Tuesday, April 17, 2012

Melayu Jati

Kalau kita ni hidup dalam world or witch and wizardry aka cerita Harry Potter then korang ialah Pure Blood meanwhile orang lain adalah Half Blood or Mud Blood or worst muggle or squib (Ooh, maniacnya aku pada Harry Potter). Dan korang sangat proud of your pure blood line tu sehingga korang tak anggap mereka yang lain dari korang mempunyai nilai manusia. What I am talking about today ialah tentang manusia yang sangat maniac dengan bangsa sendiri.


Aku tak tahu apakah perasaan yang patut ada dalam diri aku apabila dilahirkan sebagai seorang yang berbangsa Melayu di Malaysia? Adakah aku harus bermegah diri, bangga, riak, takbur, seems like nothing, mahu, terkutuk, hina apabila ada orang yang sebangsa aku dengan ringan mulutnya berkata kepada bangsa lain agar balik ke negara China or ke India dan tengok ar sejauh mana ko boleh hidup kat sana..

Aku yang baru beberapa kali dengar klausa tu secara live rasa sangat terkesima dan nak mengutuk bangsa diri aku sendiri. Apa kuasa khas yang ada pada bangsa kau yang sangat special sehingga kau boleh menghalau orang yang berbangsa tak sama dengan kau keluar dari tanah yang totally bukan milik kau jugak?

Mungkin korang ada persamaan kuadratif nak buat cam:

Orang Cina asal dari Tanah Besar China
Orang India asal dari India

So orang Melayu asalnya dari Tanah Melayu ar ...


Btw sejak bila Tanah Melayu ni milik orang Melayu. So kita lihat dari perspektif lebih besar. Kita semua tahu yang Amerika bukan dimiliki oleh mat salleh yang sedia sekarang ni. America belong to the real American iaitu natif asal mereka. Thanks to Christopher Columbus yang membuka Amerika untuk menerima semua orang tanpa mengenal bangsa, agama or kepercayaan membangunkan Amerika bersama-sama sehingga membentuk apa yang ada pada hari ni.

Jadi apa yang aku nak share sekadar: Melayu yang sedia ada hari ni sekadar pendatang. Sebab bangsa asal yang menduduki Tanah Melayu korang ni ialah orang asli yang korang perlekehkan warna kulit or style rambut berbeza diorang tu. Mereka dikhabarkan dalam sejarah as golongan yang aman dan tak suka berperang but gelombang kedatangan Melayu telah membuang kediaman asal mereka di pinggiran pantai jauh kepedalaman hutan. So apa hak kita nak menghalau orang lain pulak selepas kita halau penghuni asal tanah ni?



...



Kalau Ibrahim Ali kata benda tu berulang kali then it does not really matter laa sebab semua orang tahu yang dia memang seorang taksub pada bangsanya. Tapi masalahnya aku pernah dengar statement yang sama dikeluarkan masa khutbah Jumaat. What the F word is that? Islam tu milik Melayu je ke? What if kalau ada umat Islam yang berbangsa selain Melayu ada dalam masjid waktu tu? Kenapa institusi masjid leh jadi kotor cam tu sekali?




....




Apa yang aku nak share hari ni ialah jangan terlalu taksub dengan bangsa, agama, warna kulit, fahaman politik, gaya hidup korang. Even jangan terlalu taksub dengan nation Malaysia sangat sehingga bila ada artis dari negara jiran menang anugerah dari negara kita then terus kita nak laungkan rasa marah tak tentu pasal. 














Hmmmmm...

Sunday, April 15, 2012

Aku Hilang

Aku baca buku. Aku tengok wayang. Aku melihat manusia berjalan. 


Ketika dunia sedang bergerak laju, kau hanya berdiri statik di tengah-tengah kesibukkan manusia yang ramai tanpa ada sesiapa yang mahu peduli akan kewujudan kau. Sekuat mana kau cuba menjerit, suara kau hanya angin yang berlalu dingin di telinga mereka. Sepertinya kau bukan sebahagian dari alam semestar ini..













Kekadang aku ingin sendiri. Berbaring di atas padang rumput luas. Membiarkan masa berlalu tanpa aku perlu peduli sedikitpun tentang kewujudannya. Berbaring berlangitkan bintang malam.













Sendiri dan hilang itu berbeza. Sendiri itu apabila kau memilih untuk berehat dari kesibukkan dunia dan kembali bila kau dah bersedia. Hilang itu apabila kau dan dunia adalah 2 entiti yang berbeza.
















Dah berminggu rasanya aku hilang. Tak siapa yang sedar dan tak siapa yang ambik peduli.

Ngeri: A Book Review

There are no such thing as idea yang asal dalam sesebuah penciptaan. Semuanya berhubung kait dengan idea-idea terdahulu. Contoh: novel Zombijaya mungkin ialah novel zombie pertama Malaysia tapi books or idea tentang zombie dah ada lama di dunia ni. So apa yang menjadikan satu idea berbeza dengan idea yang lain ialah bagaimana penulis membawa plot penceritaan cerita tu. As idea cerita hindustan ar: Hero jumpa Heroin-menari-Hero kalah lawan orang jahat- menari-Hero menang-tamat. Kan?


Kalau seseorang makhluk tuhan tu nak aku cadangkan novel Bahasa Melayu pertama untuk dibaca then aku tak mungkin akan cadangkan Ngeri as permulaan untuknya. Sejujornya Ngeri boleh pergi jauh jika penulis: GINA YAP LAI YOONG mengaplikasikan dengan jayanya unsur suspen dalam novel walaupun idea yang cuba dibawa sebenarnya agak terlalu klise.

Klise dalam erti kata kalau aku soroh korang teka siapa pembunuh di antara: 3 orang mahasiswa jurusan filem yang menghasilkan skrip pembunuhan kejam yang suddenly happens real, seorang pensyarah yang selalu reject idea tu dan seorang pembantu pensyarah yang nerd. Then mestilah kita dengan yakin kata pembantu pensyarah tu pembunuh kan and that what happens in this book. 

Penulis tak cuba untuk bermain dengan ayat-ayat yang akan mengganggu otak kita untuk syak orang lain as pembunuh. Ayat yang diberikan oleh penulis terlalu lurus. Menjadikan kita pembaca menerima bahan ceritanya terlalu bulat-bulat.

It is a great things for a penulis berekspremental dengan karyanya cuma dalam Ngeri ia kurang berjaya kot. Aku nak tanya korang: korang berhubung ngan kawan korang dalam dunia maya guna medium apa? Facebook? Twitter? YM? or e-mail? Cerita ni quite nonsense bila group of budak filem yang totally terkanl ngan kreativiti leh guna medium e-mail untuk berbual harian ngan kawan mereka ketika FACEBOOK dah wujud. It seems like guna kaedah burung merpati ketika zaman posmen dah wujud. Sangat annoying gak ar baca terlalu banyak e-mail dalam novel ni. 

Aku agak mempersoalkan kenapa penulis tak masukkan sekali skrip yang ditulis oleh pelajar tu sekali ke dalam novel. Skrip yang dikatakan brutal, kejam dan tak berperikemanusiaan tu. Kalau ada skrip tu rasanya pembaca akan terbuai sikit dengan ayat-ayat kejam sambil berimaginasi ganas ar...
















Pendek katanya cerita ni just biasa-biasa jer. Kalau aku leh pulangkan balik buku ni untuk dapatkan wang aku balik then I will do it now. Sayang, cerita yang leh diterjemahkan dengan cara yang lebih baik just dilakukan secara biasa-biasa jer..




















Btw buku Catching Fire aka sequel The Hunger Game dah habis dalam pasaran kedai buku di Kuching. Hmmm..