Thursday, March 8, 2012

Polka Dots Skin

Semalam dalam berita kata seorang atlet bina badan negara ni diserang penyakit PSORIASIS. So dia refuse untuk mendapatkan rawatan di hospital sebaliknya cuba untuk mendapatkan rawatan tradisional di kampungnya. Dan dia kata lagi yang dia hanya akan kembali beraksi bila penyakitnya sembuh. Buat aku terfikir PSORIASIS=SEMBUH? Plus term 'diserang' make it seem like PSORIASIS ni sangat ganas dan jahat sunggoh. Hmmm..


If you're 22 and suddenly diagnosed with PSORIASIS, yap, the fact that you need to live with these polka dots skin for the rest of your life is a BIG disaster..

But if you're 27 and live with PSORIASIS for almost 27 years then you will realize that polka dots is the latest fashion statement. Hmmm..


























Btw si atlet juga sedang mendapat dana bagi meringankan bebannya sehingga membuatkan aku juga terdetik untuk memohon dana serupa tapi atas sumbangan apa ek? Aku x bagi apa-apa sumbangan pada Malaysia dan aku x support Ibrahim Ali.. Hmmm..

Wednesday, March 7, 2012

Saya Menjual Bayi

Aku x suka ngan idea orang-orang tertentu yang menjual kittens dengan harga yang agak tinggi. It seems like cam aktiviti menjual bayi manusia. Cuma ia datang dalam keadaan ia sekadar seekor kucing yang tak pandai berkata-kata. Just imagine kalau dia adalah manusia perempuan yang digunakan untuk mengandung dan setiap kali ia beranak so anak dia akan dijual dan mengandung lagi dan dijual lagi berulang-ulang kali.


Seolah-olah manusia cuba menjadikan manusia dan haiwan ni cam sama jer. Buktinya cam satu lagi ni. Pernah x korang tengok cara orang yang nak buang anak kucing? Diaorang letak dalam kotak dan letak kat satu tempat then blah tanpa rasa bersalah. Sama je kan cara orang buang bayi? Letak je kat mana-mana then blah tanpa rasa bersalah.






















Manusia..

Monday, March 5, 2012

Duit & Kerajaan

Bapak aku kata bahawa gaji yang dia terima hari ni ialah dari duit Barisan Nasional. Sama gak ngan duit rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 tu pun ialah duit Barisan Nasional. So bapak aku kata lagi yang pembangkang mana pernah bagi duit sesen pun pada dia selama ni. Hmmmm..


Buat aku terfikir rerupanya selama ni aku salah. Mati-mati aku fikir selama ni yang duit gaji pekerja kerajaan, duit rakyat 1 Malaysia, perbelanjaan sambutan merdeka dan lain-lain sambutan or even gaji-gaji menteri malah gaji perdana menteri pun adalah duit rakyat.












Sama gak cam pemikiran kata yang berhormat-yang berhormat ni berkuasa tapi sebenarnya kita aka rakyat lah yang jauh lebih berkuasa. Kalau mereka berkuasa sangat then x kan ar mereka nak merayu-rayu, mintak maaf, kempen sana sini suruh kita undi mereka.
















Mostly kita tak sedar bahawa kita sebenarnya punya kuasa. Hmmm