Sunday, March 24, 2019

Umrah. Part 02


Sampai kat airport Jeddah jam 10 malam lebih malam masa sana. Area immigration rasa macam sedang melalui kawasan perang yang penuh dengan askar Arab tapi bunyi heboh macam orang sedang lepak kedai mamak tengah malam. Bising bukan main lagi. Tak terasa macam dalam airport antarabangsa je. Then perjalanan ke hotel sampai-sampai dah 2 pagi. Faaiz cadangkan mutawwif supaya buat tawaf terus sebab jujur cakap yang ia sangat tak selesa untuk pakai ihram lama dengan perlu jaga pantang larangnya sekali but mutawwif nak buat lepas subuh gak. So ikut ar. FYI ini kali kedua Faaiz mengerjakan umrah



Tapi sejujurnya cakap malam tu (pagi sebenarnya) memang tak dapat nak lelapkan mata betul-betul. Walaupun jet leg masih terasa tapi rasa teruja tu jauh lebih kuat. Jam 3 aku turun lobi tengok luar manusia punya ar cukup banyak. Tak terasa seperti awal pagi. Semua berebut-rebut nak buat ibadah.


Selepas Subuh dalam bilik (BTW aku sebilik dengan Faaiz dan Abang Jalil dari nogori sembilan), jam 7 macam tu kami pun bergerak ke Kaabah. Lupa nak update, masa aku pilih pakej dulu aku cari paling murah so sepatutnya akan dapat hotel paling jauh ar tapi entah apasal lak masa kat airport, management kata group kami bakal dipindahkan ke hotel yang jauh lebih dekat. 5 minit jalan kaki je dah masuk kawasan masjidil haram. Alhamdulillah. Bilik pulak aku ambik paling murah iaitu 4 orang tapi dibagi bilik 3 orang. Rezeki..


Pertama kali tengok Kaabah; aku menanggis. Masa tawaf pun aku menanggis. Nak malu buat apa, tak ada orang ar yang ada masa nak tengok aku. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Honestly I am a sinner dan aku rasa macam tak layak pulak menjadi tetamu dan berada di tempat sesuci tu. Lagipun kalau ada yang tengok pun aku tak akan tahu sebab aku tak tengok kiri kanan sangat. Kalau korang tanya kenapa aku berani nak pergi sorang diri then jawapan aku ialah aku nak mengabdikan diri kepada yang Esa so aku buang rasa takut tu. So sepanjang tawaf, saie aku hanya fokus pada ibadah. Aku nak ia sempurna (walaupun aku yakin yang ia tak sesempurna mana) tapi aku cuba buat yang terbaik. Plus kalau kita pergi seorang diri then kita tak perlu risau tentang orang lain. Ada sorang ahli team kami ni datang in group of emak, adik dan isteri. Masa tawaf, dia asyik toleh kiri-kanan-belakang mencari mana ahli keluarga dia sehingga lari bahu kiri dia. Lari bahu maknanya tawaf dia batal.

Second day kami buat second Umrah. Agensi biasanya menawarkan 3 kali umrah bersama mutawwif. Lepas tu korang nak buat sebanyak mana yang korang nak, itu terpulang pada korang sendiri. Tapi untuk kali kedua, kami (aku, Faaiz, Abang Jalil & wifenya) buat umrah sendiri. Memula ikut team bermiqat di masjid Jaranah then kami berpisah kat masjid. The positive part buat sendiri ialah kita tak terikat dengan jumlah team yang banyak. Team kami ada 45 orang jemaah. Nak kena tunggu si A, lepas tu si B lupa barang, si C jenis banyak soal so semuanya jadi lambat. Bila ada 4 orang je so semuanya cepat. Lagipun kami dah tahu apa perlu dibuat, lepas tu buat apa bla-bla-bla.


Hari ke 3 kami buat umrah ke tiga. Yap, straight 3 hari buat umrah. Kepenatannya terasa hanya pada hari pertama je. Day 02 & day 03 rasa okey je. Kali ni kami kembali ikut mutawwif sebab dia kata habis umrah dia nak buat ziarah luar masjidil haram. Technically ia tak ar ziarah jauh mana sangat pun. Kalau kau saie guna tingkat ground or underground then guna pintu keluar situ. Mutawwif tunjuk mana tempat Nabi lahir (dah dijadikan perpustakaan), mana bekas rumah Khadijah (dah roboh untuk elak fanatik) dan tempat tinggal VVIP kalau datang mengerjakan umrah/haji dan ada laluan bawah tanah menuju ke Kaabah.

Kami berada di Mekah untuk 7 hari (literally). 7 hari yang menerujakan tapi rasa macam tak cukup ar. Subuh jam 5 lebih tapi jam 2 lebih aku dah turun dari hotel. Solat Jumaat jam 12 lebih tapi jam 9 dah ada kat masjid. Kita nak dapatkan tempat yang terbaik dan buat ibadah sebanyak yang mungkin. Kemudian dengar cerita Faaiz dan team member dapat sembahyang saf paling depan, or dapat cium Hajar Aswad or berdoa di Multazam, aku berkongsi kegembiraan mereka. Tapi jujor cakap aku tak terdetik untuk buat yang sama. Faaiz pernah cuba bawak aku cium Hajar Aswad tapi manusia yang fanatik giler banyak, semua bertolak-tolak macam orang tak makan seminggu dan ttiba ada bantuan makanan datang dan dada rasa tertekan habis ar so aku keluar.

Aku teringat kata sorang ustaz ni: Kalau kita pindahkan Kaabah ke Malaysia then adakah arah kiblat kita juga akan berubah sekali? Or bak kata ustaz MAZA: Tuhan yang sama kita sembah di Malaysia ialah tuhan yang sama kita sembah di Mekah sana plus kita sembah Allah, bukan Kaabah. Tempat tu memang dah dinyatakan sebagai tempat mustajab berdoa, cumanya mereka yang terlampau fanatik tu agak menakutkan. Kalau kau pernah pergi then kau akan tengok seribu satu perangai manusia pelik. Mereka anggap tempat yang nabi pernah pergi atau benda yang nabi pernah sentuh ialah keramat. Masa kami buat ziarah ke Jabal Rahmah, ada text ni kata tempat tu tak ada keramat atau boleh membawa apa-apa keajaiban kepada sesiapa. Jangan sampai jadi kurafat sudah ar.

Aku pergi umrah ni bukan berniat nak shopping so duit 1000Riyal aku bekal still berbaki 220Riyal bila sampai Malaysia. Team umrah tanya Muttawif mana tempat best + harga murah kat Mekah. Muttawif kata Mekah barang mahal sebab sewa tinggi. Nak shopping gi Madinah sebab kat sana murah tapi kat Mekah ada satu tempat nama Jaafaria yang mana harganya lebih murah dari Madinah. Aku tak plan nak shopping but still aku pergi sebab nak tengok ‘Mekah’ tu macam mana. Bayar 30Riyal dan aku balik dengan tangan kosong.

Tapi aku ada 1 lokasi yang aku suka shopping. Bin Dawood. Kedai ni kira macam Giant/Mydin tapi versi mini yang ada je kat mana-mana. Bangunan ni ada. Bangunan sebelah ia ada. Selang 2 bangunan ada lagi sebijik. Kat Bin Dawood ni aku suka bandingkan harga dan beli benda-benda yang tak ada di Malaysia dan bawak balik. Aku beli susu segar (murah sikit dari Malaysia), Mentos yang perasanya tak ada kat Malaysia, gula kuib berperisa pudina, perencah Maggi Arab, manisan Arab, keropok kentang Arab etc. Yang pasti Pringles sana mahal nak mampus. 13Riyal untuk satu silinder tu.

Antara benda yang aku terfikir dari Malaysia ialah apa hidangan istimewa Mc D dan KFC Arab. Technically tak ada apa-apa sangat pun. Ingatkan ada Mc Arab ke dengan rempah ratus or Mc Nasi Mandi ke. Dan ayam KFC ia kecik dan rasanya bukan tak lawan KFC Malaysia. Cuba try fast food Al-Bait. Pastikan ia memang Al-Bait ar sebab banyak sangat klon yang guna nama dan logo hampir serupa.


Hari ke-5 kami melawat Taif. Ni kira ziarah luar jadual ar. Kami bayar 200Riyal. Kami dinyatakan yang Taif ni ialah kawasan riadah orang Arab sebab ia sejuk. Kira macam Tanah Tinggi Genting ar. FYI aku pergi bulan 2 dan sepatutnya Mekah dah tak sejuk sangat tapi paling sejuknya boleh jatuh 18 Darjah Celcius. Dan Madinah pulak jatuh sampai 8 Darjah Celcius. Kembali ke cerita; Kalau kita belajar sejarah then Taif ialah tempat pertama Nabi nak sebarkan dakwah Islam sebelum ke Madinah dan ianya tak berjaya. Taif juga ialah tempat ibu susu Nabi. So lawatan ke Taif akan lihat tempat nabi kena lontar dengan batu oleh penduduk Taif tapi kami tak dapat berhenti sebab kawasan tu dah diharamkan berhenti. Siap ada polis jaga lagi. Sekali lagi atas alasan untuk elak kaki fanatik.


Di Taif kami singgah ke masjid Abdullah bin Abbas (sepupu Nabi), pasar buah-buahan, ladang ros (jumpa Oki Setiana Dewi) dan masjid Qarnu Manazil (tempat miqat). FYI Taif memang sejuk dan tanahnya subur. Menghijau je kat mana-mana. Dan kalau kau bernasib naik kau akan terserempak dengan monyet padang pasir. Or kau akan nampak beberapa taman tema besar yang tak ada orang di antara batuan-batuan. Dalam perjalanan akan jumpa ladang tanaman, ternakkan unta dan bebiri, sungai etc. Dan paling penting ia sejuk dan telinga rasa sakit sebab tekanan udara. Rasa macam dalam kapal terbang pulak.


Kalau kau berbelah bahagi nak pergi Taif plus bayar 200Riyal tu membebankan then aku tak nasihatkan ar. Ramai gak jemaah yang dah pergi Taif mempersoalkan kerelevenan pergi sana. Ia jauh dan most of the time kita hanya duduk dalam bas je pun. Tak ada apa-apa yang luar biasa sangat pun kat sana. Aku expect kita akan berhenti kat tempat-tempat bersejarah tapi tak. Kalau kau tak nak then jangan pergi. Buat ibadah kat Mekah jauh lebih bermanfaat.

Umrah. Part 01


Pada 5 January 2018 aku terima call kata aku diterima kerja. Memula fikir itu mungkin taktik scammer ar sebab kali terakhir aku interview ialah 3 bulan sebelum tu. Borak punya borak ternyata ia adalah benar. Beberapa hari lepas tu aku lapor diri. Aku berniat dalam hati kata next year pada 5 January 2019 aku akan berada di Mekah mengerjakan umrah. Unfortunately ia tak berlaku sebaliknya aku pergi 11 February 2019. Hahaha..



Aku sejenis makhluk kaki planner aka bukan pergi main redah macam tu jer. Semuanya mesti dirancang baik-baik selengkap-lengkapnya. Kalau tak aku akan start gelabah. Dalam otak aku: Pakej umrah aku budjet RM6000. Kamera sebijik RM2000. Perbelanjaan Pre dan semasa RM2000. So aku plan pada Disember 2018 aku dah ada RM10000. Walaupun realitinya kerja ni ialah kerja dengan gaji paling kecik aku pernah terima sepanjang aku tamat degree 2008 dulu. Plus 4 bulan aku kerja tak ada simpanan langsung (2 bulan terawal tu gajinya kira tak ada gaji dan 2 bulan lagi sebab raya. Hahaha). But still disebabkan ada niat so kita akan fokus. Alhamdulillah pada Disember tu aku berjaya simpan sekitar RM8000. Pertengahan Disember aku bayar pakej sekaligus kat agensi umrah tu. Harga pakej plus tiket Kuching-KLIA2-Kuching memang cukup-cukup dengan budjet ar. Dan aku rembat sebijik kamera Fujifilm XA-10 kat Lazada dengan harga RM1200. Bila fikir-fikir balik kalau aku kena tipu online then burn macam tu je ar duit aku. Kau pun bertanya: kenapa tak beli kamera kat dunia nyata dan apa signifikasi perlu ada kamera? Handphonekan ada? First ia kamera yang dah agak lama dan dah boleh kata kurang kat kedai. Harga in store RM2200 kot (aku ada tanya sebab ia perlu booked awal-awal). Plus aku rasa annoy pada mereka yang ambik gambar moment-moment penting just guna handphone then either upload kat social media or terperam dalam memory phone. That it..

Hanya selepas aku bayar pakej, renew passport, inject, bayar itu ini then baru aku bagitahu parents aku yang aku nak pergi umrah awal bulan dua ni sorang diri. Memula mereka agak tergamam ar. Aku versi berlawanan dengan abang aku. Dia jenis heboh mewar-warkan cerita satu dunia tapi nak merealisasikanya agak susah. Aku pulak jenis diam-diam je. Dah jadi baru bagitahu. Itupun kalau aku nak bagitahu.


Aku didiagnosed with Bipolar Disorder Typle 2 with anxiety. Kalau kau baca previous post tentang tips pergi Umrah sorang diri tu then yap, it happen. Selepas bayar tu, apabila sorang diri dalam bilik, aku terus menanggis. Segala anxiousness dalam otak menyerang tiba-tiba. Segala ‘makhluk’ dalam otak cuba nak bersuara: What if shit thing happen to me there, dah ar aku sorang diri kat tempat yang jauh dari rumah pulak tu, bagaimana kalau tuhan bayar ‘cash’ setiap perbuatan aku kat Malaysia dulu, macam mana kalau mulut aku yang memang dah cabul ni terus keluar ayat pelik-pelik, macam mana kalau aku tak ‘nampak’ Kaabah atau sesat tak jumpa pintu keluar, macam mana kalau aku masih lagi buat dosa yang sama bila dah balik Malaysia kelak atau macam mana kalau ibadah aku ditolak, aku tak ready dan aku nak ambik balik duit aku tu semua bla-bla-bla. Tapi as time goes by ia makin kurang ar.

Seminggu before flight, aku pergi kursus umrah yang disediakan agensi. Ia diadakan setengah hari tapi jujur cakap memang tak cukup ar pengisiannya. Aku pernah ikut emak bapak aku pergi kursus haji kelolaan Tabung Haji sebanyak 3 kali so memang banyak ar benda yang tak diajar kat kursus agensi tu. So nak tak nak kena banyakkan bacaan.




11 February akhirnya pun tiba. Aku hanya start masuk barang dalam beg malamnya. Jam 2 pagi masih lagi belum siap berkemas. Aku ambik flight paling awal dari Kuching ke KLIA 2 walaupun flight KLIA ke Jeddah hanya jam 5 petang but still no one know what the fish could happen la kan? Aku lepak beberapa jam di KLIA 2 then pergi KLIA dan lepak lagi beberapa jam lagi. Jam 2 kami sepatutnya dah berkumpul tapi bila sampai sana, wow, memang ramai yang dah ada. Tengok beg biru Andalusia so aku yakin yang mereka-mereka ni lah yang akan jadi satu team sama dengan aku. Tapi realitinya ada berpuluh-puluh jugak agensi-agensi umrah lain yang ada and even dari Indonesia pun ada gak. Mereka akan masuk 1 flight yang dah dibooked sekali.

Aku seorang yang introvert (ada masanya) so antara kebimbangan aku sebelum tu ialah aku akan totally seorang diri je kat sana kelak. Cukup pasti akan ada ramai orang tua dan aku kureng sikit apabila bersama dengan orang tua. Sentiasa bersangka baik kepada Allah. Ditakdirkan selain aku ada sorang lagi lelaki (dan juga sorang perempuan sebenarnya) yang pergi sorang diri dan umur dia lebih kurang sebaya aku dan dia pulak sejenis extrovert. Dia bercakap dan bercerita dengan semua orang. Kat KLIA masa first jumpa, dia dah kata awal-awal yang kami kena saling tengok satu sama lain dan dari pergi sampai balik Malaysia, dia memang seorang peneman yang baik yang tuhan pinjamkan untuk aku kat situ. Mana dia Faaiz btw. Dan dia bangsa Johor.

The awkward part pergi ke Mekkah dulu ialah si lelaki kena pakai ihram start kat airport Malaysia. Imagine kau baru lepas mandi, kau ambik sehelai tuala dan satu lagi extra untuk tutup bahagian atas dan jalan ke hulu-hilir dalam airport, naik kapal terbang, turun kapal terbang dan dekat sana siap masuk mall dan paling utama tanpa pakai seluar dalam. Dan kau bukan satu-satunya lelaki yang buat perkara tu gak. Rasa pelik sangat wey. Btw bila aku kata dalam mall aku maksudkan mall bawah jam Mecca Tower tu. Just pakai ihram dan tanpa seluar dalam. Hahaha..

Dan juga ini ialah first time seumur hidup aku masuk kapal terbang yang sangat besar (2 tingkat) dan perjalanan yang sangat lama (8 jam). Selama ni pernah naik kapal terbang Air Asia dan Mas dalam Malaysia je. 




(bersambung)

Saturday, March 9, 2019

Kisah Perempuan Melayu Yang Bagi Anak Makan Babi


Aku mempersoalkan:

Dia tak ada agama ke?
Dia tak takut tuhan ke?
Dia tak percaya konsep dosa, pahala, syurga, neraka ke?
Dia tak tahu ke dia bagi anak dan suami dia makan makanan haram?
Dia tak rasa bersalah ke?
Dia tak tahu malu ke?


Sewaktu aku universiti dulu, aku ambik satu kelas elektif ni: penulisan kreatif. Salah seorang pensyarah bagi kami satu bahan bacaan ni. Pendek je. Tajuknya kalau tak silap: Petani dan babi. Sinopsisnya: Petani Melayu ni miskin jadi dia ambik kerja sampingan under sorang apek Cina ni dengan memburu dan memotong daging babi hutan. Selepas tu dia akan samak parang dan diri dia. Apek Cina pun bagi upah yang agak lumayan. So hari berganti hari bertukar minggu dan dia masih lagi buat benda yang sama. Satu hari selepas selesai kerja kerat mengerat daging, dia gantung kat pagar rumah dia dan dia pergi samak diri macam biasa. Malam tu, masa makan dia tanya isteri dia: Sedap awak masak malam ni. Mana awak dapat duit beli daging? Maka isterinya menjawab: Daging ni kan awak yang beli dan gantung kat pagar. Saya masakkan jer. So si petani pun terkesima.


Kat tempat kerja aku post tertinggi ialah supervisor. Dan di situ ada 2 supervisor. Aku dan sorang lagi yang senior 3 bulan dari aku sekaligus menjadikan ‘peranan’ dia lebih besar dari aku. Orang kenal aku tahu yang aku no big deal pun dengan pangkat or benda nama duit ni. Beberapa hari before raya dia bersalin, cuti 2 bulan dan kembali masuk kerja. Bulan September OK lagi. It started bulan Oktober. Dia datang kerja sekitar 7 hari jer. Bulan November dia masuk kerja sekitar 4 hari. Disember 5 hari. Januari kurang 10 hari. Februari baru lebih 2 minggu itupun sebab aku pergi umrah. Tapi dekat slip gaji, hanya stated yang dia ambik beberapa hari je cuti, unpaid leave pelbagai. Bersih je payslip worksheet. Dan hujung bulan tersenyum je kira gaji.

Alasan dia bagi: Anak sakit, anak meragam tak nak pengasuh, pengasuh buat hal, pengasuh temankan anak ambik keputusan PT3, kakak pengasuh masuk hospital, kakak pengasuh meninggal, kawan emak meninggal, suami sakit, dia temankan suami sakit, dia sakit gigi, ada urusan bank, susu anak habis, urusan bank lagi, orang atur rumah dan ada masa cerita di whatapps dan jumpa depan boleh berubah pulak bla-bla-bla.

Kalau aku budak naif umur 4 tahun then aku mungkin akan bersimpati dan kata dia ialah perempuan paling malang dalam dunia ni. Mana taknya dalam sebulan cuma turun kerja 4 hari je? Turun kerja 4 hari tu pulak bukannya 8am-5pm x 4 tapi ikut mood. Dia masuk kerja jam 8.30-9.00. Balik pulak jam 4. Ada masa dia nak kerja setengah hari then setengah hari je ar. And even ada masa tak sampai sejam je terus balik.








Yang buat kerja dia: AKU.






Aku tulis ni atas dasar saudara seagama. Duit yang dia dapat setiap bulan tu ialah haram. Dia nak pertikai dan bawak jumpa ustaz or mana-mana mufti pun memang akan tetap jatuh hukum haram. Dia tak tahu ke? Sekalipun dia guna alasan meyakinkan diri dia sendiri yang dia sakit but still dia tipu on payslip worksheet dengan menyatakan dia hadir pada selain 4 hari tu. Kau tak buat apa-apa, main dengan anak, ‘main’ dengan suami di rumah dan kau dapat duit. Dalam payslip kau kata kau kerja. Ia haram. Haram tetap haram. Bak kata orang Melayu: duit tu panas. Ia akan bagi effect pada rumah tangga, pada suami, pada anak, pada keluarga kau. Mungkin kau tak nampak sekarang tapi ia akan ambil masa. Duit tu diguna untuk beli makan anak-suami, ia akan jadi darah daging, ia akan hitam dan bila kau dah sedar ia terlambat.



Dan 1 benda yang paling senang untuk analogi haram: BABI. Kau sanggup suap anak suami kau makan babi?


Lalu aku mempersoalkan:

Dia tak ada agama ke?
Dia tak takut tuhan ke?
Dia tak percaya konsep dosa, pahala, syurga, neraka ke?
Dia tak tahu ke dia bagi anak dan suami dia makan makanan haram?
Dia tak rasa bersalah ke?
Dia tak tahu malu ke?











Dan dalam cerita ni aku juga sedang makan babi sebab bersubahat. Jadi aku perlu buat sesuatu..