Thursday, January 14, 2010

Untitled

Teringat sewaktu darjah 4 dulu. Waktu tu kami sekeluarga dudok di flat polis marine Sarikei. Ada 1 hari tu masa nak gi sekolah aku terjatoh dari tangga flat. Dan bila balik rumah, emak bising2 pasal aku x bagitau dia pon. Dia dapat tahu accident tu pon tru jiran tingkat bawah. Even as time goes by, emak pernah menanggis kata aku x percayakan dia sebab aku x pernah share apa2 pada dia. Aku x macam Uda yang share almost everything pada dia. Tapi bukan aku. Then bila fikir2 balik, aku lah satu2nya ahli yang paling kurang bersuara dalam family. Hmmm…

Among friends, aku ialah telinga. Mereka akan bercerita, bercerita dan bercerita. Then bila turn aku nak bercerita, mereka akan potong dan terus bercerita, terus bercerita dan berterusan bercerita. At the end they will thanks me sebab sudi mendengar dan kongsi rahsia. So aku senyom. Then mereka akan kata betapa mereka jealous nak jadi aku. Sebab aku x ada masalah pasal aku sentiasa senyom dan ketawa. Sentiasa bwat orang laen senyom dan ketawa. So aku berjenaka dan ketawalah sepertimana yang mereka mahu.

Dan masa berlalu dan aku kekal sebegitu: sepertimana yang mereka mahu.

Bercerita pada apa yanbg mereka mahu dengar..

Tersenyum

Dan ketawa…



So in the middle of last March, bila aku dapat tahu tentang ‘rahsia besar’ tu… aku jadi sangat2 takot. Sangat2 takot. Aku x mampu nak tanggong bebanan tu sesorang tapi dalam masa yang sama gak, aku x mampu nak share benda tu pada sesapa pon. Not even to Uda: orang yang paling aku percaya. Pasal waktu tu dia dia sangat2 bahagia. Sangat2 gembira ngan kandungan kakak ipar masa tu. Then aku decide yg aku x nak share probs tu pada dia or pada sesiapa pon. Sebab aku x nak kegembiraan yang ada pada Uda or sesiapa pon hilang hanya sebab bebanan tu. So aku simpan ‘rahsia’ tu sesorang untuk satu tempoh. Kemudian aku berhenti kerja dan lari dan bersembunyi di RRC.








Tadi entah kenapa ttiba hati aku tergerak untuk bukak salah satu buku yang dihadiahkan oleh seorang kawan. Rrupanya ada tertulis sesuatu pada halaman belakang buku tu. Kalau aku x tergerak hati nak belek2 buku tu tadi pasti aku x akan tahu tentang nota tu sampai bila2.

Aku mintak maaf andai selama ni aku bwat ko marah, kecewa, terluka etc. Aku boleh bersumpah atas nama tuhan ko dan atas nama tuhan aku: aku bukannya x nak share story of my life sebab aku x percayakan ko. Aku sangat2 percayakan ko. Cuma aku bukan jenis yang nak share cerita hidop aku pada semua orang. Ko tanya r pada parents aku or pada family aku. Mereka hanya tahu aku pada bahagian yang mereka oerlu tahu saja. Sebab cerita aku bukan cerita gembira. Bukan cerita yang akan bwat orang ketawa. Dan kalu ko fikir ngan share cerita tu leh release bebanan tu then ko salah.. it will turns worst.. sama cam situasi aku x nak share ‘rahsia’ tu ngan my bro: Uda… sebab aku sangat2 sayang bro aku then aku x nak masalah aku akan bwat kegembiraan dia diragut. So aku bwat perkara yang sama pada ko dan kkawan yang laen gak..




Dan mungkin gak sebab aku dah terbiasa melarikan setiap perasaan serius dengan senyuman dan gelak tawa.




I still remember sewaktu di RRC, pada malam aunt ko meninggal. Aku tanyo ko apsal ko x balik sedangkan saat tu may be saat terakhir ko akan tengok aunt ko. Then jawapan ko: tengok orang sedih dan menanggis akan bwat ko sedih dan menanggis gak. Kedian kita lepak Mc D ngan kkawan laen. Aku sangat marah pada ko sebab ko boleh ketawa dan bwatkan yang laen ketawa gila2 seolah2 x ada apa2 yang berlaku sedangkan yang pergi hari tu ialah orang yang sangat rapat ngan ko.




So, can I do the same to you? Sebab aku nak teros tengok ko tersenyom dan ketawa..

















Tahun ni aku mulakan kisah hidop aku ngan berkongsi dengan dunia 1 perkara yang selama ini aku cukop2 rahsiakan: hari jadi aku. Mungkin ia sekadar 1 langkah kecil tapi setiap perjalanan yang panjang juga perlu bermula dari langkah pertama kan.. berhenti berlari... berhenti bersembunyi...

Friday, January 8, 2010

Kaki Bakar

(Post kali ini bukan bertujuan untuk menghina sesuatu agama atau bangsa atau apa-apa yang dijangkakan mampu menimbulkan sentimen2 kurang senang oleh golongan2 yang tertentu. Sekali lagi, ia hanya sekadar naskah tulisan penulis dari pandangan dunianya semata-mata)


Tadi layan berita. Tergamam bila dapat tahu ada 3 buah gereja dibakar oleh golongan pelampau agama. Semuanya kerana isu penggunaan nama ‘ALLAH’ oleh pengguna bukan Islam.


Aku pernah bersekolah di 2 buah sekolah naungan gereja (SRB St Theresa Padungan dan SRB St Anne Sarikei) dan membesar di 2 buah flat marine police (Bintawa dan Sarikei) so hasilnya gereja adalah tempat permainan kami dan punya ramai kawan yang mostlynya bukan Melayu. Even bila pindah Santubong (kawasan yang mostlnya Melayu) still punya beberapa kawan rapat Iban. Then zaman University dan sekarang lagi, memang x pernah wujud issue pengkelasan kawan hanya based on perbezaan ras or kepercayaan yang dianuti. Mungkin disebabkan oleh factor tempat aku dibesarkan membuatkan aku rasa semuanya sama. Perbezaan hanya diwujodkan oleh golongan yang terlalu obsess pada kehebatan yang ada pada bangsa sendiri sahaja.

Pernah x korang (yang Melayu ni lah) terfikir what if kalu korang berada di sebuah negara yang agama rasminya ialah kristian dan korang x dibenarkan untuk guna istilah ‘Allah’ as tuhan korang dalam mana2 penerbitan or nak sebut pon x boleh? Sedangkan Allah ialah nama tuhan korang. Dan ttiba golongan pelampau mereka menyerang masjid2 korang semata2 korang nak sebut nama tuhan korang jer? That why kita perlu lihat dunia dari sudut yang berbeza.. jangan nak serang buta tuli jer..


Korang x perlu baca Bible semata2 nak carik asal-usol cerita ni. Korang cuma perlu check buku Pengajian Agama Islam form 1 or form 2 korang balik tentang bab agama yang dituronkan dari langit. Then ada nabi2 tertentu yang diutuskan ke atas agama2 tersebot termasok bersama kitab sucinya sekali. So Allah lah yang menurunkan ketiga2 agama iaitu Yahudi, Nasrani (Kristian sekarang) dan juga Islam. Cuma sekarang istilah ‘Allah’ yang digunakan oleh Yahudi dan Kristian adalah tuhan yang berbeza daripada Islam. So x salah pon bagi mereka untok guna istilah tu sebab Ia pon memang dah nama tuhan mereka. Apa hak kita nak menghalang penganut agama tertentu daripada menggunakan nama tuhan mereka sendiri? Cuma apa yang dibinggungkan dan cuba diberitahu oleh golongan ilmuan bahawa jika istilah ‘Allah’ digunakan secara berterusan then akan menimbolkan kecelaruan dikalangan penganut kedua2 agama.


Then masalahnya bila golongan2 pelampau yang x ada apa2 basic teros nak serang hentam keromo jer. Bwat demontrasi r. Serang orang tu r. Bakar sana sini lah. Bwat onar sini sana. Golongan pelampau ni kira cam sorang kawan aku ni r. Dia jenis yg minom alcohol r then aku soal r kenapa x try makan babi sekali? Sedangkan kedua2nya haram. Banyak r dalil dia jawab. Tapi bila kuar issue2 cam ni dia r yang paling lantang bersuara nak menentang semua.. hmmmm….




Kalu lah aku ni bukan Melayu then aku pasti akan fikir bahawa orang Melayu ni (x semua r) sangat2 r manja. X boleh nak kena tegor sikit. Isu hak bumiputera nak mengamok. Isu raja2 nak mengamok. Isu kalah maen bola pon nak mengamok gak. Sensitive sangat. Teros nak melatah. Macam budak kecik yang terlalu dimanjakan akan hentak kaki bila kena tegor, then merajok, nak minta kena pujok then kena ikotkan gak semua. Nak kutok bangsa and agama orang laen tapi basic sendiri pon x kukoh. Tengok r sesame Melayu pon x bersatu. Semangat kenegerian yang sangat kecik pon korang nak gadoh besar2. Simpati r aku…

Lom lagi masok kes antarabangsa yang memperlihatkan kekejaman oleh penganut ajaran Islam. semuanya berpunca oleh pelampau2 agama yang ektremist ni r.. duh...





Ayat terkaher aku: Seingat aku Islam yang aku anuti x pernah suroh kami serang mana2 rumah ibadah orang sesuka hati. sebaliknya Islam suruh kita saling menghormati. Duh... Simpati r aku. Orang2 cam ni r yang menjejas dan memberi nama burok pada agama korang sendiri. Korang fikir ngan cara keganasan cam tu akan buat orang respect kat ko? then ko salah r..

Thursday, January 7, 2010

Koland Sekip

Part 2
Kalu ada korang suroh aku bagi senarai nama yang mengingatkan aku pada 2009 (not including family) then top of the list ialah Koland anak Sekip. Nokhtah.


On GEMS RRC last day, bila aku dapat tahu Koland pon di attach ke tempat praktikal yg sama: STIDC, aku sangat gembira plus yakin God dah plan something BIG on me. Then I promise myself 1 thing (yg aku x leh nak share ngan korang kat sini) dan kemudian aku sendiri langgar janji yang aku bwat pada diri aku sendiri.


Still remember hari2 terawal di STIDC dulu: pada pandangan mata dia yang akhirnya berjaya bwat lawan cakap parents (bukan berkali2nya) dan aku pindah masok ke GREENVILLA. Walupon aku x lama di sana tp quality time tu yang penting (kan Azan.. wakaka). Antara event yang still aku ingat cam hari dia ambik barang2 dari rumah aku (then dia terpaksa patah balik sekali lagi dan lagi pasal ada jer barang2 yang tertinggal), pada stiap malam dia bising pasal aku tidor x guna tilam (yang dia bawak khas untok aku including kipas skali), pada ayat dia untok pujok Nita agar gi skali makan STEAMBOAT tu : ‘Susah senang kita hadapi bersama’ (WTF), pada malam aku sangat malas nak simpan motosikal aku then dia pulak yg tolak, pada ketika dia sangat2 pemilih bab makanan (dia x suka makanan yang aku masak plus cuma nak beras yang emak dia tanam jer), pada mug lembu dia dan banyak lagi..

Sesiapa yang kenal Koland pasti akan setuju bila aku kata bahawa dia ialah seorang kawan yang baek. Betapa walau dia dah x tahan and nak berhenti di STIDC, tapi dia terpaksa tolak tepi pasal fikirkan transport kkawan dia nak ke office, walau kkawan laen tengah marah tentang ‘other kawan’ yang makan duit diaorang (including dia) tapi still dia x nak carik gadoh ngan kawan tu, plus Koland sangat2 risau masa rumor mak Radzi accident dulu, then dia sangat2 marah and protective bila si ZAMRI ttiba serang kkawan kami dan banyak lagi event2 laen.




Cuma aku bukan kawan yang terbaek untoknya.. Aku x berada disisinya ketika dia perlukan aku. Malah aku pilih untok x mendengar ketika dia perlukan seseorang untuk bercerita. Sehingga 1 ketika aku mulai perasan pandangan dia mulai berbeza. Seperti ada pintu besar yang tertutup dan menghalang aku untok masok dunia dia. Since then aku rasa aku sangat2 x tahu apa2 tentang dia. Aku hanya akan dapat tahu setiap apa yang berlaku pada dia tru kkawan lain. Dan yang paling sucks bila Radzi berhenti, aku rasa cam sangat2 loser bila masa aku lihat pandangan Koland sama cam pandangan dia pada hari2 terawal dia di RRC dulu: keseorangan dan mencari2 wajah2 yang boleh membuatkan dia selesa bersama dan boleh bwat dia ketawa besar2. Cukup pasti ia bukan aku…






Mungkin kau bukan lagi Koland yang sama yang pernah membuatkan aku menyesal bangun pagi sehingga tidor balik sebab perangai kau yang annoying and irritating. Tapi still aku akan rindukan kau as a kawan selama mana kau still anggap aku as a kawan. Aku akan rindukan pada buih teh tarik yang kau x nak then ko akan letak pada kopi aku, pada pickle yang ko x nak makan pada burger ko then ko pass kat aku, pada timun, sayor2 or wat ever makanan yg ko x nak makan then ko pass pada aku, pada tattoo ko yang menjadikan aku kawan terakher yang melihatnya, pada kakak ko yang belom pernah aku jumpa, pada setiap cerita yang pernah kau share bersama aku, pada semuanya…







Then aku ttiba teringat jenaka kau malam tadi b4 aku balik “Semoga kita tak akan jumpa lagi..”



Sorry coz Im a jerk…