Saturday, January 30, 2010

Tidor yang berKUALITI

Kalu aku cakap kat korang yang aku x cukop tidor then aku yakin ada yang akan kata “Mamat ni gile r pemalas nak mampos. Dah r x da kerja then leh plak kuar statement kata dia x cukop tidor. Garenti r dia layan blue sampai jam 3-4 pagi then bangon tengahari..!!” Then aku balas balik “Ada benarnya pada kata2 beliau itu. Kecuali bab blue tu r..”


Entah apsal ia macam dah ditentukan. Setiap kali aku menganggor (or dalam bunyi yang lebih baek as x ada kerja), pasti ada assignment khas akan ditujukan untok aku. Cam2 tau jer masa aku nak relaks then masa tu gak r ada special events berlaku. Bila tamat belajar safety dulu, masa tu plak nenek aku operate mata kat hospital. So aku r yang manage certain thing: ulang alik dari hospital ke rumah plus macam2 lagi. Then bila kerja, nothing happen plak. Then tamat jer at PUSAKA ari tu ttiba nenek datang sakit plak. So aku lagi r yang kena handle semua (pasal aku jer yg x da kerja)..

Last week memang letih gile r. Pagi sampai tengahari gi kebon. Ngan kawasan berbukit, berbatu, then kena angkat bakol besar dan berat2 lagi then kena jolok sana sini lagi.. then tengahari ambik nephew dari sekolah then petang hantar lagi. Pass tu gi Bandar Kuching handle certain thing lagi.. Then malam tidor dan jaga nenek kat rumah dia lagi. Setiap sejam sekali kena angkat dia ke toilet. Then malam2 setiap kali dia batok then pasti r terjaga then sampai r pagi.. memang x cukop tangan.

Ingat lagi last Tuesday, gi bandar nak ambik ubat bapak and beli beberapa barang untok aunt sekali. Gila lega bila beli secawan kopi kat STARBUCKS tapi kedian bila kuar dari parking rasa cam berat je kereta. Rrupanya kereta aku bawak tu dah mengheret tepi sebuah kereta yang parking. Then aku try bawak ke depan then terlanggar lagi. Undor sekali lagi then terheret lagi. Duh… selamat x ada the car owner masa tu.. memang x da rasa pa2 wei.. mengantok r sangat..






Then bila dapat tidor kat bilik sendiri ari ni dan semalam (yang mengakibatkan aku tertinggal semayang Jumaat.. Duh..) rasa sangat best… tapi pass ni nak gi rumah nenek lagi.. kena sambong duty…







Then terfikir: “Best gak kalu leh layan blue sampai 3-4 pagi..” Hmmm… wakaka…

Saturday, January 23, 2010

Al Fatihah

Al fatihah untok Al- Marhum DYMM Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar yang telah kembali ke rahmatullah pada semalam. Semoga roh baginda tuanku akan ditempatkan dikalangan golongan2 yang beriman.


Walaupon aku bukannya purely Johorian tapi still ada darah Johor yang mengalir dalam badan aku. Sejujornya aku sangat sayangkan Johor sama seperti aku sayangkan Sarawak. Johor adalah negeri yang cukop istimewa, aman, makmur dan mempunyai system sejarah yang cukop menarik. Semoga pemerintahan baru kelak akan menjadikan Johor sebuah negeri yang bertambah keistimewaanya…





Al Fatihah

Tuesday, January 19, 2010

Anak HARAM

Apa pendapat korang tentang KONDOM selain fungsinya leh bwat belon yang sangat2 besar? As cousin aku sorang ni bagitahu yang dia dulu x pernah sempat nak guna kondom each time dia having a seks pasal kadar keterujaan dia sangat tinggi then dia akan ‘bwat’ kat mana jer tempat tersembunyi dari pandangan umum. Sehingga dia terkena 1 penyakit akibat tindakan seks yang x terkawal then baru dia berjinak2 nak pakai kondom. Then aku yakin ada beberapa yang dah ketawa.


Sebenarnya aku nak share 1 issue yang serius. Bukan tentang kondom tapi akibat kalu x guna kondom masa nak bwat seks terutama khas bwat yang belom kawen. Then pasti ada yang akan kata: “Dude, aku tahu r bila masa aku nak ‘menuju puncak’. Kalu air mani aku dah nak keluar then aku bawak tempat laen r ‘adik kecik’ aku tu. Benda kecik cam tu pon nak jadi isu besar. Sah, kolot..!!”.

Memang r ada yang hebat handling benda2 cam tu. Cuma kebarangkalian tetap ada. Mungkin dalam 99 kali tu nothing happen but then suddenly tengah awek tu dalam kitaran subur then ko terlepaskan ‘berudu2 kecik’ korang tu masok ke dalam ovary dia. Then beberapa bulan kemudian perot awek ko membesar dan kedian keluar baby comel.

Kita tolak tepi r kes dosa pahala, AIDS, syphilis or wat ever kesan2 laen. Korang nak bwat sampai patah katil ker or wat ever ke itu hal korang r. Im talking about budak yang secara x sengaja korang bwat tu. Apa nasib dia? Kalu korang nak kawen ngan awek ko before perot dia membulat, kira woke r. But what if korang just tinggalkan awek ko ngan bbudak dalam perut tu just like that jer. Or plan korang: bila budak tu lahir then ko nak letak budak tu kat 1 tempat supaya ada orang baek jumpa dia then adopt budak tu as anak dia. Tapi ttiba esok hari kuar kat news ‘Budak kecik baru lahir mati dipenuhi ngan seranga2 dan kepalanya dah hilang, dimakan anjing liar..’ or paling koman korang hantar je r baby tu kat rumah kebajikan..

Teringat aku masa bwat kerja kebajikan masa kat U dulu kat rumah orang tua dan anak2 yatim ni. Ingat lagi kat sorang budak ni. Rashidi nama dia. Dia pegang tangan aku erat2 then dia bercerita panjang lebar.. then pengetua tu bagitau bahawa these kids dan orang tua situ sangat2 happy bila ada pelawat. Pasal masa laen: tempat tu sangat2 mati.. I cant imagine cam mana mak bapak yang sanggup buang anak letak kat situ dan cam mana anak yang sanggup buang mak bapak diaorang kat situ..





Apsal aku kuarkan post ni? Sejak aku x da kerja aku sering ambik nephew aku dari sekolah. Then aku tompangkan sekali sorang budak ni ke rumah dia. Betapa masyarakat seringkali melarang dan berkata2 yang ‘kurang cerdik’ pada aku semata2 aku tompangkan budak tu ke rumah jer. Sedangkan dia sekadar seorang budak kecik yang berumur 8 tahun yang x tahu apa2. Sehingga family dia pon just biarkan dia jalan kaki ssorang dalam tengah hari yang panas dan jaoh. Duh… hanya sebab dia seorang anak yang datangnya x diminta dan kemudian dia dihukum.. sedangkan dia terlalu bersih….





Dan lebih sakit hati bila ada suara2 berkata ‘Once darah dia kotor then seluruh keturunan r akan turon darah yang kotor tu..’ Duh.. statement Israel betol r orang2 cam tu. Ingat dia ni jenis terhindar dari dosa ker? Duh..





Aku x leh menghukum seorang anak hanya kerana dosa yang dilakukan oleh emak dan bapak mereka.









Sebab X ada sesiapa pon yang lahir ke dunia dengan dosa untuk dihukum… even aku yakin tuhan pon x akan kelaskan manusia ikut klasifikasi either dia anak haram or anak halal sebaliknya pada amalannya sahaja…