Wednesday, December 2, 2009

A man & A smoker

(Artikel ini bukanlah bertujuan untuk mengalakkan mereka2 yang tidak merokok agar merokok tapi as usual: sekadar cerita aku dari sudut pandangan mata aku je. Even aku pernah halang sorang kawan ni yang non smoker dari mintak sebatang rokok aku. Merokok ni cam mengundi. Setiap undi mempengaruhi kehidupan anda pada masa akan datang. So jangan sesekali salah bwat pilihan)

Ada 1 bab dalam lirik lagu Best Friend by Amy Winehouse (gile minat kat minah sorang ni) bagitau betapa dia punya sorang kawan yang sangat warm with bab2 merokok bersama. Yap, in reality aku pon punya beberapa kawan yang sangat warm with waktu merokok bersama. Aku bukannya die hard fan merokok sangat pon tapi bila ada rakan sebaya yang merokok, mood keluar masok asap dari mulot tu makin menjadi2 r..

Antara kkawan yang best merokok sekali cam Ting Hui, then Ali (kkadang ngan rumate dia dan jiran tetangga kat blok Ungku Omar skali) shingga mak cik cleaner bising2 pagi kedian pasal punting rokok gila banyak bterabor kat beranda, then Razzy, then kedian Fendi dan sekarang ngan Loong.

Tapi bila fikir2 balik, mostly persekitaran aku x ramai yang merokok. Ada yang sangat2 anti perokok, alergi asap rokok dan seangkatan. Then sedikit sebanyak mereka akan mewujudkan kelas2 tertentu kepada golongan perokok2 ni. Contoh cam kalu girls yang merokok akan dikelaskan as perempuan murahan. Duh.. punyalah fikiran pesimis cam tu sekali. Sama cam bila girl aku merokok then aku respect je pasal tu dah pilihan dia.

Plus terinagt gak statement kawan laki ni last few month “Paling aku shock ialah bila aku baru tahu yang Aj ni perokok..!! Muka gile baik…!!” Dud… jawab aku pendek sambil tersenyom bwat muka comel as usual dan berkata “Apsal, orang yang muka jahat je yang leh merokok?”



Aku rasa bab yang jadi best pasal rokok ni bukan pada kandungan nikotina dia tp terapi semasa merokok bersama rakan sebaya ni r..

Lelaki as being known by world as sebagai makhluk tuhan yang sangat2 susah nak share their feeling. Sebahagian akan pendam disebalik senyuman. Ada yang berjenaka sebagai cara mengelak jadi serius. Ada yang buat vandelisme, buli etc.. then kalu ada lelaki yang share probs and feeling kat other or menanggis then kena cap as bukan lelaki sejati. Duh.. kolot punya fikiran daa..

Bagi aku being a smoker ni as a terapi pasal sambil asap rokok keluar masok, kami bercakap2. Dari benda remeh ke benda2 berat. Sedar x sedar tekanan pon jadi kurang.



Then membuatkan aku berfikir, betapa senang mengenali lelaki yang merokok daripada yang x…






Then ada yang tanya apsal aku ttiba nak kuarkan post ni..? jawab aku sambil tersenyom sekali lagi “Suka hati aku r..!!”

Kata Emak

Teringat kat sorang kawan ni (rindoo plak kat dia) yang bercita2 nak jadi polis. Even aku yakin dia mmg leh jadi polis pon. Tp dia kata sbb emak dia x approve then dia kuborkan je niat dia tu. Even mostly banyak event yang dia nak buat terpaksa dia tolak tepi hanya sebab emak dia punya firasat x approve dia suroh bwat benda tu. Takot kang ada bad thing will happens. Respect r kat dia dan anak2 seangkatan cam dia.

Then aku sambong kata dia masa tu “Aku ni versi bertentangan ko r. Setiap benda yang parent aku larang bwat then benda tu jugak r aku nak buat..” wakaka. Reality wat. Even benda yang diaorang suroh aku bwat aku x nak plak.. memang kepala keras r..


Memang r aku x nafikan parents punya firasat mmg sense r.. kkadang bila kita buat then bad thing happens… mungkin just kebetolan tapi may be then why naluri keibubapaan tu leh rasa x sedap hati. Cuma kita yg mmuda ni rasa cam kolot sikit r... hmmm .. aku r tu..


Cuma aku langsong x terniat nak bangkang pasal aku nak jadi anak durhaka or seangkatan. Mungkin sebab aku ni anak bongsu then kuat memberontak or mungkin mmg aku dah cam tu: jenis yang langar semua peratoran, keras kepala dan suka lawan setiap perkara tanpa kira parents or sesapa pon then nak wat cam ne r kan?



Tp still nak bagitau anak2 kat luar sana, respect mak bapak kita sebab tanpa diaorang kita x akan ada.. (cam nasihat kat X-Fresh FM jer) Btw kalu diaorg dah pergi , nasihat sapa lagi korang nak dengar r kan? Sementara diaorang still hidop r kita perlu buat sehabis baik (pengakap lagi)…



Btw apsal aku kuar post ni? Pasal tadi mak aku bising: x suroh aku kuar hujan2, malam2 semata2 nak tengok wayang ngan kekawan. Thanks God pasal nothing bad happen cuma akibatnya movia yang ditengok: New Moon x best.. Kira bad thing gak r.. Ada pengajaran di situ. wakaka..

Saturday, November 28, 2009

Forbidden Love

In my yearly horoscope bagitahu bahawa aku harus lepaskan sesuatu yang bukan milik aku.

Apa bad habit korang yang pada permulaannya mungkin korang x perasan tapi kedian bila korang perasan, still korang x leh nak bwat apa2 untuk buang bad habit tu?

Aku mmg r ada banyak bad habit cam tu cuma kali ni nak share 2 jer (gila apa nak display ngan mudah semua benda burok dalam diri kat tenet).. salah 1 bad habit tu ialah tentang “Jatoh hati kat orang yang dah ada couple..!!” Hampagas..!!

Kalu korang jenis pemerhati bebas PBB, korang pasti ngan mudah dapat detect antara that individu is still solo, sedang angau, in relationship or baru putos cinta tanpa perlu check status diaorang kat FACEBOOK. It seem like org yang solo sangat2 berbeza berbanding ngan yang in relationship. Seolah2 mereka yang tengah in couple ni mengeluarkan bauan yang lebih wangi, muka yang lebih berseri2 sehingga mampu memikat orang2 cam aku. Mungkin atas teori yang sama gak, kkawan perempuan bagitau: entah apsal diaorang lebih tertarik ngan lelaki yang dah kawin daripada lelaki solo.

Jujor wei. Beberapa insiden dah berlaku. Sedang2 tengah layan2, cucok2 jarum sikit2, bila line dah wokey sikit ttiba dapat tahu yang dia rrupanya dah bertunang, dah ada balak.. duh.. hampagas..



Bad habit kedua plak “Jatoh hati kat couple kawan sendiri..!!” Hamster minom air bergas…!!

It start with an accident bila aku beberapa kali (bilangan dirahsiakan) berkawan ngan couple dan couple kawan2 aku. Mmula cam kkawan biasa je r. Aku x tau pon bila part diaorang mulai tertarik hati pada aku plak. Lucu r. Cuma bab yg x best ialah bila ia bagi effect besar pada persahabatan r. Aku x kuar ayat2 menggoda pon, cuma dia org yang rasa diri tergoda dek aku then nak salahkan aku ker? Hmmmm.. sehingga sekarang, bahananya terasa r bila kkawan tertentu tu x akan perkenalkan couple diaorang depan2 cam dulu untok mengelak rambutan berbuah dua kali.. just tunjok gambar je r..

Cuma ada part setan dalam diri ni buat bad habit tu as game yang addicted gile r. contoh cam last few week sorang kawan ni secara x sengaja memperkenalkan awek dia. Waktu tu r setan nak cucok2 aku: suroh buktikan sapa yang lebih power antara aku or kawan tu. So aku tolak r perasaan gila tu jaoh2. Positifkan dalam diri kata “Minah ni awek kawan aku sendiri..!!” Dan sesapa yg tau accident yang happen beberapa hari kedian tu langsong x ada dalam plan jahat aku untok bwat apa2 kat diaorang. Sumpah pengakap r..!! (sejak bila aku join pengakap ni?)


So apa pengajaran dari post ni?
1. Jangan jatoh hati kat orang yang dah ada couple then couple tu plak kawan ko sendiri yang punya (apa punye ayat daa)
2. Kalu couple ko kena cilok kawan baek ko sendiri apa r rasa ko? Wa cilok couple lu then lu cilok couple wa. Adil ka? Lu fikir r sendiri..!!



Btw, apsal aku kuarkan post ni ek?
Pasal sorang kawan aka tunang orang tu akan kawin ahad depan. Mungkin jodoh kami hanya terhenti setakat kawan je r. aku doakan yang terbaek untok dia. Semoga dia berbahagia sehingga ke anak cucu. Amin..