Friday, June 23, 2023

BITCHES (Beware. This is a 18SX post)

Korang mesti selalu sangat dengar orang mempersoalkan kenapa perempuan baik always attracted to bad boys. Tapi another cases yang jarang but still berlaku : Why good guys attracted to a bitch?

 

Mungkin sebab drama-drama Melayu kat TV still lagi menggunakan jalan cerita it is ok untuk seorang perempuan baik jatuh cinta dengan lelaki gangster, jahat nak mampus etc sebab the end mereka mampu merubah lelaki-lelaki tu jadi baik. Bullshit right?

 

Watak perempuan selalu digambarkan sebagai seorang yang suci, naive, bersih etc. Kalau emak then dia ialah yang sangat penyayang terhadap anak dan keluarga. Perempuan tak akan buat benda-benda jahat seperti watak antagonis perempuan tipikal.

 

Watak perempuan jahat pulak ialah kaki pengoda watak utama lelaki tapi still the end si lelaki akan tetap setia dengan watak utama perempuan. Atau mak mertua yang jahat yang tak suka bakal menantu perempuan dan akan cuba sedaya upaya untuk halang si anak kahwin dengan perempuan tu. But still real love conquer all. Another bullshit. 

 

Sedangkan realiti perempuan menyondol ni lah yang akan menang dalam relationship tu. Perempuan yang kahwin dengan lelaki-lelaki jahat ni pulak akan berterusan menjadi mangsa pukul dan mereka tak nak buat apa-apa demi alasan sebab ada anak. Still bullshit.

 

 

Aku tak ar hidup lama mana sangat pun. Tapi manusia dalam dunia realiti ni cukup berbeza. Selain lelaki wakil setan di dunia, bithches juga ramai di mana-mana. This post is fully dedicated for them: Those bitches that successfully kill good men. Noktah.

 

 

There a one girl ni. Dia punya first sex encounter ialah ketika sekolah menengah. That first experience was great. Dia fikir another guy mungkin boleh bagi a much better experience. Namun dalam masa yang sama, sebagai social animal usia remaja yang baru naik hormon, dia perlukan cinta dan kasih sayang.

 

Sedangkan lelaki-lelaki tadi sekadar nak sex je. So dia perlukan seorang lelaki baik. Dia jumpa. Dia try nak settle down. Cumanya sex dengan lelaki baik tu membosankan. Tak best. Jadi dia still ‘makan luar’ walaupun dia dah kahwin.

 

Of coz laa lelaki baik tu tahu tentang perangai si perempuan. It not just a rumor tapi realiti membuktikan yang setiap seorang anak dia sebenarnya bukan dari benih dia pun. Cumanya dia tak nak berpisah sebab dia tak nak nasib ‘anak-anak’nya hidup dalam keluarga yang musnah. Tapi dia sendiri sebenarnya dah retak menanti belah.

 

Selepas beberapa tahun, dia tak happy lagi dengan lelaki baik tu sebab dia dah jumpa another lelaki baik lain yang dalam masa sama can serve her better in bed. Mereka berpisah. Semua anak dia biarkan with lelaki baik tu. Hidup si lelaki baik dah tunggang langgang. Dia jadi kaki minum, pemarah, duit habis, harta tergadai etc.

 

Perempuan tu pulak dah kahwin dengan lelaki baru, ada anak dan hidup happilly ever after.

 

 

 

It sound sangat science fiction kan tapi ia berlaku depan mata kepada aku sendiri. Bukan sekali dua. Dan ia akan berlaku lagi. Cumanya kita tak tahu macam mana nak convince si lelaki baik ni bahawa pilihan yang dia bakal buat tu salah dan masa depan dia dah pasti akan musnah. 


Good guys ni sama ada terlalu naive or bodoh or cinta memang akan membuatkan manusia jadi buta.

 

 

Hmmm.. 

Thursday, June 22, 2023

Surat Untuk Anak-anak Buahku

Anak buah (or anak saudara) aku yang nombor empat ni banyak mulut a.k.a sejenis bakal mulut tak berinsurans bila dah besar kelak ar so suatu hari pernah tanya kat aku:

"Usu mesti anggap dan sayang kami, anak-anak buah Usu macam anak sendiri kan?"

Jawapan aku: TAK.


Of coz laa aku tak jawab itu je, noktah, buang segala benda boleh pecah yang selama ni tersusun kemas atas meja lalu lari dengan penuh amarah. Ternyata aku seorang manusia gila kalau aku bertindak macam tu. Sebaliknya aku tambah ayat bergurau: Tak ar. Usu anggap anak-anak buah Usu macam orang gaji je. Hahaha.


Tapi realitinya aku memang tak pernah anggap anak-anak buah aku seramai 6 orang tu sebagai anak kandung. Sedikit pun tidak. Sebaliknya aku anggap mereka macam anak buah aku je. Tak lebih dan tak kurang. Sebabnya? Aku tak ada anak dan aku bukan seorang ayah. Jadinya aku tak tahu macam mana rasa 'sayang' seorang ayah kepada anaknya. It that simple.


Tapi aku sangat sayang pada anak-anak buah aku tu semua. Kalaulah rasa sakit dan mati tu boleh ditukar ganti then aku sanggup pindah segala rasa sakit yang ada pada mereka tu kepada aku. Biarlah aku tanggung segala rasa sakit mereka tu. Aku tak sanggup lihat mereka sakit walau sedikitpun. Sebab what hurting them will totally hurting me the most.


Dan satu lagi. Walaupun anak buah aku yang paling tua tu dah awal 20-an but pada mata aku mereka semua still lagi the same budak kecik yang aku pernah dukung, bawak jalan-jalan, pergi balik sekolah naik motor, kencing berak mereka aku basuh etc.



TAMAT BABAK 1



Tahun lepas aku ada hired sorang pekerja baru ni. Umur sebaya dengan anak buah aku yang paling tua tu. Bapaknya pun dah meninggal sama macam anak buah aku tu gak. Budaknya matured walaupun usia semuda tu. Dia dengar kata, rajin etc. 

Anak buah aku tu since dia form 4 dia masuk sekolah asrama. Tamat form 5 dia dah pindah ke rumah dia sendiri. So nak jumpa sebulan sekali tu susah sangat. As a teen yang sibuk dengan awek, dan berkerja pulak tu, kami makin distance ar. 

As time goes by, aku mulai lihat dia macam banyak sangat persamaan dengan anak buah aku tu. Ia akan timbul satu rasa relieved kalau aku tengok staff ni ok in emotionally, financially, socially as aku hopefully yakin anak buah aku pun ok gak. But as it is hubungan ketua dengan staff tak boleh over ar. Tak boleh ada favoritism among staffs etc.

Tapi disebabkan staff ni boleh kena teguran bila buat salah, aku tak rasa terbeban untuk guide him and hopefully someone at my nephew workplace will did the same to him too.



TAMAT BABAK 2



Awal minggu ni berlaku satu insident yang menggegarkan workplace. As a teens, this staff accidentally did one big mistakes ar yang aku tak dapat nak share pada sesiapa. Aku orang pertama yang dia bagitahu kat office (and ia sepatutnya tamat di situ je tapi dia unintentionally bagitahu other staffs which lead to semua orang tahu). 

Sejujurnya sewaktu dia bagitahu aku tu, hati aku luluh campur sedih, kecewa, marah etc. Wey, aku anggap dia macam anak buah aku sendiri dan kalau anak buah aku did the same mistakes, emosi yang sama juga aku akan rasa.

Tapi nak buat macam mana sebab benda dah berlaku so aku takes things calmly (suppose to be lah). So aku share aku punya equal past secret to make sure dia tak rasa diri dia terlalu 'hina' berbanding aku yang terlalu 'suci'. 

Hati aku memang tak keruan ar masa tu. Dia budak baik. Dia ada emak dan adik-adik yang dia perlu tanggung. Masa depan dia jauh lagi. Dia masih muda sangat. 

Dalam masa yang singkat tu, dia share sikit-sikit apa yang berlaku. Aku suggest itu ini yang aku rasa tak membantu pun. The end tu dia salam dan cakap minta maaf dengan aku dan aku automatically peluk dia. Dia perlu kuat sebab things surely will get worst after this day.

Selepas tu, mood aku jatuh teruk. Aku takut sangat yang aku akan relapse selepas berbulan-bulan nothing major happen to me. Aku jadi sangat sedih, mengelamun, tidur je memanjang. 


Esoknya pulak kebetulan birthday dia (such a bad timing ar). Dia murung the whole day. Workplace dah jadi an awkward place sebab other staffs tak tahu how to react. Then aku bawak dia keluar lunch. A birthday treat ar kiranya. Kat sana dia share few other stuffs. Hasilnya aku tak jadi relapse mendengar penjelasan dia. Hopefully everything will happen smoothly afterward. Lagipun he is a good boy yang accidentally terjumpa orang yang salah pada waktu yang salah je.



TAMAT BABAK 3



Untuk anak-anak buah Usu if one day korang terjumpa blog ni dan baca post ni, percayalah yang kasih sayang Usu tak akan berkurang walau korang dah setua mana, ada anak, ada cucu sekalipun. Even if suatu masa kelak korang akan  terbuat satu kesalahan sebesar mana sekalipun, Usu still akan terima dan sayang korang seadanya. Tanpa sebarang syarat atau alasan. Bagi Usu, korang still lagi anak-anak buah Usu yang masih kecik lagi.


Untuk this staff, kalau kau terjumpa post ni, aku nak kau tahu walaupun kau bukan darah daging aku dan aku tak akan faham sedikitpun derita yang kau sedang dan bakal lalui kelak but still aku dah anggap kau macam anak buah aku sendiri. Kalau rasa sakit dan derita tu boleh dipindah, aku sanggup tanggung segala rasa sakit tu. 


Maaf, aku tak tahu apa yang aku perlu buat untuk kau hilangkan seketika derita yang kau perlu tanggung sekarang ni. (Aku yakin staff-staff lain pun cuba untuk beri support sehabis baik). Yap, semua orang buat kesalahan tapi ia bukan hukuman mati yang akan menamatkan segala-galanya. Hidup harus terus. Andai suatu ketika tak ada sesiapa lagi yang akan berdiri bersama kau, aku akan ada di situ. Untuk pekerja yang aku anggap sebagai anak buah aku

Tuesday, November 30, 2021

Dear Anxiety

Korang pernah tak melalui situasi di mana korang nak makan kat satu cafe ni then it takes 4 hingga 5 kali pusingan kereta. Bukan sebab nak carik parking tapi setiap kali nak park then otak kau akan keluarkan pendapat tanpa diundang seperti "Kau baru je pergi kedai ni minggu lepas, garenti boss/pekerja dia perasan kau. Then mereka akan ketawa dan cakap-cakap belakang kau. Betapa kau looser makan sorang diri kat kedai tu" Akibatnya kau just balik rumah masak meggi dan hanya kembali makan ke kedai tu setahun kemudian.


That sound ridiculously funny? Trust me, that what used to happen to me.


Then kau kata: "Kau fikir mengarut je ar. Fikir positive ar. Benda tak wujud pun. Entah-entah boss/pekerja tu tak perasan pun kewujudan kau. Kau bukannya satu-satunya pelangan mereka. Antara tempoh seminggu tu, beribu muka yang keluar masuk kedai mereka. Lemah..!!"


Jangan sesekali suruh mental illness patient untuk

 fikir positive..!! Silap haribulan, kau punca dia bunuh diri. And it not a funny things, dude..!!


Aku pernah gaduh dengan bestfriend aku sebab aku nampak gambar dia bercuti dengan kawan dia kat tempat kami pernah backpack dulu. Kalau waktu aku normal, it not a big deal at all. Tapi disebabkan ia berlaku sewaktu aku sedang melalui episode depression, serangan dalam otak waktu tu memang dasyat ar. Otak aku kata Dia dah ada penganti aku. Aku dah tak penting lagi dalam hidup dia. bla-bla-bla. So aku hilang ramai kawan yang berharga, jadi kurang ajar dengan mak bapak etc.


Kemudian selepas dapat khidmat psychiatry, makan pill sehingga kepada moment berhenti jumpa psychiatry dan stop makan pill pada tahun lepas. Yap, it takes time dan aku dah pandai kawal. Ada teknik yang aku guna setiap kali anxiety though tu datang ar and it works perfectly. Tapi mostly sebab kes aku tak serius, keadaan persekitaran aku pun tak teruk sangat. Dan ia tak dapat digunakan kepada semua orang.


Yap, aku pernah jadi positive toxic kepada 2 mental illness patients ni dan sejak tu aku tak nak bagi pa-apa nasihat kepada mana-mana pesakit lagi. Kita fikir apa yang kita bagi tu bagus rupa-rupanya it is a toxic.



Tapi tahun lepas jugak berlaku the biggest relapsed kepada aku ar. Hanya disebabkan oleh whatapps seorang hamba Allah ni suddenly tak ada profile picture lagi membuatkan aku anxiety attacks yang membawa kepada suicide thought dan ia berlaku sewaktu aku sedang memandu. Otak aku sedang aku bertubi-tubi. Kata aku dah buat kesalahan besar pada dia sehingga dia remove aku, aku tak layak hidup, aku tak layak dihormati etc. Akibatnya badan aku mengeletar, aku menanggis teresak-esak macam budak kecik sambil drive dan berharap aku terlanggar sesuatu or sesuatu langgar aku dan aku mati. Yap, it that worse.




Last two week, there an event laa yang membawa kepada episode relapsed aku. Ia tak teruk mana. Anxiety thoughtnya tak kuat sebab otak aku boleh bidas balik kenyataan yang dikeluarkan. Tapi ia berlangsung agak lama ar. Dengan kerja yang melambak, perangai staff nak kena handle so ia tak membantu ar but still aku manage to handle it greatly.





Semalam aku sepatutnya keluar date dengan seseorang yang aku kenal agak lama di social media ni (Yap, aku masih lagi tak serik). Aku dapat rasa dia 'the one' laa. Someone that berbaloi untuk kau simpan. Rancang punya rancang, kami sepatutnya keluar lunch sama sebab rumah dia tak jauh dari tempat kerja aku tapi sebab kerja aku recently sibuk nak mampus so kami tukar ke petang tu,



Aku sampai ke kedai yang dirancang tu. Aku beli air. Aku minum sorang diri. Dia kata dia on the way. Dia tanya aku duduk meja mana. Then setengah jam berlalu. Air aku dah habis. Aku tengok orang yang sama duduk kiri kanan aku yang makan tadi dah balik tapi dia masih tak muncul lagi.


Then Anxiety dalam otak pun menjalankan tugas dia seraya berkata: Jarak korang bukannya jauh mana pun. Korang dah rancang dari malam tadi dah kot. Mungkin dari tadi lagi dia dah datang. Dia tengok kau then dia balik. Muka kau bukan macam mana yang dia fikirkan. Kau hodoh. Tak ada sesiapa yang akan suka kau. Lagipun ini bukan kali pertama ia berlaku pada kau kan? Kau boleh tunggu sampai sejam dan jadi orang bodoh atau kau boleh balik.


Dan aku berdiri, pergi ke kereta, hidupkan enjin dan aku blah. 




Tak sampai 5 minit, dia mesej kata dia dah sampai. Dia tanya aku kat mana. Dia kata jalan jam so dia lambat sampai.






Tapi aku terus blah. Sebab apa? Sebab aku dah percaya apa yang anxiety aku tu kata "Aku tak layak untuk disayangi"

Sunday, August 22, 2021

23 Tahun Untuk Selamanya

Pada usia 36 tahun, hidup akan banyak berkisar pada rutin: Bangun - Pergi kerja - Balik kerja - Tidur dan ia akan berulang-ulang sampai abang Jamil mampus. Jadi aku fikir yang aku perlu paksa diri aku buat satu projek bagi mengisi masa aku agar the end of the day, the future me can somewhere somehow will be pround of what me in the past did. Damn.. ayat.


So berdasarkan beberapa insiden yang berlaku dalam hidup aku:

1. Disebabkan aku ada tempoh hypomanic yang panjang dan non stop, aku dah jadi seorang positive toxic. What is positive toxic? Panjang ayat yang dipendekkan ialah apabila sorang tu asyik berkata something yang positif sehingga tanpa ia sedar ia buat others triggered dan akhirnya membawa kepada 'something not good' which is toxic to the listener.

Aku tak sedar betapa toxicnya kata-kata aku (tulisan sebenarnya) kepada 2 kenalan online yang ada mental illness ni. Aku asyik paksa mereka berfikir positive berulang-ulang kali, melampau-lampau tanpa aku berada in their shoes. Hanya setelah aku baca artikle tentang positive toxic tu barulah aku tersedar, damn, that me. So aku berhenti untuk bagi kata-kata positive or memandai nak bagi nasihat pada sesiapa lagi lepas tu.


2. Rashid. Yap, Rashid ialah model/mangsa yang aku paksa/bayar untuk projek buku Lelaki Yang Hidup 21 Hari tu. Entah kenapa once budak tu bagi inspirasi kepada aku, dia keep memberi inspirasi demi inspirasi tanpa henti seperti coklat yang tumpah ke ladang gandum je.


Jadi disebabkan dua perkara tu, aku terfikir satu idea yang membawa kepada sebuah novel graphic yang bertajuk 23 Tahun Untuk Selamanya ni.


Sejujurnya projek ni pada awal-awalnya buat aku ada purpose in life sikit. Sewaktu ada masa lapang kat office, aku melukis, balik rumah aku terus melukis, sebelum tidur aku lukis lagi. So aku cabar diri aku untuk setiap minggu aku akan upload 2 pages dan upload kat sosial media secara percuma ar.


Technically ada beberapa yang tanya "Kenapa tak jual je..?" sebab once aku upload kat group mental illness group aku being a member tu then ada je yang nak beli. Masalahnya benda ni belum siap lagi (dan belum pasti akan siap pun). Sinopsis penuh pun belum ada, plot jalan cerita pun tak ada. Kalau dah siap nanti tu lain cerita ar. Setakat moment ni, baru 8 muka surat je yang dah siap.. Itu pun mood aku dah start ke laut dah. Hahaha


Untuk setakat ni, ini adalah sinopsis cerita ni ar:

Rashid, pada sambutan hari jadinya yang ke 23 tahun memilih untuk membuat satu keputusan yang cukup besar iaitu untuk menamatkan riwayat hidupnya. Lalu semuanya bermula pada 23 hari sebelum kejadian itu berlaku sekaligus menjawab teka-teka: Apakah insiden sebenar yang membawa kepada pemilihan besar tersebut.


Jadi kalau korang nak tahu tentang novel graphic ni, pergi ke Instagran aku: aj_abdullah or pergi ke group LUKIS dan Kami Pelukis Komik Komik kat Facebook







Sunday, March 7, 2021

Petua Mendapat Rezeki Yang Tak Halal

Ada masanya sesuatu yang halal itu cukup jelas. Ada masanya yang haram itu juga cukup-cukup jelas. Tapi ada ketikanya haram dan halal itu cukup mengelirukan. Tamat mukadimah.


Ada satu hari ni aku terbaca post sorang makhluk tuhan ni sedang berdoa di media sosial. Ya, manusia-manusia zaman akan datang yang sedang membaca post ini pada masa depan semua, berdoa di media sosial ialah sesuatu kaedah berdoa yang sering dilakukan oleh manusia pada era kemodenan ini. 


Dia berdoa agar tuhan akan memberi rezeki kepadanya dengan melimpah ruah. Sekarang ni perniagaan sampingannya cukup mendapat sambutan. Berdoa untuk sesuatu yang baik adalah bagus. Berniaga juga ialah sesuatu yang bagus dan amat digalakkan dari sudut Islam. Dia boleh menambah pendapatan dan membantu ekonomi keluarganya. Then came part yang tak bagusnya itu pulak. 


DIA BUAT URUSAN PERNIAGAANYA SEWAKTU WAKTU KERJA...!!


Dia masuk kerja, dalam sejam macam tu dia keluar, beli barang itu ini. Dalam kurang sejam nak thumbprint rehat, dia muncul balik. Sekitar sejam lepas rehat, dia keluar balik, hantar barang pelanggan dia. Dalam kurang sejam nak thumbprint balik, dia muncul balik. 


Then ada suara-suara sumbang akan kata "Mungkin masa dia ditempat kerja tu dia habiskan semua tugasan dia dulu then baru dia keluar.."


Maka aku pun ketawa besar. Dalam bahasa berkias, dia seorang yang minimalist dalam buat kerja. Dalam bahasa yang tak berkias, dia ialah manusia pemalas nak mampus yang aku pernah jumpa sepanjang 36 tahun aku hidup kat dunia ni. Nokthah.



Barang hantar repair dan barang return dari kedai (part dia yang dia sendiri patut urus) hujung tahun lepas/awal tahun ni tadi masih lagi ditempat yang sama ia datang dulu. Dan lebih tragis, ia dah melonggok sama dengan sampah. Bawah meja dia punya debu, sampah memang tebal habis ar. Dulu 3 kali, makanan tak habis, dia biarkan sampai keluar ulat lalat. 3 kali yer. Kerja yang sama aku buat kurang 10 minit untuk habiskan, it takes day or week untuk dia. Itupun sebab HQ dah call tanya kenapa tak hantar lagi respond itu ini. Ada masa tu report kerja tu dia hantar dah lepas due. Dan iia berlaku bukan sekali dua. Ada masa kedai (yang dia urus) tanya tentang benda yang dia patut respond tapi apa yang dia buat: main handphone jer.




Part yang paling lawak ialah: apabila dia mempersoalkan tentang gaji. Dia bising tentang boss yang suka bagi kerja berat tapi suka potong gaji, setiap bulan ada je gaji dipotong, elaun itu ini kecik, bonus tahun ni tak ada etc. Wey, dia tak buat kerja tapi bising habis bila masuk part duit. Sedangkan aku yang buat kerja dia, back up itu ini, tak pedulik pun tentang gaji yang kecil tu.




Kita orang Islam. Kita tahu halal tu apa, haram tu apa. Ya, business dia buat tu halal tapi dia makan masa kerja yang dia dah dibayar untuk buat kerja. It so obvious kot. Sama macam mengular masa kerja, guna barang office untuk tujuan peribadi etc. Yap, memang ar kerja kami ni tak banyak, tak berat, tak susah dan masa terluang tu banyak jer. Banyak masa terluang sampai aku boleh melukis, menjahit, buat hobi itu ini lagi. Tapi aku buat tu hanya setelah semua tugasan aku siap or ia tak menganggu kerja aku je. 





Sehinggakan ada masa it seem, business tu ialah kerja utama dia dan kerja ni jadi kerja sampingan dia pulak dah. 




Dan aku malas nak bebel part bagi anak, suami makan duit dari sumber tu etc. Lagipun it not about the amount of money tu yang penting tapi keberkatan darinya ar 





p/s: Kau pasti akan mempersoalkan "Kau benci sangat ke dengan co worker kau ni, Aj?" Jawapanya tidak. Langsung tidak. Aku sangat-sangat-sangat jarang benci orang. Aku tak benci dia or mana-mana rakan sekerja aku yang lain. Aku cuma tak suka perangai mereka tu jer. Hate the problem, not the individual. 

Saturday, December 19, 2020

Kisah Lelaki Yang Ditelan Batu Belah

Dulu waktu kecik apabila emak aku cerita kisah Batu Belah Batu Bertangkup then aku akan mempersoalkan banyak perkara. Antaranya aku tanya kenapa emak dia sanggup mati hanya sebab tak dapat makan ikan tembakul je? Tolak ketepi ar rupa ikan tu but seriously kot. Ikan tu bukannya sangat rare yang sangat susah nak jumpa or kau terpaksa panjat gunung, melalui lautan berapi just nak tangkap sekor ke. Tak kot. Pergi je tepi pantai, bahagian paya-paya tu then bekalan makanan kau tak akan putus sampai tujuh keturunan ar. Garenti.. Hmmmm...


But still, dia sanggup mati dan tinggalkan anak-anak dia yang masih kecil tu keseorangan (berdua sebenarnya) dan membiarkan mereka jadi yatim piatu just like that je. Lagipun anak bongsu dia tu baru berumur berapa tahun je kot. Budak kecik lagi. Otak masih belum mampu berfikir matang. Lain ar kalau umur anak dia dah 27 tahun, masih lagi nak makan telur ikan setelah emak dia banyak kali pesan suruh simpan sebab mak dia nak makan nanti then memang layak ar emak dia nak suicide kat Batu Belah tu. 


Realitinya kalau kita berada in her shoe or hidup pada zaman tu then mungkin kita akan lebih faham situasi sebenarnya kot. Orang zaman tu mana ada pendidikan tinggi, kawen mesti pada usia muda habis, then bila ada anak dua terus suami dia meninggal, dah ar tak ada kerja, tak ada harta, insurance etc. Macam mana pulak persepsi masyarakat terhadap janda muda pada era tu bla-bla-bla.



Sebagai seorang dewasa, makin banyak lagi possibility yang boleh membawa kepada pemulaan insident tu. Dengan mental illness, anxiety pelbagai lagi..





Sekarang ni aku dah faham benar apa yang dia benar-benar rasa waktu tu. KECEWA. Dia dah bagi yang terbaik yang dia boleh bagi pada anak-anak dia. Dia bagi siang-malam untuk anak-anak dia. Korban itu ini untuk mereka. Dia tak mintak apa-apa pun in return except 1 favor ni je. Simpan telur ikan tembakul tu je. But the end, benda kecik tu pun mereka dua beradik ni susah nak buat. Rasa kecewa yang membuak-buak ar. So that it. No more Nabila Razali Peluang Kedua. BUMP..!! Dah kena makan oleh Batu Belah. Anak-anak pun nak menanggis air mata darah pun dah terlambat.






So perasaan kecewa itu jugalah yang aku sedang rasa sekarang ni terhadap makhluk-makhluk kay tempat kerja aku sekarang ni..

Wednesday, December 16, 2020

Kera & Bunga

Ada pepatah lama kata kalau kita bagi bunga pada monyet then ia akan buang. Baginya bunga tu tak ada apa-apa ciri signifikasi. Suatu benda yang dia nampak dan boleh dapat merata-rata dalam persekitarannya. Imagine satu situasi kalau kau bagi monyet yang  sama dengan bunga yang cantik-cantik setiap hari dan setiap kali tu juga dia buang dan buang pemberian kau tu. Sehingga suatu hari, kau berhenti bagi bunga then pada ketika tu ia akan bising sebab ia dah tak terima bunga-bunga tu lagi seperti sebelumnya. Then kau decide untuk cuba bagi bunga sekali lagi. Dan reaksinya: ia buang.

 


Manusia ni ada ciri-ciri yang lebih kurang macam monyet gak. Kalau kau buat kebaikkan pada mereka, mereka tak akan hargai. Bagi mereka, ia nampak biasa, tak ada apa-apa pun, orang lain pun boleh buat benda yang sama gak. Then kau berhenti buat kebaikkan tu, dan mereka akan bising. Mereka akan mempersoalkan. Then kau kembali buat kebaikkan yang sama lagi, then mereka tak hargai. Kemudian kau kata “Pergi mampuslah korang…” so manusia tu semua bertukar jadi monyet tapi tak sepenuhnya berbulu.

 

 

Hampir 3 tahun lepas, aku terima kerja ni. Kalau kau kenal aku then kau akan tahu betapa aku sorang yang sangat workaholic. Waktu minggu-minggu terawal kerja dulu, berat aku susut sampai 8kg. Tak sampai tengahari, baju memang basah dengan peluh. Realitinya skop kerja aku just duduk depan komputer je pun. Key in itu ini jer. Tapi aku memang naturally sejenis tak boleh duduk diam. Lagipun tempat kerja aku ni (warehouse) memang tak sistematik langsung. Dengan kaedah simpanan barang tak kemas, cara kerja oleh staff yang lewah dan menyusahkan etc.

 

As time goes by, aku ubah sikit demi sikit itu ini, sehingga sampai ketika, aku bangga apa yang aku dah buat kat warehouse ni. Bunyi macam ‘Aku sorang je buat semua ni'. Tak. Aku tak pernah dan tak akan claim kata aku buat ni sorang diri tapi as a ketua yang manage satu tempat, ya, itu ialah tugas aku. Aku pengemudi tempat ni. Walaupun ada je sorang lagi yang sama pangkat dengan aku but, aku malas nak komen panjang, pendek kata dia buat kerja secara terangat-sangat minimalist ar.

 

Aku create department, aku buat system penyimpanan barang supaya boleh detect mana barang kat rack mana just search kat komputer je, aku reduce kerja-kerja remeh staff, even aku buatkan post aku yang selama ni just duduk depan komputer jadi turun padang: berpeluh bila panas dan basah bila hujan etc. Aku ingat lagi awal aku kerja dulu: container datang tengahari then tengahari tu jugak ar terus unload. Dengan panas, bawak barang besar-besar, berat-berat then habis terus, listing, terus simpan masuk dalam rack. Kalau esok ada container baru lagi then terus sambung. Punya pengerahan tenaga tahap firaun ar masa tu. Kalau nak dibandingkan sekarang, 90% dah berubah budaya kerja mereka. Sebab aku manusia, aku pun pernah buka container tu sekali so aku tahu it not easy.

 

Then masuk part kebajikan staff. Aku sedaya upaya nak reduce stress, create a happy work place condition etc. Tahun pertama aku buang sorang staff. Dia memang hardcore bad aura untuk the rest of the staff. Dia pernah beberapa kali ugut nak tumbuk aku. Dan sekarang ni dia dah dalam penjara pun sebab terlibat dalam bunuh orang. Second year aku buang sorang staff yang ada bad attendance ni. Setiap minggu ada je MC, cuti itu ini. The rest of the staff stress dengan perangai chip moore dia tu.

 

Itu belum masuk staff-staff yang bermasalah yang aku selalu back up dari HQ sebab diaorang ada potensi. Bila yang tak datang sebab putus cinta, aku back-up. Bila yang tak datang sebab mabuk-tak sedar sampai pagi, aku back up. Sebab aku tahu mereka ni bukan anak menteri yang lahir-lahir je dah ada silver spoon dalam mulut diaorang. Duit tu bukan senang nak dapat tapi senang je hilang. So aku back up.

 

Aku memang tak nak ungkit ar. Kalau aku tak pedulik then memang dah sayonara ar mereka tu. Lagipun mereka bukannya family or kawan aku. Masalah diaorang bukan ada kaitan dengan aku sikitpun. Bila ada masalah duit, aku hulur. Bila nak tolong itu ini, aku tolong mana yang patut. Aku beli itu ini guna duit sendiri untuk diaorang guna. Staff bermasalah, aku try tolong.

 

 

 

 

 

 

Sehinggalah previous event (baca previous post) yang membawa kepada episode aku rasa sudah-sudahlah bagi bunga-bunga tu semua. Aku gave up. Aku dah putus asa. Ia tak berbaloi selepas apa yang aku dah buat dan apa yang aku dapat balasannya. Mereka yang aku tolong tak henti-henti, mereka yang aku bagi kerja, mereka yang aku dah ringankan kerja-kerja berat mereka tu semua akhirnya mereka yang sama jugak buat aku macam ni.

 

 

Aku tak pernah kata aku baik. Aku far from dari istilah baik tu. Mungkin aku patut buat kerja seminimalist macam girl yang sama jawatan aku tu jugak kot. Gaji aku kecik je. Aku tak dibayar untuk dilayan seperti tu sekali.

 

 

 

 

 

Kemudian aku kata “Pergi mampuslah korang…” maka manusia-manusia tu semua bertukar jadi monyet tapi tak sepenuhnya berbulu.

Thursday, December 3, 2020

Tips Untuk Menjadi Ketua (yang dibenci)

Aku berkerja dalam situasi yang tak ada boss memantau depan mata kepala. Boss sekadar bising dalam group Whatapp je selain akan hantar manager sekali sebulan. Disebabkan head quarters kami di Sabah nun serta disebabkan oleh pandemik Covid-19 ni so manager kami just datang 3 kali je tahun ni tadi. Dan tahun ni jugak aku diamanahkan untuk jadi person in charge or in another wordnya: Aku ialah ketua tempat kerja aku ni. 



Tempat kerja aku ni ada 10 orang pekerja je termasuk aku. 2 management (aku dan sorang girl ni) dan selebihnya staff biasa. Sepatutnya kalau ikut logik, nak handle 9 orang tu mudah je cumanya realiti tak seindah fantasi ar. Realitinya menjadi ketua ni sama ar macam jadi cikgu di sebuah tadika.


Ada yang jenis merengek mintak perhatian, kita buat itu salah, kita buat ini salah. Ada kaki komen yang kata aku lebihkan sorang tu, aku tak peduli sorang ni. Ada kaki buat hal tapi marah bila kena hukuman. Ada yang nak main memanjang tapi bila dibagi kerja, tak nak buat bla-bla-bla. Itu perangai budak tadika dan perangai yang sama itulah yang aku perlu handle sebagai orang dewasa terhadap pekerja-pekerja tempat ni hampir setiap hari.


It hard to handle an adult yang physicallynya dewasa tapi berfikir dan bertindak seperti kanak-kanak. 


Part paling buat aku berang ialah apabila ada yang keluarkan statement 'aku tak adil'. What do they expect? Disebabkan aku bagi monyet makan pisang so aku kena bagi, kucing dan harimau pun makan pisang jugak supaya bertindak adil? Adil tu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya? Aku dah kenal pekerja-pekerja ni untuk 2-3 tahun. Aku dah faham pe'el mereka ni. Ada yang tak buat masalah, ada yang ada masalah kedatangan, ada yang buat hal bila triggered, ada yang spoil nak mampus etc. So aku tak boleh beri layanan sama kalau keperluan mereka pun berbeza. 



Disebabkan aku seorang dewasa yang tuhan pinjamkan dengan otak yang sedikit bijak maka aku gunakan kelebihan tu. Dan di sini aku beri tip untuk diri aku dan korang-korang yang bakal or telah jadi ketua.


1. Stay cool. Jangan marah. Kita tak suka orang marah kita so kita jangan marah orang. Walau apa pun yang berlaku, senyum je walaupun dalam hati kau sedang sumpah seranah dan banyak kali fikir nak langgar mereka. Fikir benda-benda macam, aku tak dibayar setimpal untuk semua ni, gaji aku lebih banyak dari korang, pergi mampus etc. Ikut kesesuaian korang ar..


2. It is ok to be hated. Kau tak akan mampu puaskan hati semua orang. The harder you try, makin teruk kesannya pada kau kelak. Kau kena ingat yang mereka bukan family, bukan boyfriend/girlfriend, bukan kawan kaki lepak, etc. Yap, mereka ialah rakan dan dalam masa yang sama mereka juga rakan sekerja sahaja. Tapi paling penting, jangan buat musuh.


3. Kenal kelemahan dan kelebihan diri kau. Contoh macam aku ni physically aku ni seorang lelaki yang lembik. Sedangkan pekerja-pekerja ni pulak body kental dengan otot pelbagai. Tahun pertama dulu ada staff naik minyak dan nak tumbuk aku (beberapa kali). Kalau logik akal, aku memang akan kena makan ar. Then datang kelebihan aku. Aku bijak dan punya muka innocent. Yap, the combination does work.


4. Kenal kelemahan dan kelebihan mereka. Kita kena akui yang mereka manusia. Mereka tak sempurna. Kalau yang sorang staff tu rajin tapi otak kurang bijak sikit so kita kena bagi dia kerja berkaitan fizikal. Kalau kita bagi kerja yang dia sah-sah bukan kelebihan dia, jadi bila dia buat lambat or asyik salah so kau tak boleh salahkan dia. Jadi manipulasi kelebihan dan kekurangan mereka dengan bijak.


5. Kau tak selamanya betul dan mereka tak selamanya salah. Hanya sebab kau ketua tak bermakna kau tahu semuanya. Ada masanya mereka jauh lebih tahu dalam bab-bab tertentu. So apabila kau buat salah, kau kena mengaku. Dan paling penting ingat motto ni "Ada masa kau menang dan ada masa kau belajar"


6. Buat salah ialah suatu yang betul. Kau tak boleh sepanjang masa kata itu salah, ini salah. Itu tak boleh, ini tak boleh. Manusia tak suka diberi pilihan yang tak ada pilihan. Kau tak boleh melindungi pekerja korang 24/7. Jadi ada masa kau kena biarkan mereka buat salah dan belajar dari kesalahan tu supaya mereka tak akan buat lagi pada masa akan datang. Or ada masa mereka tak akan belajar tapi orang lain yang akan belajar dari kesilapan tu.






That it? Banyak lagi sebenarnya. Kau akan belajar dari trial & error.

Saturday, November 14, 2020

Buli

Dalam famili kami, ada satu kisah ni sentiasa diceritakan berulang-ulang kali. Cerita tentang masa abang aku waktu kecik-kecik dulu, dia pernah kena buli di sekolah rendah. Kebetulan kakak aku (atas dia) bersekolah di sekolah yang sama. You know what happen then? Kakak aku buli balik pembuli tu. Since then abang aku tu tak pernah kena buli lagi.



Aku berkerja dalam satu tempat yang punya pekerja bilangan kecil. 10 orang je pekerja termasuk aku. Management ada dua. Aku dan sorang girl ni. Dan tahun ni tadi aku dipilih untuk jadi person in charge a.k.a ketua tempat tu. Then kau tanya "Tak ada boss ke?" Boss dan HQ ada nun di Sabah sana. So in other wordsnya: aku dan girl ni ar yang mengemudi tempat kerja tu.

Tahun lepas aku ada hired 2 orang new worker ni ar. 1st worker ni sangat cepat mesra, cepat belajar benda baru etc. So untuk tempoh 3 bulan percubaan dia terus berjaya. Tapi the second worker ni lain. Dia susah nak blend in with other worker, dia lambat nak faham satu-satu ilmu baru sehingga 3 bulan pertama masih lagi dia tak lulus. So aku forward bawak dia ke the next 3 month then baru aku sedar yang dia ada simpton orang disleksia.

Bila membaca sesuatu then dia tengok betul-betul, even kalau tengok jadual penghantaran barang pun it takes a while for him. Macam orang mata rabun. Most of the time dia akan tanya aku bila dia turn dia hantar even dia berdiri next to jadual tu. Then dia tak dapat nak ingat sesuatu walaupun diulang banyak kali, dibuat banyak kali. Ia macam tak logik apabila aku baru bagitahu sesuatu ni then few minutes after that dia tak dapat ingat. 


Mungkin sewaktu di sekolah dulu, cikgu-cikgu dia tak perasan pun permasalahan ni. Dia tak diletak dalam kelompok mereka yang perlukan pendidikan khas. Lalu dia diberi pembelajaran seperti pelajar normal yang lain. Of coz laa dia tak akan dapat tangkap ilmu yang diajar. Next dia akan diletakkan ke kelas budak bermasalah, dia akan berkawan dengan budak bermasalah, and tak ada apa yang selesai kat sana.


Cuma masalah yang berlaku ialah pekerja-pekerja lain tak faham mental state dia. Disebabkan dia banyak kali buat salah, buat kerja lambat, buat kerja tak betul so dia selalu dilabel bodoh, bebal, lembab etc. Dia tak melawan sebab dia tahu itu kelemahan dia. But bagi pekerja-pekerja lain, mereka beranggapan ia sekadar jenaka. They make fun of it.

Even bagi mereka, itu bukan buli pun. Sebab mereka tak pernah bagi serangan berbentuk fizikal kepada dia. Even mereka tak benci pun dia. Kalau dia tak turun kerja sehari, then sorang-sorang akan tanya aku dia ke mana. Yap, everybody love him. Itu kebenarannya. Dan bila bersama ada masa mereka main game phone sama, belanja dia makan, bergurau itu ini dengan dia. 


Mula-mula tu memang ar macam tak ada apa-apa tapi lama kelamaan ia jadi makin teruk. Mereka layan dia macam dia ni tak ada perasaan. Macam dia ni just anak patung yang kau boleh tenyeh sesuka hati kau dan ia tak akan bagi reaksi. Kalau hari-hari dia dipanggil bodoh, mereka yang lain tu fikir ia tak akan bagi apa-apa kesan ke kepada dia?

And even disebalik kelemahan dia tu, dia seorang yang sangat rajin bekerja, dia sentiasa ada peningkatan walaupun lambat, dia boleh jumpa benda yang orang lain susah nak cari dan dia cukup kreatif. Cara otak dia berfikir tu lain dari cara orang lain berfikir. But, untuk pekerja-pekerja lain, mereka tak nampak. 

Aku pernah tanya dia personally, dia ok ke bila yang lain buat macam tu kat dia? Jawapannya dia kata dia buat-buat tak ada apa-apa je pun. Sedangkan realiti apa yang dia rasa, hanya dia dan tuhan je yang tahu.


Tipu ar kata dia totally imun. Aku yang hampir 36 tahun hidup ni yang aku rasa aku dah mentally strong pun bila ada masa emosi goyah menyerang, segala benda-benda negatif yang selama ni tak bagi impak pun akan bagi kesan teruk kepada kita. Lagikan ar pulak dia yang baru umur 22 tahun. Aku sewaktu umur tu totally fragile kot.


Hari-hari dia kena serang beramai-ramai kata dia bodoh. Lama-lama dia akan percaya yang dia bodoh, dia tak pandai buat apa-apa dengan betul, semua yang dia buat salah, dia rasa diri dia tak berguna, keyakinan diri dia hilang etc. Paling teruk kalau dah sampai tahap depression. Benda nama depression is real, dude. Ia bukan benda boleh buat main-main.

Aku pernah melalui jalan depressi tu and it is SUCKS..!! Aku pertengahan tahun ni tadi kena panic attack pun dan dah muncul suicide thought, so struggle habis aku nak lalui hari tu. Simpang malaikat 44 ar, aku tak nak lalui semua tu lagi. So ku tak nak sesiapa lalui perkara yang sama. 


Even nowaday apabila tengah chat-chat ngan kekawan then ttiba keluar statement dari mereka kata diri rasa useless, aku terus triggered. 





Tak ada sesiapa yang layak untuk diberi sesuatu gelaran hanya sebab fizikal or mental or atas apa-apa alasan sekalipun. Kalau kau tak dapat bayangkan ia berlaku kepada diri kau sendiri then at least fikir kalau adik beradik, anak, sepupu, saudara rapat etc kau kena serang secara beramai-ramai dan dia tak mampu nak pertahankan diri dia, will you do something about it? Atau kau just biarkan je dia dengan alasan, semua tu akan menjadikan dia seorang yang mentally strong pada masa hadapan. Bullshit laa..








Aku tak nak budaya tak sihat ni dibiarkan berterusan di tempat kerja yang aku nak kerja lama di sini. Jadi aku panggil semua pekerja dan bagi small talk. Aku tak serang sesiapa tapi just nak bagi kesedaran secara umum untuk memberhentikan apa yang boleh kita hentikan. The next day, situation seem krik.. krik sikit. An awkward moments berlaku. Certain worker seem tak layan or tak tahu cara nak work the new norm with dia. Mungkin mereka ada fikir yang dia mengadu kat aku ke? Honestly tak. Dia tak pernah share apa-apa pun kat aku. 

Dia pulak seem dipulaukan. Dia nampak sunyi. Dia mungkin sedang marahkan aku sebab turn thing upside down. Aku percaya yang perkara ni tak akan lama ar. Aku buat ni untuk masa depan dia dan mereka-mereka yang senasib dengan dia jugak. Aku nak semua manusia dilayan seperti manusia selayaknya. 


Kakak aku boleh confront orang yang buli adik dia masa dia kecik dulu so kenapa aku tak boleh buat benda yang sama apabila aku dah dewasa ni?










Bayangkan situasi ni berlaku. Satu hari kau dengar berita sorang kenalan yang cukup dikenali sebagai seorang yang ceria, happy, senyum sepanjang masa end up his/her life dengan bunuh diri. Yang mana lebih membuatkan kau rasa bersalah? Adakah ketika kau sedar yang kau ialah salah satu punca dia bunuh diri or ketika kau sedar kau ialah salah seorang yang memilih untuk tak buat apa-apa ketika dia masih hidup dulu? 

Tuesday, November 3, 2020

Aku Seorang Sugar Daddy

Beberapa hari lepas aku ada 'match' dengan sorang ni kat dating app (yap, aku masih belum serik-serik lagi). Dia baru usia 21 tahun. Aku memang tak layan orang muda-muda ni. Sebab otak tak sealiran ar. But still aku layankan je ar. Intan Ladyana boleh. Rozita Che Wan boleh so why not aku mencuba nasib.

Kami borak. Dia seorang yang manja. Sikit-sikit merajuk manja so aku pujuk dan dia suka. Sehinggalah satu part tu dia tetiba tanya "Awak nak jadi sugar daddy saya tak.." Aku fikir dia just berjenaka tapi dia benar-benar maksudkannya. Dia kata dia tak mintak banyak. Cukup ar beberapa ratus dalam sebulan je atau kalau dia perlukan duit. Dia even bagi nombor akaun bank dia lagi. 


What..? A sugar daddy? Dia fikir aku ni jutawan Malaysia ke haa? Aku kerja gaji hujung bulan pun terpaksa sekat makan. Tahun ni je rasanya dah separuh tahun aku makan basic gaji je. Macam mana dia terfikir nak suruh aku mensugar-babykan dia ni?



Yap, aku umur 35 tahun but still aku tak sedesperate dia. Lagipun apa yang menjadikan dia rasa dia layak untuk jadi sugar baby ni? Apa yang dia nak tawarkan sebenarnya? Pengalaman kasih sayang tahap VVIP? Seks? Atau apa? Mana dia terfikir nak jadi sugar baby ni pelbagai? Hairan aku..




Then dia pun panggil ar aku ni daddy.. Dan aku pun jawab "Ye, anakku..!!"


Friday, October 23, 2020

BTS Lelaki Yang Hidup 21 Hari

Ketika korang sedang baca post ni, novel kedua (ketiga technically) dah berada di pasaran. Dapatkannya di Popular Bookstore, MPH 7-Eleven & di kedai-kedai buku yang berdekatan. Done promote.


Novel ni siap ditulis pada tahun 2014. Ia ditulis untuk satu major publication indie local ni yang mula-mulanya dah setuju untuk publish novel ni tapi atas sebab-sebab tertentu ia terpaksa tolak ar. Penolakkan tu berlaku selang seminggu or dua minggu second novel aku kena tolak oleh other major indie publication ni. Lebih menjadikan ia malang tak berbau ialah penolakkan tu berlaku ketika aku sedang melalui 2nd episode of depression yang datang bersama thought of suicide. Memang tak membantu ar..


Second novel tu (yang ni is the third) ialah kiranya masterpiece aku ar. Aku tulis sehingga aku sendiri naik fobia dengan idea yang aku bawa dalam penulisan aku tu. Indie publisher tu bagi 2 pilihan: 1st aku boleh tarik balik & simpan novel tu or 2nd dia akan upload kat wattpad company mereka bersama 4 novel baru yang lain. 2 yang punya view tertinggi akan dijadikan novel fizikal. Aku pilih 2nd option sebab kondisi mental illness aku buat aku gave up on everything. So just google je nama pena aku then akan keluar novel tu kat carian.


Novel ketiga ni pulak akhirnya just berkumpul bersama habuk maya kat storan computer aku je laa. Aku totally gave up menulis. Aku gave up melukis, ambik gambar, editing graphic dan segala hobi-hobi lain ar. Trust me, kalau kau tak ada mental illness, you will have no idea what 'gave up' really mean laa. It SUCKS..!!



As time goes by, aku start melukis dan buat hobi lain sikit demi sikit ar. Menulis pun mostly kat blog ni je ar. Itupun sendu. Setahun sekali pun macam nokharom je. Hahaha. Tapi aku memang tak ada plan nak menulis cerpen, puisi or novel ke. Tu memang the end betul ar.


Sehinggalah pada tahun lepas, entah kenapa, ada sorang budak yang aku hired untuk company aku berkerja sekarang ni suddenly bagi aku a spark of inspiration laa. Kalau kau terlibat dengan dunia art, makhluk bernama inspirasi ni cukup susah ar nak datang sendiri. Kalau tak ada inspirasi yang cukup kuat, kau plan nak melukis, it will take hours, days, months but still kertas lukisan kau tu kosong je tanpa contengan itu ini. Sama ak ar kalau kau nak buat art stuff lain.


Tapi budak ni lain. Budak ni bagi aku sungai inspirasi tanpa henti ar. Antaranya ialah untuk republish my third novel ni with a twist of novel bergambar. So aku buat proposal, hantar ke sebanyak mana local publication company. Ada beberapa yang reply tapi not interested laa cumanya company yang paling aku tak jangka dan aku tak letak pengharapan langsung suddenly tunjuk minat iaitu Kadogawa Gempakstarz.


Gempakstarz ni ialah sebuah publication mainstream yang target marketnya untuk pembaca yang mainstream gak ar. Sedangkan novel aku tu pulak aku memang tulis untuk indie market masa tu. Ia ada unsur 18SX, 18SG, politik pelbagai dan aku sampaikan dalam persembahan yang ringan dan penuh sarcasm. 




So first step aku buat ialah aku edit dan buang part yang obviously tak akan lepas kat pasaran mainstream supaya bahan bacaan ni kelak bakal menjadi bahan bacaan mesra keluarga ar. Bayangkan kau nak edit filem Borat supaya boleh kena tonton satu family. Memang haram susah ar. Sedangkan dalam novel aku ni ada jiran seorang mak nyah, penagih dadah, anak-anak pelacur, abangnya seorang gay etc. Kalau aku buang semua unsur tu then 3/4 dari novel tu aku perlu buang. Hmmm...


Part melukis pulak, kalau kau kenal aku or follow aku kat instagram then kau akan tahu yang minat aku lebih kepada melukis human portrait aka aku lebih gemar melukis muka manusia jer. Dan aku tak ada keyakinan nak melukis sesuatu yang aku tak nampak depan mata aku sendiri. So aku upah budak yang aku hired kerja tu untuk jadi model berbayar. Dia OK jer (walaupun aku yakin dia ada syak wasangka gak ar dengan tujuan aku tu). So kalau kau tengok dalam novel ni, aku banyak buat percubaan demi percubaan baru ar. Btw aku lukis semua tu guna smartphone Samsung Galaxy Note 3 second hand aku je.


Then 18 March berlaku.


Novel ni sepatutnya keluar bulan June lepas tapi kerana Corona banyak tergendala ar. Cumanya peraturan tuhan tu memang tak pernah salah alamat ar. As Islam kata : Rezeki tu tak datang lambat sesaat or cepat sesaat or kurang sesen or lebih sesen. Bayaran novel ni walaupun tak sebesar royalti yang J.K Rowling dapat untuk series Harry Potter tapi it still the biggest payment yang aku pernah dapat berbanding 2 novel aku yang terawal tu ar. Dan lebih menaikkan semangat aku apabila lukisan-lukisan aku yang cukup amature tu juga dibayar dengan  awesomely handsome ar. So aku tambah lagi  ar upah kat encik model aku tu.




Then then book finish printed dan start ada dipasaran dan jualan online dalam awal bulan Oktober ni tadi. Aku pun dah dapat copy untuk writer dalam 13 Oktober lepas. Jujurnya kepuasan hati aku just around 65% je ar. Most of the lukisan memang on point. Ada satu dua yang lari sikit. Kualitinya memang tip-top ar. So mana datangnya kekecewaan 35% tu? Part editing ar. Yap, untuk menyesuaikan dengan gaya publication ni, editor perlu edit buang-atur itu ini ar. Even masa awal-awal aku tahu yang publication mainstream ni nak terima proposal aku dulu lagi aku dah tahu event ni akan berlaku. So apabila aku baca hasil akhir ni, feelnya tak macam baca buku yang aku tulis sendiri ar. Part tu sedikit sedih ar.





Btw aku sangat happy dengan keluarnya. Terima kasih yang bagi support. Sangat terharu. Terima kasih jugak pada kawan-kawan dan kenalan-kenalan dari support group yang sanggup keluarkan duit beli kat online etc. Yang belum beli then sila beli ya. Hopefully, semuanya tak akan hanya tamat di sini. Harap ia akan jadi permulaan untuk aku terus berkarya. Terima kasih semua...

Tuesday, March 24, 2020

Manusia & Covid-19

Ketika dunia dan ketamadunan manusia semakin berada pada tahap kritikal, kau akan sedar wujud beberapa kelompok manusia yang tiba-tiba muncul. Berikut ialah jenis-jenis manusia yang aku perhatikan wujud semasa Covid-19 ni.



1. Manusia kebal (& bebal) penyakit
Golongan ni sejenis yang rasa mereka ialah kanak-kanak terpilih yang tak mungkin akan terkena oleh penyakit ni. Sebabnya dia rasa dia selalu bernasib baik dalam kehidupan, Dia tak pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya, rumah dia tak pernah kena pecah masuk, akaun bank dia tak pernah kena godam bla-bla-bla. And even everthing tentang benda nama Covid-19 ni seem too fictional to be true. Ia hanya akan berlaku kepada orang lain dalam TV or internet jer. So dia tak perlu ambil apa-apa langkah keselamatan untuk hindari apa-apa. Dia keluar ke mana sahaja (termasuk luar negara) dia nak tanpa perlu ambil apa-apa langkah keselamatan. Selain fizikal dia kalis dengan penyakit, otak dia juga imun dengan nasihat orang.


2. Manusia yang sentiasa betul.
Golongan ni pulak sejenis keyboard warrior yang bukan sahaja bising online malah juga di offline gak. Dia akan salahkan semua orang selagi mampu. Katanya: Ini salah orang kat China sebab diaorang makan apa sahaja benda yang selagi boleh bergerak, ini salah kerajaan terdahulu sebab tak nak buat tindakan awal-awal, ini salah group tabligh sebab dah tahu sakit tapi masih lagi nak berkumpul ramai-ramai, ini salah Sajad sebab pakai telekung masa pergi umrah, ini salah itu, itu salah ini dan selagi dia boleh salahkan seseorang maka dia akan rasa cukup lega. Sebabnya? Yap, dia sentiasa betul.


3. Manusia yang penuh dengan teori.
Golongan ni pulak sejenis kaki pemikir yang suka buat kajian mostly just google secara random, baca fakta dari twitter or dapat maklumat dari group whatapp. Menurut kajian ilmiah mereka: Covid-19 ni sebenarnya virus yang dihasilkan oleh Amerika disebabkan oleh perang ekonomi dengan China or ia dihasilkan oleh makmal di Israel je satu-satunya negara dalam dunia tak kena serang penyakit ni dan mereka ada vaksin anti Covid-19 ni dan akan jual pada harga mahal pada dunia kelak or ini semua dakyah Freemason dalam proses nak mengawal dunia or teori paling domestik: ini ialah usaha DAP nak pecah belahkan umat Islam kat Malaysia bla-bla bla.


4. Manusia penunggang agama
Golongan ni sejenis yang guna agama sebagai senjata untuk menghalalkan cara. Dia kata takut virus ke takut tuhan? or siapa yang ada kuasa untuk mematikan? Adakah ia virus atau tuhan? Kita tak perlu takut untuk sembahyang Jumaat atau sembahyang jemaah kat masjid sebab kalau dah ditakdirkan kita tak akan mati maka kita tak akan mati juga. Apabila ada mufti atau agamawan besar-besar keluar fatwa berdasarkan dalil zaman nabi dan para sahabat then dia sentiasa ada hujah untuk bidas dan bidas. Maka dengan rasa yakin dia bertawakal kepada tuhan seperti lembu yang tak diikat dengan harapan dia tak akan sesat maka tersebarkan covid-19 dengan jayanya di negara ni. Then dia bidas lagi Covid 19 ni bukan dari tabligh tapi dari China. Tabligh ni mangsa je untuk menutup mulut masyarakat dunia.


5. Manusia positively oportunis
Sewaktu kes Covid 19 kat China masih suam-suam kuku dulu, dia start borong face mask, hand sanitizer banyak-banyak so apabila ia dah merebak teruk so dia jual dengan harga tinggi. Still orang akan beli sebab tak ada orang yang nak mati muda. Kata mereka: diaorang tak buat apa-apa benda salah pun. Dia tak mencuri, bunuh orang etc. Apabila harga tiket kapal terbang ke luar negara murah then mereka antara yang terawal ambil kesempatan. Bukan selalu dapat ke Korea, London etc dengan harga tiket murah. Dia sangat positif yang keadaan amatlah terkawal. Bak kata dia: Kerajaan mesti akan sekat rakyat untuk melancong ke luar kalau kat luar nergara tu teruk. Belum sepat balik dia pon dah positif Covid 19. Tahniah


6. Manusia panik
Berita palsu tersebar dengan cepat dan luas. Kaki panik dengan mudahnya akan bertambah panik. Depan mata aku sendiri nampak after Muhyiddin umum 2 hari before 18th tempohari orang kita dah pun bertukar jadi pak cik mementingkan diri as dalam Train To Busan tu. Dia sorang je dah bawa 2 trolly makanan menggunung. Bekalan makanan tu rasanya cukup untuk berbulan-bulan kot. Bersangka baik je ar mungkin keluarga dia besar or dia nak sedekahkan kepada mereka-mereka yang daif ke. Then paling tak best part mereka ni berhimpit-himpit berebut barang dengan orang lain. Tanpa sedar dia mungkin dah terkena dan jadi agen penyebar virus covid tu.


7. Manusia racist
Part ni aku paling tak boleh tahan. Apabila orang kat China mati sebab Covid-19 then kau kata padan muka, balasan tuhan sebab buat itu ini. Then apabila kat Malaysia yang mati mostly geng tabligh then kau kata mereka syahid akan masuk syurga. Apabila orang bangsa lain suruh sesiapa yang pergi tabligh tu sila dapatkan check up kat hospital, then kau terus jadi hulk marah-marah diaorang balik. Realitinya diaorang cakap atas dasar kemanusiaan tapi yang kau lihat hanya bangsa dan agama. Apabila yang Melayu kena positif then kau upload post suruh doakan, kata ini semua ujian. Tapi bila bangsa lain kat negara lain kena then kau kata itu semua balasan tuhan. Hmmm...










Sebenarnya banyak je jenis manusia yang wujud masa-masa macam ni? Aku pulak jenis yang macam mana? Aku jenis tak kisah pun nak mati cuma aku tak nak menjadi penyebab kematian or kesengsaraan orang lain. Stay safe ya semua

Saturday, March 21, 2020

Awat? Laki Hang Bodoh Piang Sangat Ka Part Shopping Ni?

Dua hari ni aku terbaca beberapa post berbaur meme/satire/jenaka tentang para-para lelaki yang mostly berstatus suami orang yang berjuang sehabis daya untuk shopping barang dapur buat keluarga. Siap ada yang buat video call ngan wife kat rumah tanya betul ke sayur yang mereka perlu beli then tak kurang yang kena marah oleh wife etc.


Yap, it does sound funny at first but apabila banyak post-post yang hampir sama keluar then ia bertukar feel. Membuatkan aku terfikir beberapa perkara. Lelaki yang berstatus suami ni memang useless habis ke? Selama ni yang beli barang dapur tu kerja wife dia je ke? Ke masa dia ikut shopping then kerja dia just tolak trolly sambil main phone dan bayar bila sampai kaunter? Like seriously?

Dan sepanjang dia hidup dari kecik sampai kahwin, dia dan seluruh adik beradik lelaki dia just dilayan seperti raja dalam rumah dengan kau tak pernah pergi dapur tengok mak kau masak sebab sedar-sedar je semua makanan dah terhidang dan kau ready nak masuk dalam mulut je. So sampai ke tua kau tak tahu yang mana bawang merah, yang mana kobis, tepung gandum etc? So bila dah kahwin then isteri suruh beli ayam seekor then kau dengan bodohnya tak tahu mana ayam lalu kau beli kambing?



Then hari ni ada minister yang hadkan hanya ketua keluarga je boleh keluar beli barang dapur untuk mengehadkan pergerakkan bagi menghentikan penyebaran covid-19.



So para suami ni makin gelabah. Ada yang dah prepare nak hafal yang mana satu halia, yang mana satu lengkuas, yang mana satu bayam, yang mana satu kang kong etc.




Like seriously?





Then membuatkan aku mempersoalkan IQ para suami bergelar lelaki ni ialah apabila kau shopping barang dapur kat dalam mall kot. Semuanya dah ada label. Sekalipun kau buta warna untuk bezakan antara bawang putih dan bawang merah then memang dah tertulis dengan jelas. Kalau kau buta huruf or lupa bawak cermin mata sekalipun but still kau boleh tanya pekerja. Tak logik kot untuk kau buat video call hanya sebab kau tak tahu beza antara bawang merah dan kau fikir ia labu.


Lain ar kalau wife kau suruh pergi pasar basah then suruh beli rempah ratus yang perlu dicampur berasingan ke or sayur hutan yang orang jarang pernah jumpa ke or paling basic kena pilih ikan ke? It takes a skill sikit ar kot.






Untuk untuk bakal isteri, isteri-isteri, ibu-ibu tolong ajar anak lelaki korang beli barang dapur since dari mereka kecik lagi. Jangan letakkan mindset yang lelaki tak perlu ke dapur, tak perlu buat kerja rumah, tak perlu itu ini sebab ia kerja perempuan. Ajar anak lelaki korang untuk jadi bakal suami yang terbaik. That it sebelum aku mengarut lebih panjang. Hmmm





p/s: tambahan. Aku cakap tentang barang dapur jer. Bukan isteri suruh suami beli tuala wanita, bahan buat kuih-muih etc

Friday, March 20, 2020

Aku & Covid 19

Yap, dah masuk bulan 3 untuk tahun 2020 aku baru je update blog yang dah tenggelam bersama titanic ni. Thanks to tempoh pengehad pergerakkan dan pada hari ke 3 aku dah tak tahu nak buat apa lagi so aku try untuk kembali updating post kat blog. So here are the story:

Covid 19 dah sekitar lebih 3 bulan menyerang dunia. Rasanya sekarang 20 000 manusia seluruh dunia dah positively infected with this Corina thing. Untuk tempoh 3 bulan yang lepas aku ada kena 2 kali panic attack. First masa area manager aku bagitahu yang company tempat aku kerja ni boleh bertahan dalam 3-4 bulan lagi. Dia bagitahu that news sekitar hampir 2 bulan yang lepas. Aku kerja dalam bidang penyimpanan stok barang dan barang kami straight dari China. Alaa.. kedai barang murah-murah dari China tu (tapi tak nak bagitahu nama company).

So dalam warehouse sekarang memang 50% kosong. Container China kena block so tak ada in-stock. Yang ada cuma barang keluar je untuk hantar ke outlet.

Jadi waktu tu aku rasa takut, sedih, marah .... keliru. Aku tak tahu apa yang aku rasa. Untuk tempoh 1 minggu tu jugak ar aku memang hilang. Aku setiap hari turun dan buat kerja tapi otak aku tak ada di situ. Memang hilang ar.

Bagi aku kerja ni kerja yang paling stress free ar. Walaupun ia adalah kerja dengan gaji yang paling kecil aku pernah dapat since tamat belajar dulu dengan boss kedekut dan suka potong gaji sesukahati mak bapak dia jer or aku beberapa kali plan nak langgar beberapa orang pekerja under aku guna kereta or jumpa bomoh dan nak hantar santau kat diaorang semua but still ia adalah kerja yang paling kurang stress berbanding kerja-kerja lain yang aku pernah buat sebelum ni. 

Tapi as time goes by aku dah boleh accept that situation.



 2nd panic attack berlaku semasa aku nak sembahyang Jumaat tak lama kecoh kes geng tabligh masjid Petaling tu berlaku. Mata aku memang meliar tengok orang dalam masjid bersalam, berjenaka macam tak ada apa-apa berlaku. Then masa khutbah, Imam ulang benda yang sama menggesa agar mereka yang pergi tabligh tu segera pergi hospital dan khutbah tu cukup pendek dan tamat macam tu je. Aku jadi resah gelisah, dada berdebar kencang, tanggan menggeletar dan aku hampir menanggis. That kind of panic memang tak dapat digambarkan ar.



So sekarang tempoh kuarantin.





Aku boring. Bilik aku dah kemas, seluar aku dah alter, projek alter tshirt aku dah habiskan, beberapa movie aku dah layan, kantung air mani aku dah kekeringan (damn), dan ini baru hari ke tiga. Aku tak tahu apa yang aku boleh or bakal buat untuk hari-hari yang mendatang ni..






Kehadapan rakyat Malaysia, kerajaan suruh kuarantin then tolong ikut ar. Kalau kau tak kisah nak mati at least fikir orang lain yang ada keluarga yang mereka sayang yang mereka tak nak orang tu merana. Or paling tak simpati pada orang-orang macam aku yang jenis gelisah duduk rumah tanpa buat apa-apa ni. Hmmm

Friday, June 21, 2019

Akulah Orang Ketiga Itu

Kalau kau tak kenal sangat aku then kau akan kata aku seorang yang baik tapi kalau kau kenal betul-betul aku then kau tahu yang aku ialah antara bakal ahli neraka tapi dalam tak baiknya aku tu ada beberapa peraturan yang aku sangat-sangat titik beratkan. 1st aku tak akan buang sampah merata-rata and 2nd aku tak akan curang kalau berpasangan.

Tapi hari ni tadi aku dapat tahu yang aku ialah orang ketiga dalam satu relationship tu or in other wordnya aku in relationship with a person that already married. Aku tak tahu kenapa aku tak pernah terfikir untuk mintak untuk add social media dia dan hari ni tadi aku guna bakat stalker aku dan berdasarkan maklumat yang cukup sikit yang ada pada aku then aku jumpa Facebook page dia. Yeah, then aku jumpa satu account yang ada gambar dia dan seseorang yang sedang berkahwin. Aku tengok tarikh, wow dia baru kahwin setahun lebih je baru (tapi mereka dah in relationship agak lama gak ar)

So aku whatapps dia supaya dia jujur dan bagitahu semuanya. Dia mengaku yang dia dah kahwin tapi pasangannya tu kerja jauh dan dia kesunyian. Yap, aku ialah bahan menghilangkan kesunyian dia je. Dan lebih teruk dia salahkan aku gak. Tapi sampai malam ni tadi dia mesej tanpa henti, nak mintak aku bagi dia peluang kedua, luahkan perasaan dia, hantar video etc. Duh, aku bukan Bella Astillah yang akan bagi peluang banyak kali kepada Alif Aziz walau sah-sah dia dah banyak kali curang. 





Curang ialah satu benda yang sangat-sangat besar pada aku. Kalau kau benar-benar kenal aku then pada tahun 2008 ada satu incident yang membuatkan aku yang berumur 23 tahun waktu tu menanggis teresak-esak macam budak kecik di hadapan orang lain sebab ada 1 episode kecurangan berlaku yang hampir memecahbelahkan keluarga aku. Aku tak nak keluarkan aib sesiapa dan aku dah maafkan orang tu but still apa yang dia buat masih berkesan dalam diri aku sampai bila-bila. It is one of the darkest moment in whole life laaa..






Aku seorang lelaki yang punya ego cukup tinggi untuk bagi perasaan aku kepada sesiapa. Dan aku mencemar duli dengan bagi perasaan aku pada dia. Dan dia buat aku macam ni...















Kalau kau horny sebab pasangan kau jauh then aku faham. Aku boleh bagi kepuasan tu kalau itu yang kau nak. Tapi kau nak aku hidup dalam hati kau sedangkan hati aku pun ada dia sekali. Sekalipun kau sanggup bercerai dengan dia disebabkan aku but still aku tak akan dapat terima kau. 









Aku tak nak jadi orang ketiga


Sunday, March 24, 2019

Umrah. Part 03


Subuh pagi ke 6 dan ke 7 sangat sejuk. Dengan angin kuat, memang mengeletar satu badan ar. 18 darjah celcius. Ia adalah bacaan paling rendah kat Mekah sepanjang kami ada masa tu. Sejak balik dari Taif tempohari tu memang dah rasa kureng sikit badan tapi masih okey lagi. Hari ke 7 aku dah completely demam. Perjalanan ke Madinah memang tidur je memanjang. 


Sampai bilik hotel, tidur lagi dan lagi. Solat tak terjaga. Mostly qada solat bila terjaga tengah malam. Itupun dalam keadaan demam-demam. Madinah yang suhunya jauh lebih sejuk memang tak membantu demam aku ar. Ziarah dalam masjid Nabi aku pakai baju 5 lapis pun masih lagi terasa sejuk. Waktu ziarah Luar memang menggeletar 1 badan. Balik bilik tidur lagi dan lagi. Sepanjang aku di Madinah aku hanya sempat solat berjemaah 2 kali je di masjid Nabi. Memang sadis ar. Tapi bila fikir-fikir balik, ia lebih baik sebab aku datang Mekah dulu. Imagine kalau aku flight turun ke Madinah dulu dan bila sampai Mekah baru demam. Punya ar rugi sebab tak dapat nak buat ibadah banyak-banyak.



Sehari sebelum nak balik baru ar demam aku kebas. Baru ar dapat meneroka kawasan sekitar Madinah. Jauh gak ar aku menjelajah. Bagi aku madinah agak mengelirukan berbanding Mekah. Walaupun Madinah lebih tersusun dan kemas tapi ia agak mengelirukan. Semua bangunan nampak macam sama je. Reka bentuk sama. Ketinggian sama. Laluannya pun macam lebih kurang je. But still ia tak menghalang aku untuk jalan sejauh-jauhnya.


Hari terakhir. Tak banyak aktiviti yang dibuat. Lapangan terbang Madinah jauh lebih modern dan cantik berbanding kat Jeddah. FYI timbangan beg aku masa pergi 11KG dan bila balik 18KG. Sikit je naiknya. Sedangkan had berat 30KG. Flight balik tak sampai 8 jam. Sampai Malaysia jam 6 pagi lebih. Salam-salam dengan ahli jemaah lain dan berpisah. Tapi aku dan Faaiz masih satu haluan. Kami masing-masing nak ke KLIA 2. Then sampai sana baru ar semuanya tamat.



So apa yang korang kena try kat sana?
1. Kau kena explore setiap tingkat, setiap pintu, setiap space kat dalam masjidil haram. Memula memang akan sesat sikit tapi lama-lama kau akan semua boleh keluar. Itu keluar sini, masuk itu keluar balik sini bla-bla-bla. Kau akan tahu mana jalan nak pergi library, nak naik tingkat atas sekali, kat mana tempat jemaah yang meninggal, laluan skuter kat mana, escalator tu pergi mana, pintu tu masuk mana, tempat solat mana yang ada ramai orang asia, nak ambik sembahyang kalau batal wudhu kat mana, apa berlaku pada hari-hari tertentu kat tempat tertentu bla bla bla.

2. Kau kena try makanan Arab. Walaupun hotel dah sediakan juadah 3 kali sehari dan kau tak perlu nak keluarkan sesen pun tapi still ia adalah satu kerugian kalau kau tak try makanan orang lain masa kat luar negara. Hari pertama aku dan Faaiz try makan ‘Fast Food’ Arab dalam kedai sebelah tower jam tu. Sebelum tu kami tengok-tengok Mc D, Burger King, KFC Arab kot-kot ada special dishes ke. Then kami try fast food local. Hiasan kedai 0 markah. Layanan 0 markah. Rasa kira bagi 2 markah je out of 10. Korang kena try air tebu campur lemon. Sedap. Ais krim jalanan yang digembar gemburkan tu biasa-biasa je ar. Try ais krim bungkus ka Bin Dawood. Itu power. Dan kena makan nasi mandi/nasi Arab. Aku kat sana try 4 kali kat 4 tempat berbeza. Kena makan dengan cili hijau baru betul-betul power. Dan tak lupa pada laban..

3. Kalau korang duduk sembahyang, jangan lupa bagi salam pada orang kiri kanan. Kau tak tahu siapa yang kau akan jumpa dan cerita apa yang kau akan dapat. Yang pasti kau akan jumpa ramai kenalan dari seluruh dunia. Orang yang aku jumpa ada dari Malaysia, Indonesia, Mesir, dan Iran. Kalau dari Malaysia dan Indonesia boleh share banyak perkara best. Tentang pakej dan bayaran yang berbeza, pengalaman mereka etc. Yang dari Mesir tu muda dan boleh cakap English so jauh gak cakap kami. Dan yang dari Iran tu ramah tapi cakap macam ayam dan itik ar. Ada satu group ni bila aku kata aku dari Malaysia mereka terus bersorak kuat. Ada sorang tu try nak cakap Melayu. Lawak ar. Ada yang bila kita salam mereka senyum je. At least tak terputus hubungan sesama Islam ar kan?




Tahun ni aku terima 2 hadiah hari jadi yang paling best. Dan kedua-duanya aku beli untuk diri aku sendiri. Umrah dan sebijik kamera. By the way, 5 January ialah tarikh hari jadi aku.