Saturday, October 31, 2009

Fucking a lot

Hari ni tadi gi Bandar Kuching ngan aunt and granny.. As usual aku akan turonkan diaorg then aku park kereta somewhere r tunggu sampai diaorg habis shopping. Tapi dsebabkan aku x sempat sarapan di rumah then lepas park kereta then aku kuar r nak beli jajan. Kedian terjumpa plak 1 cermin mata cantek punya yang leh ganti spek mata yang ttiba leh patah masa travelling kat Tanjong Manis last few week. Siot canteek.. Then beli r.

Bila semua dah beli then balik kereta, sambil menikmati air cond kereta. Bukak kamera Handphone then ambik gambar. Hasilnya kat atas ni r.. ttiba perasan kat cermin depan ada kertas pink melekat kat viper.. damn.. surat saman. masok kali ni dah bberapa kali kena saman.. alasan kali ni: parking kat tempat yg khas untok kenderaan laen..

Tengok kuar kereta.. damn.. tempat parking teksi.. dulu tempat ni tempat parking awam. Tengok kiri kanan x ada 1 teksi pon… duh.. Bandar Kuching makin hari makin sesak.. banyak kereta terpaksa parking ssuka hati then tunggu jer dalam. Tempat parking awam plak dah kena tukar status.. then nak parking kat mana lg ni? Atas Sungai Sarawak ke..?

Cam2 tau je duit dah masok..



P/s: post ni x ada kaitan ngan adegan fucking2 r.. Cuma bunyinya je yang cam parking lot.. wakaka

Friday, October 30, 2009

SIGN

Dalam kajian asas sosiolinguistik memberitahu bahawa dalam komunikasi seharian, kita lebih memilih untuk percaya lebih kepada bahasa nonverbal berbanding bahasa verbal. Sebab gerakan mata, gerakan badan, jarak perbualan, and even pakaian pun turut boleh memberi makna-makna tertentu yang tak dapat dijelaskan sepenuhnya melalui perbualan. Kesimpulannya: manusia boleh dengan mudah menipu dengan perbualan tapi sukar berbanding bahasa badannya.

Back to reality:

Pernah x berlaku pada korang bila malam saat korang dah balik rumah, tengah2 syok layan sinetron latin yg korang try nak faham apa diaorang cakap tanpa ada translation kat bawah then korang teringat 1 event berlaku pada masa siangnya: korang bercakap ngan sorang makhluk tuhan ni. Masa kat rumah tu baru korang perasan rrupanya makhluk tu sebenarnya dah beri SIGN special pada kau. Tapi disebabkan otak ko tuli sangat sampai muncol watak setan kecil yg muka sebijik cam ko kat sebelah bagi sedas tumbukan padu kat kepada hotak ko then ko baru sedar dan ko menyesal pasal x beri apa2 respon pada dia saat tu. Kalu x musti something good akan berlaku.



Pernah x kalu kawan ko suka kat someone else tu korang ngan mudah dapat detect. Mungkin sebab feel the love is in the air then ko dapat hidu r. Tapi dia yg still malu2 kucing mengelak sedaya upaya tapi lastly mengaku gak. Dan dia sangat2 hairan apsal orang ngan mudah dapat tahu walupon reality dia dah try mengelak sedaya upaya. Tapi ko jawab ngan mudah sambil tangan ko dah lama hinggap kat kepala dia sambil berkata “Semua orang dah lama tau r yg ko suka kat dia dan dia suka kat ko..!!”

Tapi bila ia berlaku pada ko then ia turn ko balik jadi tuli. Each SIGN yg dia bagi ko then ko x perasan pon. Sebaliknya orang kiri kanan ko plak yg lebih tahu. Mata dia dah mengelak stiap kali bercakap ngan ko. Ayat dia pon dah jaoh lebih tersusun. Dia jadi gabra bila nampak ko. Dia lebih care… Dia dah banyak kali bagi green signal tapi ko je yg buta warna..



Sejujornya aku rasa aku lah antara makhluk tuli yg x pernah nak sedar SIGN2 yg orang laen try nak bagi tu.



Back to kajian sosiolinguistik balik. Mesej yang hendak dibawa oleh penutur biasanya mungkin akan disalah tafsir dengan makna yang pelbagai oleh lawan tutur berdasarkan latar pengalaman hidup masing2.. Then better balik ke plan A: cakap teros terang je r..

Sunday, October 25, 2009

Mimpi indah

Petang tadi aku tido r then aku termimpi something. Satu mimpi. Cukop pasti ia bukan mimpi basah pasal x ada kesan ‘that liquid’ pada boxer aku. Tp ia still perlu berada pada tahap 18 SG sebab ia x sesuai untok tontonan kanak2 bawah umor. Sebelom aku terlebih cakap so back to cerita asal: apa yg aku mimpi?

Aku mengistiharkan diri aku dan sorang kawan ni as a couple. Selama ni in reality status kami just as kawan je r. x mungkin akan bertukar status. Tp dlm mimpi bila declare jer teros semua jadi terindah (duh aku memang x tahu ayat yg leh beritahu apa yg sebenarnya aku nak cakap skarang ni yg leh share apa otak aku nak bagitahu)..

Btw, apa moral dari mimpi ni: pendek kata, x semua apa yang berlaku dalam mimpi-mimpi yang indah perlu direalisasikan..


Kalau kawan ni tahu pasti dia akan ketawa. Who is she? Hmmm…

Thursday, October 22, 2009

My Part

Pernah x kalu masa korang dah habis minom2 ngan kkawan then ttiba one of the kawan or ssapa yg ada kat persekitaran tempat minom tu ttiba tegor tanya either korang okey ker x? Korang rasa cam korang dah ngan jayanya buat2 cam biasa rrupanya still ada gak makhluk tuhan tertentu yang leh detect something wrong with you. Hanya based on mata korang, senyuman or gelak tawa korang, cara korang cakap or even simplest thing yang korang x sangka sikit pon leh bwat orang2 tertentu ni tahu yang saat tu mood korang adalah berbeza dari mood korang saat2 laen.

Then ia bwat korang rasa korang sangat2 x suka pada orang yang ngan senang leh baca perasaan korang hanya based on luaran je dan paling x bestnya korang tengah sedaya upaya untok sembunyikan perasaan sebenar korang.





Pernah x kalu masa sorang kawan ko dah habis minom ngan the other kkawan laen then ttiba ko tegor dia tanya either dia wokey ke x? Somewhere some how hanya ngan mata dia, senyuman & gelak tawa dia or even cara dia bcakap bwat ko ngan mudah detect there is something wrong ngan dia.

Then dia persoalkan ko:

“Apsal ko peduli sangat ttg aku r?”

Then korang jawab lagi:

“Sebab aku x akan tanya orang yang aku baru jumpa kat tepi jalan masa aku tgh balik dari shopping. Ko kawan aku r, bodo…!!”

Or dalam bahasa yang lebih baek ia akan berbunyi:

“Im just doing my part as a friend. Aku yakin kalu ko berada kat tempat aku pon ko akan bwat benda yang sama gak kan?”




Friday, October 16, 2009

Normal & Broken

Bila aku check kat ATM machine, baki duit aku dah masok tahap gawat: dah di luar belanjawan aku. Sedar x sedar almost half of my elaun dihabiskan untok ubat je..

Bila aku tengok cermin, sakit aku masih lagi x berubah. Setiap ubat yang aku guna x kira yg baru or lama, semuanya seem x beri apa2 effect lagi. Cam seolah2 kulit aku dah imun then reject semua ubat2 tu.

Then bila fikir2 balik, dari aku kecik sampai umor 24 tahun ni.. entah dah berapa puluh ribu dihabiskan oleh parents hanya untok aku. Apa sebab sebenar aku nak habiskan bakal berapa ratus ribu lagi duit pada masa akan datang? Hanya sebab aku takot satu hari nanti kaki aku akan lumpoh? Or hanya sebab aku x nak mati lebih awal? Or hanya sebab aku nak sehari rasa jadi normal cam others?

Teringat masa umor 13 tahun lalu, seorang budak lelaki menanggis & merayu pada parents dia supaya dia tak perlu turun lagi ke sekolah sebab dia takot kawan2 dia akan sisihkan dia sebab sakit kulit dia. Then dia marah dan persoalkan tuhan kerana jadikan dia x sama cam abang dia dan seperti yang laen..


Aku bukan budak lelaki tu lagi…

Radzi, mr. Cousin & Idealogi


Babak 01
Semalam as usual cam pagi2 sebelomnya, kkawan lelaki ajak kuar minom sarapan kat café office. Cuma Koland agak busy so aku dan Radzi terpaksa r tunggu. Dan dalam masa tunggu2 tu kami borak2lah. Even aku rasa itu adalah perbualan paling panjang antara kami berdua. We share story about plan masa depan dan cita2. Dia banyak bercerita. Aku mostlynya as usual just dengar je. Then kedian aku cakap 1 thing:

“Ko tau x, Radzi. Kau membuatkan aku teringat kat Kazen aku”

Memang apa yang Radzi nak, cita-cita & matlamat hidop dia memang sebijik cam kazen aku. Even apa yang dia cerita memang aku pernah dengar sendiri dari mulot kazen aku. Then aku bagi a little bit kata2 motivasi pada dia (walupon jalan ceritanya penoh ngan anasir x baik tp moral valuenya yang penting) pasal dia lately agak bersedih ngan kesihatan dia: serangan astma dia yang makin menjadi2. Then aku bagitau r:

“Ko leh jadi cam kazen aku gak. Once dia nak 1 thing then dia musti dapat x kisah cam ne pon caranya. Dia ambik rasuah, jadi peliharaan org, have sexs with orang sana sini.. don’t care laa. Matlamat menghalalkan cara r.. Janji what he wish 4 he get laa..”

Radzi just ketawa..

Cuma aku lupa nak pesan kat dia supaya jangan ikot benda yang x baek tu r.. Harap2 dia faham r.. Hmmm..


Babak 02
B4 tengahari dapat msj dari sorang kawan tru FACEBOOK. Jarang2 jumpa dia walupon rumah mmasing x r jaoh mana pon. Dia tanya with full of curiosity ttg primary photo aku (gambar atas ni laa). Dia tanya banyak kali ngan penegasan:

“Are u sure that u r not doing sexs with the sexy guy in the pic?”

Aku ketawa besar. Aku bagitau r yang gambar tu just kebetolan aku ambik masa dia tido masa di Tanjong Manis dulu. Dan gambar tu aku rasa cam cantek plak.. then petang tu kami chatng plak. Dia still x percaya. Dia rasa aku dah join their group. Both of us memang jenis yang open. Kenal pon dah lama. So x ada faedah aku nak tipu dia or nak tipu diri sendiri. Im not ready to be gay yet. At least not in nearest time laa.. Dia faham dan x pernah nak paksa pon..

Then kami chatng lagi. Beberapa ayat dia bwat aku ketawa. Bwat aku teringat kat sorang kawan laki masa skolah dulu. Leh kira rapat gak r. Selalu lepak n borak ketawa ssama. Shingga r satu ketika dia bagitau feel dia pada aku then ask me to have a sexs with. Aku reject r. Tapi then persahabatan kami jadi rengang. Yang aku heran ialah aku bukan reject diri dia just im not ready to be his couple and have a sexs with him jer.. even aku rasa bangga apa bila masa ada sorang lelaki yg sempurna ciri lelaki luaran dia leh suka kat aku.. hmmmm…

Btw, tahu ayat apa yg bwat aku ketawa? Dia tanya:

“What if kalu dia (Radzi) suka kat ko (aku)?”

Aku ketawa then balas:

“I cant have a sexs with a guy yang each time aku tengok dia then aku akan teringatkan kat kazen aku sendiri.. sangat sadis”



Dia pon ketawa. Aku rasa dia paham. Being gay is not my ideology.



p/s: aku x sepatotnya gi Mc D semalam. Sekarang aku dah x leh tido satu malam dan ia bukan aku rasa demam sejok..

Wednesday, October 14, 2009

Home

Hari ni tadi 3 ahli dari rumah sewa tanya bila aku akan balik semula ke rumah sewa? 2 dari mereka memang x praktikal di tempat yang sama pon..


Dah sebulan aku x tidor di situ lagi…




Aku masih ingat dengan jelas sebab sebenar kenapa aku pindah ke situ. Walau parents aku tentang tp still aku ngan keras kepala aku. Waktu tu aku sangat2 yakin aku sedang pertahankan sesuatu. Satu sebab yg cukup kukuh untok aku tinggalkan keselesaan yang ada di rumah aku kepada sebuah rumah yang sangat daif: yang lantainya senget, belakang rumahnya ada orang gila, setiap kali hujan ia akan membasahkan bahagian2 tertentu dalam rumah, kucing jiran yang suka mengigit dan mencakar kaki orang etc..




Tapi sekarang, kehangatan dulu aku rasakan sekarang dingin…




Mungkin ada benar pada kata2 Radzi, jangan lawan cakap orang tua. Tapi dah nama pon aku. Tak sah kalau x langgar nasihat orang, peraturan dan semua benda… walaupun at the end aku tahu aku memang akan kalah..




So perlukah aku keluar?
Aku tanya kepada orang yang sama sebab aku masok ke rumah tu..





Sebab hanya ko saja yang boleh buat aku keluar dari rumah tu…

Tuesday, October 13, 2009

The Next Best Thing (part 2)

Jom kuar makan. Yang laen x da r…!!

Pernah x berlaku situasi cam ni? X paham? Dalam peribahasa melayu ada bunyik “Bila Gading x ada, tandok pon berguna jugak” dan dalam situasi ni korang ialah tandok aka PLAN B (ayat DIDI): Orang TERpaksa pilih ko sebab dah x ada yg laen. Sadis jer bunyik kan?

Sejujornya aku x kisah pon jadi THE NEXT BEST THING ni cuma kkadang ayat yg ko guna untok cakap or reaksi yg ko buat tu cukop2 buat aku sakit hati r. Seem like kalu ko nak aku then ko ambik tapi bila ada benda baru yg lebih baek then ko letak r aku kat mana2 sehinggalah saat ko nak guna aku lagi. Itu pon kalu ko still ingat kat aku lagi. Then bila ko perlukan aku lagi then aku dengan bodoh still akan ikot ko lagi..


Sama gak kalu korang mintak something dari aku then aku akan bagi apa yg terbaek yang aku ada. X akan ada istilah kasta kelas kedua untok sesiapa pon. Tapi kalu benda yang ko sendiri kelaskan as x bernilai buat ko tapi ko still bagi kat aku, aku terima. Ia still berharga untok aku..


Aku x buat r benda yg nama dia ‘list of best friends’ yg mana akan jadi first place, runners up, dan tempat terakhir. Once aku anggap ko kawan then sampai bila2 pon still aku akan anggap ko as kawan sehinggalah satu ketika ko sendiri yang akan pilih untok remove aku dari ko punya list of friends. Tp bukan aku yg akan delete kawan aku sendiri.





Bagi aku once gading x ada, x akan benda laen yg leh ganti tempat dia…
Then once ko x ada, x ada sesiapa pon yang leh ganti tempat ko…



p/s: kalu ko (yg tengah baca post ni) terasa then aku mintak maap..

Friday, October 9, 2009

Tanjong Manis


Pada Rabu: 7 hb yg lepas aku awal2 pagi as early as 6 am dah berada di airport. Kak Lidya emergencyly x jadi pergi, Bang Pian plak gi lewat so aku r satu2nya wakil bahagian penerbitan yg gi Tanjong Manis untok event pecah tanah kawasan Halal Hub di Parcel 1. Even aku rasa aku r satu2nya wakil office yg gi on that flight tapi last2 ada gak ramai lagi yang gi (x ramai pon sebenarnya. Just 7 orang jer)

01 . Ni r MASWING yang bwat julong2 kalinya aku naek. Gila kecik. Takot gak woo masa first naek. Ngan ketinggian aku yang tinggi bwat terbongkok gak r nak sampai tempat dudok.

02. Prasarana dalam pon gila daif r. Seat dia, safety belt dia even ada kipas angin kecik ada dua kat dalam. Nak dibuatkan cerita si co-pilot dia asyik2 tercarik2 data dalam buku manual. Hmmm.. Simpang malaikat 44 je r aku nak naek benda ni lagi laen kali..

03 . Kira2 sejam kami mendarat ngan selamatnya. Airport Tanjong Manis memang kecik and sunyi r. sesuai gak r ngan kawasan ni. Tapi ada 1 masalah besar punya. All of our luggage termasok buku2 and dokumen2 penting rrupanya x dibawak sekali.. duh.. mati aku.. dah r aku sehelai sepinggang then amanat yg khas untok aku bawak: buku souvenir pon tertinggal sekali.. kalu baju no big deal r untok aku pakai semula baju yg sama tp kalu buku souvenir tu x dpt nak di tolong r. hampeh wooo

04. kalu ikut maps ni jaoh woo antara airport (x warna hitam) ngan jetty terminal (x putih) ngan kawasan kediaman dan tempat perasmian pecah tanah nanti.

05 . Then van bawak ke kawasan perumahan. Aku dudok satu bilik ngan kkawan lelaki laen kat arrow tu. Kedian pasal aku punya luggage x datang so aku x ada kerja. Plan nak gi STIDC punya office division Tanjong Manis and llepak ngan kkawan protocol tp sunyi plak office masa tu.

06. Then lepak je r ngan Caney (baju biru) dan Radzi (selain baju biru) yang kebetolan bertugas kat jetty yg x jaoh dari office. Dan kebetolan aku bawak kamera dan diaorang apa lagi: bergambar ngan aksi yang terlampau.. hmmmm

07. Lihat tarikh: 11 Mac 1990. Aku still tadika lagi rrupanya kawasan ni first di bukak.

08 & 09. Then after lunch kamiorang (aku dan ajk protokal r. ssaja nak menyampok) gi kawasan parcel 1 untok majlis pecah tanah keesokan hari. Sejujornya banyak gila benda yg perlu dibwat saat2 akhir. Even aku sendiri pon terpaksa buat kerja last2 minit pasal semua barang still x ada..

10. Ni orang yang cukop penting. Start dari office lagi kerja dia dah banyak gila sampai satu bab dia dah x nak masok bilik pasal x henti2 terima called orang asyik nak Tanya n gave inform.. respect r kat Kak Zu.

11 . Ni gambar 4 orang gadis model syarikat kambing. First ingatkan kambing ni untok tujuan pameran.. rrupanya ada ritual yang susah nak diterangkan. Mostly komunity sini Iban and Melanau (ada yg Islam) so amalan animism dan certain ritual masih diamalkan lg r

12. so effect paling utama ialah pada miss environmental aka budak kechik iaitu Anita..

13. Caney lalu bertindak cam macho r as abang besar protect laa si Anita (reality dia ketawa je lebih2) dan Radzi bwat2 muka ketakotan.. hampagas mamat sekor ni

14. Dan aku menggunakan otak pada lutot aku untok pujok Anita ngan cara bwat dia nampak lebih tinggi dari orang2 yang tinggi. Tp walupon dia berdiri atas kerusi still aku tinggi lg. maka Glo (gadis bercermin mata hitam takjub melihat keajaiban itu) hmmm..

15. Dan Radzi mulai faham perasaan menjadi orang yg pendek… Anita pon ketawa besar..

16. Walupon Irwansyah berkata ‘berdua lebih baek’ tp pasti still akan muncol yang ketiga. Then aku teringat pelajaran agama zaman sekolah2 dulu: Zulkarnain itu maknanya yang bertanduk dua. P/s: nama Caney sebenar ialah Zulkarnain.

17. So semua berkumpol ambik gambar ramai2. Reality ramai lagi yg x ada pasal ada kerja laen. Then yg berlaku seterosnya x ada dlm gambar ialah aku gi tempat kediaman bos aku ambik barang. kat kawasan tu bwat first time aku jumpa kapal yg sangat2 besar tengah sedot wood chips yg sangat2 banyak. Then bos ajak makan sekali. Makan udang besar yg sangat segar. Manis sangat rasa dia. Dan aku buat pertama kali dalam umor 24 tahun makan DABAI (pasal kena paksa) dan aku yakin aku x akan sentoh benda tu untok 24 tahun yg akan datang. Hmmm.. sekitar jam 7pm beg pakaian baru sampai..

18. 8hb ialah the big day. First snap aku ambik ialah gambar ni. Pasal apa? Last night dia check kamera aku nak tengok gambar dia yg aku ambik. Duh.. dalam hati aku kata “Aku x ada ambik gambar dia satu upon” (yg ada pon just kebetolan jer). dia bwat statement bunyik sedih “satu hari aku ambik gambar org laen jer(pasal ada sorang bos tugaskan dia as amatur photographer untok ambik gambar diaorang)then x ada org nak ambik gambar aku”.. Duh cian plak. P/s: kesan baju ialah tumpahan air. Kalu tengok belakang lagi basah pasal dia lepas mandi teros jer pakai baju.. pulok..

19. Lepas tu aku berebot gi office photostate Dato Amar punya speech untok press. Dah r tempat dari rumah ke office ke site bukannya dekat. Transport plak bukannya teros nak bergerak. Event kerja agih buku souvenir pon terpaksa bahagian protocol yg bwat. Lepas terkejar sana sini, aku teros lepak ngan Beppy. Beppy nampak jer senyom dlm shot ni tp reality serius wei muka minah sorang ni. Gila r hari panas. Orang yg datang lebih dari 6000 ngan perangai cam apa r..

20. Then masa nak tunggu VVIP pynya r lambat then jalan2 sikit2 ambik gambar ngan kkawan yg tengah bwat tugas sambot tetamu.

21. Ni Phia tengah x sabar nak tengok tarian singa sambil berlindung dibelakang bbudak form 2 SMK BELAWAI.. tp last2 dia x sempat pon tengok pasal VVIP lambat dan dia perlu berada pada tempat bertugas dia.. hmmm

22. Ni r lokasi penyambot tetamu paling depan. Center tu ialah model jemputan aka gadis Melanau real punya

23. tarian singa

24. Tengok sapa yg beruban putih ni? Hmmm

25. Aku bergambar ngan model jemputan. Gila Caney & Radzi leh berkenan plak ngan dia. Naya apa. Budak ni still sekolah r.

26. Orang kuat dari SEAPARTY: syarikat Taiwan yg punya kawasan ni dan menaja semua kos dan x terkecuali jadi kegilaan Beppy and Nana.. Mata duitan r (sambil mengeleng2 kepala)

27. Bila Chief Minister dan orang2 besar laen dah masok then kerja bbudak protocol dah habis (aku awal2 lagi dah habis).. kkawan yg handle transport pon datang gak. Aida ngan Atol berjemor je tunggu and record and handle bas2 yg datang manakala Radzi n Caney jadi bus conductor dalam bas.. P/s: tengok tangan Aida ada burger..!!

28. Bila event tamat then ambik gambar ngan latar main stage ngan Glo (yg bertugas kat airport)

29 & 30. Then balik rumah. Ramai2 penghuni yg macam sardine last nite dah balik. Dan yang tinggal bwat apa lagi: tido r. then ada yg tanya apsal gambar kaki? Pasal kalu aku ambik shot bahagian atas then ia leh dikategorikan as untok tontonan 21 tahon ke atas sahaja. Aku x nak tido, kang malam aku x dpt tido plak. So aku meneroskan pembacaan karya ANDREA HIRAKA: LASYKAR PELANGi. Best r.. nanti aku habis baca aku kuarkan post khas..

Not in pics: then malam tu aku bertukar jadi BABOON. Gila meroyan aku bila aku baru sedar mistake yg aku bwat. Rrupanya selama ni aku fikirkan yg flight aku sama ngan Kak Zu and the rest of the team (yg aku pegang tiket diaorang before) rrupanya kami bertolak dari 2 arah yg berbeza. Dan aku dah sangat terlambat. So plan aku terpaksa batal tiket flight and balik guna jalan laen. Plan last2 lepak ngan kawan kat Sarikei. Then bwat lawatan kat rumah n sekolah lama..

31. Tp ppagi tu after Suboh Kak Zu called bagitau ada gak team office laen yg beli tiket last minit sama penerbangan aku. So back to first plan.

32. So plan baru ngan 3 akak office ngan Anita dan Intan ialah gi Sarikei first. Anita balik Sarikei pasal nak jumpa and stayed 3 hari ngan sis dia. Kes Intan plak pasal mak dia x nak dia balik guna xpress laut. Sebab naluri seorang Ibu, so Intan terpaksa gak balik guna jalan darat. Thanks to bang Hamdan (pemandu office) yg still ada kat Sarikei then boleh r sekali ngan dia balik Kuching. Kalu x naya gak r Intan

33. Gambar ‘mesra’ aku dan Intan di Sarikei wharf

34. Dalam boat xpress yg sangat2 daif dan menakotkan. Last time naek benda ni kira2 4-5 tahon lepas r. memang creepy r.. x da ciri2 keselamatan langsung. Selamat perjalanan Cuma sejam jer

35. Nanas Sarikei. Kami bertolak dari sarikei jam 9.15 am. Teksi tu agak slow sikit. Memang naya r kalu lambat. Kami sampai di airport Sibu betol2 10.30 am.. flight bertolak jam 11.25 am

36. Ni ‘BELON’ yg aku naek.

37. Bandar Sibu dari udara.

38. Sampai di Airport Kuching, first destination aku ialah… bukan Mc D tapi STARBUCKS. Lega ngan aroma dan rasa latte… Then Santubong here I come..

39. Petang teringat kata2 mak Intan. Then mmsj kkawan dalam boat. X da balasan. So gi je r kat wharf Kuching. Bimbang gak r. Last2 baru ada balasan dari beberapa. Aku bimbang bukan sebab hnya ‘dia’ je ada tapi sebab kkawan yg laen pon ada. Syukur nothing bad happens..



Bila sedar2 balik. Dalam beratus2 gambar yg aku ambik, Cuma sorang kawan je yg pergi sekali tp aku x ada gambar dia.. Koland… hmmm

Saturday, October 3, 2009

Kawan

Adakah korang boleh ketawa saat kawan korang sedang menanggis?
Adakah korang boleh bergembira saat kawan korang sedang kesakitan?

Bagaimana rasa korang kalu korang sedang menanggis tapi kawan korang leh ketawa gila2?
Bagaimana rasa korang kalu korang sedang kesakitan tapi kawan korang leh bergembira sakan?





Bagaimana rasanya kalu kawan ko sedang menanggis kesakitan tapi korang x leh nak bwat apa-apa?

It totally SUCKS…!!