Tuesday, August 7, 2012

Batman Zaman Atok Aku

Kalau korang kata Christian Bale ialah satu-satunya pelakon yang membawakan watak Batman then pasti sekarang ni korang berusia 20 tahun dan ke bawah sekarang ni. Sebab kalau korang seusia aku then korang pasti tahu yang selain Christian Bale ada beberapa lagi pelakon lain yang bawak watak yang sama cam George Clooney, Val Kilmer dan Michael Keaton. Dan as aku tengok ulasan The Dark Night Rises ni rerupanya ada lagi pelakon yang bawak watak Batman seawal era 1940-an lagi. Huuuuuu~~~


Dan tadi aku entah apsal terjumpa satu gambar Batman zaman atok-atok aku dulu yang mana costumenya agak basic dan robin betul-betul hanya pakai underwear hijau jer. Plus terfikir, mesti penjahat dan orang ramai pada zaman tu ketawa terbahak-bahak tengok costume superhero tu kan?

Btw post kali ni aku nak dedikasikan untuk peminat Batman dan aku upload gambar-gambar Batman, kekawan dan musuh-musuh beliau. Enjoy..












Apa kesimpulan yang boleh dibuat di sini? Bersyukurlah yang korang dilahirkan pada era Batman dan para penjahat sekalian berpakaian seelok-eloknya. Kan?

Berdoa Di Facebook

Duh, recently and still aku tak berapa nak sihat physically and mentally. Tak mungkin sebab Ramadhan tapi ada sebab-sebab tertentu: luaran dan dalaman yang menjadikan aku a bit kemurungan gak ar. Ceh, aku suka guna istilah 'kemurungan' sedangkan x ada ar sampai seteruk tu. May be just a bit depress gak ar. Btw depress tu bukan translation untuk kemurungan ke? Hmmm. But still aku x pernah menjadikan laman muka buku as tempat aku meluahkan ke-depress-an aku tu.
.

Antara perkara yang aku x suka tengok orang buat kat wall FACEBOOK ialah cam: 

1. Korang maen online game dan kemudian setiap level or setiap perkembangan even sekecik-keciknya sekalipun kau upload nak membuktikan yang kau ni sangat minat ngan game tu dan betapa kau jauh lebih hebat dalam maen game tu.
.
2. Setiap kali ko nak makan dari kedai tepi jalan sehingga ke restoran berbintang-bintang then mesti ambik gambar dulu as bahan bukti. Adakah ko nak membuktikan bahawa kau satu-satunya manusia yang mempunyai handphone berkamera or makanan tu akan basi kalau x snap gambar terlebih dahulu? Paling x leh blah gambar yang diambik tu totally x da nilai estetika langsung.
.
3. Gi mana-mana then check in kat satu tempat  or status update kat mana korang berada. Dari tempat yang rare nak pergi sehingga dalam rumah sendiri pun nak bagitau. Contoh cam: with sayang at home sweet home? Apsal kau nak bagitau semua orang yang proses persetubuhan or persenyawaan sedang berlaku ker? Hmmm



Last but not least dan sekali ngan topik hari ni:

4. Berdoa dalam facebook. Aku cukup x leh blah kalau terbaca status cam "Ya Allah, berikanlah aku kekuatan menghadapi dugaan ni.." kedian ada gak beberapa orang mangkuk yang tolong aminkan. Aku x pasti apakah yang sedang bermain dalam fikiran orang tu waktu upload status tu. Adakah:

a) Adakah dia yakin bahawa 10 tempat paling mujarab or tempat paling diterima doanya ialah di FACEBOOK?
b) Adakah dia merasakan bahawa FACEBOOK ialah tempat perantaraan terbaek antara manusia dan tuhan. So dia imagine tuhan just scroll down mouse dan baca apa permintaan hambaNya?


Bagi aku berdoa di FACEBOOK adalah satu bentuk penghinaan terhadap institusi agama dan ketuhanan. Fikir secara logik ar: Adakah masa korang menaip kat labtop or smartphone korang tu korang sedang berada dalam keadaan menutup aurat, berwudhuk dan masih berada di atas sejadah lepas solat? Rasanya x ar kot. Entah-entah kat dalam toilet sambil berfikir "Dah lama x upload status kat FACEBOOK then rasanya kalau aku upload satus ni berapa banyak like ar yang aku dapat agaknya ar..?"
















Even kalau berdoa lepas solat adalah jauh lebih cepat dan effektif berbanding ko taip doa ko tu dan membiarkan semua orang baca kejahilan korang dalam agama. Kan? Hmmmm

Friday, August 3, 2012

Total Recall Review

Hari ni aku menonton Total Recall. Jujor aku katakan yang aku x bagi apa-apa expectation pon masa nak tengok cerita ni. Mungkin sebab aku x ingatpun Total Recall versi asal, ini bukan filem yang aku tunggu-tunggu sepanjang tahun, x ada pelakon yang aku minat dan ia bukan diarahkan oleh pengarah yang aku minat. Malah aku tengok pun sebab aku just balik dari solat Jumaat dan x ada xtiviti nak dibuat. Hmmmm


Sinopsis cerita ni: Berlatarkan bumi pada masa akan datang di mana berlaku pencemaran tahap kronik sehingga menjadikan manusia almost terpupus dan cuma ada 2 lokasi jer yang terselamat iaitu Britain dan Australia. Dan ada sorang lelaki ni ada masalah ngan memori dia. That it. Cuma dalam cerita ni korang x akan jumpa mana-mana muka or suara either English or Australian accents ar. Semuanya American accent jer. Hmmm..


Cukup pasti kalau korang jenis kaki movie then filem ni pasti akan membuatkan korang teringat pada beberapa filem lain cam Star Wars, Harry Potter, Inception, Futurama. Dan Kate Beckinsale akan buat korang ingat setiap watak dia jadi adiwira wanita cam dalam Underworld etc, Jessica Beil buat korang faham kenapa Justin Timberlake serius ngan minah ni dan Collin Farrel akan buat korang teringat video lucahnya yang hmmmm..













Satu part yang paling aku suka pada filem ni ialah masa depan mengaplikasikan teori HANDPHONE dengan 100% bila tangan tu betul-betul berfungsi jadi handphone cam Eyephone dalam Futurama. Hmmmm.















So ini jer review aku kali ni.. Then korang tanya "Aj, apsal review kali ni pendek jer?" Jawapan: sebab cerita ni biasa-biasa jer. Korang leh jangka setiap muslihatnya dan there no WOW factor. Hmmm.