Sunday, November 6, 2011

My Immortal

Pernah tak korang rasa berseorangan sedangkan korang berada dalam kumpulan manusia yang ramai?

Pernah tak korang rasa sunyi sedangkan korang berada dalam keadaan yang sangat bising?

















Yap, aku rasa sangat berseorangan dan sunyi sedangkan manusia di sekitar aku sangat ramai dan mereka sibuk membuat bising. 





















Kalau aku tak ada agama, mungkin dah lama aku tak akan ada lagi di sini. Mungkin dah lama aku tinggalkan dunia ni. Mungkin aku akan berdiri di satu tempat yang tinggi, melihat pada bintang-bintang malam buat kali terakhir dan terjun. Cuba merasa untuk terbang sebentar sebelum terhempap dan pecah..


















Aku bersyukur yang aku ada Dia. Dia yang tak akan pernah mati. Dia yang akan setia selamanya bersama aku. Menjadikan aku tak pernah benar-benar berseorangan dan tidak pernah benar-benar sunyi.





















Cuma bertanya kepada diri aku: sejauh mana lagi aku mampu bertahan?

Wednesday, November 2, 2011

Plagiat

Kalau korang ingat balik era Siti Nurhaliza dulu-dulu then kira ada satu kronologi ar: Masa dia belum famous then ramai yang persoalkan kenapa dia buat suara lengok-lengok tu etc tapi bila dia dah start famous then muncul ramai penyanyi ngan suara buat lengok-lengok cam Siti Nurhaliza sehingga kita mempersoalkan balik what make them special kalau semua nak jadi klon Siti jer? But as time goes by, orang tahu which one is kaca and which one is permata maka hanya ada satu sahaja yang akan tinggal: yang asli.


Teringat zaman universiti dulu, kalau buat reposrt or tessis then 1 benda paling diutamakan ialah: NO PLAGIAT. Then korang tanya "Plagiat tu species haiwan yang dah nak pupus cam platipus gak ke?" Then aku sambil tersenyum dan mengangguk-angguk kepala tapi dalam hati ketawa besar and kata "Itulah, dulu waktu sekolah tak nak ambik English Education. Plagiat dan platipus pun tak tahu beza"

Plagiat ni in other wordsnya bermaksud tindakan mengambil satu hak cipta ni tanpa letak credit to it. Contoh cam kalu dalam film kat ending yang mostly kalau kat cinemas, jangan harap korang akan blah awal-awal tu akan show setiap hak cipta yang digunakan oleh pengarah dalam film tu. Ingat lagi dalam film Cloverfield, kat credit pengarah tulis cerita Spongebob epidose tu siap ngan masa diambik lagi. Sebab kalau tak letak credit then kira mencuri cak cipta tanpa pengetahuan pemilik sebenar.

So masa buat tessis tu kat belakang or footage or dalam setiap ayat yang kita cedok dari setiap buku yang kita baca (yang kita malas nak fikir ayat sendiri then kita tiru bulat-bulat) akan mentionkan sekali nama penulis sebenar. Walaupun ia masih lagi di kira as mencuri but still bila kita letak credit tu kita seems menghargai idea dan titik peluh penulis sebenar dalam menghasilkan karya mereka.







...







Aku since kerja ni jarang ada masa nak menghabiskan saki baki usia remaja aku layan tenet. So hari ni tadi baru bukak then realize satu blog (realiti 2 blog oleh penulis yang sama) kuarkan satu post yang sama mengeluarkan rasa kecewa dia terhadap certain bloggers out there yang sangat tak beretika ngan plagiat sebijik-sebijik gambar dan penulisan dia. Dan lebih drastik dia buat keputusan remove all previous post dan berhenti berblogging.






Gosh, ia buat aku rasa sedih. Sebab to me dia ialah seorang penulis yang jujor dalam berkarya. Setiap karya either penulisan, gambar yang dia snap or artwork dia share his feeling. Dia tak perlu tulis satu post panjang-panjang, cukup ngan sepatah dua kata ngan sebijik gambar leh buat kita got the 'feeling'. It seems like kita dapat lihat keindahan dunia melalui pandangan mata dia dan dia sedang bercerita tentang perasaan dia di sebelah kita.


















Me, cukup sayang bila kau buat keputusan untok berhenti dan gave up dari berkarya disebabkan oleh tindakan blogger-blogger yang immature tu. Tapi siapalah aku untok menghalang kau dari buat what ever decision atas blog kau sendiri. 















Dan untok blogger-blogger plagiat tu plak, aku tak tahu apa kepuasan yang kau akan dapat dari tindakan korang tu? Korang suka bila dia gave up blogging? Or korang suka pembaca korang suka karya tak seberapa nak asli korang tu? Yaa, may be at first akan ada pembaca yang tertipu but then they will realize that 'feel' sebenarnya kosong. Sama cam gambar plagiat Mona Lisa yang berlambak kat pasaran. Ia cantik seperti yang asli, tapi nilainya kosong.













Aku tak tahu selama mana Me akan berhenti berblogging. Mungkin it just a cooling period untok dia meredakan rasa kecewa dia. Or may be dia akan berhenti sampai selama-lamanya. Hmmmm..

Lab Rat

Doktor tu tanya ngan muka tak seberapa nak percaya "Cam mana awak leh yakin yang awak ada psoriasis?" then aku jawab "Sebab saya di diagnose dari umor saya 2 tahun dan since then saya dah dapatkan rawatan dari skin specialist since then...". Kedian dia tengok muka aku sekali lagi ngan dahi bekerut tu "Awak betol-betol yakin..?". Mengenangkan muka dia a bit cam Zizan Nin (bukan Zizan Raja lawak) plus depan nama dia ada 'tengku' then aku decide tak nak balas balik ngan ayat separa perli etc sebaliknya aku just senyum jer.. Hmmmm..


Yap, semalam aku ngan julong-julong kalinya pergi dapatkan rawatan kulit di Hospital Government sekali lagi. Itupun kalau tak disebabkan arthritis aku dah sakit sangat rasanya then tak mungkin aku nak habiskan satu-satunya hari off day aku dalam seminggu tu ngan gi hospital kerajaan. Second sebab last Friday aku try gi ksatu-satunya klinik kulit swasta di Kuantan ni but that clinic yang tak cam sebuah klinik ngan that doctor yang lebih cam sorang lelaki tua yang nak tak nak jer yang kurang 5 minit kata "You got this psoasis so long then I do believe that you know more about the fact that psoriasis got no cure bla bla bla" and lastly dia suroh aku gi government hospital.. Damn..

So aku korban hari cuti aku ngan harapan there will be 'something' happen kat government hospital kali ni yang walaupun realiti aku tahu ia akan berlaku sebaliknya. Dan as awal as 8 pagi lepas hantar kakak ipar di tempat kerja dia then aku masok Hospital Tengku Ampuan Afzan buat satu pusingan, pusingan ke-2, ke-3, ke-4, ke-5 sehingga aku sedar rerupanya parking dalam hospital ni hanya dikhaskan untok pekerja sahaja agaknya kot. Gi satu parking lot then ada sign 'Hanya untok Pekerja Hospital' then gi area lain ada gak, then gi tempat lain ada sign lock tayar and tempat parking awam pun jadi tempat parking pekerja gak. Almost nak gave up but lastly aku decide untok parking jauh luar kawasan hospital jer. Hmmm..

Waktu masok bilik doctor then coincidently nya waktu tu ialah waktu doktor pelatih buat pra-amali diaorang so bebelas orang bakal doktor tu melihat dan menilai aku as 'subjek' mereka. Realitinya aku dah tak kisah pun nak tunjok most part of my body to them. Gosh, I got psoriasis since Im 2 and half of my life aku spend masa aku kat specialist nih. Cuma mereka sahaja yang a bit gusar aku akan rasa malu bila aku show my 'not as same as their skin' to them. Naa..









Cuma perkara yang aku dah syak akan berlaku tu berlaku gak. 5 tahun lebih dah aku tak dapatkan rawatan di skin specialist tapi ubat yang di prescribe untok aku masih lagi ubat yang sama yang aku dapat since dari first time aku buat rawatan dulu. Tak kan ar 15 tahun berlalu still tak ada penemuan ubat baru kat goverment nih sedangkan realiti kat luar sana dah banyak ubat-ubatan baru aku jumpa kat tenet. I do expect at least mereka bagi aku suntikkan  yang aku tak tahu nama ubat yang selalu aku jumpa nama dia masa seach on forum about psoriasis. 


























So dengan itu maknanya sekali lagi aku dah serahkan diri aku as tikus makmal untok kajian mereka. Buat aku teringat dulu aku pernah setuju untuk jadi percubaan satu ubatan baru ni. Then entah berapa banyak dah pill-pill yang aku pernah aku telan dan entah apa-apa effect berlaku pada dalaman aku sepanjang tempoh tu. So kali ni mereka dah tak bagi ubat tu pada aku then it mean kajian tu tak berjaya dan aku menjadi bahan ujikaji yang gagal..

























Buat aku lupa yang doktor tu belajar untuk bagi ubat jer, mereka tak diajar untuk bagi harapan. Hmmm..