Tuesday, April 17, 2012

First Episode

Pernah tak terjadi pada korang satu hari tengah boring-boring tak tahu nak buat apa so korang grab remote TV (or layan tenet) then bukak satu channel secara tak sengaja dan kebetulan waktu tu sebuah rancangan baru start dan ia adalah episod pertama untuk rancangan bersiri. Sehingga tamat episode pertama tu korang rasa tak sabar pulak nak tunggu next episodenya. Dan thanks goodness internet berfungsi dengan baiknya dimana kalau program tu ialah rakaman then korang leh tahu keseluruhan episode sepanjang season tu. Even kalau episode tu tengah airing kat negara asal pun korang sanggup untuk die hard fan negara tu upload free untok korang.


Dan terdetik dalam hati korang betapa menyesalnya gerak hati korang terbukak TV waktu tu. Realitinya cerita tu bukannya ada apa-apa yang special sangat pun. Sebab korang dah terbukak dan tertonton episode pertama. Kalau korang accidentally terbukak series dalam episode 10 or 15 ke then korang pasti dah malas nak layan sebab korang tak tahu beginningnya. So unfortunately sekarang korang dah jadi hamba abdi sepenuh masa kepada cerita tu. Duh.

Berikut ialah list of cerita-cerita sepanjang 2012 yang aku secara tak sengaja telah tertonton dan secara tak sengaja gak tak termiss satu episode pun. Thanks to my jobless status. Hmmm..


1. New Girl (In love with Zooey). On going



2. Once Upon A Time.On going



3. The Lying Game. End Season 



4. The Walking Dead. On going



5. Suits. End season



6. Smash (ooh Iam so gay). On going



7. Sungkyunkwan Scandal (Cerita 2010) Tamat



Lastly sehingga bulan April ini adalah series yang paling membuatkan mulot aku ngan ringan mengata "buduh..buduh..buduh" pada setiap episode tapi cerita ni penuh ngan lawak jenaka iaitu:


8. Rooftop Prince. On going








So adakah korang berkongsi kegilaan yang sama ngan aku or korang ada cadangan cerita lain yang leh buat aku bertambah gila. Suggest sementara aku still menganggur nih..huhuhu

Warna Warni

Tadi siang aku pi temankan bapak aku shopping beli cat rumah. Masuk satu kedai ni dia terus mintak pandangan aku. Aku suruh jer dia pilih mana yang dia suka plus sebab pilihan aku dan bapak aku biasanya bertentangan jauh ar dan bapak aku jenis keras kepala (duh, disitulah tumpahnya kuah ke aku ni gak) so no matter apa pandangan orang then pandangan dia sendiri gak ar dia layan. So first warna aku pilih coklat tua, dia reject. Second aku pilih kelabu gelap, pun dia reject so aku just blah.


Emak pernah bising kat aku bila each time raya aku mesti akan pilih baju warna orang tua-tua. Warna orang tua-tua bagi dia ialah warna yang kelam, muram dan suram aka warna kegemaran aku. Bagi emak aku pemilihan warna tu tak sesuai atas dua sebab: first) sebab ia tak sesuai ngan usia aku dan second) sebab ia tak sesuai dengan makna raya sebagai hari bergembira. Sebaliknya aku cam sedang berkabung plak. Hmmm..

Realitinya mostly semua baju aku punya skema warna dari kumpulan yang sama jer. Kalau tak hitam, kelabu, colat, biru tua. Pulang balik itu jer colornya. Dari t-shirt, cardigan, flannel, jubah, baju melayu, hoddie, semuanya cam tu je colornya. Bila ada baju warna ceria yang aku pakai then automatically badan aku akan menukarkannya jadi suram pulak. Hmmmm..

Tengok jer lah bukti terdekat: blog aku nih. Warnanya sangat hitam, kelam, muram dan suram kan? Kalau tak hitam then hitam then hitam balik. Bukannya aku tak pernah cuba tukar warna ceria tapi it seems like aku sedang berpura-pura oe sedang menjadi clown aka benda yang sendiri takut.



...




Psikologi kata setiap manusia ada warna mereka sendiri. Warna dalam erti kata warna apa yang mereka lihat melambangkan diri mereka sendiri. Dan aku pilih hitam. Aku pilih hitam bukan sebab hitam itu gaya, mutu dan ketunggulan tapi hitam itu mengambarkan aku.











Aku sedang berada dalam bayang hitam sewaktu malam kelam tanpa bulan. Cukup hitam.


















Btw korang mesti tanya color apa bapak aku pilih lastlynya kan? Oren terang. Huhuhuhu

Cikgu Lisa

Setiap kali aku tengok gambar ex-students aku kat FACEBOOK akan buat aku terkata sesorang "Gosh, they are so big..!!" Big dalam erti kata badan diaorang dah besar ar, tak baek fikir kotor pada bebudak. Sebab masa aku mengajar dulu tu mereka masih form 2 dan sekarang mereka dah form 5. Hmmmm..


Sebab aku tak mengajar sekolah biasa so students aku pun bukanlah students biasa-biasa. Mostlynya anak businessman, anak orang kaya or cucu menteri-menteri. Mostly orang biasa akan kata: Alaa, anak orang miskin ke, anak orang kaya ke sama jer. Semuanya bebudak. Even aku pun pernah fikir benda yang sama gak tapi once masuk kelas form 2 tu cam rasa masuk kelas form 4 or 5 sebab mostly mereka physically and mentally matured.

Mungkin sebab mereka dah terdedah dengan banyak perkara yang bebudak biasa tak lalui, gadget-gadget mahal yang budak biasa tak mampu milikki and even aku yakin some of them dah melawat ke seluruh dunia sedangkan aku just baru pernah gi Singapore dan Indonesia (itupun sempadan jer). Aku masih ingat one day ada sorang students aku bercuti sewaktu sesi sekolah so kawan dia kata dia ngan bapak dia gi memancing kat Hong Kong dan pengerusi (sekolah tu guna pengerusi) leh jer luluskan sebab parents students la yang bayar gaji kami. Hmmm.. 

Antara saat-saat yang aku tak akan lupa ialah before aku berhenti. Sebab sekolah tu rumor bergerak sangat pantas. Aku bagitau aku resign pada pengerusi then less than 30 minutes dah heboh satu sekolah tentang cerita tu. So bila aku masuk kelas so sesi dramatis berlaku ar. Ada yang janji x nak nakal, ada yang janji akan belajar lebih rajin bla bla bla. Plus diaorang pun tahu blog aku so berpuluh ar mesej dari students aku dapat. Paling terharu bila student yang paling disenaraihitam oleh cikgu dan other students pun mintak aku jangan berhenti gak.

Aku tegaskan berulang-ulang kali: aku berhenti bukan sebab perangai beberapa orang cikgu sana yang suka mengkondemkan aku or sebab khabar-khabar angin yang membuatkan aku kerap berjumpa ngan pengerusi or what ever. Aku resign sebab aku fail sebagai seorang cikgu. Yap, aku tak cukup mulia untuk pegang jawatan semulia tu. Hmmmm..






















Tetiba terfikir, bestnya kalau Lisa Surihani jadi cikgu aku.. Hmmmm..