Kau ada masalah setiap kali nak memilih hadiah untuk yang tersayang? Kau nak bagi anak patung tapi mostly semua toys yang ada di pasaran sekarang ni terlalu mainstream sedangkan kau nak sesuatu yang totally bertentangan. Kau nak sesuatu yang punya ciri-ciri personal dari kau khas untuk si dia yang tersayang tu. Kalau boleh kau nak tetapkan sendiri apa yang perlu ada pada hadiah tu sehinga ke sekecil-kecil detail. Tahniah kerana anda sedang berada di page yang tepat kerana aku akan cuba untuk menyelesaikan masalah korang tu.
Projek Plushie oleh Aj Abdullah aku ni ada 2 produk utama: Plushie Kosong & The Plushie. The Plushie ni pendek katanya plushie ar. Panjang katanya pulak ialah
1. Kau create design plushie yang kau nak. Kau boleh lukis atas kertas then scan, lukis atas screen smartphone, kau ada gambar plushie yang kau jumpa kat internet or paling tak pun kau bagitahu aku apa yang ada dalam otak kau kat aku.
2. Kita bincang itu ini, apa yang dapat dan tak dapat dibuat dan akhir sekali kita sepakat.
3. Then kau bayar aku.
4. Aku jahit plushie seperti mana yang kau nak and lastly
5. Aku pos kat kau dan kau akan milikki The Plushie yang hanya ada satu-satu di dunia ni.
Q&A
1. Q: Dari sekecil sehingga ke sebesar mana saiz yang aku boleh demand?
Ia terpulang kepada kau. Yap, customer always right kan tapi jangan ar demand yang melampau-lampau sangat. Kau nak plushie saiz sebenar Ant-Man or Groot memang nak kena pelempang ar kan? Contoh macam gambar bawah ni kira kecil yang boleh diterima lagi ar.
2. Q: Macam mana pula dengan standard price for the standard sizenya?
Harga bergantung kepada saiz dan complicated designnya. Tapi aku letakkan perbandingan untuk plushie saiz dibawah dengan harga RM30. Tapi sekali lagi semuanya bergantung pada saiz dan serumit mana design yang kau nak tu.
3. Q: Aku ada satu idea ni tapi aku tak pandai melukis so macam mana eh?
Kau just bagitahu aku apa kriteria or ciri-ciri yang kau nak. Kalau kau jumpa kombinasi gambar-gambar di internet yang boleh mengambarkan apa yang kau nak pun lebih baik. Contoh macam dalam gambar dibawah ni.
4. Q: Kalau plushie aku tu tak berbentuk manusia or binatang boleh tak?
Kenapa tidak. Aku sukakan cabaran. Kalau kau nak buat plushie pizza ke, jam ke etc aku on je. Kalau aku tak dapat buat then awal-awal lagi aku akan bagitahu kau.
5. Q: Anak aku yang umur 3 tahun tu baru pandai melukis dan dia lukis muka aku. Walaupun rupa aku dalam lukisan tu macam lelaki cacat yang dilanggar lori tapi ia sangat sweet. Boleh tak kalau kau realisasikan lukisan tu?
Ya, of coz la boleh sebab sejujurnya ia adalah antara inspirasi awal yang membawa kepada Projek Plushie oleh Aj Abdullah ni dulu.
6. Q: Aku ada simpan baju baby anak aku dulu. Boleh tak kau buat plushie baby ikut saiz baju anak aku tu.
Bak kata Ipin ‘Boleh-boleh-boleh’
7. Q: Aku ada jumpa satu gambar plushie ccantik kat internet ni. Kau boleh tolong buatkan tak?
Kalau boleh aku akan buat tapi kalau tak boleh then kita bincang untuk alter sana sini sampai boleh. Tapi kalau memang tak boleh tu, aku memang akan cakap awal-awal lagi ar.
8. Sample lain?
Kau suka kucing dan ada kucing belang-belang & kau minat character Puss in Boot dalam karya klasik. So kau nak mix semuanya so terhasillah imej di bawah:
So jadilah antara yang terawal untuk dapatkan the plushie korang tu dengan:
e-mail: projeckplushie@yahoo.com
Sms/Whatapps: 014-8865161
Facebook/ FB Messanger: Projek Plushie oleh Aj Abdullah
Instagram: projekplushie
Perhatian
Plushie yang dihasilkan oleh Projek Plushie oleh Aj Abdullah ni ialah produk handmade hampir sepenuhnya a.k.a ianya bukan buatan kilang dari China. Makanya ia sangat fragile, jahitannya takkan selamanya kemas, gamnya ada yang akan mudah tertanggal or in other wordnya ia tak sempurna. Sama macam manusia, tak kesempurnaan itulah yang menjadikan setiap seorang kita special ar kan (ayat poyo). Dan untuk sesesiapa yang dah pernah beli benda handmade then korang tahu yang setiap satu karya tu istimewa sebab ada raasa connection between you and si pembuat. Rahsianya? Ia dihasilkan dengan penuh kasih sayang (aaaa~~.., so poyo punya ayat)