Wednesday, November 16, 2011

An Alien From Sarawak

Apakah nama negara or nama tempat yang korang tak pernah dengar langsung seumur hidup korang? Yap, jawapan paling kurang ajar akan kata "Macam mana aku nak bagitahu nama negara tu kalau aku memang tak pernah dengar nama negara yang aku tak pernah dengar lagi tu?". Hmmm..


Technically aku dah kerja kat tempat ni lebih 2 bulan. Antara fakta menarik dan agak lucu serta menyedihkan yang aku jumpa kat tempat ni ialah: most of pekerja sini tak pernah lagi secara live jumpa mana-mana manusia yang berasal dari Sarawak sekaligus menjadikan aku ialah satu-satunya manusia dari Sarawak yang mereka pernah jumpa. Hmmm.. Quite ridiculous ar kan?

It seems selama ni kita pernah dengar tentang burung dodo (Raphus cucullatus) yang known widely as burung yang dah lama pupus then suddenly ada sekor burung tu muncol dan jadi tarikan utama orang ramai. Semua orang nak tahu tentang rupa sebenar, saiz, cara hidup etc. Sebabnya: tak ada sesiapa yang hidup era ni yang pernah tengok burung dodo secara live selama ni. Ia just sekadar melalui bualan mulut, gambar dan mitos jer. Hmmm..

So waktu aku mula-mula datang sini dulu antara persepsi or tekaan awal mereka (selain kata aku ni Cina) ialah yang aku ni asal dari Indonesia, Thailand, Sabah, Perak, Kedah etc. It seems Sarawak ialah satu pilihan di luar kotak tekaan minda mereka. Then mereka mulai try nak cakap like a Sarawakian tapi aku perbetulkan: itu orang Indonesia cakap or paling koman itu orang Sabah cakap ar. Hmmm..







Or macam tadi masa tengah lepak then ada mat salleh ngan 2 orang local (sorang Sabahan ar) yang cakap-cakap then si Sabahan and the other Malaysian ni ngan mudah je kuarkan fakta pelik-pelik yang tak masok dek akal tentang Sarawak. Teringin je nak masok campor tapi biar je ar mereka ngan kejahilan mereka.


















It seems like aku satu-satunya manusia yang cukup alien yang berasal dari satu tempat yang cukup alien. Hmmm..




















Lawak? Sometime. Menyedihkan? All the time. Hmmm

Pil Tahan Sakit

Korang pasti pernah makan pil tahan sakit kan? So apa definisi korang tentang pil tahan sakit ni? Adakah:

a) Bila korang sakit, korang makan untuk menahan rasa sakit tu
b) Bila korang sakit, korang makan untuk menyembuhkan rasa sakit tu
c) Bila korang sakit, korang makan untuk menghilangkan rasa sakit tu or
d) Bila korang sakit, korang makan but still rasa sakit tu masih ada

Aku dah terbiasa dengan pill. Aku pernah telan berbelas biji pill satu hari satu ketika dulu yang setiap satu pill saiz tu sebesar kepala jari kelingking. So kalau aku pening kepala sikit or what ever ketidakselesaan pada badan aku then aku akan telan sebiji dua panadol. Entah berapa banyak panadol yang tak larut dah termendap dalam badan aku sehingga tahap sekarang aku perlu makan panadol actifast baru ada kesan.

Last week aku pergi ke Hospital Tengku Ampuan Afzan sekali lagi selang seminggu sebab arthritis aku jadi sangat teruk. Doctor dermatology tu assign aku pergi ke bahagian rhemotology tapi disebabkan temujanji tu ambik masa sehingga 2 week so doctor tu bagi aku pill tahan sakit ni. So dia kata:

"Pill tahan sakit yang saya bagi awak ni jenis yang kuat. Tapi makan hanya bila perlu sahaja. Jangan sampai 3 kali sehari sebab pill ni effectnya sangat kuat sehingga boleh jejaskan fungsi dalaman manusia.."

Aku mengangguk.







...









Isnin lepas, kaki aku sangat sakit ta tertahan. So aku telan sebijik. Effectnya kurang 15 minit aku dah boleh jalan lurus tanpa rasa sakit sikit pun. Sangat gembira wei bila kesakitan ni suddenly hilang just like that.














Tapi tak sampai setengah jam kaki aku dah berdenyut kencang balik. Hmmm..
















So pill tahan sakit bagi definisi aku ialah satu bentuk fatamorgana (gosh I dont know what the fuck is fatamorgana tapi ia sound sangat cool dan menjadikan aku seolah-olah cam sangat bijak) dunia yang sementara. Ia sama cam alkohol or drug yang membuatkan sorang tu berasa dia dapat lari dari masalah dunia tapi tempoh tu cukup sekejap and worst part ia merosakkan individu tu untuk tempoh yang lebih lama.


















Aku tak faham matlamat doktor tu bagi pill tu pada aku: Dia nak kesakitan tu hilang dalam tempoh yang sekejap tapi aku akan menderita kesakitan dalaman pada jangka masa yang lebih lama. Hmmm...

Sunday, November 13, 2011

Resign.. Again..?

Bila aku katakan pada orang yang aku baru kenal yang ini adalah pekerjaan ke-3 aku untuk tahun ni then mereka cam tak percaya. Then mereka tanya: apa kerja-kerja previous? Berapa lama bertahan? Kenapa resign? Tapi kalau orang yang dah lama kenal aku plak then dengar reaksi aku nak resign akan kata: What sekali lagi or cepatnya 3 bulan berlalu. Hmmm..

(dapat tengok something yang sedang senyum tak dalam gambar ni?)

Literally 3 bulan belum berlalu lagi pun. Memang ar purata tempoh aku bertahan pada 1-1 pekerjaan based on 6 pekerjaan terdahulu ialah sekadar 3 bulan jer tapi tempoh aku bekerja untuk kerja ni baru jer masok 2 bulan 1 hari pada hari ni. Then kekawan yang kenal aku lagi akan kata balik words yang sama yang mereka selalu kata each and every time aku resign kerja-kerja terdahulu: Aj, ko dah 26 tahun. Orang lain pada usia ko dah ada keluarga, ada rumah, ada kereta, ada simpanan banyak dah, asset terkumpul dah banyak tapi kau boleh plak fikir nak resign lagi pada usia almost nak 27 nih? (yap, tak lama lagi aku 27. Jangan lupa..!!)

Yap, aku akui yang ada certain kerja-kerja terdahulu yang aku resign seems cam aku tak tahu kenapa or apa sebab sebenar aku resign. Aku pernah guna reason: Im not suit with the job, I cant see myself work in these type of work environment for the next 10-20 years, aku menjadi mangsa politic office kat sana, tanggungjawab tu terlalu suci untok aku bla bla bla. Mostly may be sebab aku ni jenis yang terlalu free thinker yang tak suka dikongkong or buat kerja rutin yang berulang. Tapi ada masa aku resign sebab nak dapatkan nombor yang bunyik cam cantik cam aku pekerjaan ke 6 pada usia 26 tahun. Hmmm..


Cuma kali ni aku yakin sebab reason yang bakal aku guna untok resign kali ni agak lain gak ar. 


Secara fizikalnya orang akan kata sebab aku nak resign ialah kerja ni terlalu stress ngan masa kerja kekadang satu hari aku kerja sampai 15 jam sehari, masok jam 9 pagi balik jam 3 pagi then esok masok pagi lagi sedangkan dalam seminggu cuma cuti 1 hari jer. Cuti pun bukannya dapat buat apa-apa sebab letih 6 hari tu. Dah ar tu ada senior-senior dalam management yang sangat tak suka aku then hari-hari nak tembak dan jatuhkan aku jer bla bla bla then ngan tak ada masa untok diri sendiri, keluarga or social life lagi ngan stress itu ini akan jadikan sebab terbaek untok aku resign.


Jawapan aku: tidak dan ya.

Bab tidaknya ialah walaupun kerja ni seems cam sangat tak ada masa senggang tapi sebab aku ni sorang yang workaholic then aku memang suka buat kerja as long ada kerja nak di buat ar. Secondnya walaupun ada orang tertentu dalam office yang tak suka aku dan selalu serang-serang, marah-marah or cuba nak malukan aku depan orang ramai tapi selamat muka aku ni jenis yang tak tahu malu so aku selalu make fun of it. Kekadang tu orang tu makin tension ngan aku yang tak melenting bila dia nak serang aku. Wakaka.

Bab yang ya nya pulak ialah kerja ni memang tak ada masa untok keluarga, sosial ataupun diri sendiri. Dan untok aku yang tak normal ni then it hard untok terus survive. Psoriasis dan Arthritis jadi worst then ever. Memang jujor cakap kalau balik rumah dah sangat penat then nak ubat memang tak sempat then terus tidor. Lom lagi masok stress yang jadikan Psoriasis makin teruk. Last week gi Dermatology then this week aku terpaksa pergi lagi sebab Arthritis aku makin teruk. Kat sendi lutut masa berjalan dah terasa cam ada benda tajam yang mencucok-cucok. Then lastly doctor tu pindahkan aku ke department baru plak: Rheumatology aka bahagian yang handle masalah sendi-sendi tulang nih.

Cuma masalahnya as usual hospital kerajaan akan ambik masa lama. Tempohari hantar surat then next 2 week baru leh register. Dan aku tak yakin aku leh bertahan sampai tempoh tu. 













Jujor kata: sakit sangat sekarang ni. As aku kata pada doktor kulit tu tempohari: "Kalau saya tak ada iman dalam diri ni dah lama saya menanggis dan menjerit sepanjang masa, doc. Ia sakit sangat...". 






















Kalau korang nak tahu gak bagaimana rasa sakitnya then aku akan cuba kata: kalau korang di tempat aku sekarang ni then korang first benda yang aku pasti korang akan buat ialah korang pasti nak cabut keluar kaki korang waktu tu jugak.





















So? Should I resign atau tunggu lagi sehingga ia benar-benar teruk?