Showing posts with label Yasmin Ahmad. Show all posts
Showing posts with label Yasmin Ahmad. Show all posts

Friday, November 30, 2012

Yasmin How You Know Review

Salah satu malam kami keluar bersama then dia cakap dia tak pernah tengok sebuah keluarga yang cukup bahagia seperti keluarga K----- ni. They share everything together. Waktu tu aku rasa kami cukup ada banyak persamaan tapi as usual aku sentiasa akan ada masalah ngan semua kawan lelaki aku so hubungan kami suddenly 'hilang'. Tapi sampai saat ni dia lelaki paling baik yang aku pernah jumpa. Hmmm...


Waktu tu aku ada 2 buku lain di tangan: Pecah (Fixi) dan Life of Pi tapi disebabkan secara tak sengaja aku terlimpas satu rak buku local interest ni dan tertengok satu buku yang dah lama aku nak miliki so tanpa berbelah bagi aku terus simpan balik 2 buku tu (Lagipun aku x cukop duit untuk beli banyak buku satu masa) Ianya ialah buku Yasmin How Yo Know.

Blame me sebab aku lahir sebagai seorang manusia menjadikan aku judge buku ni based on it cover. Sebab sejujurnya cover buku ni akan buat korang mati pucuk nak membaca. Ianya seolah-olah dihasilkan pada era satu-satunya aplikasi yang wujud kat dunia ni hanya Microsoft Word jer menjadikan kau just taip dalam huruf besar dan underlinekannya. Buat korang sedikit sebanyak mempersoalkan sama ada orang yang design cover buku ni ngan orang yang design logo kemerdekaan negara tahun ni adalah orang yang sama. Both lame dan boring. Tu belum lagi masuk part kulit yang leh tanggal tu sampai buat ko nak mempersoalkan: Malaysia belum ada sistem penjilidan kulit ngan isi buku ker? Akibatnya bila aku tamat baca in few hour ia dah mengelembung dan tak dapat masuk balik ke dalam kulit tu. Hmmm..




Tapi berbeza lak ngan kandungan di dalamnya yang totally bebas dan tak terikat ngan  mana-mana skema. Secara keseluruhan buku ni ialah tentang bagaimana orang sekitar Yasmin Ahmad melihat dan mengingat kembali moment-moment dan kata-kata beliau sewaktu beliau masih hidup dulu. Yap, membaca buku ni akan buat korang lebih kenal sapa Yasmin Ahmad ni, bagaimana dia sehari-harian, apa dia buat sewaktu berkerja, cam mana dia dapat idea untuk iklan dan filem yang best sehingga last-last korang wish korang do exist dalam environment beliau. Hmmm..












Kalau korang lihat filem Yasmin Ahmad as mendatar tanpa sebarang muzik latar dan kemudian cukup sukar difahami then buku ni pun cam tu gak sebenarnya. Even kalau ia muncul as a video then semua mereka ni seolah-olah akan bercakap ngan nada monotonous tanpa sebarang soundtrack. 







Plus buku ni nampak sedikit tebal tapi sebenarnya kalau ia ikut skema novel biasa ngan tolak gambar-gambar dan puisi-puisi tu then ia mungkin leh reduce separuh or lebih kot. Hmmm..











Walaupun buku ni cam biography ringkas Yasmin Ahmad tapi ada masa ia lebih kepada beliau sedang bercakap ngan korang ngan nasihat-nasihat yang sekali sekala diikuti jenaka gurauanya. So sure ia akan buat kau terasa seolah-olah dia cukup rapat ngan kau. Hmmmm..













Tak lupa gak masa baca ni aku teringat watak Jessica Day lakonan Zoey Deschanel dalam New Girl lak. Hmmmm













Aku yakin arwah ialah seorang manusia yang baik-baik (plus tak kan ar ada orang nak kutuk dia dalam buku ni lak kan..?). Betapa aku ingin lagi jumpa manusia yang baik-baik sama seperti aku rindu nak hang out cam dulu lagi ngan kawan tu. May be aku bukan sorang manusia yang cukup baik untuk bersama mereka-mereka yang baik. May be I dont have the capacity to receive it. Hmmmm

Thursday, July 26, 2012

The Storyteller: Three Years After

Semalam pada tarikh yang sama tiga tahun lepas, seorang pengarah iklan, pengarah filem, penulis atau lebih tepat lagi gelaran terbaek untuk dia ialah a storyteller passed away. Sepanjang hidupnya dia cukup banyak bercerita tentang apa yang dia lihat, tentang apa yang dia dengar, tentang apa yang dia rasa terhadap dunia disekitarnya.


Ramai orang kata mereka x pernah kenal pun siapa arwah tapi there something about her yang buat kita rasa cukup kenal pada beliau. Mungkin pada cerita yang dia kongsi rasa seperti cukup dekat dengan hidup kita.


Seperti Mukhsin. Ia seolah-olah adalah cerita tentang aku. Tentang zaman kanak-kanak aku dulu. Tentang seseorang yang aku gelar as cinta pertama aku. Juga tentang masyarakat yang wujud di sekitar aku sepanjang tempoh tu. Serta berlatarkan warna suram dan lagu mendatar dari  Debussy. Dan ia bergerak perlahan sehingga sedar tak sedar aku dah meninggalkan persekitaran tu untuk lebih 10 tahun dan aku masih lagi berharap agar aku berjumpa cinta pertama aku tu. Sehingga last year aku baru dapat tahu yang dia dah kahwen dan ada anak seorang. Betapa aku wish dia gembira bersama suami dan anaknya dan aku juga berharap yang aku boleh gembira bersama seorang yang aku gelar as cinta.



Tapi semuanya cukup segar dalam ingatan aku. Pada setiap pagi aku menunggu dia keluar dari rumah then aku akan berlari seberang jalan dan kemudian berlagak yang ia ada secara kebetulan: setiap hari sepanjang setahun persekolahan dan dia masih juga percaya. Juga pada waktu rehat atau sebelum kelas petang bermula, kami akan duduk-duduk bersama di satu kawasan yang hanya ada kami berdua sahaja. Atau ketika kami berdua berlari lari di dalam majid ketika manusia lain sedang sibuk di luar. Semuanya tersemat kema dalam kotak memori aku.







Lalu ketika aku menonton Mukhsin, air mata jantan aku mengalir. Mungkin bak kata arwah, sesebuah cerita tak perlu ada mesej, cukup jika ia ada feeling. Yap, cerita beliau memang ada unsur tu: perasaan. Hmmm












...






Tiga tahun berlalu selepas pemergian arwah. Apa yang ditinggalkan bersama legasi cerita-ceritanya? Kita masih lagi melihat satu sama lain berdasarkan warna kulit, fahaman dan kepercayaan sebagai satu perbezaan.













Al Fatihah to Yasmin Ahmad

Monday, December 21, 2009

Muallaf


Akhirnya filem ni akan ditayangkan gak..
24 Disember 2009..
Musti tengok r..!!

Monday, July 27, 2009

The Story Teller

Sejak dari first time aku tengok cerita RABUN then bwat aku terus admire pengarah dia. YASMIN AHMAD. Dia bwat satu cerita yang sangat mudah jadi sangat menarik. Tentang kasih sayang sepasang suami isteri pada usia senja. Bagaimana kehidupan dan cara mereka menjalani dan meneruskan sisa-sisa hidup bersama. Sehingga 1 part aku leh rasa n kongsi feel mereka. Plus x terkecuali nak jugak r kalu dah tua nanti akan jadi cam tu.


Ingat lagi ayat power dia yang dia x nak couple dia mati lebih awal dari dia. Then dia nak mati dulu pasal dia x leh hidop tanpacouple tu. so so sweet.



SEPET just biasa.



GUBRA pon just leh layan.



TapiMUKSHIN aku memang layan. Local movie yang leh bwat aku keluar air mata masa tonton kat wayang. Bwat aku teringat kisah cinta monyet dulu2. Memang syok r. Masa ni gak aku gila kipas susah mati YASMIN AHMAD sama ngan rumate: mr. ISYRAF.



MUALAF plak x tayang di Malaysia. Duh...



TALENTIME layan. Walaupon kurang feel tapi kira pelepas rindu r pasal x leh tonton MUALAF yang sangat d nanti2kan selama ni...



Semalam tengok MELODI, dengar berita yg YASMIN AHMAD koma. Selepas 3 hari koma akhernya beliau meninggal dunia. Dengar berita, sekitar 1000 yang melawat kediaman beliau yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti mana yang digambarkan beliau dalam setiap cerita yang dibawa.











Al Fatihah..