Ketika dunia dan ketamadunan manusia semakin berada pada tahap kritikal, kau akan sedar wujud beberapa kelompok manusia yang tiba-tiba muncul. Berikut ialah jenis-jenis manusia yang aku perhatikan wujud semasa Covid-19 ni.
1. Manusia kebal (& bebal) penyakit
Golongan ni sejenis yang rasa mereka ialah kanak-kanak terpilih yang tak mungkin akan terkena oleh penyakit ni. Sebabnya dia rasa dia selalu bernasib baik dalam kehidupan, Dia tak pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya, rumah dia tak pernah kena pecah masuk, akaun bank dia tak pernah kena godam bla-bla-bla. And even everthing tentang benda nama Covid-19 ni seem too fictional to be true. Ia hanya akan berlaku kepada orang lain dalam TV or internet jer. So dia tak perlu ambil apa-apa langkah keselamatan untuk hindari apa-apa. Dia keluar ke mana sahaja (termasuk luar negara) dia nak tanpa perlu ambil apa-apa langkah keselamatan. Selain fizikal dia kalis dengan penyakit, otak dia juga imun dengan nasihat orang.
2. Manusia yang sentiasa betul.
Golongan ni pulak sejenis keyboard warrior yang bukan sahaja bising online malah juga di offline gak. Dia akan salahkan semua orang selagi mampu. Katanya: Ini salah orang kat China sebab diaorang makan apa sahaja benda yang selagi boleh bergerak, ini salah kerajaan terdahulu sebab tak nak buat tindakan awal-awal, ini salah group tabligh sebab dah tahu sakit tapi masih lagi nak berkumpul ramai-ramai, ini salah Sajad sebab pakai telekung masa pergi umrah, ini salah itu, itu salah ini dan selagi dia boleh salahkan seseorang maka dia akan rasa cukup lega. Sebabnya? Yap, dia sentiasa betul.
3. Manusia yang penuh dengan teori.
Golongan ni pulak sejenis kaki pemikir yang suka buat kajian mostly just google secara random, baca fakta dari twitter or dapat maklumat dari group whatapp. Menurut kajian ilmiah mereka: Covid-19 ni sebenarnya virus yang dihasilkan oleh Amerika disebabkan oleh perang ekonomi dengan China or ia dihasilkan oleh makmal di Israel je satu-satunya negara dalam dunia tak kena serang penyakit ni dan mereka ada vaksin anti Covid-19 ni dan akan jual pada harga mahal pada dunia kelak or ini semua dakyah Freemason dalam proses nak mengawal dunia or teori paling domestik: ini ialah usaha DAP nak pecah belahkan umat Islam kat Malaysia bla-bla bla.
4. Manusia penunggang agama
Golongan ni sejenis yang guna agama sebagai senjata untuk menghalalkan cara. Dia kata takut virus ke takut tuhan? or siapa yang ada kuasa untuk mematikan? Adakah ia virus atau tuhan? Kita tak perlu takut untuk sembahyang Jumaat atau sembahyang jemaah kat masjid sebab kalau dah ditakdirkan kita tak akan mati maka kita tak akan mati juga. Apabila ada mufti atau agamawan besar-besar keluar fatwa berdasarkan dalil zaman nabi dan para sahabat then dia sentiasa ada hujah untuk bidas dan bidas. Maka dengan rasa yakin dia bertawakal kepada tuhan seperti lembu yang tak diikat dengan harapan dia tak akan sesat maka tersebarkan covid-19 dengan jayanya di negara ni. Then dia bidas lagi Covid 19 ni bukan dari tabligh tapi dari China. Tabligh ni mangsa je untuk menutup mulut masyarakat dunia.
5. Manusia positively oportunis
Sewaktu kes Covid 19 kat China masih suam-suam kuku dulu, dia start borong face mask, hand sanitizer banyak-banyak so apabila ia dah merebak teruk so dia jual dengan harga tinggi. Still orang akan beli sebab tak ada orang yang nak mati muda. Kata mereka: diaorang tak buat apa-apa benda salah pun. Dia tak mencuri, bunuh orang etc. Apabila harga tiket kapal terbang ke luar negara murah then mereka antara yang terawal ambil kesempatan. Bukan selalu dapat ke Korea, London etc dengan harga tiket murah. Dia sangat positif yang keadaan amatlah terkawal. Bak kata dia: Kerajaan mesti akan sekat rakyat untuk melancong ke luar kalau kat luar nergara tu teruk. Belum sepat balik dia pon dah positif Covid 19. Tahniah
6. Manusia panik
Berita palsu tersebar dengan cepat dan luas. Kaki panik dengan mudahnya akan bertambah panik. Depan mata aku sendiri nampak after Muhyiddin umum 2 hari before 18th tempohari orang kita dah pun bertukar jadi pak cik mementingkan diri as dalam Train To Busan tu. Dia sorang je dah bawa 2 trolly makanan menggunung. Bekalan makanan tu rasanya cukup untuk berbulan-bulan kot. Bersangka baik je ar mungkin keluarga dia besar or dia nak sedekahkan kepada mereka-mereka yang daif ke. Then paling tak best part mereka ni berhimpit-himpit berebut barang dengan orang lain. Tanpa sedar dia mungkin dah terkena dan jadi agen penyebar virus covid tu.
7. Manusia racist
Part ni aku paling tak boleh tahan. Apabila orang kat China mati sebab Covid-19 then kau kata padan muka, balasan tuhan sebab buat itu ini. Then apabila kat Malaysia yang mati mostly geng tabligh then kau kata mereka syahid akan masuk syurga. Apabila orang bangsa lain suruh sesiapa yang pergi tabligh tu sila dapatkan check up kat hospital, then kau terus jadi hulk marah-marah diaorang balik. Realitinya diaorang cakap atas dasar kemanusiaan tapi yang kau lihat hanya bangsa dan agama. Apabila yang Melayu kena positif then kau upload post suruh doakan, kata ini semua ujian. Tapi bila bangsa lain kat negara lain kena then kau kata itu semua balasan tuhan. Hmmm...
Sebenarnya banyak je jenis manusia yang wujud masa-masa macam ni? Aku pulak jenis yang macam mana? Aku jenis tak kisah pun nak mati cuma aku tak nak menjadi penyebab kematian or kesengsaraan orang lain. Stay safe ya semua