Friday, December 17, 2010

Menjadi Dewasa

My 20 years old cousin pernah merunggut apabila parents and most orang yang kenal dia kata her 18 years old sister jauh lebih matang berbanding dia. Aku just dengar. Sedikit tergelak. Teringin jer nak balas balik: Dont worry sis. Some people said aku jauh lebih matang dari my 33 years old brother. So kesimpulan umum di sini ialah matang bukan ditentukan oleh usia r kan? Cuma apa definisi matang yang korang rasa dan apa definisi matang yang sebenarnya?


Soalan:
Di mana garis sempadan jelas yang boleh membezakan bila seseorang masih lagi boleh digelar sebagai kanak-kanak dan bukan lagi kanak-kanak (remaja atau dewasa)? Kalau mengikut kumpulan sosiologinya usia sekitar 13 tahun sudah bukan lagi usia yang membenarkan korang mengkelaskan diri korang ass kanak-kanak lagi r kan?

Tapi as an English proverb kata: there always be a boy in every man yang mana kita semua sangat setuju bukan semua orang yang jauh lebih dewasa dari kita punya otak yang matang seiring dengan usia mereka kan. Kalaulah kes kematangan ni antara faktor yang boleh mempengaruhi saiz tumbesara manusia then aku yakin mostly kita akan jadi dunia neverland di mana semuanya masih lagi kanak-kanak. Selebihnya golongan yang matang yang mampu membesar seiring kematangan mereka plak sangat sedikit.

Entah r. Kekadang tu memang benar gak. Dari pemerhatian aku banyak sangat yang hanya dewasa pada tubuh badan tapi  perangai masih lagi macam budak kecil. It seem macam ada kanak-kanak yang terperangkap dalam tubuh dewasa mereka tu. Seterusnya mempengaruhi pemikiran dan tindakan seharian mereka yang so tak matang. Hmmm..



So apa itu matang?




Aku pernah tengok seorang lelaki yang nampak sangat matang tapi ooh shit realitinya sebaliknya. Aku pernah jumpa sorang yang nampak cam tak bertanggungjawab, suka enjoy main-main tapi disebalik sikap tu penuh dengan kematangan. Ada pulak yang matang dalam sudut tertentu tapi kurang matang dalam bab yang lain pulak.

Ada orang kata aku matang tapi aku sendiri tak mampu nak setuju sebab aku tahu aku sangat-sangat tak. As aku pernah kata in previous-previous post yang kita tak akan pernah tahu macam mana diri kita sebenarnya. So kita ialah siapa diri kita yang diadili oleh orang-orang sekeliling kita. Korang kata korang baik, bertanggungjawab or matang etc tapi korang hanya adili based on part korang buat baik, bertanggungjawab pada masa-masa tertentu or bertindak matang in certain event jer tapi orang-orang sekeliling korang sahaja yang dapat judge either korang betul-betul baik, bertangggungjawab, matang etc.. kan?





















Hari ni tadi ttiba aku rasa aku dah buat satu pilihan yang menjadikan aku rasa keputusan itu ialah pilihan hidup yang leh dikelaskan as matang. (tapi aku belum lagi matang r). Hmmm..

Wednesday, December 15, 2010

300

Post yang ke 300

(header imej pertama yang aku guna masa awal-awal memblogging dulu kala)

Tarikh hari ni: Khamis, 15 Disember2010
Tarikh first membloging: 25 June 2008
Post pertama: Budak Merah
Post most viewed: Lelaki Gay Melayu sebanyak 1399 orang viewer
Post most commented: Shit-ing sebanyak 36 comments

Facebook follower: 47 orang
Blogger follower: 49 orang
Jumlah pembaca (sejak June 2010): 9273 orang











Terima kasih kepada pemfollower blog yang mostlynya aku tak kenal pun. Pada mereka2 yang sudi memberi pandangan dan komen. Juga pada mereka2 yang leh concern bila ketika aku lambat menulis. Terima kasih gak untuk yang bagi puji-pujian yang separa ikhlas tu.



Usia blog ni belum sampai 3 tahun lagipun tapi aku sangat happy menulis. So aku akan sedaya upaya untuk terus menulis pada masa depan kelak... huhuh

Tuesday, December 14, 2010

Panduan Karangan KPLI

Esok Qhairi (workmate) akan pergi interview untuk ambilan baru KPLI yang akan datang ni. So antara keperluan yang mereka perlu buat ialah menyediakan 2 karangan yang salah satunya berbunyi: kenapa pilih jadi cikgu. So aku baca r draft kasar karangannya. Kesimpulannya kalau aku ialah seorang cikgu SKEMA then aku akan kata ia ialah penulisan terbaik yang ditulis oleh seorang bakal cikgu yang penuh komited, dedikasi, amanah, passionate etc untuk mencurahkan bakti kepada anak bangsa. Tapi kalau aku ialah cikgu yang TAK SKEMA then aku akan kata yang karangan tu hanya salah satu daripada ribuan SAMPAH yang dihasilkan oleh kaki-kaki bodek yang desperate nak jadi cikgu sebab dah give-up nak cari kerja lain. Hmmm...


So kalau aku berada di tempat dia (yang totally tak mungkin) then ini ialah contoh karangan yang aku akan hantar kepada juri-juri tu. So korang try jadi judge either ayat aku ni terlalu power tak untuk memikat hati korang untok jadi cikgu yang bakal mengajar anak-anak korang.

CONTOH KARANGAN:

Kenapa saya memilih untuk menjadikan profesion perguruan sebagai kerjaya hidup saya?

Teringat kembali sewaktu zaman persekolahan. Saya menemui pelbagai ragam guru. Ada guru yang berkerja untuk tempoh yang terhad disebabkan dia banyak menghabiskan masa pada cuti bersalin kerana setiap tahun dia memang akan melahirkan anak. Ada pula guru yang banyak menghabiskan masa berehat di kantin sekolah berbanding mengajar di kelas. Namun guru yang paling saya tidak akan lupa ialah pada seorang cikgu lelaki yang setiap kali masuk ke kelas, dia hanya membaca buku teksnya tanpa mempedulikan kewujudan pelajar-pelajarnya di dalam kelas. Malah untuk menghiburkan hatinya dia akan mendenda kami dengan hukuman yang cukup memalukan. Hanya unuk hiburan hatinya sahaja.

Sehingga saya dan rakan-rakan beranggapan bahawa guru itu hanya sekumpulan manusia yang pergi ke sekolah setiap pagi dan balik pada awal petang semata-mata untuk mendapatkan gaji yang dijanjikan pada hujung bulan. Tidak lebih dari itu. Tidak sedikitpun ia pernah berkurangan.

Namun ketika saya memasuki tingkatan enam saya menemui seorang lelaki yang benar-benar layak untuk bergelar guru. Namanya akan sentiasa tersemat dalam diri saya sampai bila-bila. Namanya Mohamad Hazani bin Mahadi. Mengajar matapelajaran Bahasa Melayu. Tapi kewujudannya disekolah bukan hanya sekadar mengajar. Dia bukan hanya menjadi seorang guru. Dia seolah-olah seperti seorang bapa yang sayang dengan penuh tulus pada anak-anaknya.

Namun saya bukan lelaki yang mudah lentur disebabkan oleh kebaikanya. Sehingga suatu hari ketika guru-guru lain hanya memerhati saya yang semakin jatuh dan terus jatuh. Lalu dia muncul menghulurkan tangan dan memberi bantuan. Tanpa mengharapkan sedikit balasan pun.






Lantas pada saat itu saya mulai menanam niat mahu menjadi seorang guru. Kerana saya mahu menjadi seperti dirinya: seorang idola yang mampu membentuk laluan masa depan yang cerah kepada orang lain. Dan bukan seperti guru-guru yang lain: guru-guru yang sanggup memperjudikan masa depan anak-anak bangsa hanya kerana wang ringgit semata-mata.


TAMAT











So amcam?