Monday, March 26, 2018

un-Happy


Ketika aku rasa badan aku cukup tak bermaya, mood aku cukup down, emosi aku mulai tak stabil then aku terfikir yang mungkin kitaran tu dah bermula tapi kemudian aku berjenaka sorang diri ‘Hey, aku lelaki. Lelaki mana ada datang period’. Tapi aku tak ketawa. Yap, lelaki memang tak akan datang kitaran bulanan tapi aku takut kitaran lain bermula semula untuk aku.

Ia dah seminggu berlalu, aku dah tak gembira lagi. Semua yang ada disekitar aku mulai perasan. Betapa aku cuba sembunyikan dengan senyuman dan cipta pelbagai alasan, aku tak dapat tipu sesiapa. Mungkin memang ada yang tertipu tapi aku tak dapat nak tipu diri sendiri. Aku jadi lemah. Aku jadi tak bermaya. Sebahagian dari aku dah mulai berputus asa. Setiap perkara negative yang ada disekitar dah menguasai otak aku. Aku rasa mereka fikir aku pelik, mereka fikir aku bodoh, mereka ketawakan aku dari belakang. Aku tahu sebahagian besarnya hanyalah mainan perasaan aku je tapi otak aku cukup yakin yang ia benar-benar berlaku. Kalaulah aku dapat gambarkan keadaan otak aku sekarang ni seperti ada beratus, beribu minion kecil yang nak suara mereka didengari. Semuanya jadi makin berserabut. Membuatkan aku jadi makin kusut.


Aku mulai rasa yang sememangnya aku bodoh. Sememangnya aku lembap. Aku tak mampu buat apa-apa dengan betul. Aku hanya tahu buat kesalahan demi kesalahan yang sama berulang-ulang. Aku tak akan berjaya. Aku hanya akan mengecewakan semua orang. Setiap apa yang aku buat hanya akan berakhir dengan kegagalan.






Betapa aku nak bercerita pada seorang kawan. Aku nak menanggis pada bahu dia seperti mana dia pernah menanggis pada bahu aku ketika dulu. Aku nak ceritakan pada dia dari saat ia benar-benar berlaku, tentang semua yang aku rasa. Tapi dia terlalu berbahagia sekarang ni pada kehidupan yang dia dah pilih dan cerita aku hanya akan membuatkan dia bersedih. Dan tak nak melihat dia bersedih lagi. Lalu aku memilih untuk menyendiri.









Cumanya aku takut, bagaimana jika pada kitaran ini, aku memilih untuk benar-benar putus asa.

Sunday, March 11, 2018

Kehidupan di Luar Media Sosial

1.
Korang pasti ada kawan yang punya akaun social media tapi tersangatlah tak aktif. Kalau dapat jumpa post dia setahun sekali dah kira cukup bernasib baik ar. Atau kalau upload pun langsung tak ada kaitan dengan kehidupan dia sebaliknya part kesedaran sosial atau isu kemanusiaan sehingga terdetik jauh di sudut hati kau berkata: OMG losernya makhluk ni. Dia tak ada kehidupan sodial langsung ke kat luar sana? 

atau

Korang pasti ada kawan yang punya banyak akaun social media dan dia tersangat ar aktif. Dalam setiap 15 minit dia akan upload satu post dari apa yang dia tak puas hati kat office, apa yang dia masak kat rumah dia, gambar dia sekeluarga bercuti, gambar anak dia, reupload status orang lain, dia wish birthday orang itu ini bla bla bla sehingga terdetik dalam hati kau seraya berkata: OMFG loserya makhluk ni. Dia tak ada kehidupan sosial langsung ke selain dari dalam social media ni?



2.
Kau pernah tak keluar dengan kawan yang since dari korang berjumpa sehingga korang berpisah sehari tu, dia langsung tak pernah keluarkan handphone dia? Membuatkan kau terfikir: dia miskin sangat ke tak mampu nak beli smartpone or terlalu kedekut untuk langgan mana-mana pelan internet. Kemudian dia asyik bercakap, tentang zaman sekolah ar, tentang review filem yang baru dilayan tadi, tentang makanan yang diorder sehingga membuatkan kau stress setiap kali nak upload status baru kat social media. Kemudian bila part ambik gambar then dia suruh orang sekitar tolong ambikkan. Malu wei, zaman sekarang ada yang tak tahu kaedah selfie, wefie tu semua dan paling pelik, dia tak pernah upload mana-mana gambar yang diambik tu kat akaun social media dia? Jangan kata dia print gambar tu kat kedai dan simpan dalam album kot. So zaman pak kaduk..


atau

Kau pernah tak keluar dengan kawan kau dan since korang jumpa sehingga korang berpisah sehari tu, dia tak lekang dengan handphone kat tangan dia je. Waktu dalam panggung wayang, dia main handphone, jalan-jalan pun dia main handphone, makan pun dia main handphone, ke tandas main handphone dan sikit-sikit selfie, wefie dan tengok handphone balik dan ketawa. Bila balik rumah, kau check akaun social media dia: WOW, kau rasa macam kau dah keluar dengan orang yang berbeza jer tadi. Dalam gambar tu, dia nampak bukan main happy dengan persekitaran yang cukup happening dengan caption: Ini hari terbaik aku untuk tahun ni, lama tak keluar dengan BFF, borak dan ketawa sampai pecah perut bla-bla-bla sedangkan realitinya selain hai, bye dia cakap tak sampai 20 patah perkataan pun sepanjang hari. Hmmm..



3.
Kau mesti pernah jumpa budak yang dah besar tapi bila tengok smartphone bukan main jakun lagi. Berebut adik beradik dari yang belum tadika sehingga ke sekolah menengah nak try main game dalam tu. Mak bapak tak mampu beli ke? Zaman sekarang smartphone dengan RM200 pun dah boleh beli. Jangan kedekut sangat ar parent oooi. Zaman teknologi tapi anak masih hidup zaman jurassic lagi. Bila datang beraya, rumah dah macam tongkang pecah. Melompat, menjerit, semua balang kuih dirasa, air habis mintak lagi dan yang paling ringgan mulut akan bersuara "Pak cik, tak ada duit raya ke?" Kau tersenyum tapi dalam hati dah meletus gunung berapi. Bila bawak bercakap then semua nak cakap sekali, cerita tentang main lumpur, belajar basikal hingga masuk longkang, kena kejar tebuan dan kau terfikir: Mak bapak diaorang tak nak anak mereka hidup seiring teknologi ke? Macam mana dengan masa depan diaorang?

atau

Kau mesti pernah jumpa budak seawal setahun lebih yang dah punya smartphone sendiri. Setiap adik beradik dari belum tadika sehingga ke sekolah menengah dah dibelikan seorang sebijik oleh mak bapak diaorang. Bila datang beraya, tangan hulur sebelah, tangan sebelah lagi main phone. Duduk lama dan tak jamah makanan or air. Mata asyik tertumpu kat skrin tu jer. Kemudian ada sorang mulut terlebih ringan bersuara "Pak cik, apa password wifi rumah ni eh" Kau senyum je tapi dalam hati geleng kepala. Bila bawak bercakap then dia asyik keluarkan isu tentang benda yang viral dan meme kat alam siber yang kau sendiri tak tahu. Cara bercakap dengan orang tua pun tak beradab. Tengok mak bapak dia, pun jenis mata melekat kat skin gak. Kau terfikir: apalah agaknya nasib generasi akan datang kalau penuh dengan manusia macam ni?