Monday, August 31, 2009

Ghost in The Shell

Macam mana nak memulakan post kali ni? Ideanya ada cuma x pasti ayat yang paling sesuai untok bercerita. Mungkin aku patot start with “Korang percaya hantoo x?” Aku ni bukan jenis yg percaya hantoo tp aku mmg penakot r. Penakot gile. Ni ada nak share something r. Seram tp syiok..

Bila masok bab hantoo: Along aku cukop suka timbolkan perkara pelik2 such as setiap bangsa ada hantu masing so persoalan dia ialah hantu berbilang bangsa ni saling mengenali satu sama laen x aka diaorang nil eh hidop as 1 hantoo cam idea 1 Malaysia x? wakaka..

Pengalaman ngan hantoo: fisrt time masa kerja kat Sarawak State Library (PUSTAKA) dulu. Sangat2 seram sampai aku still leh ingat bunyi yang aku dengar masa tu. Then masa kat U, bilik pon ada penghuni gak selain aku ngan roommate. Hingga ada jiran sebelah asyik kata nampak lembaga hitam (yang dia kata mmg cam aku) berdiri depan pintu bilik jam 2-3 pagi. Then lastly masa dudok rumah cousin kat Gombak. Semua x akan lupa r.

Walupon reality aku ni penakot nak mampos tp aku sangat suka cabar diri aku bila bab2 cam ni. Aku sentiasa try cabar nak tau what next: aku leh nampak ke gak ‘benda’ tu depan mata sendiri. Mungkin sbb pengaruh filem2 seram r yg hero-heroin bukan maen berani lg. Tp mostlynya aku x akan sampai bab tu r pasal aku penakot. Diulangi dalam D major: aku penakot.

Kembali ke reality: Meja tulis dlm bilik aku menghadap tingkap. Belakang aku kira2 semeter setengah ada almari baju 3 pintu ngan cermin badan kat center. Mostly bila otak aku dah x leh nak masok data aku akan buat aktiviti bebas such as tengok cermin kat belakang aku. Selalunya bila tengok cermin akan ada kesan kotor then aku bersihkan ngan kain r.

So semalam aku bwat yg sama r. Dan hari ni tadi pon aku bwat gak. Tapi dsebabkan otak aku ni lembap dan sembap sangat, dah beberapa bulan or may b: tahon dah berlalu baru hari ni aku perasan. So aku kuar statement monolog dalaman sorang diri r “Bukan smalam aku dah cuci cermin ni ke? Then apsal plak kesan kotor dia tetap ngan corak yg hampir sama? Even corak yg sama last time aku bersihkan?”. Aku x peduli r. Aku amik kain lg then bersihkan.

Belajar and belajar kira2 15 minit cam tu, aku toleh lagi. Duh. Corak kotoran 2 muncol lg. Kesan tapak tangan dan jari2 cam manusia yang lebih besar sikit diheret2 ke bawah..



Sah.. bilik aku ada hantoo..!!!







Bwat aku terfikir: Apa benda tu? Macam tangan manusia tapi sedikit besar. Kenapa ia bentok tangan yang diheret panjang? Apa yg ia nak? As kalu dalam filem2 seram Korea ia nak bagitahu sesuatu or as what happen kat PUSTAKA dulu; ia saja nak maen2. Hmmm. Jangan biarkan hidop anda diselubungi MISTERI...

Thursday, August 27, 2009

He who can’t fall in love

Aku x tahu entah kenapa boleh wujud perasaan tu. Aku nak dengar dia bercakap. Pada setiap cerita dia. Pada cara dia bercakap. Senyuman pada pipi dia masa dia bercakap. Tangan dia yang bergerak waktu dia bercakap. Mata dia. Semuanya tentang dia. Satu ketika sehingga wujud satu perasaan “Aku sanggup berubah jadi sesiapa sahaja yang dia nak aku jadi dan aku sanggup terima setiap kelemahan dalam diri aku untok dia”. Duh, perasaan yang pelik. Perasaan yang aku x pernah alami dan aku still dapat rasa perasaan tu sampai hari ni.

Sehingga satu ketika bila aku share perkara ni pada DIDI then dia start menanggis. Dia mintak aku janji bahawa aku x akan cuba untok pikat gadis tu & x boleh ada couple perempuan selagi kami x habis belajar kat UKM masa tu. Masih ingat lagi ayat2 dia dan persekitaran masa tu. First DAOS tinggalkan dia (as kawan) dan sekarang kalu aku berjaya ngan girl tu so aku juga akan tinggalkan dia (sbb most of the time pasti aku akan bersama girl tu). Aku ngan bodohnya setuju ngan janji dia walupon aku tahu dia still in relationship ngan BOB tapi aku plak x leh jalin apa2 relationship ngan sesapa. Aku berjanji sbb aku x nak lihat dia menanggis.

Aku memang setia pada janji tu cuma aku memang ada ‘keluar’ with other girls beberapa2 kali. Tapi feel yang sama x dah ada.

Cinta ialah satu perasaan yang aku x dapat gambarkan bagaimana. Terlalu ramai yang berkongsi kisah cinta mereka pada aku tapi still perasaannya x sama dengan apa yang aku rasa pada dia.

Ada sorang kawan ni sanggop jadi bodoh, jadi kuli untok perempuan yang di puja. Walupon dia tahu perempuan tu hanya jadikan dia hamba dan x mungkin akan jatoh cinta padanya tp still dia tetap mencintai perempuan tu. Cinta ke ni?

Ada kawan yang masih nak mencintai lelaki yang cukop x layak untok dia. X tahu menghargai dia dan sanggop pentingkan permainan lebih dari dia. Dan bila mereka berpisah, dia boleh tersenyum: senyuman yang cukop menyakitkan. Sehingga saat2 dia x leh tahan, dia menanggis kuat2. Dan aku pelok dia… Cinta ke ni?

Ada kawan yang jatoh cinta pada kecantikan wajah dan fizikal pasangan. Dan mereka akan ‘bersama’ setiap kali berdua. Dan dia x boleh hidop tanpa pasangannya. Ada masa dia rasa bosan tapi still dia x boleh lepaskan pasangannya. Adakah ia kerana cinta atau nafsu semata2?



Aku anak bongsu. Aku membesar dengan cara melihat persekitaran aku. Persekitaran aku x membantu. Ia mengajar aku perkara yang berlawanan. Ia mengajar aku cinta dalam definisi yang berbeza. Membuatkan aku x percaya lagi rasa cinta. Yap, aku pernah bagitahu bahawa aku percaya cinta sejati tapi ia dah berkubor pada saat ia curangi.



Cinta ialah penderitaan. Mencintai pasangan aku bermakna aku sedang menyeksa dia. Noktah.








P/S: Kenapa aku leh kuarkan post ni? Hmmm ada event berlaku hari ni tadi. Apa? Ada r..

Sunday, August 23, 2009

Strategi

Setiap kali maen cator, lawan aku selalu berjaya buat aku percaya aku sedang mencapai kemenangan tapi then aku akan dikalahkan dengan terok sekali. Pasal aku sangat mudah kena tipu dan x pandai ator strategi.

Last Friday bwat julong2 kalinya aku menonton rancangan Nur Kasih (selepas d provoke by kkawan menyatakan bhw cerita ni sangat2 berbeza). Aku cuma layan bberapa minit jer. Cukop x best layan cerita kalu x tonton dari episode 1. Ada 1 bab ni bila masa tengah bincang tentang 1 projek ttiba si lelaki yang x dsukai oleh heroin utama leh kuar statement Dah masok Asar, kita berehat sekejap. Then llaki tu sembahyang tp bila tamat semayang dia teros pergi balkoni ngan kopiah n sarong still ada dengan harapan si heroin akan tau yang dia dah berubah. Satu ayat: STRATEGI.

Aku memang x dapat mengelak untok kuarkan statement: memang dah wujod ‘politik’ antara kawan2 satu praktikal ni. Dulu masa minggu2 awal praktikal, memang sangat jelas politik2 yang sangat menakotkan antara pekerja. Bila sama sorang ni then kutok & jatohkan yang lain tp bila sama2 semua then pura2 jadi kawan. Macam x ada apa2 berlaku. So aku bagitahu kkawan sama praktikal yg laen bhw aku sedaya upaya x nak sampai jadi cam tu. Even ada pekerja gak yang tolong bagi warning (such as Puan Suraya yg sangat baek) supaya just jadi neutral & pendengar jer untok setiap gossip.

Bab cerita tu bwat aku teringat ttg sorang kawan ni. Lately timbol 1 curiosity. May b ia tudohan x berasas or may b just kebetolan. Tapi bab cerita Nur Kasih tadi bwat aku berhenti berfikir. Dia guna kaedah yang sebijik hampir sama. May b dia sedang pasang strategi…


Dia dah ada pengalaman kerja then may b bwat dia dah tahu tentang politik2 & selok belok alam pekerjaan. Apa langkah2 yang perlu dibuat untok menang dalam persaingan: bwat imej baek, bwat & jaga reputasi,cari pengaruh, cari sokongan, then bila betol langkah then dia akan betol2 pada kedudokan stabil. Bwat aku makin takot pada cara permainan dia. Sebab dia bwat aku teringat ttg sorang yang aku kenal yang sangop bwat permaenan yang sama.


Bila cakap2 ngan orang yang dah bekerja, mereka mostlynya akan kata benda yang sama: tempat kerja bukan tempat yang baek untok cari kawan pasal semua akan tikam satu sama laen untok naek. Then aku persoalkan: kenapa semua mesti jadi macam tu. Mana nilai2 baek yang ada di luar tempat kerja. May b aku x paham lagi pasal aku belom lagi bekerja sampai tahap tu. Mungkin bila tiba masa aku juga perlu maen permainan yang sama.

So kalu ko baca n terasa post kali ni khas untok ko then aku sangat2 harap apa yang aku tulis adalah salah. Cuma aku takot kalu2 firasat aku betol. Pasal aku baru start nak terima ko. Mungkin kau, aku dan kkawan yang laen boleh mulakan satu bab pekerjaan baru yang lebih bersih bermula dari kita..



Tapi kalu ko dah sampai tahap maen politik yang kurang elok guna isu a---- tu aku rasa ko dah tersasar jaoh sangat r. Matlamat x akan pernah menghalalkan cara, bro..!!