Showing posts with label Harry Potter. Show all posts
Showing posts with label Harry Potter. Show all posts

Monday, April 9, 2012

Burung & Hantu

Dah lama x nampak burung hantu. Lebih dari 7 tahun rasa and suddenly pagi ni tadi entah apsal ada sekor datang ke rumah. Saiznya pun agak besar gak. Berdiri kat wayar telefon. Buat aku rasa cam ada harapan jer pada usia 27 tahun ni yang membuktikan bahawa I am not a muggle and I dont mind to be a mud blood rather. 





























































Hantu punya budak.











Hmmmm

Thursday, July 14, 2011

Harry Potter: The End

Aku layan Harry Potter since dari film yang pertama sehingga yang terkini tapi novelnya aku hanya baca yang keenam dan yang terakhir jer. Itupun aku baca novel terakhir sebab tak sabar nak tahu ending cerita tu. Tapi disebabkan aku dah baca buku terakhir dulu so buku keenam aku hanya baca beberaa bab terawal jer. Buat apa nak tahu pertengahan cerita kalau kita dah tahu endingnya kan? Aku pinjam buku sorang kawan yang beli after few week buku tu dipublish. Hmmmm...


After tamat baca novel terakhir tu aku rasa sangat buduh sebab betapa buku yang aku baca dalam tempoh 24 jam tu rrupanya buku kanak-kanak yang cukup pasti walau apa pun berlaku, endingnya tetap happyly ever after yang sangat adil saksama. Tapi still ia tak menamatkan minat aku nak layan filem demi filem Harry Potter ni. Terutama babak terakhir dalam novel yang bagi aku sangat lawak pun ditunjukkan dalam scene terakhir film ni. Tak nak bagitahu pada sesiapa yang belum baca or layan movie ni lagi.

So tamat ar perjalanan 3 orang kawan selama 7 tahun di dunia penuh magis tu.. Lawak plak bila teringat film pertama semua pelakon masih cute mute tapi sekarang dah leh jadi emak bapak orang. Emma Watson  pun dah jadi wanita tercantik dah.. Huhuhu..








Walau orang kata Harry Potter dan alam magisnya adalah mengarut dan boleh menjejaskan otak manusia dan umat Islam plak leh tukar status jadi syirik etc bila percaya lebih-lebih. Tapi bagi aku plak, hei ia sama je cam Doraemon yang bagi hiburan ringan pada kita dan bagi pengajaran kalau kita nak belajar something from it.


Contoh cam kalu kita buang unsur magis tu then yang jadinya ia sama jer ngan kehidupan manusia biasa, bebudak sekolah biasa, orang gila kuasa yang biasa, kementerian yang suka mengawal, cikgu yang pilih kasih, cinta monyet zaman sekolah, cemburu, iri hati, pangkat dan kedudukan dalam masyarakat, persahabatan etc.









Dan film terakhir ni gak banyak main emosi yang kekadang rasa tersentuh jiwa lelaki ni.. 

















Yap, aku fanatik Harry Potter.. Wakaka