Saturday, March 30, 2013

Boroi vs 6 packs

Korang pernah tak dengar statement: fairy tales are as worst as porn? What happen in fairy tales: Puteri yang cantik jumpa putera raja yang kacak then kawen dan hidup happily ever after. Now thanks kepada TV dan kapitaslist sebab semua hero-heroin semuanya cantik dan kacak-kacak belaka. Hasilnya dalam otak kita wujud garis panduan untuk menjadi kacak dan cantik seperti celebrity tu plus mencari pasangan yang lebih kurang sama gak.


Hasilnya kat TV or majalah or news paper ke gila banyak kuar iklan pill pelangsing, krim pemutih, shampoo rambut lurus, mesin itu ini untuk 6 packs etc. Seriosly siapa kata yang untuk jadi cantik sorang girl tu mesti kulit putih, rambut lurus dan pinggang ramping? Kita bukan Korea Selatan ar. Negara tu mangsa kapitalist. Plastik surgery tu dah cam gosok gigi jer. Biasa sangat. Semua nak jadi perfect. Lelaki muka jambu, pakai baju poyo ngan 6 packs. Seriously aku tak faham kot kenapa perempuan jerit-jerit tengok lelaki cam tu. 










Kenapa kita tak diajar untuk menerima diri kita seadanya or comfortable with our own skin atau meraikan kepelbagaian?










Recently kat FACEBOOK ada jual singlet cover boroi. Oooh seriusly ada gak orang jual benda mengarut tu. Tapi so sure ramai lelaki-lelaki yang akan beli terutama lelaki yang malu perut boroi, selera makan yang tinggi, malas nak bersenam etc.










Fakta: semua orang leh buat 6 packs tapi tak semua orang leh jadi boroi. So boroi jauh lebih cool. Btw aku boroi. Wakaka

Friday, March 29, 2013

Awek Chuck Taylor Book Review

Setiap lelaki pasti ada meletakkan satu garis panduan untuk menggambarkan sorang gadis ni as a hot girl. Antara ciri-ciri hot girl aku ialah sorang girl yang pakai flannel shirt, jeans dan high cut Chuck Taylor sneakers. Pendek kata aku dan Hafiz (watak utama dalam novel Awek Chuck Taylor) berkongsi ciri-ciri hot girl yang sama. Wakaka..


Bila aku baca novel Awek Chuck Taylor oleh Nami Cob Nobbler ni then otak aku secara tak langsung mengimaginasikan ia dilakonkan dalam bentuk drama dengan barisan pelakon Beto Kusyairy as Hafiz sebab 1st: aku suka lakonan Beto yang mantap and 2nd sebab digambarkan dalam novel ni yang watak tu tak kacak, Syarifah Amani as Mira sebab watak ni perlukan girl yang tegas pendirian, Syarifah Ariana as Mira yang tampak monotones tapi penyayang dan Izzue Islam as Aiman yang gila dan rempit. Seriusly, aku baca jer buku ni then otak aku imagine diaorang. Hmmm..


Sinopsis: Hafiz fail masa universiti dan dia nak mula balik life ngan ambik form 6 semula. Gila apa kan? Rasanya tak perlu kot ulang balik STPM 2 tahun semata-mata nak masok universiti semula. Tapi itu antara sebab aku nak beli buku ni. Tapi masalahnya isu masuk semula form 6 ni hanya digembar gemburkan dalam beberapa muka surat jer pun. Ingatkan ia big deal sangat tapi tak. 

Hafiz ni ada masalah ngan keyakinan diri bila masuk part perempuan. Dia quite desperate sebenarnya. Mana taknya. Dia leh couple ngan girl yang dia jumpa kat Myspace twice dan sorang tu sah-sah just nak duit jer bila asyik mintak top-up kredit handphone dan mintak duit untuk shopping but still si Hafiz jadi bodoh turutkan sedangkan dia just makan meggi jer. Dan dia tak nak break up sebab tak nak menyendiri. Hmmm..

Kedian dia couple ngan Mira yang asyik nak against the world jer memanjang dan gila cepat moody. Kalau moody then sepak terajang, barang melayang-layang etc. Just imagine kalau awek ko tampar ko di khalayak ramai. Malu tu wei. Dan still kau nak couple ngan dia lagi...?

Then muncul watak Nana aka adik Mira yang perangai totally berbeza ngan kakaknya. Yap, muncul kecelaruan dalam diri Hafiz bila dia pun ada perasaan pada si adik. Dan berlaku konflik yang quite interesting gak ar.

Graf cerita ni a bit tak stabil ar. Kalau cerita biasa then grafnya cam piramid yang kemuncaknya ialak klimaks cerita tapi cerita ni lain. Rasanya part diaorang nak gi Kanada tu dah cukup sesuai jadi penamat tapi ia start baru semula. Aku suka ending dia. Someone need to die untuk menjadikan ia sebuah epik tapi penamatnya agak mengejut ar. Tapi aku suka cerita yang tak berakhir ngan happy ending. Hmmm..

 









Novel Awek Chuck Taylor ni best sebenarnya tapi sebab aku dah terbaca Lelaki Eksistensial oleh penulis yang sama terlebih dahulu so menjadikan buku ni just biasa-biasa jer. Lelaki Eksistensial lebih dewasa manakala Awek Chuck Taylor lebih kepada dunia remaja. Dan aku lak dah meninggalkan zaman remaja so effect cerita ni kureng sikit buat aku ar. Cintan cintun sana sini but still bayang-bayang Lelaki Eksistensial ada gak pada Awek Chuck Taylor ni terutama part curang. Hmmm..








Kesimpulannya: cerita ni best kalau korang cintan cintun dan masih remaja. Plus cerita ni menurut penulisnya ialah dari event sebenar. Hmmm..

Jabatan Penapisan Mimpi

Korang pernah tak masa tengah layan wayang tetiba ada scene kena potong menjadikan kau totally tak paham jalan cerita tu? TV3 selalu buat perkara tu kat filem omputeh yang ditayangkan menjadikan aku sangat tak layan kalau ada tayangan filem omputeh kat situ. Even masa aku kerja wayang dulu, ada bebudak situ kata yang ada satu filem ni yang sepatutnya main around 2 jam tapi sebab dah kena censored then hasilnya ia cuma main x sampai sejam jer. Duh, gila censored..


Seriously aku tak sokong sangat filem yang punya aksi biasa tapi dianggap ganas yang dicensored. Feel filem tu cam tak menjadi contoh cam Kick Ass ar contohnya yang banyak aksi lawan-lawan yang ganas tapi dicensored then pasti tak best ditonton. Cadangan aku better buat filem under Disney jer sebab semua aksi ganas jadi nampak cam comel lak.

Tapi kalau part seks or bogel tu totally memang selayaknya di censored ar. Ada part tu memang kita cukup yakin yang tak perlu kot nak bogel dan nampak itu ini dalam scene tu. Ramai filem yang jadikan reason tu untuk tarik penonton datang pawagam. But seriusly ia menjadikan filem tu tak jauh beza ngan porn kot sebab porn nowaday pun dah makin banyak skrip dari aksi.












Semalam aku tidur petang. Mimpi tu kira best gak ar. Jalan cerita cam V for Vendetta gak ar bila government sebuah negara ni dah tetapkan apa yang baik dan buruk untuk difikirkan oleh masyarakat dan ada golongan pemberontak dan sorang girl yang tak ada kena mengena suddenly terperangkap sekali dalam pergelutan tu. Setting mimpi tu sangat cantik. Gambar lak clear tahap filem HD yang ditayangkan guna tv HD. 

Tapi itulah masa tengah scene dalam bilik mandi then tetiba melangkau terus scene lari-lari pakai towel then kemudian dah ada kat tempat lain lagi. Ceh, gila aku marah then aku membebel-bebel sesorang marahkan Jabatan Penapisan Mimpi sebab buat banyak sangat penapisan sehingga jalan cerita gila lari. Last-last aku nekad yang aku tak nak lagi tengok cerita mimpi tu dan aku kata "Kalau cam ni better aku bangun jer..."









Dan aku betul-betul terbangun. Terfikir dan ketawa. Pelik betul mimpi aku tu. Hmmm..