangat. Setakat monyet bersayap, baboon bersayap, pari-pari air dan ceramic girl tu je kot.










Kesimpulan: Cerita ni setakat boleh-boleh ar. Kalau korang tak nak tengok cerita ni then tengok Dora pun feelnya sama jer. Hmmm

Tuesday, March 5, 2013

Aku Dah Tak Melukis Lagi

Aku ada beberapa pantang larang dalam bab melukis ni. Antaranya aku tak leh melukis dalam tekanan. Antara perkara yang leh membuatkan aku tertekan masa melukis ialah bila orang upah aku yang nak potret diaorang, lukis muka girl yang cantik pada mata aku dan lukis orang yang aku 'suka'. Sebab tu aku dah jarang ambik upah melukis, aku jarang melukis potret perempuan dan aku tak lukis orang yang aku suka. Tekanan utamanya ialah bila hasilnya tak sama dengan diri mereka sebenar. Hmmm..


Sebab biasanya aku melukis aku tak bagi apa-apa expectation akhir pada lukisan tu. Aku main lukis jer. Cincai-cincai jer. So tekanan langsung tak ada dan hasilnya selalu menjadi. Dan bila faktor tekanan tu berlaku so aku dah set dalam otak yang lukisan tu harus perfect. Harus 99.9% sama ngan gambar asal. Walaupun aku sedaya upaya untuk releks tapi aku tak akan berjaya ar. So akibatnya aku akan buat secara berhati-hati. Salah sikit padam. Salah sikit padam. Sedangkan pada lukisan biasa aku mana pernah tahu lokasi benda nama pemadam ni. Tapi situasi sebaliknya berlaku dalam keadaan aku stress melukis. Hmmm..




...




Lukisan terakhir aku bertarikh 23 January. Since tak lama lepas tu there something happen pada aku. Aku jadi anggau. Aku rasa aku suka kat seseorang ni. So aku start melukis muka dia. Hasilnya aku tak puas hati so aku buang. Aku ambik kertas lain lagi dan hasilnya pun lebih kurang. Beberapa keping kertas aku lukis dan semuanya aku buang. 








Kemudian aku ambik masa beberapa hari cool down. Then ambik kertas dan nak lukis potret orang lain tapi aku x dapat. Hati aku nak lukis muka dia jer. Dan anggau aku makin menggila.













Hasilnya sampai sekarang aku dah tak melukis lagi. Hmmm

Monday, March 4, 2013

Tajuk..?

Aku ada satu habit. Sebelum aku nak tulis satu post kat blog ni then perkara pertama yang aku fikirkan ialah tajuk. Selagi aku tak ada tajuk yang aku rasa sesuai or aku suka then selagi tu aku tak akan selesa menulis. Ia akan buat aku resah gelisah tak tentu pasal. Entah apsal aku cukup merasakan yang tajuk tu satu elemen yang cukup penting dalam penulisan. Ia seperti nama pada manusia. Kalau kita baru dapat anak then tak kan ar kita nak bagi nama anak sesukahati kan? Sebab nama tu akan represent si anak secara keseluruhan. Hmmm..


Waktu aku belajar dulu, satu cerpen aku dipublish kat sebuah majalah Dewan Bahasa. Pensyarah kelas elektif aku aka seorang penulis gak: Dr Mawar Shafei sangat happy bila dia dapat tahu aku aka pelajar kelas elektif dia (yang bukan dari program Kesusasteraan Bahasa Melayu dia sendiri) leh publish cerpen under Dewan Bahasa tapi dia jadi marah bila aku bagitahu yang tajuk cerpen tu ditukar oleh editor tanpa pengetahuan aku.

Dr Mawar kata penulis ada ego dia sendiri yang wajib dipertahankan. Walaupun editor ada kuasa nak tukar apa-apa tapi dia kena bagitahu penulis gak tentang pertukaran tu. Sebab dia sendiri pernah alami situasi yang sama masa awal penulisan dia dulu. 







Tajuk yang aku pilih untuk cerpen tu ialah Lari Dan Sembunyi. Cuba teka apa tajuk yang dipilih oleh editor? Dia pilih tajuk Kakiku. Seriously..?Hmmm..










Pagi tadi aku terima sms dari owner publisher ni. Dia bagitahu yang manuskrip aku dulu diterima dan kalau tak ada aral melintang nanti tengah tahun ar publish. Walaupun lambat still aku bersyukur ar. Cuma part yang tak bestnya dia kata yang tajuk pilihan aku terpaksa ditolak dan digantikan ngan tajuk yang lebih sesuai. A bit sedih gak ar. Sebab ia ambik masa yang cukup lama untuk aku pilih tajuk tu then baru aku mulai menulis idea cerita. Tajuk yang bakal diganti tu belum dia bagitahu lagi tapi at least dia bagitahu gak ar kan? 










Hmmm