Monday, March 30, 2009

Shit-ing

Sorang student tanya aku “Cikgu, can u say shit?” so aku jawab r “Saya sorang cikgu. Saya x boleh cakap shit. Ops..!!” (ngan muka x bersalah).

Ari ni tadi Pengetua n Director panggil aku. First pengenalan sikit2 .Then dia teros tanya “Betol ke awak suroh pelajar bukak buku dalam exam last Thursday?”. Aku tergamam sikit. “Ada sorang bagitau yang awak suroh mereka meniru dengan bijaksana..!!” Aku bagitau r ngan jujor yang aku x suroh mana-mana student meniru dalam exam. Cuma kalau nak meniru jangan terlalu menyerlah. Kalau dah nampak sangat then aku x leh tolong r. Kalu ada yg cuba buka buku or berbincang then aku akan tegur r. Kalu dah bagi banyak warning then aku akan tangkap r.

Teringat balik masa sekolah dulu bila aku letak jawatan secara suka rela dari pengawas, then tersebar berita yg aku diletakkan jawatan pasal perangai aku terok giler (tp masa tu aku still budak baek r). Terkezot gak r masa tu bila ada sorang cikgu bagitau aku depan2 ttg issue tu. Rrupanya cikgu yg mengurus badan pengawas sekolah yg sebar cerita a.k.a cikgu yg sama merayu aku kekalkn diri dlm pengawas. Duh..

Aku x kisah pon kalu ada student yg bagitau Director benda tu. Kalu cikgu yg bagitau pon aku x ambik port. Aku blom sempat kenal semua lagi. Tapi bila fikir balik then aku yakin apa aku perlu bwat. Then tamat kelas aku teros nak jumpa pengetua. Nak bagitau keputusan aku yg akan behenti. Tp dia ada mesyuarat plak. So aku bagitau r secretary office. Dia sangat terkejut. Dia bagitau yg students form 2 sangat sayangkan aku. Aku nekad r. So pas tu aku kuar r gi window shoping (leh plak walupon realiti duit x ada). X sampai sejam ttiba dapat mesej dari Cikgu Danny (ketua Bahasa Melayu) cakap benda yg sama (giler cepat apa-apa berita tersebar kat sekolah ni). Students sayangkan aku. Dia suroh aku fikir masak2.

Aku dah fikir masak2. Sebab aku sayangkan students akulah aku pilih untuk berhenti. Sebab aku x ada kemampuan untuk bagi ilmu kpd mereka. Bila aku bagi latihan, mereka tak faham apa2. Then bila aku jujor jadi diri aku, aku akan jadi role model yg negatif pada mereka. Aku x ajar mereka benda2 jahat. Tp mereka akan belajar dari benda yg mereka lihat. Kadang2 aku x tapis apa otak aku fikir. Aku x nak bila mati nanti depan tuhan aku perlu tanggung semua ajaran x baek aku ajar pada mereka. Aku perlu bertanggung jawab pd apa yg aku bwat.

Mungkin betol kata cikgu Danny n pak guard sekolah “Jangan jadi kawan dengan students..!!” . Yap aku dah rasa bahananya. Mungkin kesalahan aku kali ni still kesalahan berulang: aku layan semua org sama as orang dewasa.






“Dear students, I do believe that some of u guys gonna read my blog. Yaa.. mostly most of u in the class already known the existing of this blog. Cuma kamu tak faham Bahasa Melayu. Saya sangat sayang kamu semua. (Sayang doesnt mean cinta between couple okey). That the reason Im quit..!!”

Sunday, March 29, 2009

Good Morning Che'gu

1 hari adalah keajaiban. Setiap saat, minit dan jam adalah anugerah yg x akan d kembalikan. Bagaimana 1 nyawa boleh lahir dan ada nyawa yang laen akan diambil pergi. Seminggu dah berlalu, maka seribu keajaiban telah lahir bersamanya.

23hb Mac. Hari rasmi aku bergelar as a cikgu. Hari yg sangat aku nanti2. Tp x ada sesapa yg nak perkenalkan aku ngan persekitaran. Semua sibuk dengan urusan masing2. Muka yg bersembunyi d sebalik topeng2. Kelas? Yap. Normal untuk pelajar berumur 13-14 tahun. Teringat balik masa zaman sekolah2 dulu. Kira cam karma r bila apa yg pernah aku bwat pd cikgu2 aku dulu then diaorg bwat balik pd aku. Duh..

Pada hari yg sama gak aku pergi rumah sorang kawan yg betol2 sebelah sekolah. Ada sesuatu yg berlaku pada dia. Pd senyuman dia. Sbb felix yg aku sempat kenal untuk 4 bulan yg lepas adalah sorg yg berbeza. Even pd hari Rabu lepas bila masa lepak makan ssama, dia still x dpt sembunyikan perasaan dia. Aku rasa sangt x best kalu kawan tgh bermurong sedih sorang2. Aku x kisah pon nak share tp dia plak jenis yg payah nak kongsi.

Hari Selasa lepak ngan Ramlah. Macam x percaya je yg dia dah mengajar untok 3 bulan. Macam baru seminggu yg lepas jer dia belanja Ayam Penyek n Kek Birthday. So lepak2 masa lapang kat kantin sekolah. Banyak gak cerita share dlm masa yg singkat. Ttiba ingat masa zaman U dulu leh kuar 2-2 ngan dia layan movie kat Kajang. Tp kalu kat sini, naya r. Salah haribulan hitam sebelah mata dek tumbokan tunang dia. Kan cikgu Ramlah?

Hari Rabu plak kuar makan ngan Felix ngan Fendi. Banyak gak kongsi cerita masa makan. Then plan malam kuar ngan Fendi tengok Dragon Ball tayangan jam 9 malam. Cerita 2 suck r..!! Tp quality time ngan Fendi adalah something yg priceless. Fendi kalu tengok awal2 org akan kata dia kutu r. Tp reality sbenar dia sorang lelaki yg ada pendirian & pertahankan pendirian dia. Even ada masa rasa cam kuar ngan Uda jer bila dia bagi beberapa benda yg perlu aku bwat. Plus dia sangat humble n protector. Cara dia berfikir mmg cam aku cuma dia sangat matang n x digambarkan oleh perangai dia yg slumber 24 jam. Then balik rumah jam 1 pagi n perlu bangun seawal 5.30 am lg.

Hari Sabtu something happens 2 parents aku. Entah apsal ttiba bapak aku leh kuar rumah tanpa bagitau kemana dia pergi malam2 hari. Emak aku syak bapak aku ada bwat monkey business r. Pasal mak aku ckp bapak aku x pandai menipu. Kuar pakai baju lawa2 n balik 1 pagi. X mungkin middle age crisis. Entah2 aku akan ada mak tiri kot x lama lg.


So mampu kah aku bertahan as a cikgu? May b x kot. Mungkin minggu depan aku akan resign. Bak kata aku pd sorang student ‘saya bwat ni bukan sebab duit..!!’. Tp pasal aku rasa mereka x dapat apa2 dari apa yg aku ajar. B4 keadaan jadi lebih terok bwat mereka better aku berundor.

Sunday, March 22, 2009

NORMAL

(aku dan Psoriasis) Semalam smasa amik wudhu b4 semayang Jumaat ttiba aku terhenti. Selama ni aku x perasan. Mungkin sbb aku malas nak bukak lampu bilik air stiap kali amik wudhu or aku terlalu buzy sejak dua menjak ni ngan persediaan as a cikgu (termasok buzy hari2 layan AF 7). Something berlaku pada kaki aku. Aku dah mulai nampak warna kulit sebenar. Aku akan jadi normal ke?

Apa definisi normal untok korang? Muka lengkap ngan pakej mata, hidong & mulot, tangan ada 2, kaki ada 2 n otak leh berfikir ngan waras.

Walupon aku punya semua pakej 2 tp aku x pernah rasa diri aku ni normal. Mungkin sbb cara manusia sekitar layan aku masa kanak2 n remaja dulu x macam org normal then sampai sekrang aku x pernah rasa aku d terima as sorang yg normal. Sbb sakit psoriasis aku menjadikan aku as sorang yg berbeza.

Ingat masa br masok zaman remaja dulu aku selalu menanggis n persoalkan tuhan kenapa dia jadikan aku x sama cam abang2 aku, x sama cam org2 laen. Kenapa org x leh terima perbezaan aku as keistimewaan tp sebaliknya jadikannya sumpahan? Kenapa org jadi sangat takot pada something yg x sama cam mereka? Dan mereka teros menghukom n menghukom aku pd sesuatu yg aku x bwat salah sikit pon. Hingga banyak kali aku berharap masa 2 agar tuhan jadikan aku… NORMAL.

Aku dulu slalu fikir. Jadi normal musti best. X perlu makan 12 bijik pil sehari. X perlu amik darah 3 kali seminggu. X perlu ulang alik pergi hospital bwat rawatan. X perlu kuar duit banyak beli baju n seluar panjang (yg harga jaoh lebih mahal dr baju n seluar pendek). X perlu kena marah tiap kali gunting rambot (pasal dia akan kata aku bwat pelanggan laen lari). X perlu ponteng sekolah tiap kali sakit aku jadi terok. Then aku boleh makan semua seafoods. Aku leh pakai apa2 jenis pakaian aku nak tnpa perlu bimbang effect dia. Aku leh bwat apa2 aktiviti tanpa bimbang kulit aku berdarah. Aku leh cakap ngan sesiapa tanpa bimbang org lebih fokus pd kulit aku dr aku. Aku leh salam ngan semua tanpa bimbang mulot jahat mereka cakap ttg kulit aku.

Bak kata satu watak dlm movie ‘SECOND HANDS LION’ yg maen last Wednesday kat 8TV: kita musti percaya pd sesuatu walaupon ia sebenarnya palsu. Aku sentiasa percaya bhw 1 hari nanti aku boleh jadi normal. Semua yg ada pada kulit aku ni akan hilang kelak. Walupon pd reality doctor sentiasa ingatkan aku bhw sakit aku ni x akan ada ubatnya. Dan ia akan bersama aku sampai ke akhir hayat aku. Ada ketika ia akan berkurangan dan kemudian ia akan bertambah terok. Sampai kaki aku bertukar jadi biru. Sampai sangat sakit untok berdiri. Terbaca 1 rencana bagaimana sorang pak cik ni jadi lumpoh n terbaring jer pasal sakit yg sama. Membuatkan aku hilang harapan.

Sakit ni dah terlalu lama bersama aku. Ia mengajar aku untok x percaya pada sesiapa. Mengajar aku untok membenci. Mengajar aku untok x percaya pada cinta. Mengajar aku untok teros tersenyom walupon x gembira. Ia membuatkan aku betol2 jatoh. Tp ia jugak pernah membuatkan aku betol2 bangon. Mmbuatkan aku pergi sejaoh ni. Membuatkn aku jadi lebih kuat. Menjadikan aku spt aku hari ni.

“…Aku ingin merasakan air yang mengalir sejuk itu membasahi kaki aku ini. Mengalir perlahan. Membasahkan ia perlahan-lahan. Biar kesejukan itu jauh menusuk ke dalam tulang temulang. Biar kesejukan itu memakan daging-dagingku. Aku ingin merasakannya. Aku juga ingin menolak gelombang dan arus yang kuat itu. Bersama gelak ketawa ramai. Kerana selama ini aku sekadar pemerhati. Pemerhati yg setia. Melihat semuanya ketawa…”

Semasa mmbuat mini ceramah pd kelas PENULISAN KREATIF atas jemputan khas Dr MAWAR, ttiba ada sorang student tanya sama ada apa yg aku tulis tu based on reality pasal ayat dia sangat meyakinkan. Aku jadi kelu. Teros Dr Mawar pintas kata mmg sbahagian penulis based on reality tp dia yakin aku pasal aku terlalu normal untok watak 2. Sedangkan watak cerpen aku tu terlalu hina.

Dan perengan tu ialah based on kenangan di HULU YAM bersama KELAB TEATER SAMUDERA. Ketika mereka sedang sibuk ketawa n bermain hanya aku sorang yg dudok d atas batu. Jaoh dari air. Sekadar melihat. Dan bila mereka tanya aku jwb yg aku x bawak seluar lebih. Duh…







Then teringat kata sorang pak cik masa di hospital dulu. “Tuhan jadikan kita berbeza sebab Dia sayangkan kita lebih dari yg laen. Dia nak focus lebih sedikit pada kita dari yg laen. Dan dia nak ampunkan semua dosa2 kita yg laen…!!” Aku tersenyom. Andai kata sakit aku ini akan semboh 1 masa kelak, adalakah maknanya kasih sayang tuhan pd aku dah bkurangan aka sama cam org2 laen? Kalu mcm tu aku lebih rela sakit ini berterusan pd aku sampai bila2….








Untok penghidap PSORIASIS di MALAYSIA or sesapa yg paham tulisan aku ni, call aku di 017-2366468, e-mail aku bullimer@yahoo.com. Entah kenapa aku rasa ubat kali ni berkesan. Ia dah sembohkan sorang pesakit psoriasis yg laen sbelom ni… x salah rasanya untok kita percaya bhw sakit ini mmg akan ada ubatnya dan normal adalah keajaiban untok kita kan?

Thursday, March 19, 2009

si MATA duitan

Kalu kekayaan dikira melalui NILAI DUIT dan PEMILIKAN HARTA, then aku ialah sorang yg sangat miskin. Tp kalu kekayaan dikira melalui MEMORI TERINDAH dan KEBAHAGIAAN then aku lh org yg paling kaya.

Aku sangat berterima kasih pada parents aku pasal diaorg punya sistem kewangan yg terator. As the result aku pon berjaya dlm mengawal kewangan aku ngan baek. Sepanjang aku pegang duit sendiri aku x pernah lagi berada pd tahap sangat kebulor nak duit sampai nak pinjam AH LONG. Ingat masa U dulu pon cuma pernah mintak duit kat parents skali jer pasal PTPTN tertangguh untok 2 bulan. Kalu nak duit pon just cucok dinding jer. Boleh beli belah ngan sesuka hati jer lg. Even leh bagi pinjam duit kat kawan sampai beratos2 lg (n diaorg still lom bayar plak).

Sejujornya aku ni bukan r anak org kaya. BAPAK pon pencen POLIS MARIN jer. Ngan gaji x besar 2 dia leh besarkan isteri ngan 4 org anak lg. x pernah plak berlaku anak bini dia kebulor x makan 3 hari berturot2 ker. Buktinya ALONG aku skarang dah saiz XXL dan ANGAH aku XL lg. Bila fikir2 balik masa kecik2 dulu still punya banyak kenangan manis2 ngan family walopon hidop x mewah. Masih ingat stiap kali balik dr sekolah rendah (yg agak jaoh untok budak darjah 1) musti akan beli ais krim ASAM BOI harga 20 sen ngan EMAK n UDA. Then bila BAPAK x free kami semua akan jalan kaki ke Bandar SARIKEI untok makan ABC (yg sangat sedap). Membuatkan aku dibesarkan dengan nilai bhw apabila kita boleh gembira tanpa perlu jumlah duit yg banyak hingga aku x pernah percaya pada nilai duit.

Dlm bbrapa hari lg aku akan mulai kerja. At the end of the month aku akan dibayar untok ssuatu yg aku buat. Tp aku dpt rasakn family aku sangat x senang pd kerja aku. Sbbnya 1) Gaji aku x besar n 2) Aku kerja d sektor swasta (yg x stabil). Then mereka bg cadangan jawatan kerajaan yg jaoh lebih stabil n bergaji besar. Mmg r realitinya manusia x dpt hidop tanpa duit tp manusia x leh hidop ngan duit saja kn? Hmmmm...

Kalu aku kata yg aku teruja nak bwat kerja ni bukan pasal gaji then korang percaya x? Aku mmg pilih sektor swasta dsbbkan oleh suasana kerjanya yg x stabil. Spt apa yg UDA aku pernah kata : Aku perlu cari 1 perkara yg boleh mencabar kreativiti aku. Sesuatu yg akan menjadikan kehidopan aku benar2 hidop. Pada masa aku dapat rasai kepuasan bukan pada jumlah duit aku dapat pada hujong bulan.





KESIMPULANNYA: Aku x tau lg apa yg akan berlaku pd masa depan. Mungkin masa depan aku akan tertundok juga pada realiti bhw “DUIT ADALAH SEGALA-GALANYA..!!” Duh...

Thursday, March 12, 2009

Kenangan Seekor Hantu

Hujong minggu ni KOLEJ UNGKU OMAR (UKM) akan sekali lagi mengadakan HARI KELUARGA tahunan spt tahon2 sebelomnya. Dan KELAB TEATER SEPET akan mengadakan RUMAH HANTU pertama diaorg. Beberapa minggu terdahulu JUMRAN asyik sms aku cakap ttg benda tu. Jujor aku ckp yg aku sangat2 teruja ttg RUMAH HANTU tu. Then teringat balik pd BANGLO PUAKA (bukan bangla r) : aktiviti terakher KELAB TEATER SAMUDERA.

Tahon lepas SAMUDERA mmg dah nyawa2 ikan. SENIOR yg ada banyak bwat hal masing2. Yg tinggal (termasok aku) plak bukan jenis yg HARDCORE. So yg tinggal beberapa kerat 2 pon bwat perjumpaan kecil nak bubarkan kelab tp b4 that nak bwat something big as kenang-kenangan r. So kebetolan x lama lg FAMILY DAY KOLEJ tahon 2. So sbb ahli yg tinggal sangat2 sikit then kami naik iklan mencarik JAWATAN SUKARELAWAN as HANTO. Ramai gak yg mintak r.

Kami cuma ambik masa 3 malam untok menukar GELANGANG SQUASH untok jd RUMAH HANTU. Kalu x silap KOLEJ x bagi peruntokan tahon 2. Kebetolan masa 2 kolej tamat renovate so banyak almari lama n other stuff dibuang so kami guna semua brg buangan untok dijadikan props. Then keTEGANGan berlaku ngan NAFI pasal idea setting. So makin kurang r tenaga kerja. At least tahon ni jaoh lebih baik dr tahon sebelom tu yg mana setting RUMAH HANTO siap dlm tempoh kurang 24 jam dan keTEGANGan tahap kemuncak yg kedian memecahkan ahli2 kelab.
Tahon 2 aku x jadi hanto pasal hanto yg sedia ada cukop banyak. Then aku yg dah sedia ngan celak tebal n effect dahi berdarah secara x rasmi menjadi MASKOT rumah hanto tahon tu. Pendek kata tugas aku cam promo org masok r. Tp jawatan 2 mmg menjadi r. As a MASKOT then gile ramai org yg nak ambik gambar plak (rasa cam maskot genting plak). X lupa perangai org yg macam2. Ada takot tahap x masok akal (bawak YASIN then pengsan kat dlm plak), ada yg cool giler, ada yg belagak berani ngan awek, ada boys yg nampak gangster tp keluar terdudok sambil berpeloh, ada chicks yg asyik menjerit x tentu pasal. Dan paling best ialah semuanya mnjadikan aku boleh berkenalan ngan ramai org2 baru yg x pernah d kenali b4.
Tamat RUMAH HANTU then tiba masa pembubaran kelab. Aku dtugaskan bwat surat jemputan untok semua yg pernah join kelab agar datang. Aku try sedaya upaya bwat something yg penoh MEMORI untok tarik SENIOR2 yg jenis keras kepala untok dtg. Mmg ada yg datang tp ada jugak yg x. Mmg keras kepala r. Duh…!!







surat jemputan khas untok pembubaran SAMUDERA yg aku yakin semua mmember still msh ingat r (yg laen musti r x tau psl ia limited edition untok diaorg je r)

Monday, March 9, 2009

Aku vs BAHASA MELAYU

Semalam akhirnya aku dapat gak naskah terbaru KOMIKOO. Still SIAPA? by ADIJIN x ada. Duh..!! Tp Kolum WAWANSABDA kali ni ttg SAHARIL HASRIN SANIN bwat aku lahir ingin tahu. So malam smalam browse tenet nama dia dan TERORIS BAHASA yg dgembar-gemburkan oleh KOMIKOO as ‘sangat bagus sehingga memukul semua esei yg lain…’. Bila dah jumpa bberapa bahagian ttg TERORIS BAHASA tu bwat aku terdiam dan berfikir.

Ayat dia yg plng aku suka ialah “Ketika kamu membaca ini, ada bahasa yang sedang mati dibunuh.” Dia sangat protes trhadap certain ahli bahasa n org MELAYU yg menentang proses revolusi n perubahan yg telah dan teros akan berlaku terhadap BAHASA MELAYU. BAHASA MELAYU x leh teros berdiri sorang2 as bahasa yg TULEN sedangkn bhs laen sedang bergerak seiring ngan dunia. Dia menerima SLANGA, BHASA ROJAK, BAHASA SMS, TEKNOTORJAN etc as KEPELBAHAGAIAN bahasa yg perlu diterima. Itu kata dia r.

Then terjumpa beberpa site yg cambest plak. Antaranya NOKTAHHITAM yg kuar post menentang PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DLM BAHASA INGGERIS. Banyak gak yg bagi respond yg mostly setuju r. Nak memperkasakan BAHASA INGGERIS x semestinya guna subjek MATE n SAINS jer. Perkuatkn subjek BI tu teros. Pasal pembelajaran mate n science dlm BI bwat student jd x paham n then x berminat nak belajar. Alasan PIHAK TERTENTU plak untok mewujudkan daya saing pd masa akan datang, dunia akan datang akan jadi jaoh lebih global. Tp ada 1 comment by ORG PUTEH kata x semestinya bila dunia dah global then semua perlu cakap OMPUTEH gak. Tengok JEPON n certain NEGARA maju yg boleh berjaya dlm banyak bidang n still guna bahasa NATIF diaorg. Even JEPON ni leh bwat terjemahan sepenohnya buku2 ilmuan ke dlm bhs diaorg untok tujuan memartabatkan bhs diaorg. Itu pon kkata diaorg gak r.

Kmudian teringat cakap2 ngan cikgu2 kat tempat bakal mengajar last FRIDAY. Betapa diaorg concern ttg situasi pelajar sekolah tu yg dah x nak ckp dlm BAHASA MELAYU lg. (even yg CHINESE pon dh x nak ckp MANDARIN lg: more refer INGGERIS jer) Aku tergamam r bila statement tu dikeluarkn oleh 2 org cikgu CINA. Betapa diaorg pon prihatin ttg isu kematian BAHASA MELAYU ni. At the end diaorg suroh aku as bakal CIKGU BAHASA MELAYU supaya jangan ikot rentak student yg cukop pasti akan ckp OMPUTEH dlm kelas nanti. Kekal mengajar dlm BAHASA MELAYU in what ever situation pon. Cuma masalahnya diaorg n aku skali r ckp ttg isu tu pon guna cakap OMPUTEH gak. Duh…!!

Sejak 2 menjak ni heboh ttg DEMONTRASI yg melibatkan masyarakat n ahli2 bahasa menentang PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DLM BAHASA INGGERIS. Aku as ahli bahasa then sokong r. Even kalu aku ada kat KL masa tu pon then aku akan ikot skali bwat PIKET. Cuma yg x bestnya bila benda baek cam ni melibatkan unsur POLITIK dan kemudian diPOLITIKan plak oleh orang2 POLITIK yg duhhh…., mengecewakan.



Then aku mengulang balik kata2 encik SAHARIL : “Ketika kamu membaca ini, ada bahasa yang sedang mati dibunuh.”

Friday, March 6, 2009

Aku vs ANIME


Korang pernah layan ANIME GTO x? Kalu x pon cerita HANA KIMI, METEOR GARDEN, BOYS OVER FLOWER or cerita KOREA, TAIWAN, JEPUN yg belatarbelakngkan sbuah skolah swasta yg student dia anak2 org kaya (yg mata dia sepet2 sikit r). Hari ni aku akan bwat review cerita tu based on real life. X paham? Dlm ayat yg pendek lg mudah: aku akan kerja kat tempat cam 2.

Semalam ambik offer letter then keluar tu lepak chill n borak2 r ngan PAK GUARD sekolah ni. Ari ni plak tadi jumpa Ketua Bahagian (KB) BM n beberapa org cikgu n secara x sengaja terjumpa 1 kelas bakal anak murid.

So kesimpulan yg aku dpt dr pengalaman 2 ari ni ialah: aku akan bekerja ngan latar belakang sama cam series anime 2. Even kalu korang first masok sekolah ni lg pon korang akan kata ‘sebijik cam sekolah cerita Jepon..!!’ sekolah cerita Jepon mostly dlm persekitran tertutop pasal ada musim salji(sini plak tertutop pasal guna air cond r), sebelah sekolah rendah, banyak cikgu yg nerd2, ada jawatan DIRECTOR yg neutral (yg kdudukan paling atas kat sekolah), PENGETUA yg gila kuasa dan ada cikgu kanan yg kuat membodek n mngadu apa2 kes. Undang2 pelik (such cikgu perempuan yg dah kawen x dbenarkan mengandong). Group lelaki student 4 n 5 yg buat onar (pasal bapak kaya raya), persekitaran yg bersih n sangat sunyi etc. Memang sebijik…

So apa lg ciri2 yg akan berlaku dlm ANIME kat tempat cam 2 yg perlu aku tahu? Murid akan guna kuasa parents untok saman cikgu? Semua cikgu dah x ada motivasi dan menunggu sorg cikgu baru dtg yg akan bwat perubahan pd dasar (itu mmg GTO r)? Semua cikgu akan terikat ngan skema pengajaran tertentu dan cikgu yg bawak pembaharuan akan mendapat tentangan pengetua? Or akan ada series of pembunuhan pelajar atas sebab misteri rrupanya ada hantu pelajar balas dendam (itu cerita versi hantu KOREA r)?

Aku akan ajar 3 buah kelas: 2 kelas form 2 dan 1 kelas form 1. Yg menjadikan cerita ni lebih tragis bila aku akan ajar kelas tingkatan 2 yg paling nakal. Bila jumpa tadi menambahkan ciri keANIMEan kisah ni. Ada group of boys yg tunjok nakal as hero, group of girls yg manja, sorang minah yg brutal, sorang mamat yg dingin (yg biasanya akan jadi hero melainkan cerita tu focus pd cikgu r) dan yg laen as watak sampingan. X lupa gak aku ialah cikgu ketiga untok kelas ni untok tahun ni jer. Dan cikgu yg terakher sebelom aku dah x tahan mengajar diaorg ni…

dan soalan cepu emas yg selalu dtanya oleh student n perlu djawab oleh cikgu BM ialah "Kenapa kita perlu belajar BM kalu kita kerja n belajar kat oversea bukan akan guna BM pon?"






Dan nasihat terakhir PAK GUARD tu pd aku: Habis kerja teros balik, jangan ssibuk nak melibatkan diri ngan pelajar. Dan KB BM tu pulak ckp: Jangan jadi kawan ngan student sbb semua tu hanya berlaku dlm movie jer. Duh…!!


p/s: Dan fakta nombor yg menarik ialah aku satu2nya cikgu lelaki Melayu kat sekolah ni n may be pengguna motosikal kedua yg wujod d sekolah ni. Naa…

Aku vs KARMA 02

Sebelom ni aku kata:
Person yg x pakai jeans as x ada life,
Person yg x berambot panjang as x ada life,
Person yg x color rambot as x ada life,
Person yg x keluar dari skema as x ada life,
Person yg x bwat kerja pelik2 as x ada life,
Person yg terikat ngan peraturan as x ada life,
Person yg cakap baek2 as x ada life,
Person yg asyik pakai kemas2 as x ada life,
Person yg work as a cikgu as x ada life psl x leh bwat banyak benda..

Then ENCHE KARMA cakap kat aku: skarang ni aku x leh pakai jeans, x leh rambot panjang, x leh color rambut, x leh bwat kerja pelik2, fesyen pelik2, cakap pelik2, kena pakai kemas2, cakap baek2, ikot peraturan, jadi skema, jadi role model yg baek. Boleh ke aku bwat cam tu? Naaa…


Then aku kata balik kat ENCHE KARMA: Sapa kata person yg work as a cikgu x ada life pasal x leh bwat banyak benda? Aku bukannya akan jadi org yg berbeza semata2 dah dpt jawatan cikgu. Then aku nak bgtau moral value kat student aku suroh hilang apa yg ada dlm diri dan tukar jd someone else semata2 hanya sebab kita kena bayar untok sesuatu yg kita bwat? No way.. Kita sendiri yg tentukan siapa kita perlu jadi. Kita yg tentukan hidop kita as ada life or not. Bak kata T.I n Rihanna 'live yr life' r. Kan CIKGU MIJAN? CIKGU MIE? CIKGU SALANG? CIKGU RAMLAH? Dan mana2 kkawan yg dah jadi cikgu or yg dah aply KPLI, or tengah belajar kat FAKULTI PENDIDIKAN.

Dan kepada org yg selalu kata jadi cikgu ni ialah pilihan terakher (untok ko, ko, ko dan org sbelah ko, n ko jugak yg ko tau r sapa diri ko 2), tolong jangan jadi cikgu sbb ia pilihan terakher korang. Korang menyeksa diri korang n paling terok korang menyeksa generasi yg x bsalah. Aku dah jumpa n sangat2 anti ngan orang2 yg jadi cikgu hanya sebab gaji jer. Sbb aku jadi cikgu ni bukan as pilihan terakher (realitinya x ada dlm pilihan kerja pon)






Then ttiba aku dengar suara kasar dr belakang ‘Ko belom jd cikgu lg dah bising…!!!’ Duh…!! Terbakar..!!

Wednesday, March 4, 2009

Aku vs KARMA

Korang pecaya benda nama KARMA x? Btw sapa KARMA ni? (Aku x maksodkan ngan NORMAH DAMANHURI r). Aku pon x r tau sangat ttg benda ni. Cuma pengaruh pasal selalu layan cerita MY NAME IS EARL ngan bekas rumate jer yg bwat aku selalu sebot benda2 berulang2. Paling basic kira cam ‘what u give u ll get it back’ laa.

Last paragraph on previous post ada ckp ttg interview kerja. Dan hari ni aku pegi interview 2 dan aku dpt kerja tu. Ambik masa kurang lebih setengah jam gak r dtemuduga dan cuma ada 2 calon dan aku dpt. Bila dah dpt then aku teringat kata COUSIN aku. Aku dah jadi mcm ENCIK HAZANI. Siapa lelaki ni? Dia bekas cikgu kelas (yg aku ckp dlm previous post) dan cikgu BM aku. First aku amik program LINGUISTIK (yg dulu dia pon ada amik masa U) dan sekarang aku dah jd cikgu BM. Duh….!! KARMA.

Aku x da r bwat naya sangat pd kelas dia dulu pon. Banyak lg bbudak laen yg jaoh lebih xtream dr aku. Cth cam AWG TAHA yg cuma hadir 2-3 kali sebulan (then fail semua paper STPM), or ABIT or SUMIE (penolong ktua kelas) yg musti akn tidor dlm kelas dia or N yg err.. rosak jaoh lebih terok jadi sesiapa r. Aku cuma pura2 dengar masa dia membebel (then mengutok d belakang), lawan cakap dia beberapa kali (then mengutok dia d belakang), dan kumpol ramai2 untok mengutok dia dr belakang. Even aku rasa itu benda normal yg semua student akn bwat apa. Even aku jaoh lebih anti pada cikgu ompuan yg ajar Pengajian Am STPM (dan dia pon anti aku jugak) tp apsal aku x jd cikgu PA plak?

Tp nak x nak aku kena gak trima hakikat bhw aku ANTI SMUA CIKGU SEKOLAH MENENGAH AKU (betapa aku x suka zmn sekolah aku) kecuali ENCIK HAZANI ni. Kalu cikgu laen aku ckp x nak then diaorg x peduli pon (even dlm hati leh ckp “pergi mati r ko. Ko nak jadi bodo, jadi r. x ada org halang. Ko bukan anak aku pon..!!”). Tp ENCIK HAZANI ni laen sikit (dlm hati 2 x tau r). Msh ingat masa aku tolak x nak pegi kem motivasi (yg wajib untok smua student form 6). Dia persoal aku dpan smua kelas, aku tolak. Dia pangil bapak aku, aku still tolak. Dia jumpa aku ssorang, psiko aku tp still aku tolak. Bberapa kali dia sindir dlm kelas, kepala aku makin keras. Tp at the end 1 ketika masa tgh bwat pembersihan sekolah ttiba dia dtg dekat aku, ckp dgn baik “Jadi betol r awak x nak pergi…? Kalu awak ubah fikiran then bgtau lh..”. Jwb aku “Saya nekad, cikgu..!!” (duh ingat skrip tu). Tp kalu reaksi cikgu ompuan yg ajar PA tu plak “Kalu awak x nak pergi, awak keluar dr kelas saya…!!”. Duh…!!

ENCIK HAZANI ni sangat kuat membebel dan membebel. Dan dsebabkn dia seorg pelupa then dia slalu membebel benda yg sama berulang2 kali (dan students sesangat happi bila bab kerja rumah x siap pasal dia akn lupa gak benda 2). Cikgu laen jdkan kerja cikgu ni as untok pendapatan. Tp untok dia kerja tu ialah kepuasan. Dan dia x percaya aku leh dpt A untok paper dia (err wait, itu cikgu BM form 5 aku yg kata aku akan dpt ‘D’ untok paper dia laa). Skrg dia dah kembali ke tanah airnya iaitu KELANTAN. Dan dengar cerita dia aktif dlm politik untok pewakilan PAS. Dan ENCIK HAZANI ni mmbuatkan aku teringat pd UDA aku (yg suka membebel dan membebel psl dia cares ttg aku tp please kakak ipar, gegendang telinga ni dh nak pecah dengar bbelan dia).






So kesimpulan cerita ni, aku pon akan masok politik then join PAS gak ker? Duh…!!

Monday, March 2, 2009

Aku vs MOTIVASI

Kalu org bagitau yg aku sorang lelaki yg bermotivasi then aku akan ketawa depan org tu sampai muntah2. Pasal aku sorang makhluk yg x ada binatang peliharaan bernama motivasi. Masih ingat masa form 6 dulu, cikgu kelas sangat susah untok paksa aku pergi mana-mana program motivasi. Siap boleh panggil bapak aku pergi sekolah lg untok pastikan aku pergi ke 1 kem motivasi ni tp akhernya aku x gi gak. Even kursus motivasi yg melibatkan sorg pakar motivasi (yg cukop terkenal 1 Malaysia) pon aku sekadar tunjok muka pagi tu then rehat minom pagi aku teros blah. Dan keesokan harinya terpaksa kena menghadap cikgu kelas sekali lg pasal dia dah tau aku blah awal (dia hantar spy plak ari tu cari mana aku). Duh…

Aku bwat benda2 cam 2 bukan pasal aku sengaja nak tunjok belang tp pasal aku x pernah percaya bhw motivasi akan datang mlalui kursos2 or seangkatannya. Bak kata Ali (jiran tahun 3 di U dulu), pakar motivasi ni kebetolan punya kemahiran bercakap dengan baik dan org suka dengar apa di cakap so org sangop bayar mahal semata-mata nak dengar apa dia cakap je. Bukannya pakar motivasi ni nak bwat pon apa yg dia cakap. Duh…!!

Pasal apa aku kuarkan post ni? Pasal dlm tempoh 2 minggu lepas aku sangat2 hilang motivasi. Sangat2 x ada mood. Sepatotnya dah start praktikal tp management tempat aku belajar tu amat %$%^@ (ayat yg x leh dtonton oleh kanak2) sekali. Minggu first ada 5 org je yg dapat pasal diaorg ada link ngan org dalam. Then minggu lepas cuma tinggal 3 org je yg x ada tmpat praktikal dan aku antara 3 org tu. Bukan maen putos asa dah aku. Dah bbrapa kali ualang alik handle benda tu. Last2 ari Jumaat lepas, miss yg handle praktikal pelajar tu senang2 je kuar statement “Maaf ya Naziruddin, kami masih belom dapat tempat praktikal untok awak. Kalau RTM dan BOULEVARD awak nak tak?”. So jawapan aku yg dah putos asa “Letak lah saya mana2. Saya redha…!!” Duh…….!!!!

Plus banyak lg unfortunate event blaku sepanjang tempoh 2 minggu lepas. Ngan rokok Bensons aku slalu hisap x ada then beli rokok yg x pernah beli yg rasa sebijik cam Gudang Garam. Hampeh. Then try beli pizza local (yg dah 3 tahon x makan) yg kawan promote sedap tapi reality rasa cam makan roti ngan air ngan nanas ngan tuna (pasal semua benda tu unsur yg terasing). Then Uda membebel dlm telefon (kakak ipar, please suroh suami anda bputos asa). Then jumpa kawan sama sekolah yg dah nak tukar kereta bwat kali ke-2. Then jumpa other kawan yg sama sekolah yg nak bercuti kat London, nak amik master. Kalu aku tulis semua then motivasi aku akan teros hilang lg.

Tp start beberapa hari lepas something happens… Bak kata sapa yg aku x tau tp dia cakap sesuatu bunyi cam ni “Kalu 1 pintu tertutop then tuhan akan bukak pintu2 laen untok kita”. Entah apsal bila aku dah tawar hati sangat pada kursus safety ni yg makin membuang aku makin jaoh ttiba aku ddekatkan ngan banyak pilihan baru. Start ngan kursos biasiswa ni, then kawan bgtau ttg 1 kerja kosong ni, then aunt bgtau ttg other kerja then kawan call ttg other kerja, apiz ninja msj bg 1 peluang kerja ni plak yg semuanya aku minat. (X lupa aku bwat patty burger stebal 0.8 inchi x diameter 4.5 inchi. Duh.. sedap)

Dan br tadi ada call untok temuduga atas e-mail resume yg aku hantar berebot2 Jumaat ni tadi (n tarikh akhernya hari ni dan aku x pasti ia akan sampai). Yang lebih melucukan ialah bila masa kat resume tu aku letak statement “Saya seorang siswazah yang berMOTIVASI TINGGI”….!! Mungkin statement tu yg bwat dia tertarik pada aku kot. Wakaka.. sejak bila aku ada binatang motivasi ni?