Saturday, September 22, 2018

Poor You

Korang pasti pernah jumpa individu-individu tertentu yang punya perangai/sikap teruk seperti jenis suka buat cerita, pemarah, kaki bodek boss, otak terlalu buruk sangka, ayat keluar dari mulut terlalu negatif, lidah bercabang sehingga terdetik jauh di sudut hati kau berkata 'Apa yang dah berlaku pada dia sebelum ni sehingga menjadikan dia apa yang ada pada hari ni?'


Dia ada zaman kanak-kanak yang terlampau menyedihkan ke? Ibu bapa dia bercerai ke? Dia pernah kena pukul (or worst) oleh ahli keluarga dia ke? Dia dulu selalu kena buli di sekolah ke? Dia pernah kena tipu oleh kekasih sehingga hilang maruah diri ke? Kena tipu kawan baik? Bla bla bla


Kemudian kau terfikir: Kalaulah situasi sama yang pernah berlaku kepada dia sebelum ni juga berlaku kepada kau dulu then kau mungkin akan jadi sama seperti dia hari ni.



Atau tak.




Mungkin zaman kanak-kanak kau tak lah terlalu menyedihkan, keluarga kau tak lah terlalu bergelora mana sangat pun, kau tak pernah kena jentik oleh parents kau, kaki buli sekolah tak pernah target kau, semua ex kekasih kau tak lah iblis mana sangat dan kawan-kawan yang kau ada kebetulan ok-ok jer tapi but still shit happen along the way. Ada sampai kau jatuh teruk at the bottom sehingga susah nak bangkit semula. But still kau tak ada perangai seteruk dia. Kau masih lagi jalani kehidupan dengan nilai-nilai murni dan pemikiran yang positif. Walaupun tak sepenuhnya but still kau tak pernah jadi seteruk tahap dia. 





Simpati kan?






Di tempat kerja baru aku ni ada sorang kaki bodek boss. Mostly semua orang tak suka dia tapi they still got manner plus jawatan dia berpotensi untuk naik lebih tinggi so nak tak nak terpaksa gak mereka semua ni ikutkan pe'el dia. Aku? Aku ni aku lah. Jenis manusia tak makan saman. So target dia tertumpu pada aku. Setiap benda betul aku buat akan jadi salah. Setiap kesalahan kecil aku buat akan diperbesarkan. Dan setiap kesalahan dia tak akan pernah jadi sesalahan dia sebaliknya akan jadi kesalahan aku. Semalam kami buat meeting sesama management dan dia serang aku sehabis boleh. Reaksi aku: senyum dan dalam hati aku simpati. Agak-agaknya apalah cerita aku yang dia jaja pada boss. I dont care.

Di tempat kerja baru aku ni juga ada sorang mamat yang mostly ramai tak suka. sebab dia jenis mulut manis, pandai reka cerita sehingga ada masa kita tak tahu yang mana fakta dan yang mana auta, dan dia selalu emo tak tentu pasal pada semua orang. So dua hari lepas dia naik minyak pada kesalahan yang dia sendiri buat. Tengah kami buat kerja dia suddenly marah, rosakkan barang, suarakan ketidakpuasan hati dia sedangkan ia terlalu obvious memang dah salah dia. Kau pernah tengok drama TV di mana sorang pelakon ni over acting sangat sedangkan plot cerita lemah, skrip teruk yang tak memerlukan dia over react sangat sehingga menimbulkan rasa annoyed pada kau? So dengan rasa penuh annoyed aku tinggikan suara balik dan tamatkan lakonan dia hari tu. FYI, kalau kau tak kenal aku then aku ni bukan jenis Zul Ariffin yang sado dan nampak kuat tapi aku ni jeis Zul Yahya (adik-adik, sila google) yang people dont take you for serious. Dia blah dan kemudian dia upload status ancaman dalam group Whatsapp yang pekerja lain anggap ia ditujukan untuk aku. Dan reaksi aku: I dont care.













Mungkin aku pernah berhadapan dengan manusia yang jauh lebih teruk jadi apa yang mereka-mereka ni buat nampak totally amature atau sebab kondisi otak aku yang tak stabil buat aku tak ambik peduli lagi. Tapi jujur cakap, aku simpati dengan mereka.

Wednesday, July 18, 2018

Mari Sokong Produk Mak Nyah

Waktu kecik-kecik dulu, mak aku bukan jenis yang pandai bercerita dongeng or sang kancil buaya macam tu. Selain cerita kisah-kisah nabi, dia juga jenis bercerita dalam kategori yang bakal aku share lepas ni ar. Cerita ni dari kecik sampai sekarang lagi aku masih ingat. Tentang tiga orang Cina muallaf ni baru first time sembahyang berjemaah dan tiba-tiba lalu seekor tikus. Maka berlakulah dialog seperti berikut:

Lelaki A: Wow, tikus besar manyak bulat..
Lelaki B: Hey, orang semayang mana boleh becakap.
Lelaki C: Huh, nasib baik wa tarra cakap..


Tentang  solat mereka diterima atau tak, itu adalah urusan mereka dengan tuhan tapi kesimpulannya ketiga-tiga mereka bercakap masa solat.


...


Baru-baru ni ada dua orang usahawan kosmetik (perhaps sebab aku tak tahu pun apa sebenarnya produk mereka ni) yang dahulunya lelaki dan sekarang memilih untuk jadi jantina berlawanan yang dengan bangganya mendedahkan prosedur pembedahan untuk tukar jantina kepada umum, punya kekasih dan bakal berkahwin dengan lelaki siap mak bapak lelaki bangga ada bakal menantu usahawan berjaya, buat majlis jemput anak-anak tahfiz tapi dalam masa jemput drag queen siap laga-laga dada bla-bla-bla. Maka timbullah 3 kumpulan seperti berikut:


Kumpulan 1:
Mereka terang-terang follow, like dan beli produk yang dijual oleh dua usahawan kosmetik ni.

Kumpulan 2:
Mereka yang kutuk dengan kata-kata macam mamat zaman batu dulu, siap jadi keyboard warrior serang dalam setiap komen yang melibatkan dua orang usahawan kosmetik ni. Kemudian mereka forwardkan lagi setiap video yang ada dua orang usahawan kosmetik ni untuk tujuan mempersendakan mereka.

Kumpulan 3:
Mereka tak suka apa yang sedang berlaku jadi mereka upload post supaya masyarakat sedar kesan jangka panjang perbuatan dua orang usahawan kosmetik lalu langkah yang harus dibuat ialah jangan beli produk kosmetik tu supaya mereka sedar kemungkaran yang mereka dah buat. Orang lain yang tengok post tu then mereka share kat page mereka dan seterusnya.




Apa yang aku nampak sekarang ni ialah: Ketiga-tiga kumpulan tu sebenarnya sedang menyokong dengan mempromosikan produk kedua-dua orang usahawan kosmetik. Kalau kumpulan kedua dan ketiga tu memilih untuk tak buat apa-apa then orang macam aku tak akan tahu pun tentang kewujudan 2 makhluk tu. Ini tak, tengok muka Sajat cantik tapi suara macam katak then kau rasa video tu lawak dan dalam masa sama kau rasa masyarakat lain pun perlu make fun or him/her too supaya Sajat boleh dapat malu dan insaf so kau share. Atau kau kata Safiey memperkudakan agama so kau share supaya orang lain boleh join kutuk dia sekali supaya dia boleh sedar. Atau masa Neelofa lancar tudung kat kelab malam dan dapat kutukan netizen siap ada sorang akak yang dah beli tudung Neelofa harga beratus then menyesal lalu bakar sebagai tanda boikot. Kau fikir Neelofa rugi? Buat sidang media minta maaf then rakyat Malaysia maafkan then tudung dia makin laris, jenama dia makin terkenal sebab promosi boikot korang tu.




Dear Malaysian netizen, kalau kau tak suka satu-satu benda tu, jangan buka tapi kalau dah terbuka then jangan share. Setiap perbuatan kau akan melahirkan the next Kardashian or Justin Bieber. Stop making stupid people famous. Tamat

Thursday, May 10, 2018

Untuk Malaysia Baru

Awal pagi tadi air mata aku mengalir tanpa aku sedar. Dah bertahun aku berharap. Akhirnya Barisan Nasional tersungkur juga. Yap, aku happy yang teramat. Walaupun aku bukan team Mahathir (kita kena akui yang Najib dan menteri-menteri tu semua ialah legasi dia) but still dia menyatukan semua untuk merealisasikan kejayaan ni. As Malaysian, korang pun pasti dah naik menyampah dengan pak-pak menteri dengan kenyataan kurang bijak mereka dan memperbodohkan mak cik-pak cik kat kampung dengan satu-satunya sumber maklumat iaitu melalui berita arus perdana dengan rasa kebencian pelbagai. Aku naik sedih bercampur marah bila tengok mak bapak aku setia jam 8 depan TV3 dan kemudian menyumpah seranah dengan cerita yang sah-sah menipu. Anak-anak buah aku yang masih bersekolah bila terdengar nama ahli politik or bangsa or agama tertentu then terus keluar dari mulut mereka akan label-label yang dijaja oleh tv. 

Aku berharap Mahathir benar-benar berubah. Supaya dia tak jadi kuku besi macam masa pemerintahan dulu. Dengan tu media massa tak akan berpihak pada mana-mana parti politik lagi sebaliknya akan jadi medium ilmiah untuk mendidik rakyat. Aku juga tak sabar untuk tengok pak-pak menteri serta isteri mereka diheret ke muka keadilan dengan harta rakyat yang mereka dah makan. Serta lalang-lalang yang ada dalam UMNO untuk berpindah beramai-ramai ke pakatan, masuk TV, memuji kebaikkan pakatan dan mulai menyebar keburukkan parti terdahulu etc.

Dan apa agaknya lakonan terbaru si Jamal dan mamat dengan CGPA tinggi tu lepas ni..





Terlalu banyak harapan...








 Untuk Malaysia baru...