Wednesday, September 23, 2009

I Don’t Talk

Kalu di refer ngan family, aku adalah satu2nya group of the member yang berbeza. Even kalu korang tengok family portrait or kalu korang tengah kuar shopping ttiba tengok aku then korang pasti ingat yang aku sorang jer walupon reality family aku ada sekali.

Dulu awal2 memang r sangat2 terasa. Just imagine kalu each time kita bersama keluarga then kita dianggap as outsider. X kira ngan sis or bro or pernah 1 masa (realitynya banyak kali) kuar dinner ngan adik tiri emak, sepanjang masa malam tu dia fikir yang aku sekadar kawan Uda. Dan ayat power dia bunyi “ Kenapa dia sorang jer yang berbeza dari yang laen ni?”. Dan parents aku teros bukak topic laen. Hmmm

Aku paling hitam dalam adik beradik. Even dalam family. Dan muka aku berbeza berbanding Along, Angah or Uda. Dulu pernah gak r terfikir yang may b aku ni adopted tapi kedian aku fikir semuanya x bawak apa2 perbezaan pon.

Selain fizikal, part perangai pon ada gak perbezaannya. Perbezaan yang dah lama aku sedar tapi baru raya ni diungkit kembali.

Kalu korang pergi jumpa family aku korang akan sedar betapa mereka sangat2 banyak cakap. Makin korang pergi ke family besar, makin besar dan banyak percakapan diaorang. Dan aku: berbeza. Even kalu hari2 biasa, aku lebih banyak masa dihabiskan dalam bilik. Dudok depan computer, baca buku or melukis. Dan kadang2 sahaja aku bercakap.


I don’t talk to my parents or to my bro or my sis bila ada masalah. Even I don’t to anyone tentang apa2pon tentang diri aku.



I don’t talk cause you won’t listen..

Friday, September 18, 2009

Percaya

Pernah x berlaku dalam hidop korang bila korang baru jumpa then bwat kawan ngan sorang stranger ni tp korang rasa cam korang leh teros letak kepercayaan pada dia? Hmmm.. Tapi orang yang dah lama bersama korang, yg korang dah kenal lama tp still korang x leh share apa2 pasal korang x percaya pada dia? Hmmm..

Tadi aku bercakap ngan sorang kawan ni. Dia ada satu hal ni r. Tp dia x share pada ssapa pon. Pasal dia kata “ Kalu aku share ngan yang laen2 pon, bukannya diaorang akan percaya pon..!!” Hmmm..


So kembali kepada soalan asal: pernah x situasi cam tu berlaku? Orang yg korang baru2 jumpa terus bagitahu ‘big’ secret pada korang. Even ada yang jadikan korang as ‘bahu’ untok menanggis. Masalahnya korang x yakin pon yang korang ‘jenis yg boleh dipercayai’…

Dan kawan korang plak asyik kata yang dia sangat percaya kat sorang ni tp bila korang kenal ngan orang yang kawan korang refer the most tu then korang rasa dia as ‘sangat sukar dipercayai’.

Cousin aku adalah contoh orang yang sangat mudah untok sesiapa share kepercayaan. Banyak yang datang pada dia untok share secret diaorang. Dan cousin aku tu cukop2 pandai guna kelebihan yang ada pada diri dia untok kepentingan sendiri. Sama ada dia akan guna apa yang dibagitahu untok menjatohkan balik diaorang or as ‘mangsa’ dia. Hmmm..


May b aku pernah keluarkan post b4 tentang sorang kawan laki yang asyik bwat alasan demi alasan yang last2 bwat aku sangat sukar percaya pada dia. Cuma itu x menjadikan aku menolak sepenohnya dia. Aku x pernah benci dia Cuma aku x suka certain perangai dia. Even kalu dia nak still teros nak menipu aku, itu hak dia sendiri r.

Tapi jangan sampai korang ngan mudah untok menolak setiap apa yang orang bagitahu. Effectnya such as what happen pada kawan aku yang aku sebut kat atas tadi. Dia x nak share pada sesapa pasal dia x yakin orang akan percaya. Even kalu korang still x nak percaya pon then simpan dalam hati sendiri je r.

Sebab kepercayaan adalah something yang sangat besar. Ada orang yang cukup mudah untok percaya pada orang dan ada yang sangat x percaya pada orang laen. Kedua2 ciri tu ada pada aku. Aku akan letak sepenoh kepercayaan pada sesiapa saja tp still aku sangat2 x akan share apa2 ‘secret’ pada sesiapa.



Teringat kata2 sorang kawan masa lepak kat U dulu “Semua orang boleh bercakap tapi x semua boleh mendengar kan?” Kan?

Wednesday, September 16, 2009

Sakit

Post kali ni bukan publicity murahan untok diri aku tp untok promote dunia bahawa semua orang berhak untok gembira walau sehebat mana derita penyakit yang mereka alami.

Imagine kalu korang tengah sakit ssangat ttiba ada r sorang makhluk tuhan yang kurang nilai etika dalam diri ni leh tanya satu soalan “Cam mana r rasa sakit ni?”. Dan cabaran utamanya sekarang ni ialah: cam ner korang nak jawab soalan dia tanpa perlu menghentakkan kepala dia ke dinding terlebih dahulu?

Tadi secara x sengaja aku terbukak r satu web page sorang kawan ni. Dia sakit. Memang r start dari bkawan ngan dia lagi aku dah tahu dia ada sakit tu. Cuma ayat yg dia gunakan dalam page dia bwat ia nampak lebih gramatis r. Dia mengeluh. Sejak kebelakangan ni dia selalu ke klinik pakar untok rawatan. Dia takot dia akan sambot raya pon kat dalam wad kang.. hmmm..

Dalam hidop aku ni ada bberapa perkara yang leh bwat aku jadi ‘sangat bodoh’ (selain math and chinta) antaranya iaitu bila orang yang aku sayang (including kawan) menanggis or sakit. Hmmm..


Soalan Bonus 01:
Bila last time korang jatoh sakit and kesakitan apa yang paling menyakitkan bwat korang? Tumboh jerawat? Hmmm, boleh masok list kot. Kalu bagi aku, aku cuma x sakit sebelom aku umor 2 tahon and that mean start dari usia 2 tahun sehingga 24 tahon sekarang ni ialah tempoh aku sakit dan saat2 itu adalah tempoh yang paling menyakitkan. Noktah.

Soalan Bonus 02:
Apa dan di mana korang boleh lihat diri korang dalam tempoh 5 or 10 tahun lagi? Ramai dah fikir macam2. Teringat bila soalan yang sama pernah ditanya oleh sorang trainer smasa di GEMS. Ttiba bwat mata aku berkaca sekejap. Aku x dapat lihat di mana aku pada masa tu. Atau mungkin aku x mahu lihat masa depan yang aku sendiri sudah tahu penghujongnya. Noktah.

Technicallynya aku dah baca bukan setakat 1-2 artikel saja tapi banyak. Dan bila kesakitan yang sama aku rasa sekarang bwat aku cukop yakin masa depan aku. Sakit aku yang tak ada ubat. Ramai yang sama menghidap penyakit yang sama dah terbaring saja. Kaki mereka dah tak berfungsi tapi rasa sakitnya masih ada. Sakit seperti ada sekumpulan anai2 yang banyak sedang membuat sarang pada kaki aku. Bergerak. Bergerak dan teros bergerak. Ia bwat aku cukop sakit berdiri. Bwat aku sakit ketika dudok. Bwat aku rasa sakit setiap masa. So kesimpulannya aku sekadar menunggu masa. Masa untok aku sekadar terbaring.

Teringat in my early zaman keremajaan, I always cried and blamed God sebab jadikan aku berbeza dari yang laen. Sebab waktu tu aku malu sebab aku berbeza dan aku marah bila orang x boleh terima perbezaan diri aku. Realitinya aku sendiri pon x boleh terima diri aku. Dan aku pernah mintak pada tuhan agar pendekkan umor aku sebab aku dah x mampu tanggong kesakitan yang sama berulang dan teros berulang. Coz it nothing so cool kalu terpaksa pergi bwat check up seminggu 3 kali ke hospital dan each of check up perlu bwat ambik darah untok pemeriksaan and perlu telan berbelas pill setiap hari. It totally suck...!!

Family aku terutamanya my mother sangat2 protective. Mungkin x ada apa2 unsor luaran laen yg boleh menyakitkan aku yang dah sedia ada sakit so dia x nak ada unsor dalaman yg akan menjatohkan aku dan menjadikan aku lemah. Dan as usual aku akan langgar kata2 emak. Aku berkawan ngan group of guys yang akhernya menikam aku dari belakang dan bwat aku betol2 jatoh. Bwat aku x ready untok jalin apa2 serious relationship.

But as time goes by, aku mulai menerima diri aku sedikit demi sedikit. Dan kemudian aku boleh terima orang lain sedikit demi sedikit. Sehingga satu ketika bila masa aku nak pindah ke rumah sewa sebab seorang kawan ni then mak aku tanya 1 soalan balik kat aku “Sejaohmana aku sanggop berkorban untok kawan dan sejaohmana kawan aku sanggop berkorban balik untok aku?” Aku just tersenyom. Mungkin sejarah akan berulang. Atau muingkin x.

Sama seperti bila Loong, seorang kawan tanya kenapa aku still nak ikut aktiviti lasak semasa di Damai dulu kalau aku sendiri tahu ia menyakitkan aku. Sedangkan aku boleh sekadar just dudok. Waktu tu pon aku cuma tersenyom. Sebab aku nak try everything as long as I can. Sama cam aku still merokok, minum kopi, makan coklat, tomato even tho aku tahu semua tu bagi effect terok pada aku. Semua sebab hidop hanya sekali. Sebab aku x pasti pada usia bila aku akan menghadap pencipta aku tapi suatu ketika sebelom tu aku cukop pasti aku x akan mampu berada pada keadaan yang sama seperti sekarang ni. Mungkin next week, nest month or next year.. no body know.. At least pada masa tu, aku ada kenangan yang boleh aku tersenyum sorang2 kelak.


Buat anda, anda, anda dan anda yang sedang membaca. Setiap orang pasti akan mengalami kesakitan. Jangan sesekali mengeluh. Ada English phrase yg kata ‘Look at the Sun then you will never saw shadow any more”.. Sebagai Islam, tuhan menjanjikan bahawa setiap kesakitan itu menghapuskan dosa2 dan mengurangkan hukuman hari kemudian. Aku percaya.

Dan tuhan jadikan kita wujud di dunia ni bersebab. Kan?



Dan aku teringat balik kata2 mak aku masa aku darjah 4 “Kalu kita gembira kita kena share pada semua then rasa gembira kita akan berganda2. Tapi kalu kita sakit, kita kena simpan sorang2. Sebab kesakitan yang dikongsi akan buwat kita menderita berkali ganda terutama bila dia terpaksa berkongsi rasa derita yg sama…”



Then dia still bertanya “Cam mana r rasa sakit ni?”.
Dan aku jawab “Ia x sesedap cam makan ais krim perisa vanilla..”