Showing posts with label 2009. Show all posts
Showing posts with label 2009. Show all posts

Wednesday, March 23, 2011

Header

Aku ada satu bad habit: aku suka simpan barang tapi aku tak suka kemas kini barang. So hasilnya, dompet aku penuh resit, kad etc, dalam poket seluar aku ada banyak punting rokok, plastik gula-gula etc dan dalam buku aku ttiba ada note rm50 yang entah zaman bila aku letak dan ada banyak softcopy image, music etc dalam hard disc aku yang berkurun aku tak perasan. 

So post kali ni aku dedikasikan untuk header, background image dan post image yang pernah menghiasi blog ini lawan web lain aku. Hmmm..

(Ini adalah muka terawal blog aku dulu. huhuhu)

A. Header
(Ini pulak header pertama dulu.. Hmmm)























Apakah kesimpulannya di sini? Aku tengah kebosanan so asyik update blog jer... hmmm...

Monday, January 4, 2010

The Beginning is The End is The Beginning

Technically aku x sambot 1 st January as tahon baru. Tahon baru sebenar aku bermula agak lambat: beberapa hari kemudian. Aku still ingat lagi setahun yang lepas (2009), beberapa hari selepas tahun baru, aku wish God for favor…



Permulaan tahun 2010 ni akan membawa pengakhiran kepada 1 episode penting dalam cerita hidop aku…


Jika hidop ini diumpamakan seperti sebuah cerita then episode 24 ni, watak pelakon utama a.k.a aku semakin berkembang (termasok perkembangan dari saiz fizikal gak r). Jujor aku cakap sepanjang tahon 2009 yang lepas (baru jer beberapa hari berlalu) membuatkan aku melangkah setapak ke hadapan lagi. Kenapa aku cakap cam tu? Dalam ayat yang lebih mudahnya: Im become a better man.. naaaaaa…


Manusia x akan kenal erti sebenar bahagia jika mereka x lalui saat2 derita. Itu orang kata. Yap.. 2009 cukup indah bukan hanya kerana gelak ketawanya sahaja tp juga sebab bab2 yang menderitakannya sekali. Aku x pernah menanggis sehebat tu sepanjang aku gelar diri aku as lelaki dewasa. Selama ni aku fikir perkara tu kalu berlaku kat org laen as a little probs jer tapi bila kena batang hidong sendiri then aku betol2 terdiam. Kesan terbesarnya: aku makin hilang kepercayaan pada 1 perkara yang aku rasa cukop suci yang pernah aku pertahankan.. (Bro, Im not talking about ‘keterunaan’ r).. then as time goes by, luka tu semboh jugak cuma kesan parutnya masih ada…

Then dalam 2009 gak, sakit kulit aku makin terok even paling terok sepanjang usia 24 tahon. Bila tengok2 balik pola dia.., terok.. baek sekejap… lebih terok.. baek sekejap.. jaoh lebih terok.. baek sekejap… lebih jaoh dari lebih terok.. Then ada kajian plak bagitau kadar hayat penghidap penyakit aku adalah half than normal person.. hmmm…

Tapi aku don’t care sangat.. pasal 2009 gak aku kenal ramai kawan2 baru.. kawan2 yang berada dan melepasi pada tahap berkualiti.. ketika masalah2 besar menghadapi, then mereka ada untuk membuatkan aku lupa semuanya…




Sejujornya aku x expect apa2 yang besar berlaku pada 2009.. aku fikirkan bahawa aku akan lebih lama menganggur tapi hasilnya: perkara yang bertentangan berlaku. Semua perkara hebat2 dan besar2 berlaku.

So I don’t expect anything to happen sepanjang 2010 kelak.. Mungkin aku akan menanggis jaoh lebih hebat pada tahun ni. Mungkin sakit aku akan jadi jaoh lebih terok (memang pon).. Mungkin aku akan jumpa kawan2 baru lagi. Or mungkin aku akan terus sahaja menganggur.. Sesungguhnya Tuhan telah punya perancangan khas untok aku.. aku hanya perlu bawa watak aku pada tempat yang telah ditentukan oleh-Nya then belajar untuk membaiki segala kelemahan dari episode2 terdahulu…






Technically aku x sambot 1 st January as tahon baru. Tahon baru sebenar aku bermula agak lambat: beberapa hari kemudian. Aku still ingat lagi setahun yang lepas (2009), beberapa hari selepas tahun baru, aku wish God for favor: Aku x mintak agar Dia sembohkan penyakit aku sebaliknya aku minta dia berikan aku seorang kawan yang boleh menerima diri aku seadanya. Seorang kawan yang boleh melengkapkan ketidaksempurnaan aku.. So aku yakin Dia dah makbolkan permintaan aku cuma as usual aku sahaja yang buta..







Mungkin pengakhiran episode di STIDC ini ialah permulaan kepada 1 episode baru..

Monday, December 21, 2009

Muallaf


Akhirnya filem ni akan ditayangkan gak..
24 Disember 2009..
Musti tengok r..!!

Saturday, December 19, 2009

Imun

Ppagi Khamis lepas group of our friend dikejutkan ngan serangan seorang makhluk (kalu betol dia wujod r) yang bernama Zamrie (kalu betol gak r nama dia) kat FACEBOOK. Dia seorang lelaki (kalu betol gak r jantina dia) ttiba je teros bwat komen yang gila2 melulu dasyat kat kkawan ni even in reality kami langsong x kenal dia.. Hmmm.. mmg jenis BIGEST LOSER ASIA r mamat sekor ni…

Then masa sarapan pagi ni kami dudok2 r cakap issue ni tadi. Then aku share r wat happen in my past. Entah kenapa kejadian cam ni dah kira biasa sangat berlaku kat aku. Dah jadi imun. Ingat masa sekolah menengah dulu selalu sangat r menerima panggilan berbaur ugutan, makian, cernaan dan seangkatan r. Apsal aku kata ia untok aku dan bukan for the othe family member ialah: sebab bila orang laen angkat then x ada bunyi or mereke teros letak tp bila aku angkat or bila family member dah kuar semua then teros dia bercakap ayat2 18SG tu. Dan reaksi aku: biarkan jer gagang telefon terangkat dan kembali buat aktiviti cam biasa. Biar r dia mencarut tanpa henti. Kalu dia dah letih then dia berhenti r.. wakaka..

Then masa U plak, kalu kkawan 1 kolej musti tau r yang mamat bernama S or nama glamour dia Y (ciplak gaya AIDA) dan sekutu2 geng2 BIAWAK dia (org yg bagi title ni wokey) sangat2 anti kat aku. Kalu si S ni tengok aku dari jaoh teros mulot dia membebel ssorang then bila dekat teros dia menyumpah seranah dalam dialek Kelantan dia. Even kalu dia bawak org luar masok kolej then depan2 aku dia sempat promo cerita keburokan aku then ketawa kuat2. Even ada sorang kawan dia (yg agak luros) pernah mintak maaf kat aku at the last semester pasal tiap kali bersama si S ni, mereka asyik jadikan aku as bahan perbualan disertakan bersama maki hamun.. aku dah agak dah.. Cuma reaksi aku setiap kali jumpa dia aku just bwat 1 senyuman yang menampakan semua gigi aku sambil tegor penoh mesra “HI YO” (ops tertulis nama plak) then dia apa lagi, makin sakit hati then makin kuat r sumpah seranah dia.. wakaka…

Even banyak lagi kes2 laen yang seangkatan..

Then kkawan kat meja sarapan pon tanya r sedikit hairan: “Apsal mereka sangat benci aku..?”




Aku ketawa. Reality sebenar: aku pon hairan gak. Sedangkan aku sekadar menjadi diri aku sendiri. Mungkin dengan hanya menjadi diri sendiri itu membuatkan diri aku dibenci. As aku bagitau dim post titled LELAKI YANG MEMBENCIKAN, kkawan dari sekolah dulu bagitau yg aku masih lagi x berubah. Masih lagi lelaki yang sama mereka kenal.. masih lagi lelaki yang sama: lelaki yang membencikan..






So kamu yg memberitahu bahawa aku telah berubah, mungkin sebenarnya kamu tidak pernah kenal siapa kesemuanya tentang aku. Aku masih lagi lelaki yang sama dan kemungkinan kamu juga akan membenci aku sama seperti mereka2 yang lain.

Wednesday, December 16, 2009

2010

Semalam secara x sengaja masa gi 1 laman sesawang (ceh, pengaruh ayat berita RTM) then bwat aku terhenti seketika. Dah 15 hb wei. That mean tahun 2009 dah nak sampai ke penghujong. Duh.. walupon aku x sambot new year tp x sangka semuanya dah nak berakhir. So as usual setiap tahon so tahon ni pon aku nak bwat review what happen sepanjang 2009 ni tadi..

2009 start with sambongan pelajaran SAFETY & HEALTH OFFICER di ICATS.. Tapi disebabkan karenah tempat aku belajar tu sangat SUCKS then latihan amali aku tergantong selama sebulan. Dan kebetolan ada kekosongan jawatan kat LODGE SCHOOL then aku apply, temuduga dan berjaya. Tapi disebabkan jodoh aku kat sana x panjang, OFFICE POLITIK yang terok gak then aku cuma bertahan sekitar 2 bulan dan apply and joins GEMS di REGENCY RAJAH COURT. 2bulan teori then praktikal di STIDC sehingga penghujong Disember.

2009 adalah tahun yang menyeronokkan. Aku x sempat menganggur berpanjangan pon dalam tempoh masa setahun ni. Aku bergerak dari satu tempat ke tempat baru then berjumpa, berkenalan dan bwat kawan ngan mereka. Aku ketawa, marah, sedih, kecewa, gembira, duka sepanjang tempoh tu.

X nak cerita panjang lebar so tengok gambar ni. Aku nak share dunia aku sepanjang 2009..




The End of 2009..