Friday, May 22, 2009

Freddy Mawar

Dah lama rasanya aku x post blog ttg individu tertentu. Last blog ialah ttg 2 orang kawan masa kat U dulu: DIDI n DAUS. Sepatutnya aku upload post ni beberapa hari terdahulu tp masalahnya internet kat tempat aku ni ttiba bwat hal plak. Baru dua hari lepas jer intenet wokey so aku pilih untuk post. (ya, Fazlee... tentang roomate ko. May b next ttg cousin ko r plak)

Aku x tahu kenapa aku boleh tulis 1 post khas tentang dia. Tentang seorang lelaki yang aku x pernah kenal walaupun dia ada berhampiran aku setiap hari. Bila masa aku boleh ramah n main-main ngan sesapa saja tapi bila berada berhampiran dia then aku jadi x tahu apa nak bwat. Mungkin ada beberapa kali aku tegor dia tapi bila reaksi di yang sangat dingin bwat aku rasa cam hampagas plak.

Manusia biasanya akan menilai seseorang berdasarkan pengalaman yang pernah berlaku pada mereka. Akan ada ciri-ciri tertentu yang boleh di kaitkan kepada orang lain. Even dari pandangan psikology pon perkara cam ni ialah normal. So x pelik r kalu kita boleh detect tindakan orang yang baru kita kenal hanya based on pengalaman kita handle orang yang kita rasa ada persamaan ngan orang tu.

Tapi yang pelik ttg lelaki bernama Freddy ni ialah: aku or sesapa pon x dapat nak relate dia ngan sesiapa or apa2 pon. Dia jenis orang yang berada di luar fikiran sesiapa. X ada sesiapa pon yang leh jangka tindakan dia. X ada sesiapa pon yang leh tahu ttg apa yang dia fikir. Just imagine dalam tempoh sebulan berada dalam kelas, semua ahli kelas sangat2 leh mesra kecuali ngan dia. Dia jalan sorang2. Dia makan seorang2. Dia keluar kelas bila masa dia nak. Dia x berkomunikasi ngan budak kelas. Bila ada xtiviti then dia x nak terlibat. Bila semua ketawa then dia cuma bwat donno. Seolah2 dia memang x pernah wujud dalam kelas.

Aku masih ingat pada minggu lepas bila kelas bwat ice breaking. Then fasilitator suroh kami tulis something ttg diri sendiri yang orang laen tak tahu pada a piece of paper. So as usual r kertas tu akan d bagi secara rambang. Ttiba kawan sebelah aku jadi hairan. Kat piece of paper dia tulis something yang bunyi 'HOW DO I DEFINE A GOOD LIFE?'. Ayat tu sendiri dah bwat aku terhenti. Bwat aku berfikir panjang. Kalu yang lain akan tulis ttg berat, tinggi, hobi, warna kegemaran tp bila kat kertas tu tulis cam tu untuk describe diri dia aku dapat rasa something pelik.

Aku masih ingat pada hari orientation dulu. First impression aku tentang dia ialah sorang mamat yang berada dalam khalayak popular. Musti kaki perempuan. Musti akan bergaul ngan kelompok sejenis ngan dia je r. Ngan muka yang woke dan body yang muscle plus tatoo kat tangan lg... duh, bila dah lebih sebulan berlalu aku rasa bhw dia adalah sangat2 berbeza. Bila aku kata sangat2 berbeza then aku maksudkannya dgn SANGAT2 BERBEZA.


Aku tak tahu kenapa aku leh jadi sangat2 fokus kat dia. Even aku sendiri x tahu kenapa aku leh post blog yang khas tentang dia. Something tentang perbezaan dia. Sesuatu yang menjadikan aku lihatnya berbeza. Cukop pasti bukan sebab tarikan seksual r. Bukan juga sebab simpati.


Sesuatu tentang dia.

Dia bwat aku ingat tentang seseorang.


Seorang yang cukop dekat tapi aku dah lupa tentangnya...






Dia bwat aku ingat tentang . . . . .

Thursday, May 21, 2009

Mr. Apple Juice

Apakah itu Apple Juice? Something yg juicy. Rasa masam sikit tp kepuasan rasa juice yang berbeza.




Siapa itu Mr. Apple Juice? Aku..!! Someone yang juicy. May be agak masam sikit tapi akan beri kepuasan yang berbeza. Nama yang diberikan masa joins kursus GEMS ni..




TALENTDAY
19.05.2009


Bawah ni plak gambar masa TALENTDAY







Monday, May 18, 2009

AFUNDI HAFIZ

Tahniah Hafiz sbb memenangi Akademi Fantasi yang ke 7. Kalu korang kata aku sokong Hafiz sbb dia dari Sarawak then aku bangkang r pendapat korang. Aku pon bukan 100% Sarawak. Then semangat kenegerian aku sangat2 kurang x seperti korang2 yg ssuka jer judge x tentu pasal. Aku sokong dia sbb dia memang layak untok jadi juara. Sekali lagi tahniah buat Hafiz.











Then buat Fadzlee n Radzi, jangan plak ttiba bila Hafiz dah menang then korang heboh plak ttiba angkat bendera baru nak mengaku dia tu uncle korang plak.. Duh..

Tuesday, May 12, 2009

How To Loose Your Virginity In 30 Days

Pada awalnya aku x bercadang nak menulis blog ... at least sehingga KURSUS GEMS yang aku ambik skarang ni berakher. That y last post aku letak title 2 bulan setengah: sebab kursus ni akan ambik masa sepanjang tempoh tu. So aku fikir aku akan berehat dari dunia luar sepanjang aku berada kat sini.


What happen to me lately?



Pernah imagine x kalu SNOW KING (versi lain untok Snow Queen), jadi ramah a.k.a warm? Pasti r dia akan cair. So this post akan cerita ttg benda tu)



Resign je aku dari jawatan CIKGU di LOGDE tempohari, aku terus joins GEMS (Graduate Employability Management Scheme) di Rajah Court Kuching. Sebab aku join benda ni? Aku nak lari dari masalah. Yap,.. aku sedaya upaya bagitau sesapa yg ada masalah supaya jangan lari dari masalah tapi skarang benda tu dah balik pada aku. (Tapi masalah ni x ada kaitan pon dengan kerja aku yang terdahulu iaitu di LODGE. Walaupun ttiba dapat called dari LODGE bagitau yang aku d suspect mencuri duit pelajar plak. Duh.. Sakit hati r ).




Bila join GEMS jer, something happen to me. Mungkin sebab tekanan yang amat kuat bwat aku jadi sorang yang sangat berbeza. Aku sendiri perasan perbezaan tu. Aku jadi sangat2 ceria. Aku jadi sorang yang banyak cakap. Aku jadi someone yang bukan aku. Mungkin cara tu pilihan terbaik yang boleh buat aku melupakan apa yang berlaku pada aku di realiti kehidupan: mencipta dunia khayalan sendiri (pilihan seorang looser).


Tapi at the end of the day: bila aku ssorang or bila time hujong minggu dah nak sampai then aku jadi takot... Aku jadi sangat2 takot sebab aku perlu balik pada realiti sebenar.




Sejujornya aku sangat2 stress. Ada something berlaku yang aku sangat2 nak share pada semua tapi masalahnya aku x dapat nak share masalah tu. So aku terpaksa pendam semua tu untuk satu tempoh masa yang panjang hingga at the end kesannya sangat teruk berlaku pada aku. Aku x pernah menanggis seterok tu sebelum ni (even dah cukop lama aku x menanggis). Hari tu aku menanggis macam budak kecik. Air mata yang mengalir tak henti2. Pasti orang sekitar jadi sangat2 hairan lihat seorang lelaki berusia 24 menanggis cukop lama. At least skarang aku dah ada 3 sebab untok menanggis.



Masalah ini adalah masalah yang paling besar dan memberi tekanan terhebat kepada aku sepanjang aku hidop 24 tahun ni. Mungkin selama ni aku pejam sebelah mata bila ia berlaku pada orang laen tp bila ia berlaku pada aku, aku jadi tergamam. Aku x tahu nak bwat apa2. Aku x tahu peranan apa yang perlu aku bawak untuk masalah ni. Dan lebih teruk lagi, aku x boleh nak share benda ni ngan sesapa pon..










Damn..!!