Tuesday, October 28, 2008

ENCIK HASSAN




Blog kali ni aku bwat tribute untok bekas rumate iaitu enche Hassanol Isyraf bin Mat Hussain(rasa cam salah eja jer ni) pasal dia bjaya interview sebagai seorang animator dalam satu local animation company. Walaupon ini plan B dia aku tetap wish yg dia akan maju jaya dlm wat ever r jalan yg dier pilih. Bak kata Puisi The Road Not Taken: ada banyak jalan yg boleh kita guna sama ada jalan biasa: yg luros or jalan yg org laen x pernah amik(jalan tersendiri r): yg cukop pasti bukan mudah tapi cukop pasti yg penghujungnya tetap sama iaitu KEJAYAAN.


cerita ttg gambar atas ni? Biar kami berdua sahaja yg tau..

Monday, October 27, 2008

Deepavali

Selamat Hari Deepavali untok rakyat Malaysia x kira yg pro HINDRAF or pro kerajaan pasal kita still Malaysian r. Plus walupon Sarawak x cuti untok Deepavali tapi aku still lom kerja so x ada beza pon semua tu..

Saturday, October 25, 2008

Hilang Ingatan


Pernah berlaku x pada 1 situasi ttiba ada sorang makhluk tuhan yg separa seksi ttiba datang dan tegor kita tapi kita x tau sapa r plak makhluk sekor 2? Dia sempat boleh tahu nama kita, keluarga kita n tempat kita tinggal. Secret admire ker ni or salah satu trick direct seller nak jual barang?

Just imagine waktu sekolah dulu dlm kelas at least ada lebih kurang 30 org. Dlm tingkatan plak ada 4 buah kelas (30x4=120). Dalam tempoh lima tahon sekolah rendah ada kenal ngan senior dan junior (((120x4)x2)=960)+120=1080)). Sekolah menengah lagi (1080x2=2160). Campor pindah sekolah bbrapa kali (malas nak kira pasal math aku terok aa). Wei tadika lagi. Jiran2 sepanjang pindah tempat lagi. Belom masok university lagi. Kawan kakak n abang2 lagi. Itu belom lagi list sedara mara jauh2 dari sebelah mak then sebelah bapak lagi. Satu kampong jangan cakap r. Belom lagi masa dalam komuter or tgh tunggu giliran kat bank then sempat cakap2 ngan org sebelah lagi. …

Then just Imagine kalu dalam jumlah kenalan sepanjang 23 tahun hidop kat bumi ni then ttiba salah sorang dlm bilangan jutaan 2 tegor. Then terpaksa r restore balik memori2 data yg dah dbuang kat RECYCLE BIN. Itu pon masih lagi belom ingat. So tertanya2 r dlm hati “dia ni sama sekolah ker?”, “satu kampong jer?”, “kawan bekas awek ker?”, “sedara aku ker?”.. X kan nak tanya ayat cam “Aku kenal ko ker?”. Naya then kena label KURENG AJAR or paling koman LUPA KAWAN plak. Then terpaksa r guna alasan sainstifik “Aku kemalangan r 2 tahon lepas then aku HILANG INGATAN. Smua memori aku lepas dah hilang daaa..!!” Ceh fantasi akibat tlalu menonton tv.

Ntah cam mana r masa tengah shopng ari ni tadi ttiba ada sorang minah ni ttiba ramah ngan aku (muke kurang plak kalu x boleh layan). Dia sempat tahu nama aku lagi (aku x pakai tag nama r masa 2), cakap tentang kakak aku, raya nak gi rumah r, itu ini r . Tapi haram aku x kenal dia sapa? So aku layan je r. selamat aku amik TEATER SENI LAKON. So x da r dia kecik ati dier bila aku kata aku x kenal dia sikit pon.

May b pasal aku ni jenis yg popular sangat dulu kot then ramai yg kenal aku (perah santan). Selebriti r namanya. Mcm dlm movie r, kiranya aku ni watak utama r n mungkin diaorg 2 jenis pelakon yg lalu lalang x sampai 3 saat tanpa satu baris dialog pon then x ramai yg kenal.



Then just imagine kalu masa kita tgh shopng ttiba tengok sorang makhluk tuhan ni. Kenal r masa sekolah dulu so tegor r. Ttiba dia buat muka dek semacam then kata “Encik, ini cara memikat lama r. Org sekarang dah x guna lagi”.. ceh kena balik kat muka sendiri.. Just imagine kalu reaksi dier menjerit kuat2 plus sempat sembur spray lada kat mata kita. Aduuuh naya..!!



That y r rakyat Malaysia dilabel as masyarakat kurang ramah.. Wakaka…

Friday, October 17, 2008

Budak Kelantan

Tengah layan-layan tv then gi dapor amik bekalan makanan then tengok ada filem baru akan keluar. Tajok “BUDAK KELANTAN”. Gosh.. Budak2 Kelantan banyak bawak effect besar dlm hidop aku. So blog kali ni cerita ttg BUDAK2 KELANTAN yg aku kenal.


Technicallynya b4 aku masok U lagi dah banyak cerita yg aku dengar dari banyak mulot2 orang tentang Kelantan. Antaranya: biasa r tentang negeri pembangkang, mak aku gi Kelantan makan keropok ngan nasik, dikir barat kat Salam pantai timor TV1 dan yg paling hebat ttg semangat kenegerian yg tinggi. Ramai yg ungkit plus kata “Budak2 Kelantan ni baek2 tapi kalu dah jumpa suku sakat diaorg teros kita jadi halimunan..!!”

 
Tapi pasal aku ni jenis yg x suka dengar cerita org buta tuli plus x suka adili org then aku kenal ramai Budak2 Kelantan yg cukop ramai di UKM (even ada yg gelar UKM untok Universiti Kelantan Malaysia).

Populasi prasiswazah UKM ni kira kasar cam ni r: 1/2 Chinese, 1/2 Melayu, India , Bumiputera n etc r. so dalam kurang 1/2 tu plak 1/2 lagi adalah budak2 kelantan. Cukop senang nak jumpa. Ada yg 24/7 cakap Kelantan kat mana2. Ada yg just dengar bunyik jer garenti leh tau. Plus bak kata DIDI, tengok cara pakai tudong pon dah tau mek Kelate. Plus kata DIDI (yg juga mek Kelate yg dah hilang ciri2 Kelantan plus agak pesimis ngan budak2 kelantan) bila jumpa budak2 Kelantan as “So Kelantan..!!” pasal asyik terperok ngan kawan2 kelantan, asyik cakap Kelantan then otak x bekembang luar dari Kelantan (itu dier kata r). Belom lagi dengar mulot2 budak2 majoriti melayu dari negeri2 lain yg ehem2 sendiri mau tau r. aku? Aku dengar jer.

Bagi aku Kelantan mmg tersendiri. Pernah pegi Kelantan sekali. Mmg tersendiri. Makanan sangat2 manis. Maya Karin pakai tudong promo Celcom. Paling best dialek Kelantan. May b pasal aku budak linguistic then kami tabik pada dialek Kelantan. Dalam dialek2 negeri lain yg makin pupos dek Bahasa Melayu tapi still Kelantan masih setia guna dialek diaorg. Bak kata ahli bahasa “ kuat satu bangsa mempertahankan bahasa diaorg so makin kukoh r jati diri bangsa diaorg”. X lupa kata pensyarah kami “ Kalu PAS menang then may b dialek Kelantan akan naek jadi bahasa pengantar utama Malaysia plak” Wakaka.

Ada ramai kenalan Kelantan yg aku kenal. Even orang yg paling baek sepanjang di U jugak adalah dari Kelantan. Such as budak Kelantan yg speaking English ngan family plus pakai Singlet n Skirt pendek keluar iaitu miss DIDI. Then x lupak rumate yg paling spoting, leh layan karenah kurang ajar aku plus sangat2 gila ngan idea2 baru iaitu kartunis mr Isyraf. Diaorg r paling best sepanjang di UKM. Thanks guys.





















Dan makhluk paling dibenci jugak datangnya dari Kelantan iaitu mamat seribu satu kejahatan encik Y** dan encik J** serta geng2 biawak (orang gelar aku just 1 of the follower).




















So x kisah r org kelantan ker, Negeri Sembilan ker, Pahang, sabah, Labuan ker kita kn rakyat Malaysia

Tuesday, October 14, 2008

Earl’s List

At the final year di Universiti, akibat pengaruh roommate aku yg slalu bwat marathon drama series My Name Is Earl (inspirasi aku letak tittle blog ar) then aku pon start bwat list aku sendiri. List tentang kesalahan yg pernah aku bwat, perkara yg perlu aku bwat yg aku x brani or lepas tangan at the past. Then hasilnya ada kira2 30 list dan shingga tamat tahon 3 aku dah selesaikan bbrapa tugasan. Tapi kemudian sampai sekarang aku dah hilang list 2.

Blog kali ni bukan cerita ttg list 2 tapi ada kaitan gak r. entah apsal dlm seminggu ni ada event yg mengaitkan aku kembali pada list 2. Ttg senarai yg pertama.

Last Saturday layan paper nak carik kerja sambilan gak r. terlihat 1 kolum. Kerja kedai ice cream. Aku tersenyom. Mmg niat nak sangat try mintak. Tapi I know the result. Aku x boleh. Sekali lagi my psoriasis jadi halangan. So cita2 untok kerja kat Pizza, KFC or Mc D teros terkubor. Plus ssb nak kerja Mc D ialah pasal aku leh r layan French Fries hari2. Wakaka.

Then hari ni plak masa nak amik baby boy aku dari tadika then ada sorang bro ni tegor r. aku kenal dia. Dia pon kenal aku. Dia pon penghidap psoriasis sama cam aku. So cakap2 r. dia dah kawin. Even ada family dah. Kerja kampong jer. dia cerita r. cam mana dia kalu boleh x nak r jalan2 raya. Perlu salam2 ngan orang. Tau2 r mulot orang bukan boleh tutop. Berdiri lama2 pon sakit. Bwat apa2 kerja susah. Pandangan org lagi. Aku paham.

Ttg senarai 2 balik. Senarai paling atas aku letak ialah perkara yg paling aku takot nak bwat. Benda yg dah lama aku perlu bwat. PERGI KE PERSATUAN PSORIASIS. Entah kenapa aku cukop x berani. Sangat2 x tau kenapa aku x berani untok jumpa org yg senasib dgn aku. Mendengar cerita yg sama. Derita yg sama. Layanan manusia sekitar yg sama. Adakah aku akan jadi lebih kuat? Atau akan terus melemahkan aku.

Aku dah kehilangan zaman kanak2 aku. Aku dah kehilangan zaman remaja aku. Ada banyak perkara dan benda yg sepatutnya boleh aku bwat tapi aku x bwat. Sekarang aku dah bangkit dan sangat2 positif (aku harap ia akan kekal selagi x ada yg cuba nak menjatuhkannya lagi). Cuma ada masa sangat2 nak merasai semua rasa yg x pernah aku rasa.

Cam lirik lagu HUJAN tu. Kira2 cam ni r:

Dindingnya terlalu tinggi
Sukar untok aku daki (atau dekati)
Kucuma mahu tahu apa ada disebelahnya (atau disebaliknya)

Sunday, October 12, 2008

Datok Shah Rukh Khan

Shah Rukh Khan nak dianugerahkan pinggat Datok?


atas sumbangan apa?



membantu melariskan tayangan filem hindustan di Malaysia ker?







jangan kata lepas ni Britney plak yg akan dapat title TUN..!!

Thursday, October 9, 2008

Kamera aku rosak

woo sedih plak rasa bila ttiba tengah syok nak amik gambar ttiba tengok kat skrin kamera hitam jer. duh. apsal plak ni? x leh r nak amik gambar lagi. nak baiki plak duet x ada...










plus apsal aku x leh upload gambar kat blog r?

Saturday, October 4, 2008

RAYA

oh la la Raya @ mynameisnazir.blogspot.com

Entah apsal raya tahon ni sangat2 kureng best (mcm r rraya tahon seblom ni best sangat pon). Mungkin pasal Uda x balik then mood emak pon x ada sekali (udakan anak kesayangan mak), may b gak pasal pada 8hb ni bapak aku operate, or may b pasal aku dah besar (then x akan dapat ang pow lagi)

Even start raya lagi feelnyer langsong x ada. Mungkin gak kkata kkawan yg dulu kan kami ni jadi perantauan at least raya akan ada feel masa nak beli tiket balik, dengar lagu etc. mmg r masa 2 jer yg akan terasa raya tapi then bila d rumah as usual teros boring.

Mungkin pasal biler raya ni kena kemas rumah, kena buat itu buat ini, then kena layan budak2 yg datang ke rumah yg haram jadah sorang pon x kenal. Perangai jangan r cakap bukan maen nakal lagi. Itu beloom lagi kes semalam datang then hari ni datang lagi semata2 nak dapatkan ang pow.

Then raya ketiga as been planed b4 aku dan kkawan gi r jalan2 di hari raye yg ke3. Ada r beberapa rumah kawan. Setiap rumah at least stengah jam gak r. dari pagi sampai malam. Cerita itu cerita ini. Ada kawan yg dah kerja. Ada kawan yg stahun lagi kat U. ada yg kena x-tend. Ada yg dah kawen. Ada yg dah ada baby. Ada yg dah kuros. Ada yg dah gemok. Ada perangai masih sama. Ada yg dah berubah.

(gambar atas ni n atas skali ni amik masa nak gi rumah sorang kawan ni r. area BAKO. terpaksa lalui sungai yg agak besar ngan perahu yg kecil. nervous gak r. maunya x pasal sungai ni famous gak r ngan BUAYA)
(gambar kanan rombongan kereta aku yg bawak. diaorg asyik cakap yg aku bawak bahaya. then aku kata uda aku bawak lebeh terok dr aku. plus angah aku bawak double terok dr uda aku)
(gambar kiri masa gi rumah kawan yg dah kawen: paling atas kiri n husband bawak kiri. Gambar kanan plak kereta Laila yg agak sluw muhsin)
(ni rombongan ngan ahli terakher. Mizz Sumie aka minah yg kami datang rumah dia jam 7 pm, dia br jer bangon tidor dr malam.. Huuu)

Raya ke 5 layan Kami The Movie ngan kkawan. Review check kat friendster aku.

Raya ke 6 plak sekali lagi keluar ngan kkawan lain. still makin banyak info baru yg ada best plus yg kureng. Kerja kilang. mengajar sekolah lama. cikgu dibenci dah pakai tudong. Jiran bunoh diri b4 raya. Masa berubah so manusia pon berubah lah. Bila nak amik gambar ttiba kamera bwat pasal plak..