Showing posts with label condom. Show all posts
Showing posts with label condom. Show all posts

Tuesday, January 10, 2017

Online Dating Apps

Seandainya korang masuk pada usia 30-an and still not in a relationship then adakah korang berada dalam posisi:

a) Lonely
b) Horny
c) Both
d) None


30-an ialah satu peringkat usia di mana apabila kau realize apabila datang cuti sekolah, kau dah cukup-cukup jarang terima mana-mana kad jemputan kahwin lagi sebab mostly kawan-kawan seangkatan kau either dah selesa berumah tangga or sibuk dengan anak masing-masing. But still masih ada yang belum kahwin but still in a relationship. Yap, better married late than married wrong kan. Cumanya sebelum ni everything seem okey je ketika kau single and available memanjang tapi entah  kenapa as time goes by semua yang lain makin susah untuk diajak lepak malam macam dulu or kau rasa bersalah pulak nak pisahkan mereka dengan pasangan dan anak-anak mereka di rumah then membuatkan kau terasa: Kan best kalau aku berada dalam relationship with someone right now.., nothing serious. Just a relationship yang biasa-biasa je.  


So hari ni tadi aku reaktifkan semula Tinder apps kat phone. Dah atur setting itu ini then aku start finding match people sekitar. Muka plastik-reject. Aksi slut-reject. Muka future predator-reject. Muda sangat-reject. Tua macam tak sedar diri-reject. Nampak sangat curi gambar orang lain-reject. Pendek kata sekarang aku dah ingat kenapa aku delete account Tinder sebelum ni or kenapa aku still masih sendirian berhad sampai sekarang. Hahaha.




Aku ada beberapa kenalan yang jumpa jodoh online. Bila aku kata jodoh of coz then ia berakhir dengan perkahwinan (kecuali seorang yang still bertunang lagi) tapi sayangnya mereka-mereka yang dah  berkahwin tu semuanya tamat dengan penceraian. Aku tak nak bagi komen apa-apa sebab aku tak tahu hujung pangkal cerita. Ia Jodoh. Orang yang jumpa secara offline bertahun-tahun kenal pun still boleh bercerai kan? Hmmm..






Then aku download another apps cari jodoh lain lagi. 3 apps sebenarnya. Matlamat awal sekadar nak kenalan yang biasa-biasa je tapi kesimpulannya hampir semua muka jenis nak hubungan satu malam je. Or mungkin aku just judge semuanya terlalu awal so korang ada apa-apa experience online dating ni? Hmmm..

Sunday, March 18, 2012

Membeli Barang Yang Memalukan

Apakah barang yang akan membuatkan korang rasa malu nak beli sama ada pada masa nak ambik dari shelves or pada masa nak buat pembayaran di kaunter? Kalau korang lelaki please jangan kata tuala wanita melainkan korang lahir or berada pada tahun 1920-an where setiap barang 'peribadi' khas untuk wanita adalah terlalu taboo untuk para lelaki dan masyarakat secara keseluruhannya. 


Tadi aku gi Guardian Pharmacy then dalam tu ada ar sorang mamat ni ngan muka yang pelik ar. Beberapa kali mundar mandir kat satu shelf ni. Dan dipendekkan cerita masa nak bayar ni dia plak kat depan aku ngan sorang girl ar (aku rasa wife dia kot) so dia letak barang dia kat kaunter ngan keadaan yang tersusun. Beberapa barang diletakkan di atas satu box ni. Kedian pekerja scan 1-1 barang so lastly box tu pun nampak ar. Rerupanya ada 2 kotak lubricant. Lepas bayar dia terus blah laju.

Realitinya x ada apa-apa salah pun kan kalau setakat nak beli lubricant tu. Bukannya dia guna lubricant tu untuk culik dan rogol kanak-kanak pun. Dan dia beli 2 kotak mungkin sebab dia pengguna yang kerap etc. Cuma yang lawaknya dia seems nak menyembunyikan barang yang dia nak beli sebab malu kot. Lubricant konotasinya memang just for sex je ar kan...? Nak guna apa lagi? Melincir engine kereta ker?








Buat aku teringat satu cerita Indon ni ada sorang girl nak beli condom then dia pakai hoodie ngan cermin mata hitam besar lagi. Then bila sampai kaunter, tanpa ditanya terus dia kata tu bukan dia punya. Kawan yang pesan. Wakaka.. Lawak


















Korang pernah tak pergi kedai runcit mamak then beli tuala wanita then dia akan bungkuskan ngan news paper..? Matlamatnya?