Monday, April 12, 2010

Kimia

JIKA 1 hari tu korang plan nak tackle sorang girl ni (dalam konteks korang ialah pendukong penggunaan Bahasa Melayu secara total) ngan ayat ‘Saya dapat rasakan yang kita berdunia ni ada kimia r..!!’. Then girl tu balas ngan senyom colgate kat korang ‘Maaflah, saya bukan dari sekolah aliran sains..” So rasanya korang amatlah perlu untok menukar niat suci murni korang tu pasal akan timbol rasa curiosity either girl tu sangat2 full sense of humor or dia totally fool. Hmmm…



Situasi 1
Korang pasti pernah pergi 1 tempat tu then masa baru start dudok2 lepak ttiba ko teros leh kuar ayat pertama ngan orang sebelah korang (yang korang x pernah kenal pon) then dia plak leh teros balas balik dan korang saling bercakap tanpa henti ngan gelak tawa yang memanjang. Sedar x sedar korang dah share both of korang punya kehidupan sepanjang 25 tahun yang lepas sehingga korang leh kongsi cerita2 mengarut ttg warna kegemaran korang, moto hidop korang dan rahsia2 yang x parents korang sendiri pon x tahu.

Then ttiba ada kenalan korang join sekali r bual bicara korang yang sangat2 cam mesra dan tanya ‘Korang berdua ni dari sekolah yang sama ke?’. Jawapan korang ‘Tak r, baru je setengah jam tadi’. Kawan korang pon heran r.

Situasi 2
Korang pasti gak pernah berada dalam situasi yang totally berbeza. Dia jenis orang yang baek, x ada ciri2 makhluk yang korang akan kutok terok2 dari belakang, or dia jugak bukan anak sedara kepada CEO korang yang perasan diri sangat2 bagos. Tapi entah apsal bila bertembong ngan dia, x da 1 word pon keluar dari mulot korang. It seem like bukan sekadar lidah korang jer yang kelu tapi ngan suara hati korang sekali dah beku.

Even kalu ditempatkan kat 1 bilik tertutop dalam masa 12 jam, still leh dikira patah perkataan yang keluar dalam bibit2 komunikasi korang. Sehingga kalu sorang kawan korang ttiba baru jumpa korang akan syak yang either one of korang baru je daftar kerja hari pertama. Then korang kata r ‘Tak da r. kami dah kerja sama lebih dari 10 tahun’.. Kawan korang lagi r tambah heran bin ajaib.



A Chinese friend of my sangat2 percaya benda FENG SUI. Dia kata ada unsor yang pelik dalam FENG SUI yang x dapat dijelaskan ngan words macam mana susun ator setiap perkara bermula dari sesuatu yang sekecil2 pasu bunga (sais paling kecil r) sehingga ke sebesar2 bangunan leh pengaruhi nasib seseorang jadi untok jadi UNTONG atau SOI aka RUGI.

Cam tu gak r persamaan peliknya kehidupan manusia ni. Ia semacam ada cas positive ngan negative dalam setiap diri manusia yang sangat2 jelas sehingga ada kuasa yang leh menarik dan menolak antara satu sama laen. Dan lebih bestnya plak cas2 ni leh cam berubah2 or dalam words artis2 yang dah bercerai akan kata ‘Kami dah x da chemistry lagi dan akan bawak haluan masing2 lah’. Or kira kalu korang ni jenis mamat/minah kaki horoskop then percaya lah yang si CAPRICORN x sesuai ngan si LEO (pasal singa akan makan kambing kot) tapi sesuai ngan yang berlindong under zodiak2 laen plak. So ramai r yang putos ngan awek/ balak korang hanya sebab percaya buku ramalan bintang tu.









BTW why aku kuarkan post ni? Bukan suroh korang jadi tahyol percayakan benda2 zodiak ni tapi sebab ia baru dan sentiasa berlaku berulang2 ngan aku. Cukop ramah pada permulaan tapi kemudian akan tukar cas bertentangan… hmmm…

Sunday, April 11, 2010

Orang BAEK-BAEK

Semalam ambik exam paper SPA. Gi ngan sorang kawan 1 sekolah menengah yang dah lama x dengar khabar berita. Then bila sampai kat pusat peperiksaan jumpa ramai lagi kenalan then kongsi cerita2 terkini sikit sebanyak. Then pass tu ttiba kawan tu kuar 1 statement "Aj, banyak gak kawan ko r. Aku sorang pon x kenal ssapa..” Then aku terfikir balik. Hmmm…

Teringat masa b4 nak masok Universiti dulu, family and friends yang rapat agak bimbang ngan aku dalam 1 perkara ni: mampu ke aku bwat kawan or aku akan menyendiri sepanjang tempoh 3 tahun kat U kelak.. Aku gelak kehairanan jer masa tu. Mungkin sebab tragedy at the end of form 5 dan 2 tahun di form 6 menjadikan ia tempoh KEGELAPAN bagi aku so sepanjang masa tu aku sangat2 menyendiri dan x nak berkawan ngan sesapa.

Tapi bermulanya zaman Universiti semuanya seem to changed. Bermula dari rumate pertama, MUM sehingga ke hari terakhir ngan rumate terakher, ISYRAF bersalam selamat tinggal, then belajar SAFETY, then kerja kat LODGE, then ambik GEMS, then kat STIDC… it seems like tuhan sangat2 sayangkan aku. DIA sentiasa memberikan orang-orang yang baik-baik untok bersama aku. Yap, there r no body perfect tapi mereka2 ni sangat2 terbaek untok aku. Aku sangat2 berterima kasih pada tuhan kerana meminjamkan mereka kepada aku walau untok tempoh yang terhad. Juga berterima kasih pada rasa sayang dan supportivenya mereka kepada aku selama ni.






Cuma aku rasakan aku sahaja yang bukan terbaek untok mereka2 semua ni. Even bukan terbaek untok sesapa pon pasal I never ever try to appreciate their love. It seem like aku sendiri bina pagar sempadan penghalang yang akan menghentikan sesiapa dari masok ke dalam diri aku dan sekaligus menghalang aku sendiri dari keluar. Im just being too selfish.. aku hanya fikir diri aku tanpa fikir perasaan orang laen..



Then akan ada yang kata: that wasn’t true.. Aj akan sentiasa bersama aku stiap kali aku perlukan dia. Dia akan hug aku sehingga aku berhenti menanggis. Dia akan suroh aku tido di bed dia ketika otak aku bercelaru. Dia akan lepak berjam2 untok dengar cerita aku setiap hari.

Cuma persoalannya sekarang: hanya korang sahaja yang memberi hati2 korang pada aku dan aku hanya menerimanya. May be benar kata sorang kawan ni. Aku terlalu banyak menyimpan rahsia. Aku x pernah share it with someone yang aku sendiri gelar as kawan. Seperti aku x pernah bagi hati aku sepenuhnya kepada sesiapa. Seperti aku x pernah percayakan korang pun selama ni..





Aku cukop2 berterima kasih kepada mereka2 yang masih kekal setia mencuba untuk membuka pintu hati aku. Percayalah, aku pon ingin pintu hati aku terbuka Cuma aku x tahu bagaimana..








Esok ialah satu hari baru yang akan memberi peluang kedua kepada aku. Bukan semua manusia diberi peluang kedua untok menebus apa yang telah mereka lakukan. Aku yakin tuhan memilih aku kerana dia mahu aku kekal berada bersama-sama orang2 yang baek.

Saturday, April 3, 2010

Al Fatihah

The Joxer
Entah apasal pemergian mengejut Din Beramboi membuatkan aku agak bermurong. Walaupon realitynya aku x kenal rapat ngan dia pon tapi jenakanya menghidopkan diri aku di saat2 aku memerlukan. Jujor aku katakan pemergiannya bwat aku rasa kehilangan. Semoga Allahyarham akan ditempatkan bersama golongan yang beriman dan disayangi tuhan Maha Pencipta.



Sepanjang tahun 2009, secara keseluruhannya aku cukop kurang membuat orang ketawa (what such a statement). Mungkin sebab banyak event yang x perlukan emosi gembira or ketawa. Atau ada orang laen yang sentiasa akan membuatkan aku dan sesiapa sahaja ketawa. Jadi cukup hanya dia sahaja yang menceriakan keadaan dengan jenakanya.

.

I still remember ada sebuah filem Hindustan lama yang title ‘Mere Naam Joker’. Cerita tentang seorang lelaki yang punya kebolehan menghiborkan hati sesiapa sahaja. Mampu membuatkan sesiapa sahaja ketawa dengan karenah dan jenakanya. Cuma side effect kelebihan dia ialah x ada sesiapa yg mampu menerima the other side dia. Bak kata 1 proverbs ni ‘sapa yang nak dengar pelawak yang membuatkan orang menanggis’. Then at the end of the story dia kuar statement balik ‘Orang yang berjaya membuatkan orang laen benar2 ketawa akan boleh bwat orang tu untok benar2 menanggis’. Yap… cerita tu sangat sedih.




So mungkin pemergian Din Beramboi sama cam what happen in that story. Lalu mungkin atas alasan yang sama jugak perginya mereka-mereka yang pernah berjaya membuatkan aku ketawa menjadikan aku rasa kehilangan.

















AKU INGIN KETAWA SEMULA..