Showing posts with label Master of Study. Show all posts
Showing posts with label Master of Study. Show all posts

Monday, February 27, 2012

Kamu Kurang Bijak

Teringat pada lirik lagu TAK ADIL by band POTRET dalam album POSITIVE-POSITIVE yang vokal utamanya ialah MELLY GOESLAW kata apsal dalam satu institusi sama ada sekolah, tempat kerja or even dalam sebuah keluarga pun mesti ada pengkelasan as satu kumpulan ni bijak meanwhile satu kumpulan lain plak buduh. Menjadikan yang bijak ni dimanja, disegani dan diberi layanan terbaek dan kumpulan satu lagi you know what happen. Hmmm..


Bapak aku mengajar ngaji di rumah so banyak bebudak datang ar so selepas aku ambik my 10 years old  nephew balik sekolah sekitar jam 3.30 petang then sesampai di rumah dan kebetolan sorang budak ni baru habis mengaji so anak buah aku kata ar yang budak tu ponteng. Dia bagitahu yang dia tak terpilih untuk kelas tambahan tu. Now aku faham yang budak tu bukan dari kumpulan 'kanak-kanak terpilih' (as being told dalam cerita DIGIMON)

Buat aku mempersoalkan: Apakah matlamat kelas tambahan tersebut sebenarnya? Adakah nak menjadikan budak yang bijak bertambah bijak meanwhile budak kurang bijak bertambah bodoh? Cam gitu ker? Hmmm..


Masa cam zaman sekolah dulu: kelas dibahagikan based on keputusan peperiksaan aka orang bijak dalam kelas bijak, kurang bijak dalam kelas kurang bijak, bodoh dalam kelas bodoh, yang dah tak dapat ditolong  masuk kelas tak dapat ditolong lagi. Buat kelas yang bijak perhatian diberi 100%, bagi kelas tambahan, bagi kursus motivasi, bagi itu ini tapi kalau kelas kurang bijak plak cikgunya cam dah tak pedulik langsung hidup mati pelajar. Dah jadi cam Cikgu Sahri dalam cerita Masam-masam Manis: Hari-hari cikgu tidor..

Bila akher tahun plak bebudak pandai ni beratur nak ambik hadiah dan parents bangga habis anak setiap tahun mesti jadi pelajar terbaik dalam setiap matapelajaran dan keseluruhan tingkatan sementara bebudak kurang bijak plak tak dibenarkan masuk dewan dan diaroang datang tak datang pun tak ada sorang cikgu pedulik. 








So apakah fungsi sebenar sekolah hari ni sebenarnya?













Aku pernah jadi cikgu di sebuah sekolah swasta before. Dalam satu tingkatan ada 4 buah kelas tapi kelas-kelas ni tak dipecahkan ikut kepandaian pelajar so maknanya dalam 1 kelas ada yang bijak dan kurang bijak dikumpulkan sekali dengan matlamat cikgu akan mengajar sama rata or matlamat utama yang lain supaya sekolah tu tak disaman oleh parents student yang kaya raya sebab tak nak orang kata anak mereka bodoh.

Akibatnya sangat hazab nak mengajar bila mereka yang nak belajar tu fokus tapi yang tak nak belajar tu plak memain dan ganggu mereka yang nak belajar.













Bagi aku matlamat pengkelasan kelas ikut cepat atau lambat student tangkap ilmu ni adalah bertujuan agak cikgu boleh ambik lebih perhatian kepada mereka yang dikelaskan as kurang bijak ni dengan pendekatan yang lebih daripada pelajar yang dikatakan terlebih bijak tu. Hmmm

Monday, April 19, 2010

Seorang guru dan seekor cita-cita

Sejak dari saat aku berjaya bergelar siswazah sehingga sekarang (dah almost nak masok 2 tahun), semakin ramai kkawan dan rakan2 seangkatan yang mulai menuju ke arah satu destinasi yang sama iaitu menjadi seorang CIKGU. Then aku tanya kenapa nak jadi cikgu? Sebahagian jawab sebab mak bapak suroh…. Hmmmm..



I still remember saat waktu isi borang IPU masa tamat form 6 dulu. Selain matlamat nak lari dari rumah, pengaruh utama pilihan utama aku ialah atas pengaruh ENCIK HAZANI MAHADI. Sapa dia? Dia ialah seorang CIKGU. Cikgu kelas aka cikgu Bahasa Melayu kami sepanjang 2 tahun di form 6 SMK TUN ABANG HAJI OPENG. Kalu korang layan drama series KOREA ‘MASTER OF STUDY’, then dia cam watak utama dalam cerita tu. Dia sangat2 memandang rendah keupayaan budak kelas dia (yang agak terlampau) tapi dalam masa yang sama dia sangat2 care pada kami. Aku percaya semua budak kelas 6 BAKAWALI tahun tu sangat2 sakit hati pada dia sepanjang tempoh tu tapi aku yakin gak semua kami sangat2 x kan lupa dan akan merindui dia.

Jujor aku katakan yg x pernah ada seorang cikgu yang mampu beri effect besar pada aku selain dia. Pasal selama tu aku anggap cikgu ialah orang2 yang sangat2 malas nak carik kerja laen then pilih kerjaya perguruan as jalan singkat nak kumpol harta sebab almost setiap tahon gaji cikgu pasti akan naik dan naik (damn). Tapi cikgu dari KELANTAN ni sangat2 special (even orang dari KELANTAN mmg sangat2 special wat). Kalu cikgu laen kita bwat silap then mereka biarkan jer. Almaklom r kita ni bukan darah daging dia. Tapi bila part ENCIK HAZANI ni laen. Setiap kali aku bwat kesalahan then setiap kali tu dia aka nada. Ngan misai tebal ngan senyoman menakutkannya, pasti akan kena psiko r. Tapi aku tetap bwat kesilapan dan lagi dan lagi. Dan dia plak sentiasa ada dan terus ada dan lagi dan lagi.

Ingat lagi 1 ari tu aku mmg kena psiko mati2 r ngan dia. Shinggakan aku nanggis depan dia wei. Memang r masa tu aku rasa marah sangat2. Tapi each words dia ari tu memang betol 100%. Aku x boleh selama2nya lari dan bersembunyi. Aku perlu berdepan dengan semua. Aku perlu jadi kuat. Gosh, I miss him so much. Sebab dia bukan cikgu2 biasa yang akan mengajar setiap hari dan menunggu gaji setiap hujong bulan.


Akibatnya 4 pilihan utama aku dalam list universiti ialah menjadi cikgu dan selebihnya dalam bidang bahasa. Kemudian tamat universiti, aku mencuba untuk menjadi cikgu tapi ternyata aku bukan dia dan aku x mampu jadi sehebat dia. Aku mengalah dalam masa kurang 2 bulan. Sebab aku tahu tanggungjawab menjadi seorang guru adalah amat2 besar. Aku berhenti kerana rasa sayang aku pada pelajar: perasaan yang sama yang ada pada ENCIK HAZANI.





Dear friends,
Kalu korang ialah lepasan universiti yang dah ‘gersang’ sangat dari segi fulus then jangan jadikan kerjaya mulia guru as tempat korang carik duit semata2. Letak r sekumit rasa tanggungjawab pada kerjaya tu. Korang bukan just bawa diri korang jer tapi beratus2 masa depan anak murid korang. Kalu korang ialah orang Islam yang percaya kepada hari akhirat, korang kena fikir apa jawapan korang depan Allah pada hari kemudian kelak. Or korang just berharap duit korang tu leh guna untok sogok2 undian masok syurga ker? Memang r kerja cikgu ni mulia then senang bwat pahala tp dalam masa sama gak senang bwat amalan jadi kurang.. hmmm…



Dan bwat mereka2 yang komited ngan kerjaya perguruan (cam budak TESL yang bernama ALI then LOONG & KAY), jangan ajar benda pelik2 ngan student korang r.. be yourself that make you special rite? Dan jangan aply KPLI or DPLI hanya sebab parents korang suroh. Pasal aku yakin kalu benda yang orang paksa korang bwat then hasilnya x kan baek r plus menyiksa diri sendiri jer. baek korang focus pada cita2 korang yg dah lama korang x pedulikan. Hidop hanya sekali wei…





Andai aku berjumpa ENCIK HAZANI, aku akan ucapkan ribuan terima kasih pada dia kerana menjadikan aku seperti mana aku pada hari ini: berbeza berbanding aku pada masa tu. Tapi aku masih lagi melakukan kesilapan demi kesilapan berulang-ulang kali. Lalu aku berharap akan ada orang seperti ENCIK HAZANI yang akan sentiasa ada dan terus ada bersama aku tanpa putus asa. Hmmmm… (lebih2 plak permintaan)










p/s: dengar cerita ENCIK HAZANI dah balik ke KELANTAN dan join politik PAS kat kawasan dia.. all the best for him..