Friday, April 30, 2010

Wan Azan Suffian

I still remember that nite, aku punya first impression tentang mamat bernama WAN AZAN SUFFIAN WAN ABDULLAH ni ialah dia seorang anak orang kaya yang manja dan slalu memberontak ngan parents dia ngan misi leh survive tanpa sediki bantuan pon dari diaorang. Then belajar di sekolah swasta (sebab keputusan peperiksaan awam yang terok) dan sangat2 liar dan bebas masa belajar. Pakaian branded2, ambik masa yang lama depan cermin dan akan berkawan ngan orang2 cam dia jer (poyo dan berlagak r). dan mereka akan tertarik ngan girls yang putih dan dahi licin plus x terkecuali jenis yang akan mengetawakan setiap orang yang pelik aka nerd or freak yang ada. Hmmmm…




As time goes by AZAN bukan lah cam yang aku sangka as my early impression. 2 bulan setengah bersama dalam kumpulan INFINITY di GEMS membuatkan ada part aku respect kat dia. Cam masa kat khidmat masyarakat in last JUNE. Dia sangat2 dedikasi bwat kerja bawah panas terik walaupon ramai yang dah berehat pasal dia dipertanggungjawabkan as ketua bahagian tu. Even in group dia antara penghibur suasana kami semua ngan jenaka yang sentiasa x pernah kering. Keluar MC D dan MOVIE beberapa kali bla..blaa..blaaa…

Tapi hubungan kami berdua just baek2 je r.. why am I say that? Sebab each time aku msj dia x akan balas melainkan ia perkara yang SANGAT-SANGAT-SANGAT penting, dia x pernah msj aku, kami x berhubong tru FACEBOOK dan dia x ingat apa yang dia pernah cakap dan each aktiviti yang pernah kami bwat bersama. Hmmmm….


Last MONDAY tadi secara rasminya aku telah menambahkan list rumate aku yang terbaru. AZAN. Walaupon hanya sekadar untok 5 hari dan 4 malam tapi still ia adalah tempoh masa yang penting kalu dikira dari qualitinya. Sebab most of the nite kami x ada aktiviti then we have a PILLOWTALK (istilah yang dia guna. hmmm) and even bila kelas habis awal kami bwat aktiviti rumate yang x ada kenderaan untok keluar. Kami cerita perkara kecik2 sampai ke pembangunan negeri. Ada part cerita rahsia yang hanya kami sahaja yang tahu. Kami ketawa dan turn serius bila tiba masanya. Dan kami masok kawasan flat yang dilarang (sebab ada rumor kata someone died there), pergi kediaman yang ditinggalkan dan imagine malamnya ada benda datang ke bilik tidor kami dan jalan kaki keluar semata2 untok membeli sekotak rokok. Hmmm…

Something about AZAN yang dia akui sendiri ialah dia akan jadi berbeza jika berada dalam kumpulan berbanding jika bersendirian. Yap most people are like that tapi perbezaan pada AZAN agak laen. Dia seperti masih lagi lelaki yang sama yang pernah dia ceritakan berlaku pada zaman sekolah dahulu. Someone yang ko kata sendiri pernah berlaku dan kau tinggalkan tapi sebenarnya masih lagi ko bwat secara x sedar. Hmmm…





Then aku teringat ttg first impression aku dulu.. mungkin x semuanya betol dan x semuanya salah. Tapi terlalu singkat untok aku kenali dia hanya berdasarkan 5 hari 4 malam bersama sahaja.






AZAN ialah seorang lelaki yang most of the time akan bercakap ngan intonasi yang kurang jelas dan mata sangat2 mengantok. Cuma in certain past sahaja dia akan bercakap dengan bertenaga dan mata yang besar. Dan aku gembira bila dapat lihat sesuatu yang cukup jarang sesiapa lihat sebelom ni. Hmmm…

Thursday, April 22, 2010

Persahabatan 1 Tahun 3 Hari

PTtiba dapat msj dari KOLAND jam 11:24 am tadi berbunyi ‘J, mkn juh (jom makan) .. Mun (Andai) ko pentingkan psahabatan kita slama stahun 3hari trun la.. Aku ngan naz dh trn tk..’ Aku fikir apa r mamat sekor ni merepek.. then bila dah sampai cafĂ© bawah, NAZ bagitahu yang dia baru teringat bahawa 3 hari lepas ialah tempoh setahun kami (AKU, WAHYU, NAZ dan KOLAND berkenalan)… hmmmm…



I still remember that Sunday, aku gi rumah PEEK aka FAEZAH tunggu punya r lama (kira 2 jam gak r tunggu) kedatangan ZAI dan IJAM before turon sesama gi RAJAH COURT. Then kami berempat gi naek kereta KENARI ANGAH agak lewat petang gak r. Walupon aku sangat2 bising pada mamat 2 ekor tu pasal x pernah tepati masa kalu berjanji tapi sekarang aku sangat2 bersyukor pasal sebab mereka gak aku dihantar ke bilik hotel tu. Aku first bercakap ngan WAHYU masa register kat dewan then NAZ kat bilik dan KOLAND kat pintu masok bilik.

WAHYU ialah anak polis yang entah kenapa aku dan dia x pernah sama kepala in wat ever thing sekalipon. Bukan sengaja nak carik gadoh tapi memang kami sentiasa berlawan cakap. X ada sesiapa yg nak kalah. Mungkin sebab dia sangat2 negatif dalam setiap perkara, banyak merunggut di belakang, mengadili sesuatu tanpa fikir panjang dan semua tu bwat aku sentiasa nak bangkang semuanya. Tapi aku x pernah membenci dia sedikitpon aku rasakan kesemuanya cam brother yang gadoh2 then baek balik. Hmmmm…

NAZ plak anak polis yang x ada emosi dan kkadang sangat2 fresh. Mungkin sebab dia yang paling muda antara kami berempat. Dan bab yang x ada emosi plak ialah muka dan reaksi dia untok what ever thing yang kita bwat. He’s not cold cuma itu ialah dia. Kita bwat lawak dia ketawa tapi kita x pasti either dia betol2 ketawa or dia paham jenaka kita. Or kita x dapat bezakan reaksi muka marah, sedih kecewa, in love or apa2 emosi dia sekalipon. Dan bab yg fresh plak pasal dia akan tanya banyak soalan tentang apa perkara sekalipon untok dapatkan pendapat kita. Hmmm…

KOLAND plak ialah bukan anak polis yang agak berbeza pada saat2 awal dahulu. Awal2 dulu dia bukan maen pendiam lagi. Kalu kita tanya ayat penoh then jawapan dia sangat2 pendek ngan muka serius. Tapi as time goes by, kita akan sangat2 berharap yang dia akan diam dan jadi serius cukop untok seketika. Sebab dia akan bercakap, bwat lawak dan bergerak ngan reaksi yang almost ‘annoying & irritating’ sejak dari saat dia bangon sampai r masa dia tidor balik. Then sekarang dia dah kembali reda sikit. Hmmm…


Dan kemudian pada kumpulan APPRENTICE, ahli kelas MR VISNU, INFINITY LTD. FUNKRAZE dan keselurohan GEMS..








Seorang kawan pernah berkata pada aku ‘There are such friends yang sangat berbaloi untok kita perjuangkan dan berkorban semuanya untok mereka..' lalu menolak kata2 WAHYU supaya aku jangan rapat dengan sesiapa pon sepanjang kursos GEMS sebab nanti aku akan menyesal pada penamatnya kelak…. Naaa, youre wrong again, Wahyu.. Mereka ialah kawan yang cukup berbaloi untok aku perjuangkan dan berkorban semuanya untok mereka.. then aku ttiba teringat plak kata2 emak aku masa aku nak pindah rumah sewa ngan kkawan: ‘Sejaoh mana aku sangup berkorban untok orang yang aku gelar as kawan dan sejaoh mana mereka sangup berkorban untok aku?’








Hmmm…

Monday, April 19, 2010

Seorang guru dan seekor cita-cita

Sejak dari saat aku berjaya bergelar siswazah sehingga sekarang (dah almost nak masok 2 tahun), semakin ramai kkawan dan rakan2 seangkatan yang mulai menuju ke arah satu destinasi yang sama iaitu menjadi seorang CIKGU. Then aku tanya kenapa nak jadi cikgu? Sebahagian jawab sebab mak bapak suroh…. Hmmmm..



I still remember saat waktu isi borang IPU masa tamat form 6 dulu. Selain matlamat nak lari dari rumah, pengaruh utama pilihan utama aku ialah atas pengaruh ENCIK HAZANI MAHADI. Sapa dia? Dia ialah seorang CIKGU. Cikgu kelas aka cikgu Bahasa Melayu kami sepanjang 2 tahun di form 6 SMK TUN ABANG HAJI OPENG. Kalu korang layan drama series KOREA ‘MASTER OF STUDY’, then dia cam watak utama dalam cerita tu. Dia sangat2 memandang rendah keupayaan budak kelas dia (yang agak terlampau) tapi dalam masa yang sama dia sangat2 care pada kami. Aku percaya semua budak kelas 6 BAKAWALI tahun tu sangat2 sakit hati pada dia sepanjang tempoh tu tapi aku yakin gak semua kami sangat2 x kan lupa dan akan merindui dia.

Jujor aku katakan yg x pernah ada seorang cikgu yang mampu beri effect besar pada aku selain dia. Pasal selama tu aku anggap cikgu ialah orang2 yang sangat2 malas nak carik kerja laen then pilih kerjaya perguruan as jalan singkat nak kumpol harta sebab almost setiap tahon gaji cikgu pasti akan naik dan naik (damn). Tapi cikgu dari KELANTAN ni sangat2 special (even orang dari KELANTAN mmg sangat2 special wat). Kalu cikgu laen kita bwat silap then mereka biarkan jer. Almaklom r kita ni bukan darah daging dia. Tapi bila part ENCIK HAZANI ni laen. Setiap kali aku bwat kesalahan then setiap kali tu dia aka nada. Ngan misai tebal ngan senyoman menakutkannya, pasti akan kena psiko r. Tapi aku tetap bwat kesilapan dan lagi dan lagi. Dan dia plak sentiasa ada dan terus ada dan lagi dan lagi.

Ingat lagi 1 ari tu aku mmg kena psiko mati2 r ngan dia. Shinggakan aku nanggis depan dia wei. Memang r masa tu aku rasa marah sangat2. Tapi each words dia ari tu memang betol 100%. Aku x boleh selama2nya lari dan bersembunyi. Aku perlu berdepan dengan semua. Aku perlu jadi kuat. Gosh, I miss him so much. Sebab dia bukan cikgu2 biasa yang akan mengajar setiap hari dan menunggu gaji setiap hujong bulan.


Akibatnya 4 pilihan utama aku dalam list universiti ialah menjadi cikgu dan selebihnya dalam bidang bahasa. Kemudian tamat universiti, aku mencuba untuk menjadi cikgu tapi ternyata aku bukan dia dan aku x mampu jadi sehebat dia. Aku mengalah dalam masa kurang 2 bulan. Sebab aku tahu tanggungjawab menjadi seorang guru adalah amat2 besar. Aku berhenti kerana rasa sayang aku pada pelajar: perasaan yang sama yang ada pada ENCIK HAZANI.





Dear friends,
Kalu korang ialah lepasan universiti yang dah ‘gersang’ sangat dari segi fulus then jangan jadikan kerjaya mulia guru as tempat korang carik duit semata2. Letak r sekumit rasa tanggungjawab pada kerjaya tu. Korang bukan just bawa diri korang jer tapi beratus2 masa depan anak murid korang. Kalu korang ialah orang Islam yang percaya kepada hari akhirat, korang kena fikir apa jawapan korang depan Allah pada hari kemudian kelak. Or korang just berharap duit korang tu leh guna untok sogok2 undian masok syurga ker? Memang r kerja cikgu ni mulia then senang bwat pahala tp dalam masa sama gak senang bwat amalan jadi kurang.. hmmm…



Dan bwat mereka2 yang komited ngan kerjaya perguruan (cam budak TESL yang bernama ALI then LOONG & KAY), jangan ajar benda pelik2 ngan student korang r.. be yourself that make you special rite? Dan jangan aply KPLI or DPLI hanya sebab parents korang suroh. Pasal aku yakin kalu benda yang orang paksa korang bwat then hasilnya x kan baek r plus menyiksa diri sendiri jer. baek korang focus pada cita2 korang yg dah lama korang x pedulikan. Hidop hanya sekali wei…





Andai aku berjumpa ENCIK HAZANI, aku akan ucapkan ribuan terima kasih pada dia kerana menjadikan aku seperti mana aku pada hari ini: berbeza berbanding aku pada masa tu. Tapi aku masih lagi melakukan kesilapan demi kesilapan berulang-ulang kali. Lalu aku berharap akan ada orang seperti ENCIK HAZANI yang akan sentiasa ada dan terus ada bersama aku tanpa putus asa. Hmmmm… (lebih2 plak permintaan)










p/s: dengar cerita ENCIK HAZANI dah balik ke KELANTAN dan join politik PAS kat kawasan dia.. all the best for him..