Thursday, February 7, 2013

Dari Tanjung Malim ke KLCC Review

Soalan:
Ko seorang blogger then one fine day ada sorang call kata dia nak publishkan beberapa post kat blog ko untuk dijilidkan menjadi sebuah buku. Apakah reaksi kau?

a) Sangat happy sebab penulisan kau dihargai dan bakal dibaca oleh khalayak yang lebih besar lagi. Dan berkat kesabaran dan kegigihan kau menulis akhirnya boleh menjana pendapatan sampingan kepada kau.
b) Kau jadi marah sebab kau rasa dimanipulasi oleh kapitalisme. Blog tu free dan orang leh baca ngan percuma setiap satu post kau tulis dan kau leh update lagi sepanjang masa so kenapa pulak diaorang kena bayar buku yang tulis benda yang sama..?


Dari Tanjung Malim ke KLCC ditulis oleh penulis yang sama untuk blog Sembang Kencang iaitu Fdaus Ahmad. Dan benda yang sama ditulis dalam blog beliau telah diadaptasikan ke dalam bentuk buku. So buku ni ialah cerita tentang Fdaus Ahmad yang dudok kat Tanjung Malim yang setiap hari ulang-alik naik bas kerja kat KLCC dan ada wife yang diberi nama Cikgu Kubu Baru, adik diberi nama Brother Otago, anak bernama Fateem dan beberapa orang kawan. Dia ordinary guy yang ada ordinary life so apa yang dia tulis totally dapat kita relate.

Kecuali bila kau baca part pengenalan yang menceitakan biodata penulis yang lahir kat Kota Florence, Italy. Petah bercakap Perancis, Inggeris & Sepanyol. Mampu menghafal Al-Quran pada usia 6 tahun. Diterima masuk Yale University pada usia 12 tahun bla bla bla pasti akan buat ko terbukak mulut tergamam sambil mempersoalkan "Mana part ordinarynya mamat ni..?". Jawapannya: Dia kelentong jer semua tu. Hmmm..


Secara keseluruhan: buku ni best tapi masalahnya sebab ia diambik sepenuhnya dari blog so harafiahnya kita tak baca keseluruhan blog dari awal penulisan sehingga penulisan terkini just dalam satu hari jer. So it takes 2 minggu lebih gak untuk aku habiskan novel tak seberapa tebal ni. Mode membaca buku ni cam menonton Kampung Boys by Lat kat Astro Ceria. Setiap episode ceritanya lain tapi ko tak boleh nak buat marathon keseluruhan season tu satu masa. Nanti otak kau akan meletop. Sebab mostly setiap episode or chapter dalam buku ni ceritanya lebih kurang sama jer.

Tapi apa yang menjadikannya berbeza ialah cara penulisan Fdaus Ahmad ni. Dia tulis sempoi tapi bermula ngan nada serius dan setiap new chapter tu ada klimaks sendiri dan cukup pasti peleraian tu akan buat korang rasa betapa sengal ar mamat Fdaus Ahmad ni. Antara partnya cam dia boring setiap majlis kawen mesti minum sirap so dia nak majlis kawen dia guna air coke or hadiah perkahwinan dia dulu makin lama makin hilang rerupanya dia recycle as hadiah untuk majlis kawen kawan dia or dia punya malas nak cuci kasut zaman sekolah-sekolah dia dulu tapi last-last dia gak yang terpaksa cuci kasut sekolah anak dia. Hmmm










Keseluruhannya: cover buku ni sangat cantek, paper dan font susun atur sangat ada kelas, kalau korang tengah bad mood then baca buku ni then korang pasti akan tersengih-senyum-ketawa sesorang. Then kalau korang tanya sama ada perlu ke tak untuk membeli buku ni. Then jawapan aku: aku tak menghalang dan aku tak mencadangkan. Sebab dia ada blog yang content dia sentiasa diupdate tapi kalau ko beli buku ni then one day semua teknologi kat dunia ni suddenly tak leh guna so still kau leh baca versi bukunya lak or jadikan as bahan bakar masa kecemasan. Hmmm..

Tuesday, February 5, 2013

Laksa

Aku cukup cerewet bab makanan. Kalau korang makan luar ngan aku then once makanan tu dah masuk mulut aku then korang pasti akan dengar aku buat review penuh tentang makanan tu. Mostly bab negatif ar cam: kurang pedas, kurang manis, kurang masam, sejuk, tawar, manis sangat, sikit sangat, harga mahal or kalau makanan tu dah perfect then customer service teruk, kedai kotor, parking susah. Membuatkan aku refer untuk makan kat Mc D jer sebab mana-mana outlet rasa makanan tu sama jer. Hmmm..


Pendek terus kepada cerita. Aku tak suka laksa. Tak kira Laksa Penang, Laksa Johor, Laksa Kedah tetap aku tak suka. Mostly aku tak suka sebab mee putih yang besar tu puncanya. Apa namanya eh..? Sebab bila benda alah tu dicampur ngan kuah laksa tu terasa cam tak bercampur. It seem like aku sedang menelan 2 entiti yang berbeza. Mee laksa tu sejuk. Kuah laksa lak panas. Memang tak menjadi ar.

Then Laksa Sarawak pun aku tak suka gak. Sebab apa? Sebab ia tak guna Mee laksa tu sebaliknya just guna mee hoon jer. Kalau ia guna mee laksa pun aku tak pasti akan suka gak. Wakaka








Biasanya aku hanya merasa Laksa Sarawak bila Angah aka kakak aku merajinkan diri masak. 

















Entah apsal tetiba aku teringin nak makan Laksa Sarawak lak sekarang ni. Tak tahu entah apsal. Baby dalam kandungan tengah mengidam kot.. Wakaka..

Hypnotize

Aku rasa ada orang hantar mandrem (betol ke ejaan nih) aka ubat guna-guna kat aku. Sejak dua menjak ni sehingga membuatkan otak aku asyik ingatkan kat dia jer. Selang beberapa minit jer aku pasti nak tengok gambar dia, nak tengok status FACEBOOK dia, Instagram dia etc. Masa nak tidur aku jadi gelisah. Aku takut kalau dia tak muncul dalam mimpi aku.


Aku sedaya upaya untuk tak pedulikan kewujudan dia. Tapi ia akan membuatkan tubuh aku menggeletar. Air mata aku mengalir. Senyumannya meng-hypnotize-kan. Aku addicted dia.




















Tak mungkin aku sedang anggau.













dan perasaan ni tak mungkin cinta. Hmmm..