Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Monday, May 7, 2012

Bulan Dan Pemuja Malam

Jujor aku katakan bahawa malam tadi tanpa aku sedar air mata lelaki aku mengalir. Ianya kerana aku melihat satu ciptaan tuhan yang cukup cantik iaitu bulan. Ianya cukup besar dan warnanya cukup kuning. Aku tak pernah melihat bulan sebesar tu or sekuning tu sebelum ni. Ianya cukup cantik dan memakuku untuk kekal berdiri sepanjang malam. Seolahnya aku ialah seorang pemuja bulan.


Entah apsal ia terus membuatkan aku teringat akan kau. Teringat akan cerita dan janji kosong kau tentang aku, kau dan malam. Ia benar-benar membuaikan aku ketika itu. Dan ia telah berjaya membuatkan aku hanyut. Sehingga tanpa aku sedar, kau juga telah menguasai alam mimpiku malam tadi.
























Kau memujaku sepertinya aku ialah bulan. Bagimu kecantikkanku hanya datang ketika malam.

Wednesday, April 4, 2012

Waras

Aku harus kekal waras ketika persekitaran aku sedang mengila dan sedikit demi sedikit ia mulai menghakis cebisan kewarasan yang berbaki pada aku.

Thursday, March 29, 2012

Wordless Thursday

Aku kemas bilik. Yap, aku jarang dengar istilah tu dan aku jarang aplikasi penggunaan istilah tu. Suddenly aku terjumpa sehelai kertas kecil. Tertulis sesuatu. Otak aku cuba ingat balik tapi tak berjaya. There are something happens at that time sehingga memaksa aku menulisnya. Cuma aku tak mampu untuk ingat.


Ayatnya berbunyi:

Ada dua wajah yang mengeluarkan air mata
bersamanya ada kisah yang berbeza
kemudian mereka tersenyum
menjadikan aku sedikit khuatir
ketawa mereka membuatkan aku bimbang
apakah ada gembira dalam hati mereka
atau hanya wajah pura-pura?














Tak ada tajuk dan tak ada tarikh. Tapi ia memang tulisan aku.

Friday, January 21, 2011

Rasa 'Rasa'

Setiap pagi sewaktu baru turun kerja, dari kawasan tanah tinggi itu aku melihat matahari yang baru sahaja keluar dari persembunyiannya disebalik gunung-gunung di sebelah sana. Fikiranku jadi kosong melihat keindahan pada warna pagi. Pada baunya yang segar. Pada burung-burung yang berterbangan memulaikan perjalanan hari mereka. Dalam perasaan ini, jauh nun di dasarnya seperti ada 'sesuatu' yang ingin keluar. Cuba memberontak. Tapi sentiasa terhalang oleh kedinginan pagi. Lalu 'sesuatu' itu terus sahaja berada di situ: di ruang paling dasar dalam perasaan ini. Dan aku meneruskan perjalanan itu tanpa peduli akan matahari, keindahan warnanya, baunya serta pada burung-burung yang berterbangan.




Mungkin benar katanya: aku sudah lupa bagaimana sebenarnya rasa 'rasa'.

Tuesday, January 4, 2011

But What If I Did?

(Adam Zaquan: my bro's baby boy)

But What If I Did?

I choose not to fall in love with anyone.
But if I did
then I'll choose not to marry her.
But if I did
then I'll choose not to have any kids with her.
But if I did
then I'll choose not to be a bad parent to these kids.

But what if I still did it?








Is there any other choices should I choose?










Or I thinks it better for me to just stay on the first choice: NOT TO FALL IN LOVE WITH ANYONE...

Thursday, September 2, 2010

Bintang Malam


Dia membuka mata aku untuk melihat langit malam.
Langit malam yang selama ini wujud tapi tidak pernah kuendahkan...
sehingga dia datang.

Lalu aku sedar betapa langit malam itu tidak pernah sunyi.
Ia dihuni oleh berjuta-juta bintang yang cukup indah.
Cukup indah sehingga mampu menjadikan aku jadi kaku.
Benar-benar kaku.










Tapi kini aku tidak lagi melihat langit malam
Mungkin kerana dia sudah pergi



Atau







Sememangnya langit malam itu sudah tidak punya bintang lagi..

Saturday, July 10, 2010

Perhentian


Aku mendengar khabar
ada kapal yang belayar
karam
sebelum sampai di perhentian

Tuhan,
Bersihkan lautku
cantikan perhentian

Jangan-Kau sisihkan aku






oleh Zaleha Mohd Hashim (1994)