Showing posts with label Qhairie. Show all posts
Showing posts with label Qhairie. Show all posts

Tuesday, December 14, 2010

Panduan Karangan KPLI

Esok Qhairi (workmate) akan pergi interview untuk ambilan baru KPLI yang akan datang ni. So antara keperluan yang mereka perlu buat ialah menyediakan 2 karangan yang salah satunya berbunyi: kenapa pilih jadi cikgu. So aku baca r draft kasar karangannya. Kesimpulannya kalau aku ialah seorang cikgu SKEMA then aku akan kata ia ialah penulisan terbaik yang ditulis oleh seorang bakal cikgu yang penuh komited, dedikasi, amanah, passionate etc untuk mencurahkan bakti kepada anak bangsa. Tapi kalau aku ialah cikgu yang TAK SKEMA then aku akan kata yang karangan tu hanya salah satu daripada ribuan SAMPAH yang dihasilkan oleh kaki-kaki bodek yang desperate nak jadi cikgu sebab dah give-up nak cari kerja lain. Hmmm...


So kalau aku berada di tempat dia (yang totally tak mungkin) then ini ialah contoh karangan yang aku akan hantar kepada juri-juri tu. So korang try jadi judge either ayat aku ni terlalu power tak untuk memikat hati korang untok jadi cikgu yang bakal mengajar anak-anak korang.

CONTOH KARANGAN:

Kenapa saya memilih untuk menjadikan profesion perguruan sebagai kerjaya hidup saya?

Teringat kembali sewaktu zaman persekolahan. Saya menemui pelbagai ragam guru. Ada guru yang berkerja untuk tempoh yang terhad disebabkan dia banyak menghabiskan masa pada cuti bersalin kerana setiap tahun dia memang akan melahirkan anak. Ada pula guru yang banyak menghabiskan masa berehat di kantin sekolah berbanding mengajar di kelas. Namun guru yang paling saya tidak akan lupa ialah pada seorang cikgu lelaki yang setiap kali masuk ke kelas, dia hanya membaca buku teksnya tanpa mempedulikan kewujudan pelajar-pelajarnya di dalam kelas. Malah untuk menghiburkan hatinya dia akan mendenda kami dengan hukuman yang cukup memalukan. Hanya unuk hiburan hatinya sahaja.

Sehingga saya dan rakan-rakan beranggapan bahawa guru itu hanya sekumpulan manusia yang pergi ke sekolah setiap pagi dan balik pada awal petang semata-mata untuk mendapatkan gaji yang dijanjikan pada hujung bulan. Tidak lebih dari itu. Tidak sedikitpun ia pernah berkurangan.

Namun ketika saya memasuki tingkatan enam saya menemui seorang lelaki yang benar-benar layak untuk bergelar guru. Namanya akan sentiasa tersemat dalam diri saya sampai bila-bila. Namanya Mohamad Hazani bin Mahadi. Mengajar matapelajaran Bahasa Melayu. Tapi kewujudannya disekolah bukan hanya sekadar mengajar. Dia bukan hanya menjadi seorang guru. Dia seolah-olah seperti seorang bapa yang sayang dengan penuh tulus pada anak-anaknya.

Namun saya bukan lelaki yang mudah lentur disebabkan oleh kebaikanya. Sehingga suatu hari ketika guru-guru lain hanya memerhati saya yang semakin jatuh dan terus jatuh. Lalu dia muncul menghulurkan tangan dan memberi bantuan. Tanpa mengharapkan sedikit balasan pun.






Lantas pada saat itu saya mulai menanam niat mahu menjadi seorang guru. Kerana saya mahu menjadi seperti dirinya: seorang idola yang mampu membentuk laluan masa depan yang cerah kepada orang lain. Dan bukan seperti guru-guru yang lain: guru-guru yang sanggup memperjudikan masa depan anak-anak bangsa hanya kerana wang ringgit semata-mata.


TAMAT











So amcam?

Tuesday, November 23, 2010

Gangguan Teksuality

Guys, do you agree with some studies saying that lelaki akan memikirkan tentang SEKS in every 6 seconds? That mean kalau korang kira 1,2,3,4,5 dan 6 that mean korang tengah fikirkan SEKS dan 6 saat lepas tu SEKS sekali lagi dan lagi dan lagi untuk setiap 6 saat yang seterusnya. Kalau korang kata ya then aku sangat lega sebab kira aku normal r tapi kalau korang kata tak that mean aku satu-satunya sahaja lelaki yang berotak BIRU.. Hmmmm....


As PAT (rakan sekerja) kata dalam group of 13 new intake tu ada 2 alien: iaitu mewakili aku dan QHAIRI sebab hanya kami berdua sahaja lelaki. So mungkin disebabkan oleh besarnya populasi kaum wanita berbanding lelaki dan jurang zon kawan yang besar antara aku ngan golongan wanita-wanita tu berbanding kawan-kawan perempuan before menjadikan lahirnya mode setiap 6 saat tu kot.. Hmmm...

Back to the kajian kata sebaliknya wanita pulak hanya fikir about SEKS sekitar 1 kali sehari jer (bergantung jugak kepada kadar kesuburan melalui kitaran diaorang). Mungkin that studies leh dibuktikan sendiri oelh pengalaman korang r. Aku bagi contoh r. Yesterday dalam satu sistem yang quite oldschool digunakan TM ni guna ayat-ayat Bahasa Melayu yang sangat-sangat 70's  yang haram tak faham dan bunyi pelik-pelik. Dan salah satunya ialah 'alat kegunaan pelanggan'.

So bila masuk bab tu aku dan QHAIRI awal-awal dah ketawa besar. Dan kkawan perempuan yang dekat-dekat area kamiorang yang faham pun ketawa gak. Tapi still ada gak girls yang lain masih blur on what reason kami ketawa. Then bila dibagitahu reason nya masih lagi blur sehingga agak lama sikit baru mereka faham dan ketawa. Betapa teori lelaki otak kotor tu memang rasional r.. huhuhu












So kesimpulan di sini ialah betapa bukan hanya anatomi fizikal antara lelaki dan perempuan ni sahaja yang amat sangat berbeza even pemikiran mereka gak. Menunjukan betapa besar dan agungnya ciptaan tuhan ni r menjadikan each mahkluk tersendiri.





























Plus menjadikan keadaan bertambah teruk apabila aku ni plak jenis CREATIVE IMAGINATOR then banyak r imaginasi yang luar kawal terhasil. Tapi dont worry laa NANA ADAM (sebab ko sorang jer antara reramai group intake kita yg baca blog aku) nothing 'unfortunate event' akan berlaku r sebab aku ada IMAN dalam hati..
















Then korang yang otak benggong pun tanya "Fuyooo. Btw siapa Iman ni, Aj? Awek baru ker?"























DAMN...!!!

Wednesday, November 3, 2010

Ghost Story at TMTC

Hari ni tadi aku gi TM Training Centre (TMTC) kat are Taman Sukma agak awal r. Kira masa yang sama gak aku sampai cam biasa r. Jam 8 pagi sebab masa start kelas ialah 8.30 pagi. Tapi entah apsal pagi ni tadi kat parking lot cuma ada 1 kereta jer. Tak macam a day before: pada masa yang sama almost lebih separuh yang datang. So aku masok r the one and only building kat situ.


Naik first floor nak punch card then tengok JESSICA MADU dah ada kat sofa foyer tu. Rrupanya pintu kelas kat second floor belum buka lagi. So aku lepak r sekejap kat situ. Kemudian kami naik second floor nak check pintu kelas. Still belum buka. Lepak bawah lagi then almost 15 minute pas tu naik lagi sekali. Tapi sekali lagi pintu tu still terkunci. So turun je r balik. Suddenly kat tangga tu ttiba dengar tapak kaki beberapa orang nak naik r.

Dengar dengan jelas kami berdua suara mereka iaitu workmate: KALSUM then dengar gak gelak ketawa besar QHAIRI. Mereka berdua ni biasa r akan gaduh most all the time. Kami berdua just buat cam biasa jer dan tunggu kat lobi aras satu. Beberapa minit berlalu still mereka berdua x muncul. Last-last selang beberapa minit kuar plak WINNIE. So kami tanya r mana KALSUM dan QHAIRI tapi jawapan WINNIE: tak ada sesiapa pun kat bawah. Hanya ada sorang guard lelaki.. Hmmm...






Then teringat pengalaman silam masa masa bekerja kat PUSTAKA NEGERI SARAWAK pernah mengalami effect yang sama: perbuatan manusia ditiru oleh 'makhluk-makhluk' tertentu. Then 'mereka' akan mengulang perkara tu berulang kami totally sama cam apa yg pernah kita buat. 'Mereka' masa tu meniru tindakan aku berlari dan bertepuk tangan. Dan sekarang 'mereka' meniru percakapan plak. So kira cam 'mereka' ni expert in copy writing r... Hmmmm...



















Secara rasionalnya, at least kalu ada orang lain aka perempuan then logik r kami berdua tersalah dengar suara. Masalahnya memang x ada orang lain. Plus kkawan yang pernah belajar kat TMTC ni pernah kata yang tempat ni memang HAUNTED...!!!!