Tuesday, January 21, 2014

Lelaki Yang Terlebih Bijak

Aku ada seorang jiran yang among tetangga cukup dikenali sebagai 'terlebih bijak'. Biasanya orang suruh berfikir di luar kotak tapi dia pula mampu berfikir terlalu jauh dari kotak. Dia seorang yang ramah dan ringan mulut so dia selalu je tak kedekut untuk berkongsi ideanya yang 'terlebih bijak' tu. (p/s: aku bukan nak making fun of him tapi it a fun story to share laa). Dipendekkan cerita hari ni tadi dia lepak-lepak kat rumah dan borak-borak ngan parents aku. Aku lak just pasang telinga dari dalam bilik ar. So cakap punya cakap then emak aku keluarkan topik tikus yang sangat banyak kat rumah. Hampir setiap hari pasti ada je tikus yang masuk perangkap. Maka disitulah dia start bagi idea bernasnya.


Dia bagitahu yang dia ada buat kajian sendiri dan dapat tahu yang tikus ni rupa-rupanya sangat suka makan makanan kucing. Jadi apa yang dia buat ialah dia tabur makanan kucing di sekeliling rumah. Katanya: bila makanan dah ada di luar rumah so tikus tak akan masuk rumah lagi. Maka selesailah masalah tikus bermaharaja lela di rumah. Malah membuktikan dia sangat komited dengan projeknya tu dalam setiap bulan dia berbelanja banyak untuk beli makanan kucing dalam karung besar. 

Korang faham apa yang sedang dia maksudkan kan? Dia bukannya letak makanan kucing keliling rumah supaya tikus jadi takut sebab kucing dah jaga sekeliling rumah sebaliknya dia beli makanan kucing banyak banyak dan letakkanya di sekeliling rumah supaya tikus tak akan masuk rumah lagi sebab di luar dah ada banyak makanan yang diaorang suka..








Waktu tu aku dah memang tak tahan ar. Aku memang nak ketawa besar tapi nanti parents aku kata aku kurang hajar lak. So aku diam je ar ketawa dalam hati. Idea dia memang tersangat tak tercapai dek akal manusia yang biasa-biasa. Dia memang tahap genius habis ar. 
















Bila fikir-fikir balik, orang macam dialah yang perlu kita bawa ke tengah untuk jadi pemimpin negara. Sebab kita tak cukup Ibrahim Ali dan Bung Mokhtar serta menteri-menteri lain yang boleh keluarkan idea 'terlebih bijak' untuk mewarnai alam Maharaja Lawak's Malaysian Leaders Edition. Tak kering gusi waa cakap sama luu..

Sunday, January 19, 2014

Mak Cik Kenduri Yang Tipikal

Penghujung tahun lepas aku gi kenduri sorang kawan ni. Kebetulan aku jumpa kawan satu sekolah so duduk dekat meje dia ar. Belakang seat aku kebetulan ada sorang mak cik ni. Alaa, jenis mak cik-mak cik yang korang garenti akan jumpa kat majlis kenduri. Jenis yang asyik nak komen setiap satu perkara dari makanan yang tak sedap, baju pengantin yang tak sesuai, muka pengantin yang tak cantik, pelamin yang tak matching bla bla bla. Realitinya semua tu sangat okey dan cumanya memang mak cik tu yang bermasalah. Plus tak lupa betapa hazabnya telinga kau yang nak tak nak terpaksa dengar bebelan panjang dia. Hmmmm..


Hari ni sorang pak cik aka kazen bapak aku meninggal so untuk setengah hari aku lepak kat rumah mak cik aku yang sebelah rumah family yang meninggal. Bak kata emak aku, selain hari kawen then hari meninggal ialah hari di mana keluarga jauh dekat akan berkumpul. So beberapa family member yang mostly hanya jumpa hari raya akan datang dan singgah gak rumah tempat aku lepak tu. So dipendekkan cerita salah sorang mak cik yang datang ni kata aku dah sangat gemok. (Realitinya: Yap, aku dah sangat gemok.) Teringat dulu waktu aku kurus pun orang bising gak. Bila dah gemuk then orang bising gak. Apa yang orang nak sebenarnya ni..?








Untuk mereka-mereka yang mudah hilang pendirian disebabkan mulut-mulut orang then ini ialah nasihat untuk korang dan aku sekali. 
MANUSIA ADA MULUT SO MEREKA AKAN BERCAKAP DAN TERUS BERCAKAP DAN BERCAKAP LAGI TANPA HENTI. Noktah.



Imagine kau ialah anak kepada mak cik kenduri yang tipikal tu. So satu hari kau nak kawen so kau biarkan mak kau handle sepenuhnya bab makanan, pakaian, make up, pelamin, band kawen etc sehingga big day kau semuanya memang gilang gemilang sama seperti mana yang mak kau nak. Bak kata mak kau: itulah majlis kahwen paling sempurna yang pernah diadakan kat kawasan perumahan kau tinggal tu. Tapi percayalah yang mak cik kenduri yang lain pasti akan komen banyak bab lain. Ada je yang tak kena. Dah namanya mulut manusia ar kan? Bukannya ada button mute pun. Lain ar kalau kat kenduri tu semua tetamu ditutup mata dan tak dibenarkan bercakap sepatah perkataan pun ar kan?






Tahu cerita tentang Lukman Al Hakim dan anaknya yang naik keldai tu? Memula anak naik keldai dan bapak tarik so lalu satu bandar then orang kata yang anak tu derhaka sebab suruh bapak yang tua tarik keldai so diaorang tukar posisi but bila limpas bandar lain then orang lain lak kata yang bapak tu kejam sebab suruh anak yang kecik tu tarik keldai so mereka dua-dua naik keldai dan bila limpas bandar ketiga then orang sana lak kata yang mereka anak beranak tu kejam sebab dua-dua duduk atas keldai yang kecil dan akhir sekali dua-dua tarik keldai orang orang bandar ke empat lak kata mereka tu bodoh sebab ada keldai tapi tak nak guna dan rela jalan kaki. 






So nasihat yang sama Lukman Al Hakim bagi pada anak dia dan aku nak bagi untuk korang dan untuk diri aku sendiri. Memang ar manusia ada mulut dan mereka akan cakap apa je selagi mereka nak tapi korang jangan lupa yang korang pun ada telinga so korang leh pilih apa yang korang nak dengar dan sekali apa yang korang buat tu betul, pergi mampus ar kata kata mereka. 






Then korang tanya itu ke nasihat Lukman Al Hakim untuk anak dia based on incident tu? Aaaaaa..., of coz laa aku alter ayat tu. Wakaka









So aku gemuk ke tak itu hal aku ar. Janji aku happy. Plus aku rasa aku belum cukup gemuk lagi. Dua tahun lepas aku pakai baju saiz S dan sekarang aku pakai baju saiz L. Then biar sampai aku pakai baju saiz XXL baru aku puas. Wakaka

Saturday, January 4, 2014

Tuhan & Harga Naik

Imagine kalau kau ialah kumpulan minoriti di tempat kau tinggal. Kau dibenarkan bebas mengamalkan ajaran agama kau dengan syarat-syarat tertentu yang setiap hari semakinditambah dan ia jadi agak ridiculous dan mengarut sehinggalah terkini apabila kau dilarang menyebut nama tuhan kau sendiri di tempat ibadah kau. Pemimpin negara tempat kau tinggal tu bagi pilihan nama-nama lain yang kau boleh guna untuk sebut nama tuhan kau. Atau paling tidak pun kau kena keluar dari negeri tu dan pergi ke negeri lain then barulah kau bebas guna nama tuhan kau tu. But still pemimpin kau dengan muka tersenyum kat TV kata "Bersyukurlah kerana kami masih lagi memberikan anda kebebasan dalam beragama" Bullshit rite?


Pada usia 29 tahun ni (yap, aku dah tua but still muka muda remaja) aku tak nak guna istilah BODOH lagi so aku nak katakan yang betapa pemimpin kita sangat kurang bijak (or berpura je) dan nak sangat rakyat kita join sekali tak bijak bersama mereka. Seriusly kalau aku bukan Islam, apa yang sedang berlaku sekarang ni akan menjadikan aku makin tutup hati nak kenal Islam. Sebabnya orang Melayu ni dengan kurang bijaknya cuba sedaya upaya untuk kata yang Allah ialah tuhan untuk bangsa Melayu. Noktah. Dan bukannya tuhan untuk seluruh alam. Sebab as aku yang agama kurang dan still jahil ni yakin dan beriman sepenuhnya bahawa Allah ialah tuhan yang sama mencipta semua termasuk yang bukan sama agama dengan aku.

Aku teringat sorang pak cik yang tolong atur paip rumah abang aku kata "Kalau semua bangsa ada tuhan mereka sendiri maka atas sana tuhan akan gaduh sesama sendiri. Sebabnya tuhan orang Melayu nak tolong orang Melayu sebab diaorang minta hujan. Tuhan orang Cina pulak tak setuju sebab orang Cina sebelah rumah tu nak hari panas. Gaduh punya gaduh last-last dua tuhan tu setuju bagi hujan untuk rumah orang Melayu dan panas untuk rumah sebelahnya" LOL isnt it?







Sekalipun tuhan mereka sama nama dengan tuhan kita tapi kita tahu konsep tuhan mereka dan tuhan kita tu tak sama. Tapi jangan ar sampai tak boleh sebut nama tuhan kat rumah agama mereka or sampai nak tahan, bakar kitab suci mereka. Then piket sampai menampakkan kekurang bijakkan diri tu sekali. Hmmmm..










Sekali lagi aku nak tegaskan: Menghina agama lain sedikitpun tak membuktikan yang agama kau jauh lebih suci. Sebaliknya ia membuktikan yang agama kau jauh lebih teruk sebab ia dah mengajar benda yang tak betul. 











Dan part harga naik tu pulak, aku malas nak komen. Sebab ada yang kurang bijak dan keluarkan statement yang lebih kurang sama tak bijaknya. Hmmmm