Sunday, September 30, 2012

Baju Kolar V

Sewaktu sorang menteri ni kuarkan statement kat news paper kata "Jika anda menyukai baju kolar V, anda mungkin seorang gay.." then ia memberi effect besar kepada beberapa kumpulan manusia. Antaranya:


1. PARENTS
Bila baca artikel tu parents pasti akan teringat balik yang anak lelaki mereka ada banyak baju kolar V sehingga buat diaorang sangsi pada sex orientation anak mereka. Parents yang dudok kampung akan kumpol dan bakar baju dan kedian panggil pawang kampung untuk sembuhkan anak diaorang. Parents suburban pulak akan paksa anak masuk tentera or mana-mana aktiviti yang membina physical. Parents kaya pulak tawarkan duit berjuta-juta ringgit pada mana-mana wanita yang mampu menjadikan anak lelaki mereka kembali ke jalan yang 'lurus'. Hmmmm..


2. KAWAN LELAKI.
Lelaki-lelaki yang selalu kamceng, gi mana-mana sesama, buat apa-apa aktiviti sesama, share everything sesama sehingga salah sorang tu terbaca artikel tu dan mulai teringat yang si kawan ni suka pakai baju kolar V then terus dia teringat balik masa tidur satu katil just pakai boxer jer, gelak ketawa-tepuk tampar-peluk peluk, dan setiap moment sesama tu dan terus rasa mual nak muntah. Tindakan dia just satu: putus kawan sehingga si kawan ni terpingga-pingga tak tahu apa-apa.


3. AWEK
Si gadis ni punya ar rasa bertuah sebab punya balak yang muka artis K-Pop, badan berketul-ketul, romantik, setia, tak tengok perempuan lain dan tahu jaga penampilan diri. Kedian terbaca statement tu lalu dia nanggis sorang diri sebab teringat yang si balak tu ada banyak koleksi baju kolar V. Terus dia teringat part si balak yang redha masa gi shopping or saloon or statement mengusik GBF dia yang kata si balak tu sangat mencurigakan buat si girl ni terus call si mamat dan mintak break.
















4. AKU
Aku ada beberapa baju kolar V. Mostlynya jersey bola, jersey baseball and jersey American Football. Aku terfikir: what if kalu aku tengah keluar jalan-jalan dan terjumpa sorang girl yang entah apsal buat aku punya vision bersama dia dari saat dating, atas pelamin (escape malam pertama), ada anak dan melalui zaman tua sesama. Then belum sempat aku nak kuarkan ayat pertama aku pada dia then terus dia kata "Sorry, I dont date lelaki pakai baju kolar v. You might be gay..!!" Waktu tu aku akan sumpah seranah pak menteri yang bodoh yang leh kuar statement bodoh tu. Hmmmm..

Friday, September 28, 2012

Malaysia & Belanjawan

Hari ni tadi start jam 3 petang rakyat Malaysia (terutama kakitangan kerajaan) dah start dudok depan TV dengan harapan tahun ni kerajaan dengan bermurah hatinya akan bagi bonus pada mereka. Then bila PM umumkan akan bagi sebulan setengah gaji terus ar mereka melonjak-lonjak happy. Kemudian bila ada yang mempersoalkan then terus kata: tak tahu bersyukur ke, ko mesti pembangkang, Anuar ada pernah bagi kau bonus? Statement terakhir tu buat aku yakin yang mostly rakyat Malaysia tak tahu definisi kerajaan dan belanjawan. 


Walaupun aku tak ambik sains politik or accounting tapi aku faham basic dan leh terang balik ngan ayat-ayat yang mudah tentang pemahaman kerajaan dan belanjawan ar. 

1. KERAJAAN
Malaysia diumpamakan seperti sebuah syarikat. Kerajaan pula ialah umpama post CEO yang akan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan syarikat tu. Rakyat pula adalah shareholder dimana saham itu ialah demokrasi. So 4 tahun sekali rakyat akan menggunakan kuasa demokrasi tu untuk memilih siapa yang mereka yakin layak untuk mentadbir negara.

Masalah yang timbul di Malaysia ialah apabila terdapat rakyat yang tak tahu perbezaan antara konsep company and CEO. Mereka tak tahu membezakan antara Malaysia dan Kerajaan Barisan Nasional. Dan menjadikan keadaan lebih teruk ialah apabila term 'pembangkang' tu seem dilihat lebih kepada orang yang tak tahu buat benda lain selain membangkang atau orang jahat yang gila kuasa cam dark force dalam Star Wars pulak. Ia menyedihkan.



2. BELANJAWAN
Back to konsep Malaysia as a company tadi. Shareholder ada duit tapi either dia tak nak or tak berkemahiran nak menguruskan company tu so dia gajikan CEO dan team CEO untuk uruskan company tu agar the end mereka akan dapat balik faedah dari duit yang mereka laburkan tu. 

In term or negara pulak, kita gajikan PM agar uruskan duit kita dan negara ni. Bunyi cam lawak tapi itulah fungsi pilihanraya: ia adalah kuasa kita menentukan sama ada CEO tu gila kuasa, kerja gaji buta, songlap duit company untuk bagi bini shopping, belanja duit company untuk event yang tak tentu pasal ker or guna duit company untuk beli panda yang sah-sah tak ada sapa yang perlukan benda alah tu. Dan belanjawan ni pulak ialah hari di mana CEO tu bentangkan cadangan apa mereka nak guna ngan duit kita pada tahun depan. 

So perkara yang buat aku heran ialah apsal kita selalu cakap: bersyukurlah sebab PM nak jugak bagi bonus ngan kita tahun ni. It sound like duit tu ialah duit Barisan Nasional dan kita sangat terhutang budi (as lagu bulan ikut matahari tu). Sedangkan duit tu ialah duit kita dan apsal lak kita leh terhutang budi? Fikir balik tentang konsep awal tu tadi:

Aku ada duit dan aku bukak kedai. Aku pilih kau untuk urus kedai aku. So perlu ke aku terhutang budi ngan orang yang aku upah untuk urus kedai aku tu? Sebaliknya kau lah yang perlu berterima kasih sebab aku pilih kau yang urus kedai tu kan? 
























Lebih pelik dan menyedihkan bila rakyat Malaysia terkinja-kinja happy bila dapat duit yang akan dapat next few month yang totally akan habis dalam sehari dua berbanding benefit jangka masa panjang yang lebih menjaminkan. Cam elaun yang diberi kepada pelajar universiti untuk beli buku tu. Semuanya hanya untuk beli majalah yang hari ni kalau jual kat recycle tak dapat recover seringgit balik pon. Hmmmm..

Thursday, September 27, 2012

Ooh My Cicak

Aku seorang lelaki yang sangat anti, geli dan jijik pada haiwan yang bernama cicak. Even aku lebih rela berada dalam satu bilik yang dipenuhi ngan ular berbanding bilik yang hanya ada seekor cicak. Hmmmm..


Betapa aku tak suka cicak sehingga cerita Cicakman pun aku tak nak tengok (realitinya semua cerita KRU Pruduction aku tak layan pon). Kalau aku ternampak sekor cicak 2 meter di hadapan aku then aku akan berundur 4 meter ke belakang. 

Aku tak ingat pun bila feel ni bermula. Mungkin sebab cicak ialah haiwan yang suka lepak chill atas syiling rumah tapi mereka tak leh lawan teori graviti so dengan mudahnya beliau-beliau ni jatuh dan tempat landing utama diaorang pulak atas kepala. Kedian diaorang bukannya nak pergi lari tapi masuk baju ar. Ngan tubuh yang lembik tu, memang x leh diterima akal yang aras ar. Hmmmm..














Recently aku tidor rumah aunt aku ni. Rumah aunt aku ni pulak kira pusat pemuliharaan cicak domestik ar. Apa-apa jenis cicak ada kat rumah tu dari baby cicak sampai ancestor yang panjangnya around 7 inci. Lom cakap warna dari cerah, sedang-sedang, gelap ngan bintik-bintik lagi. Tokek apa-apa entah jer. 

Dan cicak rumah aunt aku ni pulak ada special port lepak iaitu toilet. Akibatnya setiap kali malam bila aku dah nak terkencing dan lihat cicak-cicak saiz baby biawak ni menjadikan niat aku sentiasa terbatal. Sekaligus menjadikan aku terpaksa menahan kencing sepanjang malam. Hmmmm..













Aku tak tahu kenapa aku nak upload post ni. Aku cuma nak share betapa sensaranya hidup fobia pada cicak. Hmmmm