Thursday, September 29, 2011

In the age of 26

Cuba korang (lelaki) bagitahu sorang perempuan dari lapisan umur yang berbeza as gemok so then:
a) Kanak-kanak perempuan selalunya akan terus menanggis balik rumah, mengadu dengan parents, berkurung sambil kembang mata dalam bilik tidor or worst akan salahkan tuhan sebab jadikan fizikal dia besar.
b) Remaja perempuan pula akan buat reaksi muka cam tak ada apa-apa berlaku tapi kemudian berazam untok kuruskan badan ngan tahan lapar, muntah balik lepas makan, makan pill kurus badan, semata-mata sebab tak nak orang panggil dia as gemok.
c) Dewasa perempuan pulak dengan rileks leh kata ‘Sangat rugi para lelaki yang hanya melihat aku dari luaran sedangkan mereka tak sempat kenal siapa aku di dalam’.

So kalau ada seorang perempuan dewasa yang menanggis bila orang panggil dia gemok then dia adalah seorang kanak-kanak yang terperangkap dalam tubuh seorang dewasa. Hmmmm..

Aku sangat bersimpati pada kanak-kanak or remaja yang terlalu nak menjadi dewasa sehingga mereka berpakaian or buat what adult did sehingga mengakibatkan mereka hilang era kanak-kanak or remaja mereka. Ia sama sahaja cam aku bersimpati pada orang dewasa yang dewasa pada luaran tapi bertindak or berfikiran seperti kanak kanak. It seem pertumbuhan fizikal mereka tak seiringan dengan mental mereka aka yap, mereka terperangkap dalam diri seorang dewasa. Hmmm..





Aku bukan seorang lelaki yang gagah perkasa. Aku x ada 6 pack. Perut aku boroi. Aku x ada muscle. Aku ada psoriasis. Aku ada arthritis. Aku tak mampu bawak barang berat-berat. Aku tak mampu nak jadi cam lelaki-lelaki idaman semua wanita as dalam cerita Korea etc.




Then kalau korang kata itu adalah kelemahan aku or korang try sedaya upaya untuk tenangkan hati aku sebab aku kuarkan statement tu then aku kata "WTF yang korang sedang buat ni? Itu bukan kelemahan aku ar tapi ia adalah siapa aku"








Im 26. If you can't accept me as what I am then aku sangat bersimpati pada korang..











As sorang Indian uncle yang ator paip kat rumah sewa abang aku kata "Luaran manusia just cam pakaian. Kita boleh guna pelbagai jenis pakaian untuk mengaburi pandangan orang terhadap diri kita tapi apa dalaman kitalah yang menjadikan siapa kita.." kan?

Tuesday, September 27, 2011

2 Weeks Notice

Dude, betapa aku rindu ngan dunia blogging nih. Kalau dulu satu hari leh upload sampai 2 post tapi sekarang ni nak blogging or layan tenet seminggu sekali pun susah. Dah tak tahu apa pekembangan dunia blog (include dunia porn sekali) terkini. Al maklum orang bekerja kata kan. Kerja plak bukannya ikut masa orang lain bekerja. Hujung minggu kerja. Balik kerja pun masa orang dah lama tidur. Bila orang lain gi kerja plak, masa tu ar kita tengah lena tidur. Cuti seminggu pun sekali jer. Hari ni ar aku cuti tapi last-last kena turun tempat kerja plak sebab ada meeting. Hmmm..


Disebabkan aku x ada transport sendiri then kakak ipar aku hantar aku awal: ikut masa rehat dia ar. Aku no big deal sebab ada jer benda yang aku boleh buat kalau datang awal2 nih especially bila ada duit (masalahnya gaji kerja dulu + gaji kerja sekarang ni belom keluar lagi pon). So dengan berat hatinya aku turon kerja gak pada satu-satunya hari cuti aku ni. Tapi aku bawak labtop ar. 

Then beli 'Dark Mocha: STARBUCK' kegemaran aku dan lepak untok 4 jam guna free tenet sini. Huhuhu.

Chop. Before aku teruskan nak share satu funny incident masa aku tengah lepak ni tadi. Tengah layan tenet sambil slurp kopi then ada sorang minah Cina ni cakap-cakap something kat kaunter. Aku plak kebetolan dudok berhampiran kaunter. Then dia tunjok kat aku. Rrupanya dia nak order apa yang aku minum sbb dia kata cara aku minom seem like benda tu sedap jer.. Wakaka.. Lawak plak..



Sambong balik cerita. Technicallynya dah 2 minggu aku kerja sini. Aku dah buat almost semua kerja yang perlu dilakukan oleh semua pekerja sini. Aku dah buat ticketing. Aku dah collect ticket, bukak pintu, check piracy. Aku dah buat popcorn and semua makanan yang dijual kat GSC. But still few stuff masih lagi belum aku buat and bakal aku buat in next few week. Hmmm..


So how does it feel work in cinema?


I got good cinema manager. Yap, dia sangat baik. Dia ajar aku dengan penuh kesabaran. Yap I do admit that Im not a fast learner (tak nak ngaku lembap ar tu). Clique kerja? Yap, ada yang baik, ada yang kurang baik, ada yang pura-pura baik etc. Ia ada di mana-mana tempat keja include politik office yang tak pernah terkecuali. Yap I do admit yang suasana kerja kali ni a bit (or a lot bit) berbeza then previous-previous kerja yang aku pernah buat cam Im easily make friends kat satu-satu tempat kerja. Friends dalam erti kata kawan yang dengan mudah aku dapat keserasian then lepak-lepak Mc D etc tapi kali ni lain.

It seems kali ni ia berbeza. Aku sendiri tak tahu mana ruang silapnya. Dah 2 minggu berlalu dan semuanya seem cam just kawan biasa-biasa jer. Mungkin salah satu sebabnya aku ada jawatan yang lebih tinggi yang tak sama ngan mereka so mereka try to buat jurang with me. Sedangkan bagi aku jawatan tu sedikitpun tak menjadikan aku lebih 'mulia' or lebih 'suci' dari mereka. Hmmmm.. Masa akan menentukannya. 



How does it feel to become a 'perantau'?


Ada beberapa kawan mempersoalkan: Aj, kenapa kerja jauh sangat? Aj, mesti susah hidup di negeri orang kan? Aj, ko boleh survive ke dengan budaya orang lain yang jauh berbeza ngan budaya ko? Aj, ko mesti homesick and rindukan keluarga and makanan kat Sarawak kan?

Membuatkan aku buat muka kehairana yang sekaligus menambahkan ke-cute-an pada muka aku sambil berkata "Dude, Pahang kan masih dalam Malaysia? Then tak lah jauh mana sangat pun aku pergi. Bukannya aku gi Papua New Guinea or Colombia ke then itu baru jauh. Budaya sini sama jer budaya sana. Bukannya aku perlu belajar cara cakap lain ker or perlu pakai costum budaya lain etc ke. Rindu Sarawak? Hmmm.. x terasa sangat kot. Sebab most of the time aku rasa aku just pergi kerja jer dan Sarawak just few meter dari sini. Hmmm"



Lastly, how Kuantan?


Where else you can find masyarakat yang dialek mereka a bit Terengganu, Kelantan and Perak kalau tak di Kuantan. Masa belajar Linguistik dulu it seem sangat susah nak cari 'Dialek Pahang' nih. Sebab most negeri-negeri di Malaysia ada dialek memasing. Satu-satunya yang aku ingat ialah dialek di Pahang punya kelajuan yang berbeza itu aliran sungai. X paham ek? Tanya sama Puan Ros aka cik Linguistik dulu. 

Satu-satunya kejutan budaya ketika berada di Kuatan ialah apabila semua orang bercakap dalam dialek yang almost sama. Bila aku kata semua orang then aku maksudkan buka just orang Melayu jer malah yang Cina dan India pun bercakap dialek yang sama. Lebih heran bila ada yang Cina sesama Cina pun cakap dialek Melayu tu gak.. Memang 1 Malaysia ar..









So 2 minggu berlalu, x lama lagi meeting dah nak bermula. Aku kena sign out dulu. Nak prepare baju.. Wakaka.. Bye, jumpa next time..

















P/S: Post kali ni tak ada kaitan ngan aku nak resign or nak sent 2 weeks notice berhenti. Hmmm..

Monday, September 19, 2011

Kaki Wayang

Technically dah seminggu aku bekerja dalam satu bidang baru yang tak pernah aku kerja or tak pernah aku terfikir akan bekerja: cinema. Aku pegang post Assistant Manager. Tapi untok 6 bulan terawal ni title aku just trainee jer dulu. Gila apa kalau masok jer terus buat semua benda-benda yang tak pernah dibuat selama ni then jadi assistant terus. Boleh jer kalu nak company ni bankrupt. Wakaka.

(typo plak. Sepatutnya Kaki Wayang tapi jadi lain plak)

So sepanjang tempoh 6 bulan ni aku akan buat dari sebasic2 perkara sehingga ke kerja assistant. Untuk minggu pertama aku duduk jadi ticketing or word dalam Golden Screen Cinema (GSC) aka tempat kerja aku ni as Box Office (BO). Maka melalui pemerhatian selama kurang seminggu tu aku boleh kelaskan penonton wayang ni kepada beberapa kumpulan:

Kaki 'Kaki' Wayang
Sejauh mana kekerapan korang menonton wayang? Seminggu sekali or sebulan sekali? Kalau korang kelaskan diri korang as kaki wayang then korang lom jumpa lagi mereka jenis ni. Sebab jenis kaki ‘kaki’ wayang ni menonton wayang setiap hari. Ulang sekali lagi: SETIAP HARI. Just imagine kalau dalam sebulan ada 9 tayangan then mereka akan menonton satu cerita sehingga 2-3 kali sebab setiap hari muka mereka saja yang beli tiket. Sehingga jurujual tiket siap dah tahu nama dan latarbelakang mereka. Kadang-kala heran gak tengok mereka ni cam tak ada social life or tak bosan ker?Nak buat cam ne ar kan kalu dah ketagihan kan?

Hidup Mati Wayang
Sejak bila korang start tengok wayang? Usia 10 tahun, 20 tahun or 30 tahun? Dan pada usia bila plak korang fikir akan berhenti tengok wayang? 50 tahun, 60 tahun or after balik dari haji? For most people, wayang sekadar wayang tapi bagi golongan hidup mati wayang ni lain. Mereka ada terlalu banyak memori dalam panggung wayang. Parents mereka bawak waktu kecik, jumpa awek kat wayang, melamar kat wayang (berlaku sehari sebelum aku lapor diri) bawak anak pertama tengok wayang bla bla bla.. So golongan ni terlalu susah nak melepaskan diri dari wayang or kesetiaan mereka dapat dilihat bila dah tua-tua cam mana sekalipun mereka masih rela beratur panjang nak beli tiket walau seuzur mana sekalipun. Dah hidup mati wayang nak buat cam mana lah kan? Hmmm..

Penonton Wayang Biasa
Cam mana nak kata ek? Better aku buat flow chart ar. Mereka datang kaunter-mereka pilih movie-mereka pilih seat-kalau seat tu tak ada then kita recommendkan seat lain pun mereka tak kisah-mereka bayar-mereka blah. Sangat-sangat command ar. Kumpulan ni sangat-sangat biasa dan sangat-sangat banyak.

First Timer Wayang
Bagi certain orang, wayang ialah alternative lain untuk mereka menonton cerita selain beli DVD pirate or tunggu tayangan filem tumasa raya nanti tapi bagi certain orang lain plak, wayang ialah tempat yang sangat mewah. Then nak pergi setahun sekali pun sangat ar susah. Mereka ni nak gelak susah nak simpati pun susah gak. Bila sampai kat kaunter then mereka sampai berpeluh dahi. Kita tanya movie apa then mereka balas balik ngan soalan yang sama. Pendek kata ia akan ambik masa lama sangat nak entertain mereka. Kalau ada jurujual yang baik akan tunjok satu persatu ar tapi kalau yang malas nak layan then sumbat jer dudok seat paling depan. Itu belum lagi part diaorang masok hall lagi.. Hmmm..

Penonton Diraja
Dalam customer service, customer is a king tapi golongan penonton di Raja ni plak jenis yang nak kita layan dia sebagai raja jer sepanjang masa. It seem jurujual ni cam hamba abdi yang tak ada perasaan or kedudukan sangat rendah dalam struktur masyarata yang ditugaskan khas untok layan mereka jer. They dont care feeling jurujual ni. Kalau satu hall tu dah penuh dan yang tinggal seat depan screen jer then mereka nak gak duduk seat tengah or belakang. Bila kita kata seat tu dah penuh still mereka tak percaya. Even sempat nak ugut panggil manager lagi. Belum masok bab muka yang masam jer all the time. Sangat malas nak layan mereka.

Penonton Keliru.
Ada penonton yang sangat sekejap berada kat kaunter sebab mereka dah awal-awal tahu apa nak tengok, jam berapa, seat mana etc. Tapi tak semua custumer cam tu. Ada customer sangat susah nak tentukan filem apa nak ditengok. Mereka ni sangat lama kat kaunter. Sehingga jurujual rasa cam bersalah plak pada mereka yang beratur panjang dibelakang. Dah lah mereka ambik masa lama buat satu keputusan filem apa yang nak ditengok then nak pilih masa lagi or then seat lagi memang berjanggut nak tunggu. Belum masok part bila dah buat satu keputusan then tak jadi then buat sekali lagi then cancell lagi. Aaaargh...!!

Penonton Booth Telephone.
Ada penonton yang terlalu susah nak berenggang dengan telefon. Mereka jadikan telefon lebih daripada gadjet then to them ia cam teman hidup mati mereka jer. So jenis penonton cam ni pun menyakitkan hati gak. Mereka datang kaunter sambil bergayut ngan handphone then buat signal suroh kita tunggu jap. Then seminit berlalu masih lagi bercakap tanpa henti. Bila dah berhenti then mereka buat pilihan movie then tak pasti berapa tiket nak beli or seat nama nak duduk then mereka call lagi for few minutes. Sangat-sangat sengal dan meyakitkan hati gak..




Sebenarnya ada banyak lagi type of penonton nih yang malas nak tulis semua. Tak ada masa. Sebab aku dah nak masok kerja few minute nih. Kali ni pun aku dapat blogging guna wifi free STARBUCK. Contoh penonton lain cam jenis yang belagak hebat bila kuar ngan awek, penonton yang datang dalam group yang besar then masing-masing dengan perangai pelik then nak bayar dan ambik masa lama kumpol duit sorang-sorang, penonton yang cuma ada duit RM1 dan syiling, penonton yang loner yang setiap hari habis kerja akan menonton sesorang, penonton yang setiap kali datang akan bawak awek berbeza etc.



















A week di sini memang syok. Ada rakan sekerja yang woke dan ada gak yang SHIT. Plus aku ada jumpa kawan baru yang aku rasa aku akan ada kawan baik baru lepas ni. Tak sabar nak masok kerja.
















So jumpa next time dan buat pembaca yang berada di bandar Kuantan then jangan lupa gi East Coast Mall dan tegor aku. Mana tau aku leh bagi tiket wayang free ar kan?Hmmm..